Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, March 18, 2011

Jom.. goreng ayam..!



Ayam goreng! Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa! Ipin punya kegemaran ni, kan?

Soalan cepumas; pandai ke menggoreng ayam?

*Aku sedang mengangkat-ngangkat kening, mengajukan soalan tersebut*

Seingat aku lah, sepanjang proses tumbesaran di alam remaja (selain proses membesarkan badan), aku tidak pernah belajar memasak. Tak pernah juga mak aku panggil aku ke dapur untuk belajar memasak. Jangan terperanjat bila aku katakan aku pernah menggoreng sotong untuk suami tanpa membuang dakwatnya! hahahahahahahaha! Sangat bodoh rasanya. Sungguh jahil. kehkehkeh.. Kalau cerita balik dengan suami, gelak mesti sampai terkentut-kentut. hahahahahhaha..

Mak aku tak pernah ajar memasak secara formal. Aku tengok je dia campak apa, masak apa, buh banyak mana etc. Tapi ayah aku suka ajar aku masak. Why? Sebab dia akan bgtau apa ramuan, berapa sukatan, kenapa digunakan bahan tersebut dan macam2 lagi bila dia memasak dan aku tengok. Err..ayah paling hebat menggoreng mee basah, masak lala (kepah ke, kupang..ntah) dan rendang kerang. Dan aku nampaknya cepat tangkap dan mahir dalam menggoreng mee, hinggakan kalau ada tetamu datang berkunjung, mak akan suruh aku yang goreng mee atau bihun. Rendang? Hanya masuk tahun ke-2 kahwin, baru aku cuba memasaknya dan rasanya sangat sedappppppp! Mungkin masa kecik mak bedung betul-betul tangan aku, agaknya. hahaha!

Balik kepada cerita utama.

Kenapalah aku nak cerita pasal menggoreng ayam ekk? Bukannya susah sangat pun, kan? Garam kunyitkan je, dah tu goreng dalam minyak banyak. Settle! Kalau nak lai n sikit, tambah lah serbuk kari sikit, tumbuk jintan manis, gaul rata, goreng. Atau bubuh campuran tepung kastad dan tepung gandum. Ehh... macam2 lah cara menggaul dan menggorengnya.

Cumanya, macam mana nak pastikan ayam yang di goreng tu benar-benar sudah masak? Even kat kedai makan pun aku pernah 'disajikan' ayam goreng yang rangup di luar tapi masih berdarah di dalam. OMG! ewwww! hahahaha...

Mak aku pesan, nak goreng ayam minyak biar penuh, api biar sederhana dan betul-betul panas. Dah masukkan ayam, balik-balikkan utk pastikan semua bahagian masak. Nak tahu macam mana belah dalamnya masak? Kalau aku, aku cuma agak2 timing dan rupanya. Juga bila darah ayam yang keluar bila kita menggoreng tu, kering dek minyak panas tu, aku tau la dah boleh angkat, dah siap masak. Setakat ni, itulah guide aku. Nak pendapat pro? Kena tanya para pakar di alam masakan.

p/s: entri ni khas untuk adik2 yang baru nak belajar masak. hehehehe...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online