Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Thursday, March 31, 2011

Menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang mencabar sekiranya anda adalah seorang 'gangster'..

Hahahaha..!

Tajuk. Tak boleh tahan!

Aku bukan gangster sangat pun. Tapi jenis yang tak berapa suka budak-budak. Sebab tu agaknya Tuhan kurniakan aku anak banyak. :p

Ya. Susah dan mencabar sebenarnya nak tahan sabar dengan kerenah budak-budak. Macam-macam hal nak kena hadap. Mujur aku ni anak sulung dari 5 beradik. Sedikit sebanyak, menjadi kakak itu membantu dalam 'sistem pentadbiran' aku dengan anak-anak.

Dan Selasa lepas, apa yang pernah aku lakukan untuk adik-adik aku dulu; sewaktu mereka 'ditimpa' masalah dengan kawan-kawan sekolah, aku laksanakan (secara berhemah dan penuh kesabaran) terhadap kes anak dara aku yang 7 tahun itu pula.

Cuba bayangkan, perasaan aku bila anak balik sekolah mengadu yang dia dipukul dan di baling batu oleh budak lelaki sekelas, anak cikgu moral pula tu?!

Mujur Dalia beritahu sewaktu di dalam kereta yg baru bergerak mahu meninggalkan sekolah. Apa lagi, aku buat pusingan 'U', bila Dalia beritahu yang budak lelaki tersebut masih ada di sekolah. Aku tunggu kelibatnya. Tatkala kelihatan budak lelaki tersebut sedang bergurau mesra dengan ayahnya, aku angkut semua anak-anak masuk dan berhadapan dengan budak tersebut, disaksikan ayahnya, Guru Penyelia Petang, dan 3 lagi guru yang kesemuanya lelaki.

**kepala lutut, tangan dan hati aku bergegar, berdebar, menahan marah. Menggigil-gigil mengawal sabar**

Aku bagi salam pada guru Moral merangkap ayah budak lelaki tersebut.

'Cikgu, ini Za**f anak cikgu, ke?'
'Ya, saya. Ini anak saya. Kenapa Puan?'
'Saya nak tanya sikit kat anak cikgu, boleh, ya. Anak saya cakap, anak cikgu pukul dan baling batu pada dia. Betul ke?' Sambil memandang ke arah budak lelaki tersebut.

Tangannya kejap dan erat memegang bahu ayahnya. Takut, malu dan marah tergambar jelas pada wajahnya. Dalam hati aku, 'padan muka kau.. kau buat anak aku ya..' hahaha! Jahat, kan?

'Ha..makcik tu tanya, jawab lah!' Keras suara cikgu tersebut. Menunjukkan ketegasan. Maklum aje la, guru Moral, merangkap guru disiplin.
'Jawab la. Makcik tanya ni. Kenapa pukul Dalia, baling batu pada Dalia? Dia ada buat salah pada Za**f ke?' Aku tanya, lagi.
Ayah dia mencelah pula, '..cakap! Ada ke tidak baling batu pada dia?' 'Ada..' sayup2 suara budak tu menjawab. Namun cukup jelas untuk didengari oleh aku, anak2, penyelia petang dan cikgu tersebut. Aku menarik nafas lega. Lega? Kenapa? Kerana anak aku bercakap benar. Dia bukan mereka-reka cerita. Kerana tindakan aku mempertahankan anak aku, berbaloi. Dalam hati aku senyum kepuasan.

Aksi seterusnya? Budak tu di 'sekolah' kan oleh ayah dia. Disuruh minta maaf (he did, reluctantly) pada Dalia dan aku. Dan kami pun berlalu ke kereta, mahu pulang.

*waktu ni, anak lelaki aku, Ziyad, hanya bersinglet putih dan berseluar panjang. Macam gengster! Haihh..!*

Aku senyum puas. Puas sebab dapat defend anak aku. Puas sebab berjaya kawal kemarahan aku. Puas sebab tak membabi buta menyerang melulu.

Aku cerita pada suami, melalui telefon. Dan ayat penutup cerita aku pada dia (suami aku): 'tu laa.. salah orang mau tunjuk samseng daaaa!' hehehehehe.

nota: aku bukan samseng. kalau dulu aku mungkin akan serang tak kira tempat. sekarang, aku fikir logik, dan susun strategi. hehehe. sila jangan ikut perangai aku ni ya. pupuk sabar lebih banyak dalam diri anda!!

2 comments:

Cinoi Lavigne said...

Wah. Ntah2 kalau sy jd mak nanti cmtu juga. Ada ciri2 gangster gak ni

Unknown said...

hahaha..jangann..jangnnn..jangan tak buat! kehkehkeh..

nanti dah jadi mak, gangster tu otomatik menurun.. akan jadi loving tp garang.. ehh! haha..

halo Cinoi!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online