Topik ni, kalau nak dikupas, memang sepanjang hari takkan tamat. Satu perkataan, membawa kepada banyak penjelasan.
Halal bukan berkisar hanya kepada makanan/ minuman yang 'pork-free' sahaja. Halal merangkumi kebersihan sumber makanan itu, termasuk juga cara penyediaan dan tempat pemprosesan makanan tersebut.
Halal, dalam kehidupan, bermaksud perhubungan dan pergaulan seharian dengan mereka yang telah dihalalkan untuk kita. Kehidupan yang diselimut curahan rezeki yang halal untuk tumbesaran dan perkembangan jasmani dan rohani seisi keluarga. Kehidupan yang dinaungi oleh mahligai; walau kecil, yang bersih dan sejuk mata memandang.
Sesungguhnya, usaha ke arah hidup yang halal itu, berat dan payah jika disulami dengan sejuta alasan.
Sesungguhnya juga, aku masih terkedek-kedek menuju ke arah itu!
No comments:
Post a Comment