Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Thursday, April 24, 2008

Anak-Anak dan telefon


Part 1


Anak-anak aku memang suka bercakap dalam telefon. Pantang telefon berdering, pasti berebut untuk menjawabnya. dan yg nyata, mesti nak sibuk bercakap tak kira siapa yang call. kot family members or my close friends, then i let them have a chat la with my kids. even Mami (my mom in law) pun dah pening kepala melayan cucu yang makin bijak dan petah berkata-kata.


'alo wan. wan wat pe tu?'


'alo yad. wan nak masak la. yad dah makan?'


'yad dah makan. makan nasi dgn ayam la tu!' (tak kira whatever dish i cook, itu juga menu yg dia ingat)


'ooo. sedap ke?' (soalan lazim)


'sedap la mama masak ni.' (heh..jgn marah)


'ok wan. wa'salam (walau pun wan dia tak bg salam). babai, ibeiutuuu'


'ok..'

...dan lepas tu aku sambung la apa yang patut. hehehe, klaka juga anak2 nih. mcm² kerenah.




Part 2



tengah mandi sejurus selepas azan maghrib tadi (tgh azan takleh dok dlm bilik air, banyak setan), tiba-tiba telefon berdering. Papa rupanya, bgtau balik lambat sket. ok lah... kerja kan, nak buat cemana. pastuh sambung mandi (with open door; believe it or not! ) sambil main cak² dgn lili yang dok dlm walker. ha ha ha..sewell!! dah siap mandi, dok baik punya lap badan, tetiba dgr yad bercakap hebat dan keletah sekali. tapi, tak dengar pun suara kakak dia membalas kata. aku pun keluar, tengok yad tgh asyik bercakap dgn telefon di telinga. 'aik? berlakon ke apa nih? macam real jek?' getus hatiku. Sungguh² dia bersembang. dalam hati tu takde la rasa cuak kot dia ckp dgn makhluk halus ke apa ke (never crossed my mind!) just thinking, 'ni kalau betul bersembang ni tah dgn sapa la nih..' tu je. dalam perbualannya tu, ada plak sebut chik-chik. aik? lagi sekali aku kenpius. bior betol nih. dah tuh aku pun dgn masih bertuala duduk la kejap kat kerusi IKEA-Pello tu, dgn mendekatkan telinga kat telefon yang dipegang ziyad. 'Ya Allah! Betul chik-chik rupanya!!' . aku pun grab tepon jap tanya chik-chik,

'sapa call sapa nih chik?'

'ntah, org jawab call tetiba ada suara budak.'

'la, bukan ko yang call kakak la.'

'tak..'

'ni yad dail sendiri la ni, kakak tgh mandi tadi'

'ler..poyo betul'

ha ha ha..hebat juga anak aku yang baru 2 thn lebih sket nih. sebenarnya tak de la hebat mana pun. kebetulan je dia tertekan the right key. tu yang berfungsi dgn hebat sekali tuh.
ziyad, ziyad. heh..tak tau nak cakap apa lagi..

2 comments:

Aziya said...

kena kunci telefon tue.... habislah credit drained !!!

Unknown said...

cemana nak kunci..bukanya henpon..tu, phone umah tu....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online