Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, June 30, 2008

papa.....

sudahnya apa, bang? mama bukan mintak emas ke, intan berlian ke, cuma sedikit peruntukan masa dari abang. ma tau abang kerja kuat untuk kita sekeluarga tapi biarlah terancang. rumah memang tempat untuk berehat tapi keluarga sebagai isi rumah perlu juga diambil tahu dan diambil kira. ma penat pendam rasa bang. kat mana ma nak lepaskan perasaan yang terbuku ni? hari2 pun mama menangis, sampai Dalia pun ikut nangis tengok mama menangis.
bila papa terlalu sibuk di luar nak kejar projek itu, nak siapkan kerja ini, pa akan tension juga. bila balik, pa akan jadi pemarah. sebab apa? sebab pa tak cukup rehat! bila mama cakap, papa kata 'apa nak buat, pa nak cari duit'. ye, ma tau pa nak cari duit..tapi kalau ada apa2 terjadi pada papa, berbaloi ke semua tu nanti? tolong la pa. cari dan peruntukan lah masa yang sesuai untuk kami. cari juga ruang untuk rehatkan diri. tak perlu bawa kami bercuti jauh2, tak perlu janji2 nak pg sana sini, cukup dgn luang masa bermain dgn anak2 dan bergurau senda dgn mama di rumah, kemudian bersiar-siar at the nearby area. paling tidak pun, ke sacc, jusco bukit tinggi atau carrefour klang. mama pun tak mau ke PD atau bercuti jauh2. mama penat dan takkan terasa seronok bercuti sebab bila balik ma kena unpack, urus anak2 dan buat banyak benda.
hari ni, pa MC dan sepatutnya rehat aje di rumah. instead pa pg jumpa org dan buat juga urusan kerja. back around 5.30pm then tido sampai kul 7. ma dah siap masak, pa bangun, makan, mandi dgn anak2, solat dan keluar ke studio. mama? memang mama marah dengan papa hari ni. apa salahnya bgtau je dgn whoever yg papa jumpa kul 11.30 td tu yang papa tak sihat? ye, memang pa tak sihat sikit je. tapi tak salah kalau duduk rehat je hari ni di rumah, kan? takpe..tak payah jawab..ma dah tau jawapan papa..'papa nak cari duit'. papa perasan tak lately mama jarang dah nak call2 papa macam dulu? kalau dulu ma suka call papa like, more than 10 kali satu hari, now cuma 2, 3 kali je. sure papa tak notice, sebab papa sibuk. mama malas nak call. sebab tak ada yang menarik nak dibualkan. ma malas sebab tak nak dgr tone suara papa yang terasa diganggu bila mama selalu call. tak apalah..lupakan pasal mama. tapi..pa perasan tak apa2 perubahan pd anak2? pa perasan tak yang anak2 dah makin cerdik? perasan tak yang dalia dah makin petah berkata-kata. dan makin bijak deal dgn adik2? dah nampak sifat 'kakak' dia? pa perasan tak yang yad dah besar? dah bijak? dah banyak benda yang dia buat? dah makin aktif dan pandai berfikir? pa perasan tak yang darling dah makin kuat bersuara? dah pandai menjerit? dah pandai ngada-ngada? dah pandai respon, goyang2 badan bila dengar lagu? dah pandai ketawa tgk iklan? pa tak perasan. pa takde kat rumah. pa takde dgn anak-anak. apa papa rasa bila anak-anak tak berapa nak kat papa bila papa di rumah? takkan nak biar sampai budak2 tu tak nak langsung kat papa? fikir elok2 pa, fikir dalam2.
lagi satu, mama tak nak lagi minta papa drop anak2 ke rumah mami dan kemudian bw mama dan lili aje keluar. walau pg klinik sebab mama tak sihat ke, bawak juga dalia dan yad. ma dah tak mau unlist anak2 bila kita keluar. tak apalah bising sedikit dgn anak2. ma suka tgk diorang gembira bila kita keluar sekeluarga. lagipun, ma tak nak dah susahkan mami. ma tau dia penat. walau kdg2 ma terasa hati dgn dia, dia tetap mak mertua mama. KECUALI kalau kita ada urusan berkaitan kerja, terpaksa juga tinggalkan yad dan dalia. ma akan sedih bila tgk muka anak2 bila ditinggalkan. ma akan kecil hati pulak dengan mami bila tgk muka dia mcm dipaksa tgk-tgkkan cucu2 kandung dia sendiri. ma pun tak nak lagi papa rasa serba salah. ye lah, mami..mak, mama ni, isteri. ma tau berat juga dalam ati papa tu, tak tahu mcm mana nak jaga hati kedua2nya. sebagai isteri, mak kata mama kena banyak berkorban, kena banyak bersabar. itu yang ma buat, pa. itu sebabnya ma banyak memendam rasa. nampaknya ma akan terus memendam rasa. kadang2 terlepas juga pada anak2. tapi ma tak pukul lebih2. tak tinggal kesan pun. ma lebih banyak jerit dan marah, sekaligus boleh lepas perasaan yang terbuku. after this, ma tak nak lagi ngadu kat papa, tak nak lagi luah rasa kat papa, sebab nanti pa akan balik marah2 dan pukul anak2. tak apalah, ma simpan je dalam hati. doa la banyak2 supaya ma tak gila cepat. ma tension pa..tension sangat!!
ma cuba kuatkan hati. bila ma solat, ma doa banyak2 supaya tuhan bagi mama kesabaran extra. ada juga kwn sekolah mama yang sms/ atau call mama. ajak minum2. ma cakap nak minum2 tu boleh, but they have to come to our house. i can't live my kids. diorang selalu tanya, tak bleh tinggal kejap pd mak atau mak mentua? ma senyum atau cuma ketawa. mujur ma bukan jenis yang suka syok sendiri dan lupa diri. i know i have kids dan mak atau mami tak ada kena mengena. itu juga yang ma jawab pd mereka. dan bila diorang cakap, 'tu la ciri2 mithali' hati mama sejuk sekali...
pa..mama sayang sangat dgn papa dan ma tak boleh bayangkan kalau ada apa2 jadi pada papa. mama terperap dgn anak di rumah dan papa sibuk di luar. bila mama nak keluar rumah, mama fikir beratus kali. nak urus anak2, nak siapkan itu ini, nak set kerusi baby, nak handle darling nangis, nak deal dgn dalia dan yad yang suka bergaduh, buat mama selalu lupakan je niat nak keluar. kalau pun ma dah ready semua, pa selalu cakap jalan2 area rumah kita je. bila ma nak pg rumah mak, pa kata tak payah la, jauh dan bahaya. sudahnya, ma duk umah je. area rumah kita, apa yang ada? panas je. rumah mak, at least ma boleh jumpa ayah, mak dan adik2. boleh sembang2. boleh juga lepas rasa. pg rumah mami? menyusahkan dia je. budak2 mesti buat perangai. memang kat rumah mak pun diorang buat perangai, tp at least ada kawan untuk bermain. diorang leh gurau2 dgn kak chik atau adik. ma pun bukan selalu nak pg rumah mak. ada juga waktu yang mama tak selesa dgn budak2 di rumah mak. bila ma rindu je, ma nak ke sana. ma lebih suka spend masa dgn papa dan anak2. jalan2, pg pasar ke..pg tgk air laut ke..sama2, kan seronok?! tapi, bila kita pg tgk air laut pun, pa biar je kitorang. takde nak join sangat. kitorang ni menyusahkan papa ke? sangat merimaskan ke bila papa dengan kami? sebab papa kedengarannya seronok bila on the job's field. dan papa selalu kelihatan penat, tegang dan rimas bila di rumah dengan kami..



No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online