Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, June 23, 2008

Dalili dah tumbuh gigi!!!


Assalamualaikum...

Genap usia dia sembilan bulan, dah tumbuh gigi! Inilah anak aku yang paling hebat. Belum mencecah usia setahun pun lagi, dah merangkak (laju plak tu), dah pandai berdiri, dah mula nak meniti, dah pandai panggil 'mama', dah pandai main 'pok amai-amai', dah pandai menunjukkan ekspresi dan macam2 lagi. Yang tak terjangka boleh dibuat oleh budak yg belum sethn. As a mother, yes..I feel proud. Mak aku kata, adik2 akan lebih pandai dari kakak/ abang dia. Ye la kot. Aku rasa pun begitu. Dah la Dalia tu bijak, Ziyad lagi bijak..Dalili pulak, makin bijak. Semuanya bijak2 la kiranya! Aku dulu takde la bijak sangat..tapi adik2 aku semua bleh tahan hebat juga. Yang kecik tu aku nak perati. Nampak cam bijak juga tp sama naik pulak dgn perut dia..Edry..edry...ngehngehngeh..
Berbalik pada cerita Dalili. bila dalam keadaan menyusu badan sepenuhnya ni, dia dah tumbuh gigi..itu boleh dikategorikan sebagai mimpi ngeri ala-ala ngilu jugak la pada mama dia nih. Haih..!! takkan nak cerita details kot? err..tapi takde yang bawah umo baca blog aku nih kan? kwn2 si erin pun dah tua2 dah..hiks!! tapi Dalili (kitorang panggil darling) memang hebat. tengok dia ketawa, senyum dan menangis, rasa seronok. bak kata erin 'comel bangettt!!' hehehe.
Nak cerita pasal anak2, memang tak abis. last saturday night, pegi jenjalan ke shah alam kejap, pusing2 area stadium malawati. papa nak tgk persiapan Rentak Juara kat sana. ada kawan2 dia masuk final (cherish 2000). tapi tgk dr luar je. pack sangat. tiba-tiba..

"ah..papa! mcm mana ni..!"

"apsal dalia?"

"yaya nak kencing!"

ah sudah..papa kepanikan.

"ma tak pakai kan dalia pempes ke?"

"la, kan dah besar, tak yah la pakai pempes lagi. papa kata nak ajar dalia tak pakai pempes. pg la petronas tu kejap, bawak dia gi toilet."

"mana nak pusing, jauh la petronas tu. tak sempat kang.."

"papa! cepatlah. yaya nak kencing kat toilet ni!!"

"isk..ye laa..papa nak cari la ni. yaya tunggu kejap yea.."

dah la packed kat stadium malawati tu, org ramai dok tgk raptai rentak juara. kat stadium besar ada final plak, kedah vs selangor (kalah selangor, hampeh!!), terkeluar jugak la peluh gelabah papa dia, walaupun aircond full..

last-last...

papa berenti kat tepi jalan dekat apartment acapella tu (seberangnya, imagine sendri la..keluar dr tpt parking kat giant, ikut susur tepi apartment apa ntah yg depan giant tuh)..

pa bukak pintu, dalia tanya "knp papa pegi sini?"

"la, kan tadi dalia kata nak kencing. kencing kat sini lah."

teka..apa reaksi dalia?
mengamuk dia!

"ala..takmau! yaya nak kencing kat toilet la!!!!"

tapi, agaknya dia sendiri pun dah tak tahan..ikut kan aje lah. papa pun bukak kan sluar dalia, pakai selipar, cangkung kat tepi jalan (kat rumput, sure tumbuh pokok the next day! ha ha!) dan ssyyyyyhhhh...

hehehe..lawaks! bila dah siap tu, dalia dgn muka muncung dan termalu-malu komplen kat mama, "apa la papa ni. sakit bontot yaya kena tajam-tajam.."

"haiks? apa yang tajam?" mama tanya..

"tu la, rumput tu tajam. dia cucuk bontot yaya.." muekekekkekeke...ketawa je la kitorang..

aa..seblom terlupaaa...masa keluar dari rumah (lepas maghrib) pa singgah 7e kejap, beli air. budak2 biasalah, mesti nak air coklat. pa belikan mama wong lo kat (bagus untuk sejukkan badan) dan papa minum teh herba; apa ntah nama dia..lupa. tetiba papa kelihatannya kesakitan.

"uhh..uhh.."

"apsal pa?"

--skrekk..teng!--(ini sound effect)

"cilakak betol!" papa menyumpah..

apsal ekk? cuba bayang kan sound effect di atas...

(dlm pada korang pecah kepala membayangkan situasi sebenar, aku pecah perut ketawa!)







misai papa beb! tersangkut kat pembukak tin minuman tuh!!! kah kah kah! berair mata dia. adoih la..bingit kereta juara papa tu dgn gelak ketawa aku..papa pun tak dapat tahan, ketawa jugak!!! budak2? bingung kejap..hehehe

hakikatnya..sabtu malam minggu 21/6/2008; hari lawak sedunia!

2 comments:

Eireen Camelia said...

adehh.. yaya yaya... samprit toi perilaku die yeh... hahahah XD

Aziya said...

aboih... misai pun haus jugaak.. hahahahahahahahahahha !!!!!!!!!!!

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online