Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, June 30, 2008

papa.....

sudahnya apa, bang? mama bukan mintak emas ke, intan berlian ke, cuma sedikit peruntukan masa dari abang. ma tau abang kerja kuat untuk kita sekeluarga tapi biarlah terancang. rumah memang tempat untuk berehat tapi keluarga sebagai isi rumah perlu juga diambil tahu dan diambil kira. ma penat pendam rasa bang. kat mana ma nak lepaskan perasaan yang terbuku ni? hari2 pun mama menangis, sampai Dalia pun ikut nangis tengok mama menangis.
bila papa terlalu sibuk di luar nak kejar projek itu, nak siapkan kerja ini, pa akan tension juga. bila balik, pa akan jadi pemarah. sebab apa? sebab pa tak cukup rehat! bila mama cakap, papa kata 'apa nak buat, pa nak cari duit'. ye, ma tau pa nak cari duit..tapi kalau ada apa2 terjadi pada papa, berbaloi ke semua tu nanti? tolong la pa. cari dan peruntukan lah masa yang sesuai untuk kami. cari juga ruang untuk rehatkan diri. tak perlu bawa kami bercuti jauh2, tak perlu janji2 nak pg sana sini, cukup dgn luang masa bermain dgn anak2 dan bergurau senda dgn mama di rumah, kemudian bersiar-siar at the nearby area. paling tidak pun, ke sacc, jusco bukit tinggi atau carrefour klang. mama pun tak mau ke PD atau bercuti jauh2. mama penat dan takkan terasa seronok bercuti sebab bila balik ma kena unpack, urus anak2 dan buat banyak benda.
hari ni, pa MC dan sepatutnya rehat aje di rumah. instead pa pg jumpa org dan buat juga urusan kerja. back around 5.30pm then tido sampai kul 7. ma dah siap masak, pa bangun, makan, mandi dgn anak2, solat dan keluar ke studio. mama? memang mama marah dengan papa hari ni. apa salahnya bgtau je dgn whoever yg papa jumpa kul 11.30 td tu yang papa tak sihat? ye, memang pa tak sihat sikit je. tapi tak salah kalau duduk rehat je hari ni di rumah, kan? takpe..tak payah jawab..ma dah tau jawapan papa..'papa nak cari duit'. papa perasan tak lately mama jarang dah nak call2 papa macam dulu? kalau dulu ma suka call papa like, more than 10 kali satu hari, now cuma 2, 3 kali je. sure papa tak notice, sebab papa sibuk. mama malas nak call. sebab tak ada yang menarik nak dibualkan. ma malas sebab tak nak dgr tone suara papa yang terasa diganggu bila mama selalu call. tak apalah..lupakan pasal mama. tapi..pa perasan tak apa2 perubahan pd anak2? pa perasan tak yang anak2 dah makin cerdik? perasan tak yang dalia dah makin petah berkata-kata. dan makin bijak deal dgn adik2? dah nampak sifat 'kakak' dia? pa perasan tak yang yad dah besar? dah bijak? dah banyak benda yang dia buat? dah makin aktif dan pandai berfikir? pa perasan tak yang darling dah makin kuat bersuara? dah pandai menjerit? dah pandai ngada-ngada? dah pandai respon, goyang2 badan bila dengar lagu? dah pandai ketawa tgk iklan? pa tak perasan. pa takde kat rumah. pa takde dgn anak-anak. apa papa rasa bila anak-anak tak berapa nak kat papa bila papa di rumah? takkan nak biar sampai budak2 tu tak nak langsung kat papa? fikir elok2 pa, fikir dalam2.
lagi satu, mama tak nak lagi minta papa drop anak2 ke rumah mami dan kemudian bw mama dan lili aje keluar. walau pg klinik sebab mama tak sihat ke, bawak juga dalia dan yad. ma dah tak mau unlist anak2 bila kita keluar. tak apalah bising sedikit dgn anak2. ma suka tgk diorang gembira bila kita keluar sekeluarga. lagipun, ma tak nak dah susahkan mami. ma tau dia penat. walau kdg2 ma terasa hati dgn dia, dia tetap mak mertua mama. KECUALI kalau kita ada urusan berkaitan kerja, terpaksa juga tinggalkan yad dan dalia. ma akan sedih bila tgk muka anak2 bila ditinggalkan. ma akan kecil hati pulak dengan mami bila tgk muka dia mcm dipaksa tgk-tgkkan cucu2 kandung dia sendiri. ma pun tak nak lagi papa rasa serba salah. ye lah, mami..mak, mama ni, isteri. ma tau berat juga dalam ati papa tu, tak tahu mcm mana nak jaga hati kedua2nya. sebagai isteri, mak kata mama kena banyak berkorban, kena banyak bersabar. itu yang ma buat, pa. itu sebabnya ma banyak memendam rasa. nampaknya ma akan terus memendam rasa. kadang2 terlepas juga pada anak2. tapi ma tak pukul lebih2. tak tinggal kesan pun. ma lebih banyak jerit dan marah, sekaligus boleh lepas perasaan yang terbuku. after this, ma tak nak lagi ngadu kat papa, tak nak lagi luah rasa kat papa, sebab nanti pa akan balik marah2 dan pukul anak2. tak apalah, ma simpan je dalam hati. doa la banyak2 supaya ma tak gila cepat. ma tension pa..tension sangat!!
ma cuba kuatkan hati. bila ma solat, ma doa banyak2 supaya tuhan bagi mama kesabaran extra. ada juga kwn sekolah mama yang sms/ atau call mama. ajak minum2. ma cakap nak minum2 tu boleh, but they have to come to our house. i can't live my kids. diorang selalu tanya, tak bleh tinggal kejap pd mak atau mak mentua? ma senyum atau cuma ketawa. mujur ma bukan jenis yang suka syok sendiri dan lupa diri. i know i have kids dan mak atau mami tak ada kena mengena. itu juga yang ma jawab pd mereka. dan bila diorang cakap, 'tu la ciri2 mithali' hati mama sejuk sekali...
pa..mama sayang sangat dgn papa dan ma tak boleh bayangkan kalau ada apa2 jadi pada papa. mama terperap dgn anak di rumah dan papa sibuk di luar. bila mama nak keluar rumah, mama fikir beratus kali. nak urus anak2, nak siapkan itu ini, nak set kerusi baby, nak handle darling nangis, nak deal dgn dalia dan yad yang suka bergaduh, buat mama selalu lupakan je niat nak keluar. kalau pun ma dah ready semua, pa selalu cakap jalan2 area rumah kita je. bila ma nak pg rumah mak, pa kata tak payah la, jauh dan bahaya. sudahnya, ma duk umah je. area rumah kita, apa yang ada? panas je. rumah mak, at least ma boleh jumpa ayah, mak dan adik2. boleh sembang2. boleh juga lepas rasa. pg rumah mami? menyusahkan dia je. budak2 mesti buat perangai. memang kat rumah mak pun diorang buat perangai, tp at least ada kawan untuk bermain. diorang leh gurau2 dgn kak chik atau adik. ma pun bukan selalu nak pg rumah mak. ada juga waktu yang mama tak selesa dgn budak2 di rumah mak. bila ma rindu je, ma nak ke sana. ma lebih suka spend masa dgn papa dan anak2. jalan2, pg pasar ke..pg tgk air laut ke..sama2, kan seronok?! tapi, bila kita pg tgk air laut pun, pa biar je kitorang. takde nak join sangat. kitorang ni menyusahkan papa ke? sangat merimaskan ke bila papa dengan kami? sebab papa kedengarannya seronok bila on the job's field. dan papa selalu kelihatan penat, tegang dan rimas bila di rumah dengan kami..



Saturday, June 28, 2008

sekadar ingatan........



















Family Gathering!


my dad, on the only seat at my place, zue (sis-in-law), angah, adik,
mak, eirfan (my nephew) kak chik, dalia and ziyad (asleep) and nina.


Not that we had big gathering planned..just coincidentally. but it's fun. dah lama tak rasa seronokmacam ni. semua ada! ayah, mak, angah & famili, nina, kak chik dan adik..see the pic? we were all watching 'Teksi Tunai'. just got back from a housewarming invitation (jiran lama, family friends) nearby my house, papa left us there (ada kerja) and we (me and kids) tumpang angah. ajak ayah sekali dtg umah and there..seronok sungguh..adik buat lawak pasal ayah, tv dan euro 2008..we were all bursting with laughter. even though they were there just for a while, i was so happy and excited enough for the day! i love them!

Thursday, June 26, 2008

Pak Lah vs Tuk Det

disclaimer: this is what i got thru email. tidak bertujuan nak sakitkan hati sapa2 dengan sengaja. but to state here, aku pro Mahathir. tapi takde la sampai fanatik gila, nak setuju 200% apa saja yang dicakapkannya. ikut logik dan kesesuaian semasa la. walaupun hakikatnya, apa yang Tuk Det tu cakap benar2 belaka. Hidup Tuk Det!!!

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه


Kepimpinan Mahathir dan Abdullah: Satu Perbandingan

Selepas dua tahun mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengkririk kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dari pelbagai aspek. Kritikan tajam Mahathir mencetuskan pelbagai reaksi.


1. Semasa Jadi TPM

Mahathir

Sudah merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM, sebagai menghormati bosnya.

Abdullah


Disebabkan terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan Anwar ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu low profile sehingga tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai mengenai keupayaannya mengambilalih pucuk pimpinan nanti.

2. Sejurus Selepas Jadi PM

Mahathir
Terus melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti menyeragamkan waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam waktu, Malaysia Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagainya.


Abdullah
Disebabkan ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat melaksanakan apa-apa lag , yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang mencetuskan tafsiran-tafsiran rambang dan umum.

3. Pembangunan Islam

Mahathir
Di awal penerajuannya, Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi. Dia tidak cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Islam waraq atau berpura-pura dengan menjadi Imam atau membaca doa. Baginya dia adalah seorang fundalmentalist. Namun Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa adalah merupakan cetusan ideanya yang kemudiannya diakui Anwar sebagai idea-ideanya sendiri.

Abdullah
Pak Lah tiba-tiba berani memperkenalkan Islam Hadhari' yang amat kontroversi dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup dengan itu, Pak Lah sering menjadi imam sembahyang berjemaah yang gambarnya dipamerkan di muka depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat. (Jangan lupa Anwar juga sering menjadi imam sembahyang apabila baru-baru berpindah kementerian dan menjadi TPM!).

Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat.

4. Menghadapi Aduan

Mahathir
Mahathir biasanya mendengar aduan dari orang-orang politik atau perniagaan yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau komen. Biasanya juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak berapa lama lepas itu, pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan telah diberi perhatian dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan.

Abdullah
Pak Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang si pengadu. Beliau sering memberi komen, "Macam mana boleh jadi macam ni? Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar" dan sebagainya. Si pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah separuh selesai. Namun bila ia pulang isu tersebut jadi terperap dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil Pak Lah. Dia hanya melaku satu political public relations. Itu sahaja.

5. Menghadapi Cadangan Perniagaan

Mahathir

Meneliti cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala fakta-fakta penting dan menandakan mukasurat?mukasurat yang berkaitan. Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut akan turun ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU mengatakan 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' , Mahathir mengarahkan EPU untuk 'cari wang'. Dengan itu pegawai-pegawai di EPU akan bergegas membuat perkiraan dan congak bagi mempastikan wang diperolehi dari pelbagai saluran kewangan kerajaan. Mahathir mahu cadangan itu dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim dilakukannya.

Abdullah
Ramai yang tidak tahu apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang dihantar kepadanya. Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' . Pak Lah akan jawab balik, 'Tak ada wang tak payah buat'. Maka cadangan berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu lagi pening kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak mahu pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan bertuah jika dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang berlaku ialah ia mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan kertas cadangan itu entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris, Gone with the wind.

6. Pengurusan Waktu

Mahathir
Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau selalu tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia tak pernah lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya. Kalau dia terlewat 10 minit pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat temujanji dengannya tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji lima belas minit, lima belas minitlah masa yang dibenarkan bertemu dengannya. Maka tetamu-tetamu kemudian tidak perlu duduk berlegar-legar di bilik tetamu atau berlepak di bilik setiausaha-setiausa hanya sementara menunggu giliran.

Abdullah
Pak Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau dua jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan lagi perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi orang-orang yang membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga 6 jam di pejabatnya!

Masalah ini memberi kesan besar kepada pegawai-pegawai kanan yang mahu berjumpa Pak Lah untuk mendapat keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka tidak dapat bertemu dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di mesyuarat post kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau. Fikirlah apa jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat membaca dan meneliti kertas-kertas yang duhulurkan kepadanya secara tergesa-gesa itu.

7. Memenuhi Jemputan Majlis

Mahathir
Apabila menerima sebarang jemputan rasmi atau peribadi, Mahathir akan segera jawab boleh atau tidak boleh hadir. Kalau dia kata boleh, maka dia tetap akan hadir sebagai menunaikan janjinya. Kalau tak boleh, maka awal-awal lagi dimaklumkan pejabatnya bagi menyenangkan penganjur mencari ganti.

Abdullah
Pak Lah sebaliknya, apabila menerima jemputan akan lambat memberi jawapan sehingga menyusahkan pihak penganjur dari segi mencetak buku program, menyusun peraturan protokol dan sebagainya. Dan apabila memaklumkan tidak boleh hadir di saat-saat akhir, penganjur majlis macam nak gila kena cari penggantinya.

Dalam pada itu bukan sekali dua Pak Lah janji untuk hadir, tiba-tiba di saat-saat akhir tidak boleh dan meminta wakil dari kalangan menteri-menterinya hadir. Bayangkan persiapan yang telah dirancang berbulan-bulan bagi meraikan seorang Perdana Menteri. Harapan penganjur berkecai kerana hampa dengan seorang alim (?) yang memandang ringan dengan janji-janjinya.

8. Membuat Keputusan

Mahathir
Mahathir seperti yang diketahui ramai tegas dalam keputusannya. Sebagai seorang manusia keputusannya mungkin silap, tetapi dia terus juga buat, kerana baginya lebih baik buat keputusan yang silap dari silap kerana tak buat apa-apa keputusan. Namun sebagai seorang doktor, sebelum sebarang keputusan dibuat, beliau akan pastikan segala maklumat atau bukti telah diperolehinya agar keputusan tersebut menjadi sebaik mungkin


Abdullah
Pak Lah nampaknya tidak begitu berani buat keputusan kerana takut silap dan takut tidak popular. Apa-apa keputusan yang mahu dibuatnya dia lebih cenderung untuk mengambil hati pihak-pihak tertentu. Takut buat keputusan dan mengubah-ubah keputusan merupakan satu kelaziman Pak Lah yang diketahui seluruh negara. Contoh klasik ialah keputusan membatalkan projek Jambatan Bengkok. Mula-mula setuju. Malah selepas beberapa jam mengatakan kepada Syarikat Gerbang Perdana, projek ini Pak Lah gerenti akan laksanakan, tiba-tiba diumumkan batal!

9. Menghadapi Wawancara Media

Mahathir
Apabila Mahathir, semasa menjadi PM, diwawancara beliau merupakan favourite penonton. Isi wawancaranya bernas dan penuh maklumat. Seperti kata Inggeris he says what he means and he means what he says. Noktah.

Abdullah
Pak Lah pula bila diwawancara sering menampakkan beliau tidak cukup maklumat dan terpaksa berdolak dalik. Dalam kes ECM Libra mengambilalih Avenue Capital Resource, beliau pernah menjawab "Saya tidak tahu, saya tak terlibat". Dalam kes Scomi pula yang melibatkan anaknya, beliau dengan mudah mengatakan Scomi tidak mendapat sebarang projek di dalam negara. Sedangkan ramai yang tahu jenis-jenis projek dalam negara yang diperolehi Scomi. Wawancara terakhir beliau dengan Dato' Annuar Zaini boleh dikatakan menimbul lebih banyak persoalan dari jawapan.

10. Campurtangan ahli keluarga dalam pentadbiran dan politik

Mahathir
Walaupun pernah dikatakan Toh Puan Dr Siti Hasmah mempengaruhi keputusan-keputusan Mahathir, hal ini tidak ketara dan kalau ada pun dalam urusan-urusan kecil sahaja. Manakala anak menantunya boleh dikatakan tidak langsung ambil tahu mengenai hal-hal pentadbiran negara. Pernah diceritakan apabila anak-anak beliau mahu dicalonkan bertanding mana-mana jawatan parti, tidak kira rendah atau tinggi, Mahathir akan menghalangkannya. Dia tidak mahu mereka terlibat semasa dia memegang jawatan Presiden parti.

Abdullah
Campurtangan ahli keluarga Pak Lah amat jelas. Anak menantunya turut serta dalam urusan Pak Lah membuat keputusan. Walaupun letih Pak Lah menafikannya tidak sesiapa yang percaya kerana apa yang dikatakannya lain dari apa yang dialami mereka yang berkenaan. Penyingkiran Tan Sri Isa Samad dari jawatan parti dan kerajaan, jelas dikatakan hasil manipulasi Khairy.

Penutup

Kesemua di atas adalah sebahagian kecil perbandingan yang diketahui mengenai Mahathir dan Pak Lah dari segi pentadbiran dan kepimpinan mereka berdua. Manakala markah diberi mengikut penilaian bebas oleh sekumpulan pemerhati.
Mahathir menunggu lebih dua tahun selepas persaraannya untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya kerana beliau merasai dirinya telah dikhianati, amanatnya tidak diambil hirau oleh penggantinya.
Beliau menunggu dua tahun kerana beliau mahu mengutip sebanyak mungkin bukti. Mahathir tidak akan bercakap kosong. Dari dahulu lagi beliau arah orang cari bukti yang lengkap atas aduan yang mereka buat. Takkanlah beliau sendiri mengkritik kosong tanpa sebarang bukti sekarang ini.

Perbandingan ini bukan bertujuan mahu mencadang diletakkan semula Mahathir ke tempat yang telah diserahkan kepada penggantinya itu. Hanya pandai-pandailah kita menilai kepimpinan yang ada sekarang ini dan tanyalah diri mampukah kepimpinan ini membawa negara ini ke arah kecemerlangan?



***********************************************************************

Wednesday, June 25, 2008

ego..part 3..

situation now: anak dah selamat tido semua...jap lagi satu hal nak mengangkat sorang2 masuk bilik..still chatting with my sis, erin.

fuhhh...!! lega sket. apa? ingat senang ke jadi surirumah nih? nama je surirumah tau, bukan boleh jadi permaisuri dalam rumah . suri anak tom cruise tu bleh aa kot..hehehheh. penat jadi surirumah nih. now aku paham la kenapa mami (mak mentua) selalu jugak la buat muka bila aku nak drop kejap anak2 aku tu. PENAT! dah la lasak budak2 ni. lagipun dia bukannya muda sangat lagi. aku yang muda ni pun terasa penatnya (yer aa, aku ngadap 3 sekaligus, 24/7!!) apatah lagi dia, kan? aku memula dloo terasa ati gak. tapi skarang dah paham. tu ego la namanya tu. ego seorang ibu. tapi!!! ada satu part yg aku masih terasa sket aa dgn mami nih. it occured masa abah mami dtg umah mak, coz mak ayah nak gi umrah the next day. my kids were making scenes and dalia menunjuk laku (ayat ayah). aku marah dalia depan mami dan mak and she cried. mami cakap "dah tu, jgn nangis. nanti wan marah mama. nanti mama datang rumah wan, wan tak bagi mama makan, tak bagi mama minum kopi.." (mementang aku hantu kopi) my mum was like..errhh?? and we looked at each other. huh..malas nak layan! sampai skang aku kalau gi umah mami, tak nak makan atau minum kopi! protes la konon, sensitip, terasa hati..aaa, ego la tuhh!!! hiks..tapi aku ok dgn mami. part makan ngan minum je aku mengikut rasa. biar..biar si luncai terjun dgn labu2 nyaaaaa!

kak chik (erin) lawak rupanya..tahap cipan atas keldai..paham? aku rasa gen ayah sangkut jugak la kat dia. kat aku pon ada apaaa...

Eireen Rusli: hak3
Eireen Rusli: lucu... lucu...
Era Rusli: lucu?
Era Rusli: adekah ko pon terthn2 ketawa?
Eireen Rusli: kejap.. pikir
Eireen Rusli: rasenye.. tidak la
Era Rusli: bangang!!!
Era Rusli: ko nih kan..
Eireen Rusli: amboi
Eireen Rusli: suka nya!
Eireen Rusli: hish
Era Rusli: tah sesapa punya kes la ko angkut jd kerekter nih
Eireen Rusli: tengok kengkawan laa
Era Rusli: gen ayah kot
Eireen Rusli: eqa la, syuk la..
Era Rusli: ayah pon lawak pe..
Era Rusli: kalau dia ok laa..
Eireen Rusli: mak... tak kelaka ke?
Eireen Rusli: angah, lawak sangap laa
Eireen Rusli: lawak keji sket
Eireen Rusli: nina... ntoh le
Era Rusli: akekekkekeekke
Era Rusli: kakak?
Era Rusli: *aaa..tuh nampak ko tgh antuk kepala*
Eireen Rusli: (mula rasa hairan sambil garu pale)
Era Rusli: mak mane de klaka..
Era Rusli: kalau dia buat lawak, kita ketawa sebab dia ketawa dloo seblom lawak dia abih
Eireen Rusli: haih.,
Eireen Rusli: sebenarnya..
Eireen Rusli: begini,
Eireen Rusli: kita ketawa, sebab kelakar tengok mak ketawa dengan lawak dia yang kelakar bagi dia.
Era Rusli: hohohohohoohhhh
Era Rusli: tak sama ke statement tuh
Eireen Rusli: ha'ah ekkkkkkkkkk
Eireen Rusli: sama la pulak
Eireen Rusli: malu pulaks.
Era Rusli: chik..nak kene luku?
Era Rusli: hehehehehe
Era Rusli: adoih..sakit dada..


tu la kami. siapa sangka leh sembang cenggitu? aku pon tak sangka!!! cemana agaknya kalau ayah reti plak ber YM nih, kan? teringat masa dia memula nak celik IT. dgn cermin mata dia, dok depan pc, taip satu, satu. keh keh keh. sib baik bapak aku, kalau org lain, aku tinggalkan dah..maleh nak ajar. tapi tak lama pon..kejap jek..dia dah rasa bosan. mungkin bukan zaman dia kot. but nowadays i've been told by angah, ayah dah layan laptop..hebatttt! go ayah!!!
bila baca blog kakchik, aku tgk gaya bahasa dia bleh thn gak la. english..waaayyyy better than mine when i was her age. kenkawan dia pon hebat gak. grammar error? biasa aaa...lom masak lagi..baru nak ranum dgn bahasa. part yang dia tulis pasal ayah tuh..mengimbas kenangan lalu. ha ha ha..apa yang ayah cakap pasal sahabat tu betul. ko ingat kak lynn chik?
dia la satu2 nya kawan aku yang ayah paling tak suka. my dad, i think..got sixth sense. dia kalau tak suka, tak suka sungguh. abih la aku ni di makinya, sebab kawan dgn lynn tuh. but bila lynn dtg umah, dia kontrol la. still leh senyum dan sambut salam lynn. masa tuh wonder juga, apsal dia tak suka sangat dgn lynn, walhal lynn tuh la kawan baek aku masa tuh. then, bila masa itu tibaaa...aku paham kenapa. tak yah la cerita..biarlah rahsia...kenkawan lelaki aku pon sama gak..kalau ayah tak suka, dia sound aku gila2! but NOT in front of the person himself. berbahasa bapak aku nih. dia takkan memarah org tak tentu pasal.

masa aku kecik dulu (takde la kecik mana, aku dr dulu mmg bdn besar) anak razak ikan buat hal, kerek dgn aku (tah apa dia buat tah, aku tak ingat) pastuh aku maki dia kot, dia nangis (bodo nye jantan, takde telur..). poyo kan? dah la jantan, tua dari aku lak tuh, siap leh nangis dan ngadu kat bapak dia. bapak dia pon dgn bodo dan blagaknya dtg umah aku marah2. ayah pon apalagaiiiii....tepuk tampar (bukan dgn cara yang mesra) aku la depan2 diorang anak beranak. dah jadi cam drama swasta dah (bapak aku keje swasta..). cipan hanjing tol!! pastuh dgn bodonya, terus diorang rasa puas hati. sesambil berambus dari rumah aku, si setan tuh bleh plak ejek2 aku lagi. sib baik bapak aku lom masuk umah..kot tak, melayang selipar berserta ludahan aku kat kepala dia. budusss!! aku sampai skaang ingat scene tuh. tapi tak ambik ati sket pon, sebab jantan setan tuh dah berjaya menggolongkan dirinya dalam org2 tak berguna malaysia. big loser!! dah lah bodoh, suka blagak, sapa nak kawan dgn dia? sib baik ada org 'buta' nak kawen dgn dia. har har har..kasar siot bahasa aku ini malam...dah..cukup ahh..penat..


*********************************************************

ego..part 2..

instead of nescafe, aku buat sirap jek.

Anak2? Dalia n
gan lili dah tido..Yad? tgh terkebil-kebil. kejap sakit nonet..kejap saakit gigi, kejap kang sakit kaki. Papa dah log out YM. nak mandi dan tido katanya. esok nak kena setup pepagi. btw, dia ke kuantan ikut abah (bapak dia) ada job..tolong2 abah dia. and...abah bought him new hp! u should see how he reacted. balik dgn tak sabar2 tunjuk kat aku..the look on his face, berseri gila. like what i told abah, macam budak 10 thn dapat adiah hari jadi. aku plak yang keseronokan bila tgk dia seronok. tak dapat nak digambarkan ke excited an dia. thank you abah!!

ptg td, tgh layan facebook, accepting request etc, tetiba ternampak ada satu application..

add send kfc.

kfc!!??!! giler babeng! ada gak tuh! agak menggelegak jugak la perut aku nih. tapi takpe..nafsu leh kontrol. dulu masa keje kat cybercafe @ kompleks PKNS, aku rasa manager kfc tu kenal dah dgn aku. siap bagi diskaun lagi tiap kali aku dtg. sib baik la masa tuh aku kering. kalau tak, sure aku ngorat dah dia. wakakakkaka..ensem gak oo..sabahan. TAPI!!! skang pon dapat sabahan apa..jodoh..hak hak hak..ehh..?? aa..jap..yad dah tido..terngigau plak...kacau aa dia nih..

************************************************




Tuesday, June 24, 2008

ego ke aku? apsal? tak boleh?

part 1

situation: tgh susukan lili sambil chatting dgn kak chik dan papa (kat kuantan) dgn rumah yg huru hara dibuat dek ziyad dan dalia, with a mug of nescafe on the side.


bila sembang2 dgn adik aku, rasa mcm org dewasa plak. budak2 zaman dia ni, aku rasa dah terlebih maju aa..chatting with her makes me feel like having an adult conversation. lawak pon ada juga dia nih..sengal betol..!! aku ada tanya dia pasal karakter aku as a big sis. dia leh sound aku plak being emo!! ada ke patut? hehehe..tp mmg aku kuat emosi. bila menyentuh bab adik2 dan keluarga, apatah lagi hal suami dan anak2. biasa...aku kan ke pisces...ikan beb..sensitip!! kadang2 suami aku pon bengang juga dgn tahap kesensitifan aku yg kadang2 terlampau. heh, jgn marah aa bang..
aku memang cenggini kot. tapi..bila dgn kenkawan, aku manaage la nak kontrol. mungkin nak jaga ego kot. sape kata pompuan takde ego? as a popular and quite bright student kat skola, aku punya ego..bleh thn tinggi gak la..bak kata laki aku, aku suka being popular. hah!! ye ke? tapi bila pk2 balik..lu pikir la sendiri!!!! hak hak hak...

Eireen Rusli: hahaha adehh
Eireen Rusli: eh eh
Eireen Rusli: kata nak wat new post?
Era Rusli: tgh la ni
Era Rusli: sesambil
Era Rusli: kakak kan terer
Era Rusli: ngehhhh

tu..contoh ego tuh..hehehe..tp pada adik2 aku, diorang dah biasa kot. alamak..!nescafe dah abis..jap, nak buat lagi..


********************************

Monday, June 23, 2008

Dalili dah tumbuh gigi!!!


Assalamualaikum...

Genap usia dia sembilan bulan, dah tumbuh gigi! Inilah anak aku yang paling hebat. Belum mencecah usia setahun pun lagi, dah merangkak (laju plak tu), dah pandai berdiri, dah mula nak meniti, dah pandai panggil 'mama', dah pandai main 'pok amai-amai', dah pandai menunjukkan ekspresi dan macam2 lagi. Yang tak terjangka boleh dibuat oleh budak yg belum sethn. As a mother, yes..I feel proud. Mak aku kata, adik2 akan lebih pandai dari kakak/ abang dia. Ye la kot. Aku rasa pun begitu. Dah la Dalia tu bijak, Ziyad lagi bijak..Dalili pulak, makin bijak. Semuanya bijak2 la kiranya! Aku dulu takde la bijak sangat..tapi adik2 aku semua bleh tahan hebat juga. Yang kecik tu aku nak perati. Nampak cam bijak juga tp sama naik pulak dgn perut dia..Edry..edry...ngehngehngeh..
Berbalik pada cerita Dalili. bila dalam keadaan menyusu badan sepenuhnya ni, dia dah tumbuh gigi..itu boleh dikategorikan sebagai mimpi ngeri ala-ala ngilu jugak la pada mama dia nih. Haih..!! takkan nak cerita details kot? err..tapi takde yang bawah umo baca blog aku nih kan? kwn2 si erin pun dah tua2 dah..hiks!! tapi Dalili (kitorang panggil darling) memang hebat. tengok dia ketawa, senyum dan menangis, rasa seronok. bak kata erin 'comel bangettt!!' hehehe.
Nak cerita pasal anak2, memang tak abis. last saturday night, pegi jenjalan ke shah alam kejap, pusing2 area stadium malawati. papa nak tgk persiapan Rentak Juara kat sana. ada kawan2 dia masuk final (cherish 2000). tapi tgk dr luar je. pack sangat. tiba-tiba..

"ah..papa! mcm mana ni..!"

"apsal dalia?"

"yaya nak kencing!"

ah sudah..papa kepanikan.

"ma tak pakai kan dalia pempes ke?"

"la, kan dah besar, tak yah la pakai pempes lagi. papa kata nak ajar dalia tak pakai pempes. pg la petronas tu kejap, bawak dia gi toilet."

"mana nak pusing, jauh la petronas tu. tak sempat kang.."

"papa! cepatlah. yaya nak kencing kat toilet ni!!"

"isk..ye laa..papa nak cari la ni. yaya tunggu kejap yea.."

dah la packed kat stadium malawati tu, org ramai dok tgk raptai rentak juara. kat stadium besar ada final plak, kedah vs selangor (kalah selangor, hampeh!!), terkeluar jugak la peluh gelabah papa dia, walaupun aircond full..

last-last...

papa berenti kat tepi jalan dekat apartment acapella tu (seberangnya, imagine sendri la..keluar dr tpt parking kat giant, ikut susur tepi apartment apa ntah yg depan giant tuh)..

pa bukak pintu, dalia tanya "knp papa pegi sini?"

"la, kan tadi dalia kata nak kencing. kencing kat sini lah."

teka..apa reaksi dalia?
mengamuk dia!

"ala..takmau! yaya nak kencing kat toilet la!!!!"

tapi, agaknya dia sendiri pun dah tak tahan..ikut kan aje lah. papa pun bukak kan sluar dalia, pakai selipar, cangkung kat tepi jalan (kat rumput, sure tumbuh pokok the next day! ha ha!) dan ssyyyyyhhhh...

hehehe..lawaks! bila dah siap tu, dalia dgn muka muncung dan termalu-malu komplen kat mama, "apa la papa ni. sakit bontot yaya kena tajam-tajam.."

"haiks? apa yang tajam?" mama tanya..

"tu la, rumput tu tajam. dia cucuk bontot yaya.." muekekekkekeke...ketawa je la kitorang..

aa..seblom terlupaaa...masa keluar dari rumah (lepas maghrib) pa singgah 7e kejap, beli air. budak2 biasalah, mesti nak air coklat. pa belikan mama wong lo kat (bagus untuk sejukkan badan) dan papa minum teh herba; apa ntah nama dia..lupa. tetiba papa kelihatannya kesakitan.

"uhh..uhh.."

"apsal pa?"

--skrekk..teng!--(ini sound effect)

"cilakak betol!" papa menyumpah..

apsal ekk? cuba bayang kan sound effect di atas...

(dlm pada korang pecah kepala membayangkan situasi sebenar, aku pecah perut ketawa!)







misai papa beb! tersangkut kat pembukak tin minuman tuh!!! kah kah kah! berair mata dia. adoih la..bingit kereta juara papa tu dgn gelak ketawa aku..papa pun tak dapat tahan, ketawa jugak!!! budak2? bingung kejap..hehehe

hakikatnya..sabtu malam minggu 21/6/2008; hari lawak sedunia!

Sunday, June 8, 2008

this week's chronology (June 2 - 8, 2008)

*Monday June 2, 08.

Spent the night's at mums. Papa was on emergency leave. Dalili was not well, brought her to the clinic. Went for sight seeing for a while then straight home. Abah and Mami came after Isyak. Brought knick-knacks from wedding ceremony they attended the day before and kids milk. Papa left for Jamming Studio, back around midnight.


*Tuesday June 3, 08.

Nothing much happened. Paid extra attention to Dalili, for she's having fever. Symptoms seen on her sister and brother too. Called mum in Mekah, just to say hi and chat a little. Papa's working, back around 8pm.


*Wednesday June 4, 08.

I started feeling blue. Got dizzy and pain headache. Rest (if i could) most of the time. Around noon, papa called. Informing that the oil price will increase 0.78/litre starting midnight. He was with Abah at Alam Sentral. They hang around quite often, lately. Good, eh? Then around 8pm papa called again. Asked me to pick him up at my mum's. His Juara ran out of fuel. Can't make it home. Petrol station got congested. I went to mum's with my children, pick him up, went to sect. 7 to have dinner (simple ones) and straight home. That night, Ziyad and me, got fever. I checked on Dalia and Dalili, they seem ok.


*Thursday June 5, 08.

Ziyad got up early. We were awaken by Dalia's singing (mayfirst..lambang sejati!). Turned out she was dreaming. ha ha..Dalili was still asleep. Woke her up around 9. Papa refuel our Matrix for the journey, bathe Dalia and Ziyad (and himself too) and around 9.30 we off to mum's. Dalili and I aren't bathing yet. hehehe..but we weren't stinks. arrived at mum's around 10.00. Papa needed to rush for a site visit. He was picked up by his colleague at 10.30. Attended my children, checking up Dalia, she was on fever! Checked my sister and brother, bathe Dalili, and do some laundry. I finally got a chance to bathe around noon, right after I ordered McD for lunch. Done at 12.15pm, got down, McD's arrived, and I was ready to feed porridge for my kids. When I turned to Dalia, she was lying on the sofa helplessly. A trace of vomit can be seen but she seem unaware of it. I called her name repeatedly but she seem lost. I was so afraid. Her eyes weren't looking at me and she didn't respond to my call. I looked for a napkin to wet it and wipe her, to cool her off a bit. Then my sister yelled; Dalia vomit again. Badly. I rushed to her, caressed her, cleaned the puke, kept calling her with tears in my eyes. Her pupils wasn't normally at the place. Terbeliakdan hanya memandang ke atas. I urged my sister to call Papa. Dalia's finally responded but very weakly. Then she cried. I grabbed the phone from my sis and my hubby's got a little anxious too. He asked me to bring Dalia to the clinic and I was kinda mad coz I need to handle 3 kids on my own. But!! For the sake of my Dalia's life, I rushed to the clinic. My sis got CAT exam that day, she couldn't come along, but she manage to put my little Dalili on the baby car seat. I asked my brother Edry instead, just to watch over Ziyad. I carried my 17kg Dalia, to the car. My Dalili was crying and screaming like hell, I finally got to hold her on my lap, all the way to the clinic. Luckily I am the type of person who can think double fast and double wise when i got panicked. Drove slightly faster that i should but Dalia especially and my passengers (kids and bro) generally was the only in my mind. Then papa called, on the way to the clinic too. When I arrived at the clinic, one more problem arose. 'How the heck am I going to carry both of my girls?' I got no choice then to carry them both. Yes, I carried them BOTH! Dalili on the front and Dalia on my back. With slip disc injury history, I prayed that God bless me with extra strength. 20 steps from the car park to the clinic entrance, felt like 2000 steps to reach Mount Kinabalu. Dalia was still crying; on and off actually. Put her on the couch, registering, nursed my Dalili and wait for our turn. 10 minutes passed, papa arrived. Dalia cried, louder. She's papa's girl, by the way. Papa carried her. Calm her down. She was highly on fever, very hot. Met the doc, Dalia's checked, we went back to mum's. Papa called office, reporting for emergency leave, again. I packed our things at mum's and went home. Dalia fallen asleep till 5pm, all that she asked when she woke up was: milk. I gave her boiled sausage, she ate only one. We went out to get fresh air, bought nasi lemak for dinner, she had it with sausage, mine was with beef rendang (but I vomit it all out a few moments later; I wasn't fully recovered from my dizziness and slight fever) and papa need to go to our studio, got jamming session again. Kids asleep at 9.30pm.


*Friday June 6,08.


Dalia was recovering well, slowly. Starting to have appetite to eat. I made her nasi impit and chicken soup. Cooked some rice for us too. She ate quite well. I was so relieved. Papa bathe the children, today. I still got dizzy and no appetite. Vomiting almost anything that got in. Poor me!
Papa came back early, after Jumaat around 3.30pm. Kids were asleep. Papa rest a while, and so was I. Around 6pm, we went out to Pantai Remis. Kids were so happy. Got home around 7.30pm, bathed and out again for late dinner around 9. Here comes the best part..Papa got sued! By the traffic police! He hit the red light. Earlier on, I was jokingly threatened Ziyad, to get him to sit tight or I'll call the police to get him. Didn't think it will be true! Just it wasn't for Ziyad but for Papa. ha ha ha..at least we got something to laugh at..off to sect 7, had dinner. went straight home with laughter for the nights closure. Glad, kids are ok. :) Alhamdulillah.


*Saturday June 7, 08.

Got up early. Made breakfast, simple ones; wedges and chicken nuggets.

Papa on his laptop computer, work. Then suddenly he said, 'ma, let's go for a movie..but don't tell the kids yet till we get the tickets.' I said, 'now? really? with the kids? are you sure?' He nodded and we get dressed.

Kids did ask but I told them we are going for a ride around the city. I dressed them with jeans and long sleeve t-shirt/ blouse. The look of wonder still can be seen on their faces for jeans only be worn if we are going to somewhere special and far. This shows how bright my kids are. They know, we weren't just going for a ride. We went to Bukit Tinggi, papa queued for tickets and there! we are officially going to watch a movie; the whole family!! It has been almost 4 years since papa and me been to a movie. We stopped when we got Dalia. How to, right? Finally..I can see that papa looks very happy. We watched Kung Fu Panda. Kids are all ok. Dalili was soundly asleep. As we thought would happen, Ziyad couldn't sit still. Normal. But towards the end of the movie, he fell asleep. I can sense that this might be our monthly activity; watching movies!! But it will all depending on financial situation which gets tighter this month. Fuhh!!..
Around 5pm we went home. Asked my hubby to look for my childhood friends' house nearby our place. Till 7pm we still couldn't find it and the best part, we were confused by nature. Supernatural? hmm.. No comment. We went along Jalan Benteng, to look for my friends' house, turned out it was not there. Got out through Jalan Kenangan, headed home but then papa said let's try again. We turn right at the junction before the big tokong but then suddenly we were at Jalan Benteng again. Uh?? Scary? Nahh..just confused. I am still wondering though..how did we end up at the path we passed quite far. Nevermind, let it remain a mystery.


*Sunday June8, 08.

It's my dad's birthday. he's 56 today. "Happy birthday, ayah!!" I called and wished him exactly at noon, today. He's in Mekah and it was 7am there. He sounded happy. Glad that he is!

Nothing much then today..am having sore throat, kids are all making scenes, I don't know why and let them be, papa at work, earning extra income and ciao!!



-the end-

Tuesday, June 3, 2008

urgghh...!!!

Lately there were so many things that kept me at full astir. With house chores (this is everyday stress contributor), kids, looking after my little sis and bro at my parent's (they left for umrah, remember?), 5th anniversary and my youngest girl in fever, last Friday. But believe it or not I can still manage to squeeze a little space to be online; blogging or spend my few ten's of minutes on Facebook.I guess that's the only way I could find peace, and release a little tense out of me. Now as my kids asleep, I tend to blog, check on my brother's rock-melon website, browsing through my Studio Anggerik website and of course, my Facebook.
As usual, I have lots of things in mind, to be jotted down here. But (as usual, again) got envied by time. Being a full-time housewife is not fun, you know. Fun is something you need to search for; carefully by being a full-time housewife. A little relax, yes. As you don't have to catch deadlines or seeking commissions or whatsoever. But the stressed is tripled! Why? Obviously, I am working 24/7, babe. Regret? Never. I am proud to be a housewife. Very glad with the path chosen 5 years ago. Financial problems? Occurred once in a while (err..every other month, I believe) but manage, or at least trying to manage it wisely. The most important thing is, I get to see my kids growth, in front of my very eyes. I can manage my husband's needs. I can be here, whenever he needs me. I am ready and prepared whenever he needs a shoulder to cry on or maybe just to nagging or babbling about stress at work. See? I am not having fun. People should pay extra credit and respect for women whose called 'housewife'. Like my mother-in-law for instant, she is a housewife for so long and yes, she looks tired. She's only 53 but she looks older. Well, she has no little kids to be taken care of, except one of her grandchild (my younger sis-in-law's) but still she's tired. Pity her, of course. But my father-in-law showers her with love, everyday. I can see that. He' ll bring her out on weekends, visiting relatives here and there, or just sight seeing in KL or Damansara. Shop for groceries at Tesco or Carrefour, and dine together, just the two of them. Sweet, isn't it? Well, they don't have to worry about losing little kids at the mall, or cleaning up the mess after meal at the restaurant. Now it's their time to have fun and relax. Hopefully they'll stay healthy.
My parents? They both are working, still. Dad with his rock-melon farm, with help from my brother. My mum is an officer in the Inland Revenue Board (LHDN). Unlike my in-laws, my parents still have young kids to be sent to school and college. Well, only two left. And of course, at the age of 56 (dad) and 50 (mum) they tend to get tired as well. I hope they will be strong and well, forever!! They seem quite outgoing too. My kid brother been telling me how they went shopping together (at least once a week; my sis Eireen need to re-stock her college needs), dining at Secret Recipe or Manhattan Fish Market, and stuff. Yes, they are busy but still managed to find some time to relax and have fun. Besides, less burden my parents carrying. Me, the first child, married and no longer with them (under one roof), so is my brother Eriq (but he always there, as he continues my dad's legacy in business. Plus, his responsibility is high being the eldest boy in our siblings) and my 3rd sis Eleena, a government officer in Putrajaya now, under Ministry of Science, Technology and Innovation. She seldom home, for she's renting a room in an apartment there. Travelling from home to Putrajaya is fuel and toll disaster! It's good that she rent a room there. Save cost!
My kid-sisters followed my mum's dream, to study accountancy (Eireen's taking CAT) and being a govt. officer. I was in accountancy course, once. Back in 1997. But I quit. Took only one semester. Why? Well, I was not into accountancy. I am more into broadcasting or mass-communication. Mum said back then, accountancy is the perfect course for the future. I agreed. That's why I managed to finish my Pre-Accountancy course. I failed one subject though. I thought that was the end of it, but no. Got an offer to continue my Diploma. But I hid the offer letter. Truth is, I overheard my parents talking about college fees (me, in ITM, my bro was going to UTM, taking degree in Physics Industry). So I thought, what the heck..Hid the letter and seek for jobs. In my heart, felt kind of happy for I don't have to study subjects I don't like (but now kind of regret it..ha ha). So I told my parents I couldn't continue, and let angah (Eriq) moved on. His fees were around RM1000++ and mine was only 300++. And so he graduated. Me? Moved on doing what I like and working in various companies and places. From a cybercafe in PKNS, to my own Era Shoppe at Pekan KF Alam Sentral, to MPH bookstore Alam Sentral, then KLIA airport limo and last but not least, Ambank Berhad. Good for my resume, you know. :) I have never had the regret by letting go this or that and doing what I thought was right. I know what I should do. A little sacrifice (if you can call it so) won't do me any harm. Look at me now. And look at my brothers and sisters. We are all happy and successful, in our own way and view, of course. I hope this is enough to make our parents proud.





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online