Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, November 26, 2010

Bahasa jiwa bangsa...

Ok. Hari ini kita berbicara secara separa serius.

Selama ini kita bernaung di bawah satu bendera, kan? MALAYSIA. Negara berdaulat ini mempunyai bahasa ibunda, iaitu Bahasa Malaysia. Diakui, tidak semua antara kita di Malaysia ini yang berbahasa formal dalam pertuturan seharian. Maka itu bahasa yang kita gunakan dalam perbualan seharian dinamakan 'bahasa pasar'.

Apa motifnya catatan ini dinukil?

Kerana saya sudah tidak tahan lagi dengan penggunaan bahasa yang meruntun jiwa di sebuah stesen radio swasta kendalian AMP Radio Network! Perlu ditekankan di sini bahawa saya bukan pendengar tegar stesen radio yang kononnya mengangkat martabat muzik tempatan (dengan memberi ruang kumpulan-kumpulan 'indie' bernafas dalam industri muzik tanahair) berkenaan. Cuma, bila mahu mendengar carta setiap hujung minggu (kerana ada artis berkumpulan yang kami kenali bertanding), atau juga bila terdengar anak jiran memasang radionya kuat-kuat, saya jadi marah, malah menyampah! Telinga jadi sebu. Apatahlagi bila rakaman 'braderlove' tersiar di laman sosial Facebook tidak berapa lama dahulu, perkataan 'meluat' telah ditambah dalam kamus ketidakpuasan hati ini. Kalau bukan kerana 'adik-adik' yang bertarung merebut takhta carta, memang tidak kuasa menadah telinga, menyakitkan jiwa!

Bagaimana mungkin penggunaan bahasa yang sedemikian rendah kualitinya, dapat dilepaskan siaran ke seluruh negara? Tidak ada lagikah rasa malu atau mungkin juga rasa sayangkan maruah bahasa? Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, tak pantau atau tak dapat nak pantau? Menterinya yang sering berbahasa molek dan sedap didengar, baik dalam bahasa ibunda atau dalam bahasa utama dunia, takkan pula terlepas pandang? Stesen radio tersebut mensasarkan pendengar MELAYU berusia 10-29 tahun. Mana mungkin bahasa sedemikian buruk dijadikan halwa telinga kanak-kanak semuda 10 tahun? Melayu pula tu? Sakit hati saya bertambah bila membaca keterangan/ penjelasan servis mereka, di sini.



Pernah saya suarakan ketidakpuasan hati saya tidak lama dulu di ruangan sembang stesen radio berkenaan, apabila mereka menyatakan hanya mengudarakan 100% lagu-lagu penyanyi/ buatan tempatan, namun mereka sering (malah, setiap hari) memutarkan lagu dari Ahli Fiqir. Seorang dari penyampai stesen berkenaan yang bernama Aimee, menyatakan dengan tegasnya bahawa Ahli Fiqir adalah rakyat Malaysia, membuat saya sedikit tersentak. Penyampai radio jenis apa, yang tidak tahu cerita dalam industri? Tangkap muat? Oh ya. Beliau sekadar finalis sebuah rancangan realiti.

Adalah lebih baik, setiap penyampai radio ini, baik kerajaan atau swasta, diberi kursus terlebih dahulu. Kursus penggunaan bahasa, kursus berbahasa, kursus pengetahuan hal-hal industri penyiaran dan kursus pendedahan perihal industri muzik semasa.

Kalau masa arwah Tok Mat ada dulu, rasanya industri penyiaran lebih 'kemas dan teratur'. Pendapat saya sahaja. Mungkin ada yang membangkang. Terpulang!

Tuesday, November 23, 2010

The Social Network?

Apa yang istimewanya tentang filem ini? Tatkala menonton 'trailer' nya, secara otomatik kita akan teringatkan 'facebook'. Justin Timberlake? Pancingan yang baik dengan menggunakan penyanyi pop kesayangan ramai itu (kesayangan saya juga!). Cumanya, saya berpendapat, JT (Justin Timberlake) lebih sesuai memegang watak Mark Zuckerberg kerana wajahnya lebih mirip kepada ikon Facebook itu. Tak pasti? Tak setuju? Cuba lihat gambar ini. Apa kata anda?


Sean Parker & Mark Zuckerberg


Justin Timberlake & Jesse Eisenberg


Filem diadaptasi dari sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich ini pastinya jadi buruan peminat-peminat JT dan para pengguna 'Facebook'. Malah, tidak mustahil juga, akan ditonton oleh mereka yang berangan-angan dan bercita-cita mahu menjadi jutawan segera seperti Mark Zuckerberg. Ya, lupakan sahaja promosi program affiliate atau bidang MLM. Mula berangan sekiranya anda mempunyai idea yang 'di luar kotak'. Seandainya anda seorang yang genius, mulakan langkah anda untuk jadi 'The Accidental Billionaires' sekarang juga! Oh, ya. tak perlu lagi wujudkan sebuah laman sosial, ya, kerana sudah berlambak di laman sesawang dan idea itu sangat tidak genius!

Saya sukakan filem 'The curious case of Benjamin Button'. Apa kena mengenanya dengan 'The Social Network'? Pengarahnya! David Fincher, mengarah TCCoBB dengan baik sekali dan kesannya amat mendalam pada saya. Tak sabar juga untuk menonton hasil genre drama/komedi David Fincher dalam The Social Network selepas deretan filem berbentuk 'thriller' seperti 'Panic Room' & 'Zodiac' dari beliau.

Anda pengguna Facebook? Anda meminati Justin Timberlake? Sila ke pawagam berhampiran anda kerana ia akan mula ditayangkan di TGV Sunway, pada 29 November ini!

Friday, November 19, 2010

Tolong, maaf & terima kasih....

Tiga ungkapan hebat.

Namun jarang2 dapat kita dengar secara kerap. Betapa ego manusia itu terlalu tinggi.

Aku juga begitu. Betapa payahnya mahu memberi ungkapan maaf, mahu menerima ungkapan terima kasih. Mungkin kerana perkataan tolong jarang mahu meluncur keluar dari mulut. Namun aku sedang menjurus ke arah yang lebih baik. Setidaknya aku mencuba! Perkataan 'tolong' dan 'terima kasih' sudah lancar di bibir. Sudah menjadi nahu harian juga di kalangan anak2 di rumah. Sukarnya menerap nilai murni, sesukar mencari jarum emas di antara jerami!

Tolong aku, para sahabat. Merubah apa yang perlu diubah. Berdikit-dikit, agar tidak perit.

Maafkan aku juga, rakan taulan. Andai selama ini aku kalian kenal dengan perihal ego sombong dan perasan! Tegurlah aku. Kenalilah aku dengan lebih mendalam. Nescaya kalian akan lebih faham.

Terima kasih, teman. Kerana sudi bersama dengan aku, dari kecil sampai dewasa, dalam susah senang tangis dan ketawa. Sesungguhnya, Dia juga yang mampu memberi ganjarannya!

kepada suami tercinta: Kau sahabat, rakan, teman dan kekasih. ucapan terima kasihku, hanya tergambar dalam kasih sayangku tiap waktu.

kepada mak ayah dan adik2: kalian kesayanganku. Insya Allah hingga akhir waktu!

kepada anak2, buah hati penawar dan racun: sesungguhnya sayang mama tiada bandingan terhadap kamu!

Wednesday, November 10, 2010

yeay! anak buah baru...

SMS jam 5.39am mengejutkan aku. terperanjat. sapa pulak bg mesej awal2 pagi. tahun lepas, mesej awal pagi yang aku terima, mengkhabarkan berita sedih; pemergian ibu sahabat, di tanah suci. Alhamdulillah, pagi ini aku terima berita baik.

salam, kak. zue dah nak bersalin. kat um.
membacanya dalam samar2 cahaya, dalam mamai2 kepala, membuatkan aku pening kerana bingkas tiba-tiba. sesungguhnya malam tadi aku bermimpi yang indah (namun tidak jelas butirannya), tidak ku sangka mimpi itu petanda akan mendapat khabar gembira!

setakat jam 6.35am ini, zue (adik iparku) masih dlm labour room. aku menunggu dalam keterujaan mesej pemberitahuan dari adik aku nanti. hehehehe.. adik ipar aku yg nak bersalin, aku yang eksited lebih!

Kakak doakan yang terbaik, ngah. Semoga semuanya selamat. Insya Allah!

Sunday, November 7, 2010

kelakar juga, kadang-kadang..

aku selalu dpt email.. dari salah seorang ahli keluarga. forwarded email, though.. takpelah.. ingat la kiranya tu kat aku. tah ingat sebab care atau ingat sebab nak perli, tak tau lah. hahahaha.. today aku bukak email and came across his'. baca dan senyum dan angguk2.. then bila sampai end of the email, aku ternampak satu pesan, mungkin dari original sender:-

It is not WHAT you have in your life,
but WHOM YOU have in life that counts!


kenapa aku rasa kelakar? sbb si pengirim kemungkinan besar tidak perasan akan pesanan di atas. atau mungkin dia takde perasaan dgn pesanan di atas. atau mungkin juga selama ni dia tak pernah perasan akan apa yg dimaksudkan dengan perasaan berkenaan pesanan di atas atau mungkin juga dia hanya ada perasaan di atas pada org yg sgt dekat je dgn dia. why, coz to me, he only cares about what he has, not whom he has.

eh..? aku, suami dan anak2 aku juga dekat dgn dia tau.. ;) bukan bau2 bacang. tp yg bertanggungjawab hantar sampai ke liang!

Tuesday, November 2, 2010

sgt sibuk minggu lepas...akan sibuk hujung minggu ini dan hujung minggu depan..

hujung minggu ni, walau deepavali jatuh pada hari jumaat, tak dapat ke mana-mana.

sebab,

1. sepupu aku nak kawen (belah mak and we are close) sabtu ni. errr.. dah kawen, kira ni majlis bertandang. me and my hubby in charge on PA system.

2. Dalia nak konvo, the next day. 7.30 am plak tuh!! mak aih...

so, maybe, on deepavali tu, pg jalan2 ambik angin jek. that too, depends on financial status. hahaha.. apa, ingat jalan2 jek pun, tak payah pakai duit ke? minyak je dah rm50. tol lagi. anak2 nak makan minum lagi. haaaa... kos sara hidup tinggi weh.

malam sabtu tu, kemungkinan besar pg umah mak yong (mak kpd sepupu aku yg kawen tu..merangkap kakak sulung mak aku..paham? hehehehe).

Ahad lepas, umang aihh... sangat hectic. tp best. dalia ada hari sukan. eventhough cuma sukaneka. maklum, budak tadika, kan. but hey, it was fun! seronok tgk dalia ber aktiviti. aku pg dgn yad jek. papa dah volunteer nak jaga darling dgn a-een di rumah. mujur juga a-een dah boleh minum susu botol. kul 10.30 papa call. lapar katanya. nak pg kedai beli, leceh plak sbb ada anak2 kecik. haaa... aku suh tgk dalia, aku dok umah, dia tak mau.. hehehehehe... balik dekat kul 12 tgh hari. si a-een, nampak jek mama, mula la merengek. nak nyusu. hahahaha.. bagi la dulu. dah puas, baru urus benda2 lain. aku dah ada, baru papa pg kedai, makan. ptg tu, dalia demam. pg klinik. ada lelah pulak anak mama ni. mujur isnin cuti. but today pun dia MC! now adik2 dah ikut plak, memasing mula selsema + batuk. kena pg klinik lagi la jawabnya ni!

sabtu depan, aku ada reunion. kali kedua, anjuran aku. this time, aku dapat banyak bantuan dan kerjasama dari kawan2. compared to the 1st one. Alhamdulillah. cumanya, aku masih terkilan dengan perangai last minute dan takmo respon dari kawan2 aku ni. ye lah, aku tau korang keje. respon je pun dah memadai. nanti kalau aku tak list kan nama, korang bising. bila aku tak update, korang byk bunyi. nak join, ckp nak join, beb. bak kata orang dulu2,

kalau padi katakan padi,
tidak hamba tertampi-tampi
kalau sudi katakan sudi,
tidak hamba ternanti-nanti
penat woi, menanti2 jawapan. dateline nak kena kejar. tempat nak kena book. nak booking kena bayar deposit. nak bayar deposit kena tgk majoriti confirmation. hah! tak tension ke? mujur aku suka bab2 dealing and organizing ni tau. kot tak, mampus aku tak nak layan semua nih.

apa yang penting? KERJASAMA!

so many things to do, yet so little time i have

really?

so little time?

nahhh...it's all about time management.

bored and lazy. that's the most common reason not to do the 'many things to do' and such excuses are given.

yeah..yeah.. same here too!

somehow, i can say that i'm not really good at time management. but sometimes, i am the most perfect time-matter person!

lately, i'm being tested, regarding time. still, i can't complaint. why? because i know, it's all my bad. accepting, for i know it's my fault, is a pressure but hey, it is somewhat calming. in other way, it helps me know better about me, my mistake, and how and why it happened.

And it's all about faith.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online