Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, October 3, 2010

Bila seseorang itu bergelar surirumah..

  • sila jangan pandang beliau sebelah mata.
  • sila hindarkan jauh2 pandangan sinis anda kepada beliau.
  • mohon selidik dahulu latar belakang beliau.
  • jangan suka-suka menghakimi tingkah laku beliau.
  • jangan juga fikir yang bukan-bukan tentang beliau.

jauhkan juga tuduhan sebegini, yang selalu mendakwa surirumah:-

  • tak sekolah
  • hanya goyang kaki di rumah
  • boleh tidur banyak
  • makan senang
  • banyak rehat
  • bodoh piang
  • tahu beranak saja
  • suka bergosip (ada juga, tp tak semua..)
  • gemar bersidai buang masa
  • tak pandai bersosial (salah besar!)
Ye, tak semua wanita yang bergelar surirumah itu suka buat benda2 mengarut seperti di atas. Tak semua juga yang tak bersekolah. Di kejiranan aku ni, ada surirumah yang memegang segulung ijazah, tahu!

Para suami, tolong hargai isteri anda yang berpenat lelah di rumah. Dengan segala urusan rumah dan anak2 yang perlu dilayan, dengan tuntutan suami yang perlu diurus, dengan segala macam tekanan jiwa dan perasaan yang perlu di hadapi, tugas kami sbg isteri, ibu dan surirumah, bukan mudah!

Tak hairan, ada yang bertindak lari dan bunuh diri.

Hanya kepada Tuhan, kami berserah. Aku percaya, kerana DIA dan anak2, jadi punca kekuatan dan kewarasan akal fikiran. Cuma, jangan terus-terusan membebani akal dan perasaan kami. Kami juga manusia biasa.

Adakala, kami tewas juga dengan bisikan durjana syaitonirrajim!

*kalau isteri anda yang bergelar surirumah marah2 di rumah, itu tandanya beliau sedang dlm perubahan hormon; mungkin mengandung, mungkin nak datang bulan, mungkin juga sebenarnya SEDANG marah dengan anda.

3 comments:

Farra Da Smiley said...

ye la kan...penat btol jd surirumah

para suami, sila baca yer :)

Unknown said...

uuuuuu!!! hikhikhik...

MyChocoPage said...

jd surirumah keje xpernah habis..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online