Nak cepat kurus? Itu bahaya. Kenapa nak cepat kurus? Masa
melantak makan tak terfikir pula kan?
Aku bercakap melalui pengalaman. Aku juga pernah cecah lebih 100kg. Tak payah nak cakap belakang.
Ni, aku nak bercakap tentang lambakan produk pelangsingan badan. Macam-macam jenis bersepah di pasaran. Baik online mahupun offline.
Terbaru, produk Figure Up.
Akhabar The Star juga telah melaporkannya (di
SINI)
Begitu juga dengan amaran dari Kementerian Kesihatan Brunei tulisan Dr. Zubaidi Hj Ahmad (di
SINI)
Takut tak?
Aku pernah cuba macam-macam produk, sebenarnya. Yang paling mengarut pada aku ialah SD-II. Yang aku suka dan sangat berkesan pada aku ialah Jus Mate 5. Shake paling best pada aku ialah Herbalife cappucino.
SDII mengarut (pada aku) sebab katanya boleh makan apa saja. TAPI tak boleh makan yang berasaskan tepung gandum, beras, minyak, gula. Dah tu apa kebendanya 'apa saja' tu? Baiklah diet sendiri beb, dari membazir beratus RM macam tu. RM1xx untuk seminggu, sebulan dah berapa? Kot ye pun nak lariskan produk, jangan buat advert yang mengelirukan dan menipu macam tu. Puasa lagi bagus. Dapat pahala juga.
intai-intai kosmetik terbaru di sini!
Herbalife, shake dia sedap. HAHAHAHA. Aku suka kopi dan cappucino itu sangat sedap. Aku tak teruskan sebab dia suruh minum dua kali sehari tapi aku bantai sampai empat kali. Teh dia pun sedap. Tapi aku masih menyusu badan dan anak aku sakit perut bila aku minum teh itu. Tu pun salah satu sebab aku tak teruskan Herbalife. Shaker pun cantik. HAHAHAHA. Maka, sebab tak '100% sesuai' dengan aku, aku putuskan bahawa ianya pun membazir jugak. Sengal!
Jus Mate 5? Produk yang bertanggungjawab menghilangkan 20kg+ dalam dua bulan aku ambil. Seminggu yang pertama memang akan sewel kejap sebab perut mesti keroncong gila rasa nak melantak je tapi kena tahan. Dua minggu lepas tu, duduk depan KFC pun takde selera nak makan. SERIUS! Once anak kecik aku ni dah berhenti menyusu (genap dua tahun umur dia, Feb 2014 nanti) aku nak start balik JM5. Nak dapat figure sihat. Senang nak berlari bersukan beriadah dengan anak-anak. Senang nanti nak panjat Broga atau Kinabalu (in sha Allah). Berat badan aku sebelum JM5 ialah 100kg+. Sekarang 80+. Aku ambil JM5, 4 tahun lepas. CUMA DUA BULAN. Dah tu aku stop. Sampai sekarang tak mendadak pun berat badan aku. Orang pun tak percaya aku dah ada anak 5. HAHAHAHAHAHAHAH. Bangga tak? Tak bangga? Lantak kau lah. HAHAHA.
Pada aku (lagi) MO produk pelangsingan ni sebenarnya sama sahaja. MEMBANTU kita mendisiplinkan diri. Tapi kalau dah degil, rasa nak cepat kurus, nak cepat cantik, nak cepat itu ini, MEMANG takkan la. Niat itu penting. Niatlah nak jaga kesihatan, supaya tak menyusahkan ahli keluarga. Bayangkan kalau badan macam tong, terjatuh terpeleot, tak boleh bergerak, agak-agak siapa nak tolong ek? Kalau ahli keluarga kita badan jenis petite, kita je yang macam gajah, macam mana? Sakit sendi, sakit belakang, sakit itu sakit ini. SALAHKAN DIRI SENDIRI.
2002 aku jalani pembedahan slip disc. Lepas keluar bilik operation, nak pindahkan aku dari stretcher ke katil di wad, punya lah seksa dua nurse berserta ayah dan adik lelaki aku nak pindahkan aku. Aku belum kawen lagi masa tu. Rasanya tunang (sekarang dah jadi suami la) aku takde kot. Sedih pulak teringat ayah aku nak mengangkat anak dia yang berat ni. Itulah sparks nya. Hebat kuasa Tuhan kan? DIA bagi kesedaran sebegitu. Alhamdulillah.
Makanya, aku sarankan, kalau nak kurus, self discipline paling utama. HENTIKAN minum air manis bergula. Makan bersederhana. Puasalah Isnin & Khamis. Riadahlah. Main badminton dengan anak seminggu sekali pun dah ok. Main kejar-kejar dengan suami turun naik tangga pun ok. Jangan kerana nak cepat kurus, kesihatan tolak tepi, kebarangkalian kemudaratan dan isi kandungan suplimen tidak diambil tahu. Elok plan nak cepat kurus, cepat mati pulak jadinya. Haru!!
Sebulan puasa di bulan ramadhan aku turun 8kg. Senang, kan? DIA bagi petunjuk juga tu. Tapi, biasalah, manusia ni memang fitrahnya degil. Nak senang je semua, kan? Nafsu makan tu susah betul nak lawan kan? Aku juga masih yo-yo. Jom! Set kan iltizam. Perlahan-lahan berubah. Mulakan dengan minum air kosong sebotol sehari, kemudian dua botol sehari, dan seterusnya hingga tak ada air kosong rasa tak lengkap.
Semoga berjaya!