Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, October 5, 2011

Lelaki yang bernama suami...

Peringatan: Suami kita adalah yang terbaik bagi kita, dikurniakan olehNya. Namun perlu diingat, dia bukan malaikat, bukan nabi juga. Dalam usaha membahagiakan rumahtangga, kerjasama diperlukan antara keduanya. Understanding each other right, is the best solution ever! Kalau encik suami rasa isteri salah, encik suami pun salah juga, kerana tak mengajarnya. 
*******************************************

Suami. Ringkas perkataannya, kan? Namun tanggungjawabnya besar dan beban yang dipikul sebenarnya sangat berat. 

Entri kali ini bukan untuk memburukkan lelaki yang bernama suami. Bukan juga mengangkat status wanita yang bernama isteri, membuta tuli. 

Jika sang suami memerlukan perhatian isteri, kena tahu, begitu juga sebaliknya. Jika suami mahu isteri mendengar kata, begitu juga sebaliknya. Jika suami mahu bahagia, bahagiakanlah isteri dan ahli keluarga. Jika suami mahukan rumahtangga yang aman sentosa, usahakanlah ke arah itu dengan isteri, bersama. Kalau boleh mengadap kerja, melayan 'client', 'meeting' dan sebagainya hingga jam 2, 3 pagi, adilkah pula melayan isteri dan keluarga hanya 2, 3 jam sehari, sedangkan  layanan yang dituntut suami, LEBIH 24jam, 400 hari? Fikir, fikir dan fikir. Cuba dengan tekun untuk berlaku adil, pada isteri, pada anak2. Mudah untuk mengatakannya, namun susah melaksana? Tak cuba, tak tahu!

Sila duduk sebentar, bertanya pada diri sendiri, apa yang anda sebagai seorang suami, tahu mengenai si isteri. Apa warna kesukaannya? Makanan kegemarannya? Aktiviti sekolah yang digemarinya? Hobinya? Cita-citanya? Minatnya? Jiwanya? Tu baru isteri.. anak2 pula? Silap haribulan, anak dah tahu mengeja, membaca, mengira pun, anda tak tahu, kan? Berapa banyak masa sebenarnya, yang telah anda luangkan untuk mereka? Pernah anda kira? Anda mengharapkan disambut dengan senyuman dan gelak tawa ria isteri bila pulang dari kerja, ada anda usaha untuk membuat perkara yang sama, memberikan senyuman dengan wajah ceria, sewaktu menjengah ke rumah, menemui isteri, usai pulang dari kerja? Adilkah itu? Mengharapkan isteri melayan anda bagai raja, kerana penat dgn kesibukan seharian bekerja, sedang anda melayan isteri seperti amah di istana sendiri, tanpa mengambil tahu kesibukan dan kepenatannya mengurus istana dan anak2 kalian. Adilkah itu?

Suami memerlukan isteri sebagai penenang hati, pengubat duka. Begitu juga sebaliknya. Malah, seorang lelaki yang bernama suami ini, bukan sahaja diperlukan oleh sang isteri, tetapi juga diperlukan oleh ahli keluarga yang lain, kerana asasnya, lelaki adalah pemimpin dan pemimpin bertanggungjawab memimpin ahli keluarganya.

Apa yang dimaksudkan dengan pemimpin, memimpin, dipimpin dan terpimpin?

Jika mahu dihuraikan, terlalu panjang. Asal saja seorang lelaki itu tahu tugas dan amanah yang perlu di galas, menjadi pemimpin, untuk memimpin, bangga dengan yang dipimpin dan mendamping terpimpin adalah mudah.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online