Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Tuesday, October 11, 2011

Bosan dengan orang yang bodoh sombong..

Benci!

Mementingkan diri sendiri.

Tak boleh ke agaknya kalau tak menyusahkan orang? Nak mati ke, nak kemalangan ke, jangan libatkan orang lain, boleh tak?

Menyampah sebenarnya dengan mereka2 yang kononnya bijak ni. Aku paling tak suka bila ianya melibatkan murid2 sekolah. Apatah lagi sekolah rendah.

Ya, aku bercakap tentang mereka yang memandu secara melulu. Dan paling menjengkelkan, bila si pemandu melulu yang bodoh itu membawa kanak-kanak sekolah!!!! Mana mungkin seorang yang berakal dan waras, memandu sedemikian, tanpa memikirkan keselamatan anak-anak yang di bawa? Nowadays, kira duit je ke?

Memandu menongkah arus, lebih muatan (seat 18 murid, bawak sampai 25 murid! gila ke apa??!!), tak pakai/ sediakan tali pinggang keledar, memandu melebihi had laju dan banyak lagi kesalahan trafik yang mengundang kepada kemalangan maut yang jadi 'makanan' harian mereka yang bodoh ni.

Apa nak jadi?

Aku harap sangat, ibu bapa di luar sana, kalau boleh hantar/ ambil anak sendiri, buatlah. Kalau tak dapat, atas sebab kerja dan sebagainya, MOHON perhatikan dan pastikan si penghantar anak anda tu, jenis orang yang bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau dah jadi yang buruk kat anak kita, menyesal apa pun tak berguna lagi. Repot polis? Kes-kes terpencil macam ni, susah nak dapat layanan.

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online