Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Tuesday, July 26, 2011

kerana geram..

memandu laju.
kat kawasan perumahan, bawak lebih dr 40km/j.
tak pakai talipinggang keledar.
menongkah arus pulak lagiiiiii!!!

awak tu bawak Van Sekolah, tau tak???!!???

Geram sungguh aku dengan Van Sekolah yang satu ni. Pernah sekali aku jeritkan dari laman umah aku ni sebab bawak laju. Dia pandang 'kerek' je dengan aku.

Dah 3, 4 kali juga aku tengok dia menongkah arus, konon ikut short cut nak masuk simpang rumah aku ni. Nak ambik gambar, sebagai bukti, aku tak terdaya kerana aku sedang memandu juga. Cilaka!

Bayangkan kalau ada apa2 terjadi? Kalau dia (si pemandu) je yang mati, aku tak kisah, kemungkinan besar aku padankan muka dia lagi ada (mcm jahat sangat aku ni, kan?). Tapi kalau budak2 dalam van yang dia bawak tu terkorban, macam mana? Terus terang aku cakap, kalau jadi apa2 pd bdk2 dlm van tu, dan dia cuma cedera ringan je atas kemalangan ke atau apa ke yg disebabkan kecuaian dan kebodohan dia, aku tak teragak-agak nak sepak terajang dia kat situ jugak, tau!

Hari ni, aku terserempak lagi dengan Van Sekolah sama, pemandu yang sama, memandu menongkah arus, dengan 5, 6 orang kanak-kanak berusia sekitar 6 tahun di dalamnya. Lantas, aku dial 1800889600, repot ke LPKP. Bior lesen dia digantung. Kalau dia dapat tahu aku yg repot dan dia nak marah aku, pg mampus, aku tak takut. Aku lagi takut kalau ada budak yang mati sebab kebodohan dia.

Cuba bayangkan, anak kita yang ada dalam van tu..

note: aku dah repot polis, tp sampai ke hari ni (8/9/2011) masih jugak lagi aku nampak dia menongkah arus. tak laku ke repot aku, ha? atau polis dah malas?

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online