Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, July 17, 2011

Bercerai

Anak aku yang kecik baru mencecah usia dua tahun.

Aku sedang dalam kesayuan.




Susah rupanya mengajar anak bercerai susu badan. Anak aku yang tiga lagi memang senang dan secara otomatik je bercerai susu. Mungkin sebab masing2 putus susus tatkala usia belum menginjak dua tahun. Tak macam A-een. Dah pandai  bercakap, dah pandai macam2. Sudah 2 hari aku mengajar dia untuk tidak menyusu badan. Macam2 juga aku buat. Letak minyak angin, sapu minyak gamat kat puting dan sebagainya. Elok je dia nak. Bila dia cakap 'nak nenen' aku akan cakap, 'takmo, adik dah besar..nenen dah abis'. Dia akan sembamkan muka ke dada aku. Dengan wajah penuh sayu.

Mana tahan tengok anak macam tu?

Malam tadi paling menguji hati. Dua, tiga kali dia bangun, minta nenen. Sedih juga. Aku tolak dia. Aku reject permintaan dia. Sudahnya, aku bagi sekali belah kanan dan sekali belah kiri pada penghujung pagi. Kesian. Selalunya dia akan bangun seawal 7 pagi. Kali ni, mungkin sebab bangun2 dua, tiga kali, dia bangun lewat. Jam 9 pagi. Sayu tengok muka dia tidur. Jadi makin sayang dengan dia sebab sudah mula belajar memahami.

Pembelajaran akan diteruskan lagi. Mama kena kuat semangat dan lering hati kali ni.

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online