Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Tuesday, July 19, 2011

Dengan lafaz Bismillah..

Isnin, 18 Julai 2011.

Doktor mengesahkan aku mengandung. Dijangka kelahiran kelima ini akan menjengah pada 16 Mac 2012.

Perasaan? Sesungguhnya bercampur baur. Seronok pasti ada, namun masa depan perlu di ambil kira setegas dan sedalamnya bermula dengan segera. Pun begitu, ia tidak bermakna yang kami hanya sambil lewa. Walau ada yang berkata, 'beranak je dia tu' aku tak peduli. Bukan orang tu yg bagi kami sekeluarga makan, bukan mereka yang bayar duit rumah tempat kami tinggal, bukan juga mereka yang selesaikan segala macam pinjaman kereta dan pendidikan.

Ahh! Tapi pasti sakit hati kalau kata2 itu keluar dari mulut mereka yang di sayangi, kan?

Kalau dapat aku titipkan disini, pasti perang besar. Kalau aku ikut rasa hati akibat kata-kata sinis beberapa tahun dulu, pasti aku sudah tidak berada di sini lagi. Jauh..pasti jauh aku pergi.

Lupakan! Hubby sudah mula menyimpan untuk si kecil yg baru 6 minggu dalam kandungan ini. Aku, sedaya upaya menggiat jualan UniFi & Streamyx untuk menampung mana-mana yang bocor. Sesekali, tempahan kek dan cupcake aku terima. Namun aku yakin, rezeki Allah ada di mana-mana. :)

Ini pasti kali terakhir aku mengandung. Kerana kali ini, pasti akan Cesar lagi. Dua kelahiran berturut-turut (2007 & 2009) Cesar dan doktor menyatakan yang kali ini juga pasti Cesar. Ada kawan yang merupakan doktor sakit puan, awal2 dah nasihat suruh tutup kilang. :) Baiklah doktor!

Doakan kesejahteraan aku, ya!

P/s: percaya tak kalau aku katakan, yang aku mengharapkan kembar, kali ini? :p

2 comments:

ibuaries said...

tahniah era...sukanyeeeee. meriah kan anak ramai. kecik2 ni memangla penat menjaga, tapi bila tgk dia org tersenyum & perkembangan dia org hari2, bleh hilang semua penat lelah tu kan.

pedulikan suara2 sumbang...suka ati la nak mengandung & dapat ramai anak pun. take care ok!

Unknown said...

tq siti!! meriah wehh.. thn dpn raya aku havoc lah.. hehehe.. moga2 rezeki terus melimpah utk anak2 ni. moga2 juga didikan aku cukup dan betul utk mereka. risau juga, dlm tak sedar, tersalah didik. :( bukan mudah, ti. dugaan..dugaan.. :))

aku pun malas nak layan suara2 sumbang itu. baik aku layan kerenah anak2 aku, lg baik! heheheheh

tq ti! tq..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online