Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, October 19, 2011

Jangan main2 dengan tekanan!

Pernah dengar perkataan 'meroyan'? Itu hasil tekanan jiwa selepas bersalin. Dalam bahasa inggerisnya, dipanggil 'post natal depression'.

Kalau tekanan jiwa itu berlaku sebelum bersalin, senang kata, sewaktu mengandung? Nak panggil apa? Dalam bahasa Inggeris dipanggil 'pre natal depression' dan simptom2nya amat jelas dan menakutkan.

Kenapa menakutkan? Kerana aku mengalaminya!

Bermula dua minggu lepas, macam-macam bayangan dan perasaan buruk berkecamuk di fikiran. Hati sakit sentiasa. Perkara sekecil kuman, mencetus letusan kemarahan dan akibat kemarahan melampau, jiwa jadi kacau dan penat badan menjadi-jadi.

Khamis lepas, aku pitam. Lebih tepat, aku mematikan diri. Membatu. Membisu. Tak mahu bergerak. Sehingga semua saraf dan degup jantung aku terasa begitu lemah dan sangat perlahan.

Yup. That was the peak of it. Yang aku ingat dan ingin masa tu, hanya mati. Anak-anak meraung. Berulangkali menelefon papanya suruh balik segera. Ziyad menggoncang tubuh aku kuat. 'Bangun ma, bangun! Yad sayang mama!' Airmata aku takberhenti mengalir. Aku dengar dengan jelas semuanya, cuma badan aku refused untuk bertindak balas. Dalia merasa degup jantung aku dengan kerap. Ya, dia tidak merasa degupannya. Kerana aku berada di awangan. Kerana degupan itu sangat perlahan. Aku hampir putus nafas. Sehingga suami aku pulang, kira-kira 45 minit selepas anak telefon. Dalia lambat ke sekolah pada hari itu. Dengan rambut tak berikat. Mujur baju sekolahnya sudah aku gosok siap-siap. Suami bersusah payah mengangkat aku ke katil. Membaringkan aku dengan baik. Sebelum meninggalkan aku sementara untuk menghantar Dalia ke sekolah. Bibir aku kering. Aku kehausan tapi tidak mahu minum. Semua perasaan aku tolak. Aku reject. Aku tidak mahu memandang suami. Rasa sangat benci. Sejak dari semalamnya lagi, sudah aku beritahu dia, aku tak larat dan tak mampu lagi. I even told him, I can't carry this pregnancy anymore. Dia menangis, saat aku memberitahu dia aku cuma mahu mati. Menjelang petang, aku perlahan-lahan sedar. Aku tanya pasal anak-anak. Sesungguhnya, aku rasa senang, bila suami ada bersama. Aku rasa selamat. Aku rasa diperlukan. Dengan kaki yang bergegar-gegar dan badan yang masih menggigil, aku kuatkan diri untuk berdiri dan berjalan. Ziyad tak lepas memandang aku. Sekejap-sekejap dia akan datang dan memeluk aku. 'Mama ok?' Dia akan bertanya, tak jemu-jemu. Petang itu, kami semua mengambil Dalia pulang dari sekolah. Melihatkan keadaan dia yang kurang terurus, aku jadi sayu. Malam itu, Dalia memberi berita baiknya. <--klik untuk membacanya. Jumaat esoknya, suami berada di samping aku, sepanjang hari. Memandi dan menguruskan aku.

Mengenang kembali saat itu, aku jadi sedih.  Apa puncanya? Banyak.

Antara puncanya, aku penat. Fizikal dan mental. Aku juga perlukan perhatian. Aku jadi marah dengan suami kerana sering membiarkan aku mengurus anak-anak dan kerja rumah sendirian. Aku penat melayan kerenah anak-anak, menghantar dan mengambil mereka ke/ dari sekolah, membuat kerja rumah, dan sebagainya. Dari situ, aku mula membayang dan berfikir yang bukan-bukan. Ilmu agama yang cetek memburukkan lagi keadaan. Aku sangat kecewa, bila suami sering pulang lewat dan keluar semula sebelah malamnya, balik awal pagi. Dan aku tambah marah, bila dia mahu 'bersama' walau sudah lewat, walau tahu aku penat. Aku pasti akan tolak. Dalam hati berkata, 'awak takde nak tolong2 layan anak, buat kerja rumah, alih2 nak kita pulak'. Saat ini, sesungguhnya aku hanya mementingkan diri sendiri. Otak seakan tidak mahu menerima bahawa dia sedang bertungkus lumus bekerja. Bilangan ahli keluarga yang bakal bertambah, menuntut dia berusaha lebih keras. Bukan aku tak tahu semua itu. Bukan aku tak tahu apa urusan dan ke mana dia pergi. Aku maklum semuanya. Tetapi AKU menidakkannya. I REFUSED to understand the situation.

Yang mencetus kemarahan dan tekanan aku pada hari tersebut ialah kerenah anak-anak. Aku penat mengurus dan melayan perangai 4 orang ni. Cabarannya sukar untuk aku bayangkan di sini. Orang boleh berkata, aku duduk rumah saja, seronok. Kalau aku duduk rumah, tapi anak sorang, ada kawan baik ajak bertandang, boleh keluar minum kopi di Coffee Bean atau juga menonton wayang bertemankan suami etc, mungkin aku boleh dikategorikan suri rumah yang seronok. Tapi aku ada 4 anak. Mengurus mereka adalah satu tugas berat. Membasuh pakaian sahaja sudah 3 trip, 3 kali seminggu. Memandikan, mengurus kencing berak si kecil, urus anak2 yang sekolah, suap makan, kemas rumah, basuh pinggan yang entah berapa puluh kali sehari, etc memang memenatkan. Ada masanya, sabar aku sangat tipis. Tapi aku tak suka pukul anak2. Aku cuma akan marah. Aku cubit. Kalau pukul pun, tak berbekas. Walau dengan hanger. Memang anak-anak itu rezeki. Aku tak nafi. Cabaran untuk memperoleh rezeki Nya itu, bukan calang-calang. Tapi sebenarnya aku menyampah dengan persepsi skeptikal orang sekeliling. Ah..Biarlah! Bukan mereka tahu susah senang kami. Bukan mereka juga yang beri makan kami anak beranak.

Esok, genap seminggu peristiwa sedih itu berlalu. Kini aku beransur pulih. Kaki sudah makin kuat untuk memandu dan bergerak. Cuma belakang aku masih belum pulih sepenuhnya. Akal pun dah semakin waras. Mujur suami aku penyabar. Dia ingatkan aku pada Allah, tiap waktu. Aku harap dia tidak berasa kecewa dengan aku. Aku harap dia terus kuat melayan kerenah kehamilan aku. Aku berdoa agar Allah sentiasa teguhkan imannya, dalam usaha menjadi pemimpin keluargaku.

Ya Allah, bantulah aku. Bantulah suamiku. Bantulah anak-anakku.

p/s: aku menghadapinya hanya dengan suami dan anak-anak. tanpa bantuan kawan, keluarga atau jiran. walau aku buat status di fb menyatakan aku tertekan, kawan yg lebih 1k itu tidak berbuat apa2. mereka juga ada permasalahan mereka sendiri.:) semoga mereka tidak mengalami tekanan, spt aku. Semoga Allah pelihara mereka, dari musibah dan beban berat, sepanjang hidup mereka. Insya Allah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online