klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. |
Pulang dari sekolah petang semalam, Dalia seperti biasa. Hanya selepas makan malam, dia memberitahu ada berita baik untuk papa dan mama. Ditunjukkannya kad laporan peperiksaan dan ujian penilaiannya. Tak terkata. Hanya linangan air mata yang laju menitis. Gembira. Ini sudah cukup membahagiakan papa & mama. Memang benar2 satu berita baik. Semoga anak mama terus cemerlang. Mama doakan peperiksaan akhir tahun yang bakal menjengah minggu hadapan (17 Okt hingga 21 Okt, 2011) akan Kakak hadapi dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Ya, baru darjah 1. Mama tahu itu. Tapi itu tidak bermakna pelajaran harus di pandang sambil lewa. Darjah 1 permulaan langkah lebih jauh. Darjah 1 bukan waktu main-main. Tidak ada istilah 'honeymoon' dalam belajar. Percayalah, I've been through it and regrets are at no use at all. Semoga pencapaian kakak jadi panduan adik-adik.
I'm proud of you!
No comments:
Post a Comment