Pernah dengar perkataan 'meroyan'? Itu hasil tekanan jiwa selepas bersalin. Dalam bahasa inggerisnya, dipanggil 'post natal depression'.
Kalau tekanan jiwa itu berlaku sebelum bersalin, senang kata, sewaktu mengandung? Nak panggil apa? Dalam bahasa Inggeris dipanggil 'pre natal depression' dan simptom2nya amat jelas dan menakutkan.
Kenapa menakutkan? Kerana aku mengalaminya!
Bermula dua minggu lepas, macam-macam bayangan dan perasaan buruk berkecamuk di fikiran. Hati sakit sentiasa. Perkara sekecil kuman, mencetus letusan kemarahan dan akibat kemarahan melampau, jiwa jadi kacau dan penat badan menjadi-jadi.
Khamis lepas, aku pitam. Lebih tepat, aku mematikan diri. Membatu. Membisu. Tak mahu bergerak. Sehingga semua saraf dan degup jantung aku terasa begitu lemah dan sangat perlahan.
Yup. That was the peak of it. Yang aku ingat dan ingin masa tu, hanya mati. Anak-anak meraung. Berulangkali menelefon papanya suruh balik segera. Ziyad menggoncang tubuh aku kuat. 'Bangun ma, bangun! Yad sayang mama!' Airmata aku takberhenti mengalir. Aku dengar dengan jelas semuanya, cuma badan aku refused untuk bertindak balas. Dalia merasa degup jantung aku dengan kerap. Ya, dia tidak merasa degupannya. Kerana aku berada di awangan. Kerana degupan itu sangat perlahan. Aku hampir putus nafas. Sehingga suami aku pulang, kira-kira 45 minit selepas anak telefon. Dalia lambat ke sekolah pada hari itu. Dengan rambut tak berikat. Mujur baju sekolahnya sudah aku gosok siap-siap. Suami bersusah payah mengangkat aku ke katil. Membaringkan aku dengan baik. Sebelum meninggalkan aku sementara untuk menghantar Dalia ke sekolah. Bibir aku kering. Aku kehausan tapi tidak mahu minum. Semua perasaan aku tolak. Aku reject. Aku tidak mahu memandang suami. Rasa sangat benci. Sejak dari semalamnya lagi, sudah aku beritahu dia, aku tak larat dan tak mampu lagi. I even told him, I can't carry this pregnancy anymore. Dia menangis, saat aku memberitahu dia aku cuma mahu mati. Menjelang petang, aku perlahan-lahan sedar. Aku tanya pasal anak-anak. Sesungguhnya, aku rasa senang, bila suami ada bersama. Aku rasa selamat. Aku rasa diperlukan. Dengan kaki yang bergegar-gegar dan badan yang masih menggigil, aku kuatkan diri untuk berdiri dan berjalan. Ziyad tak lepas memandang aku. Sekejap-sekejap dia akan datang dan memeluk aku. 'Mama ok?' Dia akan bertanya, tak jemu-jemu. Petang itu, kami semua mengambil Dalia pulang dari sekolah. Melihatkan keadaan dia yang kurang terurus, aku jadi sayu. Malam itu, Dalia memberi berita baiknya. <--klik untuk membacanya. Jumaat esoknya, suami berada di samping aku, sepanjang hari. Memandi dan menguruskan aku.
Mengenang kembali saat itu, aku jadi sedih. Apa puncanya? Banyak.
Antara puncanya, aku penat. Fizikal dan mental. Aku juga perlukan perhatian. Aku jadi marah dengan suami kerana sering membiarkan aku mengurus anak-anak dan kerja rumah sendirian. Aku penat melayan kerenah anak-anak, menghantar dan mengambil mereka ke/ dari sekolah, membuat kerja rumah, dan sebagainya. Dari situ, aku mula membayang dan berfikir yang bukan-bukan. Ilmu agama yang cetek memburukkan lagi keadaan. Aku sangat kecewa, bila suami sering pulang lewat dan keluar semula sebelah malamnya, balik awal pagi. Dan aku tambah marah, bila dia mahu 'bersama' walau sudah lewat, walau tahu aku penat. Aku pasti akan tolak. Dalam hati berkata, 'awak takde nak tolong2 layan anak, buat kerja rumah, alih2 nak kita pulak'. Saat ini, sesungguhnya aku hanya mementingkan diri sendiri. Otak seakan tidak mahu menerima bahawa dia sedang bertungkus lumus bekerja. Bilangan ahli keluarga yang bakal bertambah, menuntut dia berusaha lebih keras. Bukan aku tak tahu semua itu. Bukan aku tak tahu apa urusan dan ke mana dia pergi. Aku maklum semuanya. Tetapi AKU menidakkannya. I REFUSED to understand the situation.
Yang mencetus kemarahan dan tekanan aku pada hari tersebut ialah kerenah anak-anak. Aku penat mengurus dan melayan perangai 4 orang ni. Cabarannya sukar untuk aku bayangkan di sini. Orang boleh berkata, aku duduk rumah saja, seronok. Kalau aku duduk rumah, tapi anak sorang, ada kawan baik ajak bertandang, boleh keluar minum kopi di Coffee Bean atau juga menonton wayang bertemankan suami etc, mungkin aku boleh dikategorikan suri rumah yang seronok. Tapi aku ada 4 anak. Mengurus mereka adalah satu tugas berat. Membasuh pakaian sahaja sudah 3 trip, 3 kali seminggu. Memandikan, mengurus kencing berak si kecil, urus anak2 yang sekolah, suap makan, kemas rumah, basuh pinggan yang entah berapa puluh kali sehari, etc memang memenatkan. Ada masanya, sabar aku sangat tipis. Tapi aku tak suka pukul anak2. Aku cuma akan marah. Aku cubit. Kalau pukul pun, tak berbekas. Walau dengan hanger. Memang anak-anak itu rezeki. Aku tak nafi. Cabaran untuk memperoleh rezeki Nya itu, bukan calang-calang. Tapi sebenarnya aku menyampah dengan persepsi skeptikal orang sekeliling. Ah..Biarlah! Bukan mereka tahu susah senang kami. Bukan mereka juga yang beri makan kami anak beranak.
Esok, genap seminggu peristiwa sedih itu berlalu. Kini aku beransur pulih. Kaki sudah makin kuat untuk memandu dan bergerak. Cuma belakang aku masih belum pulih sepenuhnya. Akal pun dah semakin waras. Mujur suami aku penyabar. Dia ingatkan aku pada Allah, tiap waktu. Aku harap dia tidak berasa kecewa dengan aku. Aku harap dia terus kuat melayan kerenah kehamilan aku. Aku berdoa agar Allah sentiasa teguhkan imannya, dalam usaha menjadi pemimpin keluargaku.
Ya Allah, bantulah aku. Bantulah suamiku. Bantulah anak-anakku.
p/s: aku menghadapinya hanya dengan suami dan anak-anak. tanpa bantuan kawan, keluarga atau jiran. walau aku buat status di fb menyatakan aku tertekan, kawan yg lebih 1k itu tidak berbuat apa2. mereka juga ada permasalahan mereka sendiri.:) semoga mereka tidak mengalami tekanan, spt aku. Semoga Allah pelihara mereka, dari musibah dan beban berat, sepanjang hidup mereka. Insya Allah.
I support breast feeding!
Wednesday, October 19, 2011
Friday, October 14, 2011
Terima kasih Dalia sayang..
klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. |
Pulang dari sekolah petang semalam, Dalia seperti biasa. Hanya selepas makan malam, dia memberitahu ada berita baik untuk papa dan mama. Ditunjukkannya kad laporan peperiksaan dan ujian penilaiannya. Tak terkata. Hanya linangan air mata yang laju menitis. Gembira. Ini sudah cukup membahagiakan papa & mama. Memang benar2 satu berita baik. Semoga anak mama terus cemerlang. Mama doakan peperiksaan akhir tahun yang bakal menjengah minggu hadapan (17 Okt hingga 21 Okt, 2011) akan Kakak hadapi dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Ya, baru darjah 1. Mama tahu itu. Tapi itu tidak bermakna pelajaran harus di pandang sambil lewa. Darjah 1 permulaan langkah lebih jauh. Darjah 1 bukan waktu main-main. Tidak ada istilah 'honeymoon' dalam belajar. Percayalah, I've been through it and regrets are at no use at all. Semoga pencapaian kakak jadi panduan adik-adik.
I'm proud of you!
Tuesday, October 11, 2011
Bosan dengan orang yang bodoh sombong..
Benci!
Mementingkan diri sendiri.
Tak boleh ke agaknya kalau tak menyusahkan orang? Nak mati ke, nak kemalangan ke, jangan libatkan orang lain, boleh tak?
Menyampah sebenarnya dengan mereka2 yang kononnya bijak ni. Aku paling tak suka bila ianya melibatkan murid2 sekolah. Apatah lagi sekolah rendah.
Ya, aku bercakap tentang mereka yang memandu secara melulu. Dan paling menjengkelkan, bila si pemandu melulu yang bodoh itu membawa kanak-kanak sekolah!!!! Mana mungkin seorang yang berakal dan waras, memandu sedemikian, tanpa memikirkan keselamatan anak-anak yang di bawa? Nowadays, kira duit je ke?
Memandu menongkah arus, lebih muatan (seat 18 murid, bawak sampai 25 murid! gila ke apa??!!), tak pakai/ sediakan tali pinggang keledar, memandu melebihi had laju dan banyak lagi kesalahan trafik yang mengundang kepada kemalangan maut yang jadi 'makanan' harian mereka yang bodoh ni.
Apa nak jadi?
Aku harap sangat, ibu bapa di luar sana, kalau boleh hantar/ ambil anak sendiri, buatlah. Kalau tak dapat, atas sebab kerja dan sebagainya, MOHON perhatikan dan pastikan si penghantar anak anda tu, jenis orang yang bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan.
Mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau dah jadi yang buruk kat anak kita, menyesal apa pun tak berguna lagi. Repot polis? Kes-kes terpencil macam ni, susah nak dapat layanan.
Mementingkan diri sendiri.
Tak boleh ke agaknya kalau tak menyusahkan orang? Nak mati ke, nak kemalangan ke, jangan libatkan orang lain, boleh tak?
Menyampah sebenarnya dengan mereka2 yang kononnya bijak ni. Aku paling tak suka bila ianya melibatkan murid2 sekolah. Apatah lagi sekolah rendah.
Ya, aku bercakap tentang mereka yang memandu secara melulu. Dan paling menjengkelkan, bila si pemandu melulu yang bodoh itu membawa kanak-kanak sekolah!!!! Mana mungkin seorang yang berakal dan waras, memandu sedemikian, tanpa memikirkan keselamatan anak-anak yang di bawa? Nowadays, kira duit je ke?
Memandu menongkah arus, lebih muatan (seat 18 murid, bawak sampai 25 murid! gila ke apa??!!), tak pakai/ sediakan tali pinggang keledar, memandu melebihi had laju dan banyak lagi kesalahan trafik yang mengundang kepada kemalangan maut yang jadi 'makanan' harian mereka yang bodoh ni.
Apa nak jadi?
Aku harap sangat, ibu bapa di luar sana, kalau boleh hantar/ ambil anak sendiri, buatlah. Kalau tak dapat, atas sebab kerja dan sebagainya, MOHON perhatikan dan pastikan si penghantar anak anda tu, jenis orang yang bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan.
Mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau dah jadi yang buruk kat anak kita, menyesal apa pun tak berguna lagi. Repot polis? Kes-kes terpencil macam ni, susah nak dapat layanan.
Sunday, October 9, 2011
Hati..
Mungkin sebab mengandung, emosi aku banyak berkecamuk. Marah dan sensitif, tak menentu. Aku sakit hati, mudah sakit hati dengan macam2 perkara2 yang berlaku sejak akhir2 ni. Semuanya akan aku kaitkan dengan apa yang PERNAH berlaku sebelumnya. Malah, 7, 8 tahun lalu. Dan air mata ini mudah sungguh mengalir. Aku rasa terpinggir. Tak dipeduli. Sendiri. Ada waktunya juga, aku mahu pergi jauh2 dari tempat bermastautin kini. Aku penat memujuk hati. Aku jenuh merawat luka sendiri. Ada ketikanya juga aku berasa yang aku sudah sedia untuk dijemput 'pergi'. Anak-anak... merekalah penguat semangat aku. Bila hati aku luluh, aku akan pandang mereka. Aku akan berkata pada diri sendiri, 'kuatlah hati, demi anak-anak ini'. Aku malu memohon padaNya untuk kuatkan diri, tenangkan hati sendiri, sedangkan aku tak cukup berusaha untuk mendapat ketenangan itu. Tapi pada siapa lagi harus ku luahkan? Bila aku termenung, suami akan tanya, kenapa. Dan aku akan cuma menggeleng kepala. Bila aku menangis sendiri & berhingus, suami akan tanya juga, dan aku cuma kata, 'nak selsema agaknya'. Kalau ikut rasa hati, ingin ku luahkan segalanya pada dia. Tapi, cukup2 lah aku membebankan dia dengan emosi aku..... Dia juga ada beban masalah yang tidak dia ceritakan pada aku. Kadang kala aku rasa seolah aku mengerti hatinya, tapi sesungguhnya, banyak yang aku tidak tahu. Cuma, jika bebanan itu terlalu berat, dia akan kelihatan lain macam. Dan aku hanya akan bertanya, jika aku rasa perlu, jika aku rasa dia memerlukan. Adilkah aku?
Abang.. kalau ada apa2 jadi pada ayang, selagi tidak melibatkan kematian, tak perlu lah beritahu mereka, ya.. Biar kita uruskan sendiri, ok? Ayang dah penat terasa hati. Maafkan ayang juga... sebab kurang memahami abang..
Abang.. kalau ada apa2 jadi pada ayang, selagi tidak melibatkan kematian, tak perlu lah beritahu mereka, ya.. Biar kita uruskan sendiri, ok? Ayang dah penat terasa hati. Maafkan ayang juga... sebab kurang memahami abang..
Thursday, October 6, 2011
Kalendar 2012; Cuti umum dan cuti sekolah.
Tentu ramai yang tercari-cari kalendar cuti sekolah 2012, kan? Nak plan bercuti la tu..!
Nah, aku copy paste jek. :)
Malaysia School Holidays & Public Holidays 2012 Calendar. Cuti Umum & Cuti Sekolah 2012
Malaysia School Holiday:
10.03.2012 - 18.03.2012
26.05.2012 - 10.06.2012
18.08.2012 - 26.08.2012
10.11.2012 - 01.01.2013
* In Kedah, Kelantan and Terengganu, holidays start and end a day earlier
Click here for 2011 Public and School Holidays
|
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
Legend: | |
Malaysia National Holiday | |
State Holiday | |
Malaysia & Singapore School Holiday | |
Malaysia School Holiday Only | |
Singapore School Holiday Only |
Date | Holiday | Applicable to |
1 Jan (Sun) | New Year | All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu |
14 Jan (Sat) | Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan's Birthday |
Negeri Sembilan only |
15 Jan (Sun) | Sultan of Kedah's Birthday | Kedah only |
23 Jan (Mon) | Chinese New Year | National |
24 Jan (Tue) | Chinese New Year (2nd Day) | National except Kelantan and Terengganu |
1 Feb (Wed) | Federal Territory Day | Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only |
5 Feb (Sun) | Prophet Muhammad's Birthday (Maulidur Rasul) |
National |
7 Feb (Tue) | Thaipusam | Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only |
4 Mar (Sun) | Anniversary of Installation of Sultan of Terengganu |
Terengganu only |
6 Apr (Fri) | Good Friday | Sabah & Sarawak only |
15 Apr (Sun) | Declaration of Malacca as a Historical City |
Malacca only |
19 Apr (Thu) | Sultan of Perak's Birthday | Perak only |
1 May (Tue) | Labour Day | National |
5 May (Sat) | Vesak Day | National |
7 May (Mon) | Hari Hol Pahang | Pahang only |
17 May (Thu) | Raja Perlis' Birthday | Perlis only |
30 May (Wed) | Harvest Festival | Sabah & Labuan only |
31 May (Thu) | Harvest Festival | Sabah & Labuan only |
1 Jun (Fri) | Hari Gawai | Sarawak only |
2 Jun (Sat) | Hari Gawai | Sarawak only |
2 Jun (Sat) | Agong's Birthday | National |
17 Jun (Sun) | Israk & Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only |
7 Jul (Sat) | Georgetown World Heritage City Day | Penang only |
14 Jul (Sat) | Penang Governor's Birthday | Penang only |
20 Jul (Fri) | Sultan of Terengganu's Birthday | Terengganu only |
21 Jul (Sat) | Awal Ramadan * | Johor, Kedah & Malacca only |
6 Aug (Mon) | Nuzul Al-Quran | Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only |
19 Aug (Sun) | Hari Raya Puasa * | National |
20 Aug (Mon) | Hari Raya Puasa * | National |
31 Aug (Fri) | National Day | National |
8 Sep (Sat) | Sarawak Governor's Birthday | Sarawak only |
16 Sep (Sun) | Malaysia Day | National |
6 Oct (Sat) | Sabah Governor's Birthday | Sabah only |
13 Oct (Sat) | Malacca Governor's Birthday | Malacca only |
24 Oct (Wed) | Sultan of Pahang's Birthday | Pahang only |
26 Oct (Fri) | Hari Raya Haji * | National |
27 Oct (Sat) | Hari Raya Haji (2nd Day) * | Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only |
11 Nov (Sun) | Sultan of Kelantan's Birthday | Kelantan only |
12 Nov (Mon) | Sultan of Kelantan's Birthday | Kelantan only |
13 Nov (Tue) | Deepavali | National |
15 Nov (Thu) | Awal Muharram (Maal Hijrah) | National |
22 Nov (Thu) | Sultan of Johor's Birthday | Johor only |
11 Dec (Tue) | Sultan of Selangor's Birthday | Selangor only |
20 Dec (Thu) | Hari Hol Almarhum Sultan Johor | Johor only |
25 Dec (Tue) | Christmas | National |
Labels:
2012,
cuti,
cuti sekolah 2012,
kalendar
Wednesday, October 5, 2011
Lelaki yang bernama suami...
Peringatan: Suami kita adalah yang terbaik bagi kita, dikurniakan olehNya. Namun perlu diingat, dia bukan malaikat, bukan nabi juga. Dalam usaha membahagiakan rumahtangga, kerjasama diperlukan antara keduanya. Understanding each other right, is the best solution ever! Kalau encik suami rasa isteri salah, encik suami pun salah juga, kerana tak mengajarnya.
*******************************************
Suami. Ringkas perkataannya, kan? Namun tanggungjawabnya besar dan beban yang dipikul sebenarnya sangat berat.
Entri kali ini bukan untuk memburukkan lelaki yang bernama suami. Bukan juga mengangkat status wanita yang bernama isteri, membuta tuli.
Jika sang suami memerlukan perhatian isteri, kena tahu, begitu juga sebaliknya. Jika suami mahu isteri mendengar kata, begitu juga sebaliknya. Jika suami mahu bahagia, bahagiakanlah isteri dan ahli keluarga. Jika suami mahukan rumahtangga yang aman sentosa, usahakanlah ke arah itu dengan isteri, bersama. Kalau boleh mengadap kerja, melayan 'client', 'meeting' dan sebagainya hingga jam 2, 3 pagi, adilkah pula melayan isteri dan keluarga hanya 2, 3 jam sehari, sedangkan layanan yang dituntut suami, LEBIH 24jam, 400 hari? Fikir, fikir dan fikir. Cuba dengan tekun untuk berlaku adil, pada isteri, pada anak2. Mudah untuk mengatakannya, namun susah melaksana? Tak cuba, tak tahu!
Sila duduk sebentar, bertanya pada diri sendiri, apa yang anda sebagai seorang suami, tahu mengenai si isteri. Apa warna kesukaannya? Makanan kegemarannya? Aktiviti sekolah yang digemarinya? Hobinya? Cita-citanya? Minatnya? Jiwanya? Tu baru isteri.. anak2 pula? Silap haribulan, anak dah tahu mengeja, membaca, mengira pun, anda tak tahu, kan? Berapa banyak masa sebenarnya, yang telah anda luangkan untuk mereka? Pernah anda kira? Anda mengharapkan disambut dengan senyuman dan gelak tawa ria isteri bila pulang dari kerja, ada anda usaha untuk membuat perkara yang sama, memberikan senyuman dengan wajah ceria, sewaktu menjengah ke rumah, menemui isteri, usai pulang dari kerja? Adilkah itu? Mengharapkan isteri melayan anda bagai raja, kerana penat dgn kesibukan seharian bekerja, sedang anda melayan isteri seperti amah di istana sendiri, tanpa mengambil tahu kesibukan dan kepenatannya mengurus istana dan anak2 kalian. Adilkah itu?
Sila duduk sebentar, bertanya pada diri sendiri, apa yang anda sebagai seorang suami, tahu mengenai si isteri. Apa warna kesukaannya? Makanan kegemarannya? Aktiviti sekolah yang digemarinya? Hobinya? Cita-citanya? Minatnya? Jiwanya? Tu baru isteri.. anak2 pula? Silap haribulan, anak dah tahu mengeja, membaca, mengira pun, anda tak tahu, kan? Berapa banyak masa sebenarnya, yang telah anda luangkan untuk mereka? Pernah anda kira? Anda mengharapkan disambut dengan senyuman dan gelak tawa ria isteri bila pulang dari kerja, ada anda usaha untuk membuat perkara yang sama, memberikan senyuman dengan wajah ceria, sewaktu menjengah ke rumah, menemui isteri, usai pulang dari kerja? Adilkah itu? Mengharapkan isteri melayan anda bagai raja, kerana penat dgn kesibukan seharian bekerja, sedang anda melayan isteri seperti amah di istana sendiri, tanpa mengambil tahu kesibukan dan kepenatannya mengurus istana dan anak2 kalian. Adilkah itu?
Suami memerlukan isteri sebagai penenang hati, pengubat duka. Begitu juga sebaliknya. Malah, seorang lelaki yang bernama suami ini, bukan sahaja diperlukan oleh sang isteri, tetapi juga diperlukan oleh ahli keluarga yang lain, kerana asasnya, lelaki adalah pemimpin dan pemimpin bertanggungjawab memimpin ahli keluarganya.
Apa yang dimaksudkan dengan pemimpin, memimpin, dipimpin dan terpimpin?
Jika mahu dihuraikan, terlalu panjang. Asal saja seorang lelaki itu tahu tugas dan amanah yang perlu di galas, menjadi pemimpin, untuk memimpin, bangga dengan yang dipimpin dan mendamping terpimpin adalah mudah.
Subscribe to:
Posts (Atom)