pemandangan yang sempat dirakam sekitar Templer Park. |
Hajat di hati ingin membawa anak-anak bersiar-siar, mungkin juga mahu menonton wayang, sebagai hadiah anak sulung mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang tempoh hari. Namun Allah lebih mengetahui. Mungkin niat kami bukan sesuatu yang direstuiNya. Pasti ada sesuatu hingga kami dipilih untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kami sedemikian rupa. Redha. Kami redha.
Anak-anak; pasca kemalangan. Alhamdulillah tiada kecederaan serius. Cuma terkejut dan sedikit sakit kesan impak dengan tali pinggang keledar yang di pakai. Nasib baik pakai talipinggang. Kalau tak, mahu melayang! Terima kasih kepada Pengurus dan kakitangan Shell Jalan Ipoh (bersebelahan Petronas, bertentangan Tesco Extra), Syarikat Perniagaan Hab yang melayan kami dengan sangat baik dan memastikan keselesaan kami anak beranak. Terima kasih banyak-banyak. Tak lupa juga pada 4 anggota polis trafik yang kebetulan (Subhanallah) berada di tempat kejadian, mengawal lalulintas dan membantu suami menolak kereta ke tepi jalan. Tak lupa juga untuk adik lelaki aku, yang bersusah payah mengambil kami di Balai Polis Jalan Tun HS Lee dan juga meminjamkan keretanya untuk kami untuk pulang pd hari kejadian. Doaku, moga kalian dilimpahi barakah.
Sesungguhnya, kejadian Sabtu lepas, masih terngiang dan terbayang-bayang. Aku jadi sukar melelapkan mata dan hilang selera makan. Seolah-olah menonton DVD yang diulang tayang, detik kejadian terpapar jelas setiap kali mata dipejam. Mujur anak-anak ok. Cuma kami (aku dan suami), mengalami sengal2 badan, sakit tangan, dada, perut dan belakang badan kerana impak kuat. Tuhan saja yang tahu perasaannya. Begitu kuatnya aku memeluk Zahin yang sedang tidur di pangkuan. Aku cuma risaukan anak-anak, tatkala terlihat asap di muncung kereta. Mujur kereta tak terbakar, kerana aku pasti akan panik. Sebelum keluar, suami checked on us all. He slowly open his door, which was a little jammed due to the impact. He pulled out our children at the back and watched me carried out Zahin, lovingly, cautiously and carefully. Dengan keadaan masih mengigil kerana terkejut, aku kendong Zahin dan memimpin 3 lagi anak-anak ke seberang jalan (ke Shell). Kami disambut dan diiring oleh pengurusnya sendiri, yang aku lupa nak ambil tahu namanya. :(
Yang paling penting, kami sekeluarga selamat. Syukur sangat-sangat.
Ahad, 3 Julai 2011
Tak banyak aktiviti kami lakukan. Kesan kejadian semalamnya masih terasa. Memandu juga masih takut-takut dari biasa. Sarapan pagi, cuma sekadar lapik perut sahaja. Sungguh tak lalu makan. Menjelang tengah hari, kami ke rumah mertua, nak jenguk abah yang baru lepas operation appendix dan nak pinjam kereta. Lepas Zuhur kami pulang. Berehat sahaja adanya. Lepas Asar, kami keluar, walau masih sedikit trauma. Singgah makan di Khulafa Bistro Seksyen 7, sambil tonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Taiwan. Maghrib, singgah rumah mak utk solat dan sembang2 sehingga lepas Isyak. Pg klinik, checkup sikit & ambil ubat. Beli brg dapur, susu anak dan pulang ke rumah menjelang 11 malam. Bertembung pula dengan adik ipar di jalanan. Hon2 lebih kurang, roll down the window, told her we had an accident etc bla..bla.. She called, and I explained briefly. Reached home. Mandikan dan tidurkan anak-anak. Duduk berehat seketika bersama-sama suami, dan tiba-tiba aku sayu. Sesungguhnya bermacam fikiran yang buruk2 mula menjengah. Bila suami juga mengatakan yang beliau turut fobia, sungguh aku sedih. Kuatnya hati seorang lelaki, kan?
2 comments:
Alhamdulillah... semua selamat. Rasa fobia tu memang akan ada InsyaAllah akan hilang pelan2.
Take care ye Era.. :)
tq CAH. tq sgt2!
Post a Comment