Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, July 4, 2008

Ziyad Erza



Ya Allah..nakalnya anak aku yang sorang nih. dia la setakat ni satu2 nya anak jantan, dia la paling kerek!! kuat nangis, kuat nyakat, banyak kerenah, suka buat lawak, dan yang paling nyata..ensem bangaaattt!! hahaha..

pagi tadi, dgn belom mandinya..dok selongkar bakul mainan. dapat beg sandang (free masa beli diapers Mamy Poko). "mama, buatkan mama.." suh aku pakaikan la tuh..sibuk jek..aku tgh menumbuk bawang, nak goreng mee, dalam pd tu, pakaikan jugak la..kang ngamuk2 plak, genguling..tambah tensen jek..

pastuh tetiba..

"mama, yad nak pegi sekolah ye.."

"aa? ye lah..sekolah kat mana?"

"laa..apepbsdfsiuwh...kan.." tah apa dia cakap, aku pon tak tau..

"oklah..bye.."

yad pon berlalu pergi..tetiba dia stop..

"oh my god, bunyi telepon lagi!" dia cakap..dengan muka poyo ensem, dia mengeluarkan sesuatu dr poket seluar; tangan dia.

"aaa..walekomsalam..ye, yad ni..ok..bye.." terus berlari ke depan..dgn gembiranya..

terberenti kejap aktiviti menumbuk bawang aku..ziyad..ziyad..sesuka hati dia jek, kan?

semalam lagi best...around 6.30pm, Dina Aleesya; anak jiran sebelah datang umah nak main-main. bebudak ni blom mandi ptg lagi. Lili je dah. Dalia dgn tak berbaju selambakodok je main bola kat porch. Dina pon join, bawak bola pink. since kat umah aku ni ada tiga basikal, ngam gila la. dah main ball, main beskal plak. memula tu ok jek..very the harmony one..aku pon rilek jek laa..sesambil masak, jengah2 juga la ke depan..tapi, menjelang kul 7 tuh, aku dengar Yad nangis. i saw Dina on his bike and kinda knew what's going on.

"apsal yad? nangis beria, meleleh airmata ni, kenapa?" dgn garangnya aku bertanya.

yad dengan tangisan penuh syahdu kononnya, tunjuk² kat Dina. aku tau dah kenapa, saja nak nyakat.

"apsal?!" aku tanya lagi.. "Basikal Yaddd..."

"adoih laa...biar la Dina pinjam kejap. Yad main ball Dina, biar Dina main beskal Yad..kongsi2 laa.." Yad nangis lagi kuat. samada tak setuju cadangan aku, atau dia tak paham apa yang aku bebelkan..

"apa la Yad ni. Yad kan lelaki, gentle aa sket dgn pompuan!" aku sound lagi.

Yad dah tersedu-sedu. mama Dina yang ada kat tepi pagar ketawa jek.

"tak apalah era, jgn marah. Dina! dah, bg adik yad beskal tu, jom balik. nak maghrib dah ni, auntie tu nak rehat." Dina pun dgn comelnya, melangkah slowly keluar dari rumah aku, gi balik umah dia.

Yad nangis lagi!! ah sudah..ape hal plak?? dia tunjuk plak ball yang Dina bawak. 'Kepala hangguk betol!'

"apa yadddd....tu kan ball Dina..!" aku dah sket hangin.. Ju, mama Dina ketawa lagi.

"Tu la satu anak jantan kita, Ju, dia la plak yang paling cengeng!"

"Tak apa ra, kecik lagi. nanti dah besar macho la dia." Ju cakap.

Macho? hehehe..tak dapat dibayangkan. jambu mcm dafi, mungkin kot..macho? macam saper ekk..? hopefully dia membesar jadi anak yang baik dan bertanggungjawab. Insya Allah..mama saaayang yad!!



**************************************************************

2 comments:

Anonymous said...

ewah ewah ewah!! konon2 smayang plakss yad ni... eeee sabo jela. knon2 nk g skolah plak tu! haihh tensen tensenn aku mmbacanyaaa!!!!

zulkhafiz said...

alah..alah...comey nyer semayang ye yad...bagus2. tapi harap2 smpi besar la erkk..huhuhu..
biasala ra budak, amanna pun dah macam2 gak perangainyer nak g sekolah la, siap request belikan beg sekolah ada roda tu...'bu belikan manna beg yg boleh tarik2 tuh'nak buat camno terpaksa la beli.nak sekolah la konon...hikhikhik - ZILA(tapi pakai laki punya address)hikhikhik

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online