Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, July 18, 2008

hari ini..

Jumaat. 1pm.

tgh tonton al-hidayah. sesambil makan nasik dgn sup ayam berserta bawang goreng.

dlm kepala otak nih banyak gila benda yang nak ditulis. tapi selalu jek terpotong stim dek kerenah anak2. agaknya bila anak2 dah besau sket, baru leh aktif blogging kot. ni, ziyad dgn selambanya tgh menggodek apa benda ntah, masukkan usb kabel dlm floppy disk slot. aku jeling jek. malas nak layan. sesekali tunja sket kepala dia. datang pulak dalia "ma, yad nak buat apa tu?" aku geleng.."shh.." malas nak layan lagi. aku dah bagi susu, dok dendiam. aku tanya tadi nak makan tak? diorang tak nak. kenyang kot melantak nugget dgn sausage. dalili? tgh tido dalam buai. skrg ni, yad dah berlari keluar..main beskal. kakak dia? ntah apa kena ntah, dok lari ke depan - ke dapur. main air la tu..mementang ada bangku kat sinki, senang nak capai pili. "dalia! buat apa tu?" aku jengah ke dapur, tak nampak pon. senyap jek. "yaya wash hand kat bilik air.." kan betul aku cakap, main air. "sudah tu, sudah!!" aku jerit. kalau tak tiga kali, tak sah ni..anak..anak..

Dalili, baru baik demam. lama jugak la dia demam dan berak-berak. time papa dia tgh sibuk time tu la dia plak demam teruk. dah tuh, berganti-ganti pulak dgn ziyad dan dalia. astaghfirullah..dugaan betol la. dua mlm lepas, papa ada last day recording kat studio. dah plan dah ni nak bawak anak2 gi jenguk. dah bgtau papa dah. hopefully kereta ok la. sebab masa start pagi tadi, ada sedikit kekacaubilauan pd sistem kereta tu. 'tit..tit' aichehh...remote kereta..cantekkk je bunyi. mcm ok jek. masukkan dalia dan ziyad. letak darling kat seat and mama ready to start the engine.

'strrr..heeettt...'
'strrr..heett heeettt... burr..'

ah..sudahh...dah la pakai sweater nih. try lagi..dekat lapan kali. confirm!! bateri kong! headlights pun nyawa2 ikan. fine!!
"dah kakak, yad..jom masuk. keta rosak la.."
"alaaaa..yaya kan nak pegi tusdio papa.." dalia grunted. (tusdio ekk..mmg diorang cakap cenggitu. kalau stokin? toskin!! ha ha ha..).
"dah keta rosak pulak..cemana nak pegi."
"ish..kita jalan kaki saje lah. mama kan hebat.."
"hebat hangguk kau! jauh tu nak jalan kaki. lain kali lah. kita suh papa bawak, ok?"
dgn muncung dua inci, dalia angguk. aku pon dgn berpeluh tahap gajah, angkat darling masuk. dia pon baekk je dok rilek kat seat tuh. ziyad? dah gelabah dah. takut dgn bunyi kereta yang lain macam. fenakutss!!jadinya, kitorang pon masuk la umah. call papa, nak bgtau kereta meragam.
"alo.ha..ma..dah sampai?"
"sampai? sampai hapanya..keta rosak.takleh start. bateri kong kot"
"laa...takpelah. takde rezeki."

tu la ceritanya..sampai dlm umah, dalia mintak susu. time tu la terasa badan dia panas. lepas minum susu, bagi ubat demam. tak sampai seploh minit, tido!

hmm..dah masuk waktu solat. org seblah pon dah balik. ni pon satu hal jugak. tiap2 hari jumaat, time ni dia balik. selalu aku wonder, tak solat jumaat ke mamat ni..tapi..ish, biar lah. papa pun ada cakap suh buat tak tau jek. kita boleh la buat tak tau. tapi, dia tu tak terasa segan ke, ek? ntah..wallahualam..

jom, zohor!!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online