Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Thursday, July 3, 2008

Lagi tentang Pak Lah dan Tuk Det

again..this was sent to me via email..buang yang keruh, ambil yang jernih. ada akal timbang dan fikirkan sendiri....


bismillahirrahmaanirrahim..

Pulau Batu Putih: Antara menyerah dan dipaksa serah

Haji Mahfuz Omar
Thu | Jun 05, 08 | 1:41:16 pm MYT



MINGGU ini rakyat Malaysia dikejutkan oleh dua isu yang berlainan tetapi berkaitan iaitu keluarnya Tun Dr Mahathir Mohamed daripada Umno dan kalahnya Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarangsa (ICJ) berkaitan tuntutan ke atas Pulau Batu Putih.



Ramai yang tidak menjangkakan bahawa Tun Dr Mahathir akan membuat kejutan yang berani walaupun selama ini berterusan mengkritik kelemahan kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dr Mahathir bertegas tidak akan kembali bersama Umno selagi Abdullah Badawi memimpin parti itu.



Bekas Perdana Menteri itu nampaknya mengikuti jejak langkah tiga Presiden Umno sebelum ini yang bukan sahaja meninggalkan Umno selepas tidak menjadi presiden, tetapi mati pun bukan sebagai ahli Umno. Mereka ialah pengasas Umno, Dato' Onn Jaafar, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn.



Dr Mahathir marah benar kepada Pak Lah kerana tindakannya menggadai maruah negara. Mula-mula isu yang ditimbulkan adalah kegagalan kerajaan memastikan kereta nasional, Proton diberikan perlindungan ekoran tindakan Rafidah Aziz memberikan permit import (AP) besar-besaran kepada dua kroninya yang tidak menjual kereta.



Selepas Tengku Mahalel tidak disambung kontraknya sebagai CEO Proton, kerajaan menjual MV Agusta dengan harga 1 Euro. Dahulu Proton membelinya untuk mendapatkan teknologi dari syarikat motor terkemuka itu. Dr Mahathir merasakan dasar ini bukan sahaja boleh melumpuhkan Proton, tetapi menjejaskan maruah negara.



Dalam kekecohan itulah, Abdullah mengumumkan pembatalan projek jambatan bengkok walaupun ia telah berjalan. Kerajaan rugi jutaan ringgit dari pembatalan ini. Tetapi Dr Mahathir melihat dari aspek lain iaitu kekalahan moral dan kedaulatan kepada Singapura. Marah benar beliau dengan Abdullah ekoran pembatalan ini.



Beliau segera membangkitkan isu penjualan pasir dan peranan Tingkat 4 di Putrajaya dalam penggadaian maruah negara. Sejak itu, perseteruan Dr Mahathir dengan kerajaan Abdullah semakin terbuka. Yang agak pedas juga kritikan beliau adalah kedaulatan negara yang bakal diragut oleh Singapura menerusi projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di mana rakyat Singapura diberikan keistimewaan besar sehingga bebas keluar masuk dan memiliki harta di wilayah Johor tersebut.



Dr Mahathir tidak senang hati dengan dasar kerajaan yang mencabul kedaulatan sendiri. Ya, seperti pelacur menjual diri. Kadaulatan negara diserahkan sendiri oleh kerajaan untuk dijajah oleh kuasa asing. Dahulu Dr Mahathir sering menuduh PAS sebagai agen asing, tetapi baru kini dia sedar bahawa orang yang diangkatnya dahulu sebagai Perdana Menteri adalah musuh negara sebenar.



Kalau Dr Mahathir masih ingat, sebaik sahaja Abdullah mengambil alih kuasa, beliau membawa masuk Datuk Kalimullah Hassan dalam pasukan pemikirnya, sedangkan Dr Mahathir berkali-kali menegaskan bahawa tokoh media itu adalah agen Singapura.



Agaknya kerana sudah terlalu meluat dengan sikap dangkal Abdullah dalam mempertahankan kedaulatan negara, maka Dr Mahathir tidak tertahan lagi untuk keluar daripada parti yang diasaskannya itu.



Ketika Umno (Baru) ditubuhkan pada 1988, Dr Mahathir adalah ahli nombor 1 sebagai mana Dato? Onn menjadi ahli nombor 1 Umno yang asal. Kedua-dua ahli nombor 1 sudah meninggalkan Umno kerana sedar Umno bukan tempat yang betul untuk melayarkan perjuangan. Kedua-dua mereka berasa Umno masih betul ketika masing-masing menjadi Presiden, tetapi segera keluar setelah berhenti dari kerusi panas itu. Nampaknya kedua-dua pengasas Umno sudah tidak yakin lagi kepada parti yang diasaskannya.

Walaupun banyak juga isu yang diungkitkan oleh Dr Mahathir, yang paling panas dan membakar perasaan Dr Mahathir kelihatannya adalah isu berkaitan Singapura. Dr Mahathir berkeras bahawa Goh Chok Tong sudah memberi lampu hijau untuk Malaysia membina jambatan dalam kawasan kedaulatannya. Beliau juga turut bercakap tentang 'kedegilan' Singapura dalam menyelesaikan masalah tertunggak termasuk isu ICQ, tanah KTM di Tanjung Pagar, wang simpanan pekerja, pencerobohan udara, penjualan air mentah dari Johor, isu Pulau Batu Putih dan macam-macam lagi.

Apabila Abdullah naik, beliau membangkitkan masalah perlantik Datuk Kalimullah dan kegiatan menjual pasir kepada Singapura. Akhirnya, isu jambatan bengkok dan WPI yang menyentuh langsung kedaulatan negara dipertikaikan bekas Perdana Menteri itu.



Ketika jambatan bengkok dibatalkan orang yang banyak memberi nasihat kepada Perdana Menteri dikatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail. Beliaulah yang memberi nasihat tentang undang-undang antarabangsa berkaitan isu jambatan bengkok sehingga menyebabkan 'lampu hijau' Goh Chok Tong tidak 'menyala' lagi. Sedangkan sebelum itu Dr Mahathir sudah membuat perasmian dan berjuta duit sudah dihabiskan untuk menyiapkan fasa awal projek tersebut. Tetapi kerana nasihat Peguam Negara ini, lalu ia terbatal begitu sahaja. Dahulu Ghani Patail 'cemerlang' ketika menjatuhkan maruah Dato' Seri Anwar Ibrahim di mahkamah, tetapi rupanya beliau amat lemah dalam mempertahankan kepentingan negara.

Rakyat sekarang tertanya-tanya apakah gerangan Peguam Negara yang lemah seperti ini dikekalkan. Selepas gagalnya projek jambatan bengkok, Peguam Negara nampaknya tidak mempedulikan sangat isu-isu kepentingan negara termasuk dalam meneruskan pendakwaan ke atas individu berprofail tinggi yang surat siasatan sudah diserahkan kepada beliau oleh polis atau BPR. Beliau lebih genar turun naik mahkamah untuk mewakili kerajaan dalam isu-isu remeh seperti rusuhan di Terengganu, demonstrasi dan lain-lain. Kerja-kerja asasi beliau tidak dipedulikan sangat. Kerana kelemahan beliau jugalah, maka satu nasihat 'salah' telah diberikan kepada Kabinet. Akhirnya penggunaan dakwat dalam pilihan raya dibatalkan sedangkan SPR sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk membelinya.



Salah satu tugas penting Peguam Negara ketika itu adalah memastikan Malaysia dapat mengambil semula Pulau Batu Putih yang dikuasai oleh Singapura lebih 100 tahun. Oleh kerana sibuk menguruskan perkara remeh yang boleh diwakilkan kepada mana-mana timbalan atau penolong pendakwa raya, akhirnya persiapan Malaysia tidak lengkap dalam tuntutan ini. Seolah-olah Malaysia tidak bersedia dan hanya bergantung sepenuhnya pada hujah sejarah iaitu Pulau Batu Putih dahulunya hak milik Johor.

ICJ memang mengiktiraf perkara ini, tetapi ternyata Singapura lebih bersedia dengan hujah yang lebih meyakinkan untuk memperoleh kedaulatan ke atas pulau itu.



Jika Tan Sri Abdul Ghani Patail membuat kerjannya dengan bersungguh-sungguh, maka sudah tentu Malaysia akan mendapat semula hak kedaulatannya. Tetapi beliau lebih senang mencari populariti dengan memberikan tumpuan kepada kes-kes politik yang menjaga kepentingan BN. Akhirnya Pulau Batu Putih terlepas begitu sahaja.



Apapun alasan dibuat tentang kejayaan Malaysia mendapatkan Pulau Batuan Tengah (Middle Rock), ia tetap tidak dapat membalut luka kerana hilangnya kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih itu. Ini soal kedaulatan negara yang amat penting kerana ia bukan setakat melibatkan maruah, tetapi juga sempadan, perairan, ekonomi dan juga politik.



Nampaknya berturut-turut kedaulatan kita diragut oleh Singapura sama ada dengan 'nasihat sulit' Peguam Negara atau melalui mahkamah. Yang jelas kedaulatan telah dicabul. Kini yang tinggal, tetapi bakal dicabul kedaulatannya ialah WPI. Paling tidak munasabah ialah perlantikan seorang menteri Singapura dalam jawatankuasa penyelaras untuk membangunkan WPI.



Pak Lah mesti bertanggungjawab dalam soal ini. Beliau mesti melakukan sesuatu supaya tidak ada lagi kedaulatan negara yang dicabul. Ini belum dikira isu-isu pencerobohan udara, pencerobohan nelayan Singapura di Pulau Kukup dan pemilikan hartanah oleh rakyat Singapura di Johor Bahru. Amat memalukan apabila Malaysia melepaskan sendiri sedikit demi sedikit kedaulatannya itu.



Apabila Dr Mahathir keluar daripada Umno kerana tidak berpuas hati dengan dasar Abdullah yang tidak begitu memberati soal kedaulatan negara, ia sebenarnya lebih penting daripada kekalahan Malaysia di ICJ. Kita terpaksa akur dengan keputusan mahkamah walaupun ia berpunca daripada kelemahan kita sendiri. Sekurang-kurangnya kita telah berjuang untuk mendapatkan kedaulatan itu. Tetapi kita sepatutnya lebih malu apabila kita sendiri menyerahkan hak kedaulatan kepada Singapura dalam pelbagai isu.

Dr Mahathir tidak boleh menerima apabila Malaysia membuat keputusan membatalkan projek pembangunan dalam kawasan kedaulatannya kerana bimbangkan Singapura. Itulah kelemahan Abdullah yang cuba disampaikan oleh Dr Mahathir dan kerana itu beliau tidak sanggup lagi berketuakan pemimpin selemah itu. Atas sebab itu Dr Mahathir mengajak ahli Umno ?Jom tinggalkan Umno? dan mendesak Pak Lah meletakkan jawatan.- tajdid _

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online