Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, July 23, 2008

Ziyad Erza (part 2, b)

suddenly...

Ziyad cried out loud. I rushed to him to check what's going on and he showed me his finger. forefinger. guess what? he bitten his own finger, might mistaken it with the fried chicken he ate. ha ha ha!!! lawak gila..papa was holding back his laugh so hard. we burst it all out in the car on the way home. he stopped eating after the incident. then abah came back, with a box of Hawaiian Pizza. Ziyad joined in again. so did his papa. around 10pm we left home. papa was so in good mood last nite, we didn't go straight home. cruise around the neighbourhood, to klang centre, and home. spent about 1 hour riding in our old Hyundai Matrix . papa was smiling so cutely last nite. as if he'd hit a jackpot. i am still wondering, though..


today, as usual, nothing much happened. papa called around 3pm, telling me he was probably heading back home. got stucked in klang. traffic, of course. he arrived around 4pm, with clean, shaved face and hair nicely cut. hmm...he looked so handsome to me. he seem so calm and loving and extra caring lately. wonder why..
then, papa cooked for dinner. he was hungry, he said and wanted to cook the dish he favours. i have cooked the rice, though. we had dinner around 4.45. pretty early, eh? ziyad and lili were asleep when papa was busy cooking. they woke up just as soon as papa sitting down to eat. feed the kids, and myself, of course..chat a little with my beloved hubby, and around 5.30 i was about to do Asar prayer. Dalia and Ziyad were outside, with their bicycles. I was in the loo, ready to take my wudhuk, when suddenly i heard Dalia's scream. at first i thought she was just fighting with ziyad (as usual they do everyday) but then i heard she cried 'berdaraaaahhhhh!' (bleeding). papa was dozed off in front of the tv and suddenly arose to check on the kids. I rushed out from the toilet to see what was happening and saw dalia crying and
ziyad was bleeding; badly!! God!! what happened? Dalia said he fell off his bike and hit the wall. I was so speechless. sad and everything is mixed. my poor boy..blood was flowing like tap water from his forehead. I hugged him so tight, the blood wet my t shirt. papa took some tissues and asked me to stop the blood from pouring out. when the blood was finally stop, papa put on the plaster. Ziyad? as usual, crying loudly, 'tak nak, yad tak nak plaster!'. we forced him to, bathe him without washing his head, bathe ourselves and went to the nearest clinic. Luckily the wound need no stitches, just glued. will check it back in 2 days time. at the clinic? ziyad was grunting and struggling, didn't want to be examined, nor to be touch by the doctor. he didn't even want to sit at the chair next to the doc, you know. ziyad..ziyad..now, at the moment, he is ok and as naughty and active as usual, as if nothing happened. doctor said not to wash his head for 2 days and 2 days it is.

note: too many fun, exciting and thrilling stories about Ziyad to be mentioned here. will try to cope, if i still remembers.



Ziyad Erza (part 2)

  • Yesterday I followed my hubby to work. Well, actually he was sending me and Dalili to the clinic, I got flu and Dalili got rashes all over her body. we are currently doing okay..
  • Dalia and Ziyad were sent to their grandma's (papa's side).
  • Stayed a while afterwards at my mum's (hubby at his office).
  • Chatted a little about this and that with mum, dad, adik and angah.
  • angah was there too, talked about Eirfan (my nephew) ha..ha..funny little fella..
  • around 8pm, left mum's to mami's. Papa had asked mami to cook dinner.
  • arrived at mami's around 8.30pm, Dalia and Ziyad were so excited as if we've left them for weeks! tah hapa-hapa ntah..
  • mami asked us to eat. she didn't want to, on diet she said. she looked after Dalili, while papa and all of us dine.
  • Abah wasn't home yet from the mosque.
  • Dalia and Ziyad wanted to join, even mami said they have eaten; twice! ok..fine..indulge!
  • ate as usual, chat a little bout this and that, papa had second round, so did Dalia and Ziyad.
  • suddenly....

to be continued...

Friday, July 18, 2008

the neighbour


remember Nur Dina Aleesya? the girl next door? here she is, with the controversial pink ball. (check out my blog : Ziyad Erza to refresh your memory)




macam harmoni jek kan? memang pun!kiranya dalia dgn ziyad ni favorite friends of Dina laa...
ye la, takde kawan lain pun seblah nyeblah...comel kan Dina?



Erza Dalili

tengok bebetul, nampak tak gigi dia tu?

Dalili!!!

Dah nampak gigi dah. makin cantik dan berseri bila senyum. ketawa apatah lagi..now dia dah fully recovered. dah ok sket. demam nak besar la tu kot. dah pandai tunjuk2. kalau dia tgk gambar dia, macam2 bunyi dia buat. tah apa lah yang dia komen agaknya. dah makin lasak but still maintain the girlish. dah pandai naik tangga dah, tapi nak landing tak reti nak budget.
soheh jatuh!! sampai hilang suara la nangis. bukan sakit sangat pon..ada kain lap kaki jugak kat tangga tu. sakit hati la tuh. tak cukup hebat lagi.

bila tengok darling dah makin sihat dan makin bijak, seronok sangat rasanya. ye lah, sebab kehadiran dia tu secara tak sengaja. i still remember how the father 'tepuk dahi' when doctor said i was pregnant. sepanjang waktu kandungan, rasanya dia quite deserted kot. tak terasa nak layan sangat. sebab aku busy dgn dalia dan ziyad yang sedang membesar dan selalu nak perhatian. even sekarang pon diorang masih begitu. but now, bila tengok dalili, rasa sedih sket sebab dulu tak berkesempatan nak sembang2 dengan dia masa dalam kandungan. tu agaknya dia merajuk, tak nak keluar. sampai i had to do the c-section. yes, she was born through ceasarian style. ha ha. now, look at her.
so beautiful and charming. bright and stunning. the way she smiles, laugh and respond, oh what a beauty! kalau nak ikutkan, dengan anak-anak ni, memang tak puas nak main2. tapi biasalah. bila terikat dengan kerja rumah dan kewajipan lain, kerenah anak2 tu jadi gangguan pulak. kalau tak cukup iman, tak ingat tuhan, dah mati kot budak2 ni kena tibai. tapi, aku selalu beringat. i was badly beaten by my dad and mum long ago and i said i don't want to be like that and i don't want my children to be treated the same or feel what i felt. marah tu biasalah. sampai hujung jalan boleh dengar suara aku marah anak2. pukul pun pernah. tipu la kalau tak pernah pukul. dengan hanger ke tali pinggang ke, tangan ke, semua pernah. but never leaves any bruises, beb! pukul kat kaki je, jangan sampai tinggal kesan. cukup untuk bgtau yang kita serius dgn mereka. kalau salah, tetap salah. degil, nakal, mesti kena pukul. dah tegur cara baik tak nak dengar jugak, pukul la, kan? bukan nak membunuh. gila ke nak bunuh? beranak susah2, sampai gelebeh perut, nak bunuh anak pulak? aku masih ada tuhan. masih berpegangan. even kalau papa dia pukul pun, aku selalu marah. dan mungkin juga berdosa sebab tinggi suara dengan suami. ye lah, pukul kuat sangat. aku selalu sound dia "awak nak jadi macam ayah saya ke? pukul tak ingat dunia?" bila dah kuar statement aku cenggitu, papa dia sure slow down. kalau bab anak-anak, aku memang susah nak tolerate. lagipun, pada aku, aku yang lahirkan diorang, yang besarkan dan urus segalanya tentang diorang. aku yang tengok perkembangan diorang hari-hari, aku yang bangun malam bila budak nak menyusu atau demam dan batuk. rasanya kalau nak pukul pun, hanya aku yang berhak. RASANYA lah.



***************************************************

hari ini..

Jumaat. 1pm.

tgh tonton al-hidayah. sesambil makan nasik dgn sup ayam berserta bawang goreng.

dlm kepala otak nih banyak gila benda yang nak ditulis. tapi selalu jek terpotong stim dek kerenah anak2. agaknya bila anak2 dah besau sket, baru leh aktif blogging kot. ni, ziyad dgn selambanya tgh menggodek apa benda ntah, masukkan usb kabel dlm floppy disk slot. aku jeling jek. malas nak layan. sesekali tunja sket kepala dia. datang pulak dalia "ma, yad nak buat apa tu?" aku geleng.."shh.." malas nak layan lagi. aku dah bagi susu, dok dendiam. aku tanya tadi nak makan tak? diorang tak nak. kenyang kot melantak nugget dgn sausage. dalili? tgh tido dalam buai. skrg ni, yad dah berlari keluar..main beskal. kakak dia? ntah apa kena ntah, dok lari ke depan - ke dapur. main air la tu..mementang ada bangku kat sinki, senang nak capai pili. "dalia! buat apa tu?" aku jengah ke dapur, tak nampak pon. senyap jek. "yaya wash hand kat bilik air.." kan betul aku cakap, main air. "sudah tu, sudah!!" aku jerit. kalau tak tiga kali, tak sah ni..anak..anak..

Dalili, baru baik demam. lama jugak la dia demam dan berak-berak. time papa dia tgh sibuk time tu la dia plak demam teruk. dah tuh, berganti-ganti pulak dgn ziyad dan dalia. astaghfirullah..dugaan betol la. dua mlm lepas, papa ada last day recording kat studio. dah plan dah ni nak bawak anak2 gi jenguk. dah bgtau papa dah. hopefully kereta ok la. sebab masa start pagi tadi, ada sedikit kekacaubilauan pd sistem kereta tu. 'tit..tit' aichehh...remote kereta..cantekkk je bunyi. mcm ok jek. masukkan dalia dan ziyad. letak darling kat seat and mama ready to start the engine.

'strrr..heeettt...'
'strrr..heett heeettt... burr..'

ah..sudahh...dah la pakai sweater nih. try lagi..dekat lapan kali. confirm!! bateri kong! headlights pun nyawa2 ikan. fine!!
"dah kakak, yad..jom masuk. keta rosak la.."
"alaaaa..yaya kan nak pegi tusdio papa.." dalia grunted. (tusdio ekk..mmg diorang cakap cenggitu. kalau stokin? toskin!! ha ha ha..).
"dah keta rosak pulak..cemana nak pegi."
"ish..kita jalan kaki saje lah. mama kan hebat.."
"hebat hangguk kau! jauh tu nak jalan kaki. lain kali lah. kita suh papa bawak, ok?"
dgn muncung dua inci, dalia angguk. aku pon dgn berpeluh tahap gajah, angkat darling masuk. dia pon baekk je dok rilek kat seat tuh. ziyad? dah gelabah dah. takut dgn bunyi kereta yang lain macam. fenakutss!!jadinya, kitorang pon masuk la umah. call papa, nak bgtau kereta meragam.
"alo.ha..ma..dah sampai?"
"sampai? sampai hapanya..keta rosak.takleh start. bateri kong kot"
"laa...takpelah. takde rezeki."

tu la ceritanya..sampai dlm umah, dalia mintak susu. time tu la terasa badan dia panas. lepas minum susu, bagi ubat demam. tak sampai seploh minit, tido!

hmm..dah masuk waktu solat. org seblah pon dah balik. ni pon satu hal jugak. tiap2 hari jumaat, time ni dia balik. selalu aku wonder, tak solat jumaat ke mamat ni..tapi..ish, biar lah. papa pun ada cakap suh buat tak tau jek. kita boleh la buat tak tau. tapi, dia tu tak terasa segan ke, ek? ntah..wallahualam..

jom, zohor!!

bawang goreng..

hehehe..aku sekarang gila bawang goreng. makan nasik ke, makan mee ke, hatta pasta sekalipun, aku bubuh bawang goreng!! apsal ekk?
Peringatan!! aku tak ngandung, ekk..!!

ntah apa kena ntah..aura bawang goreng melanda..takpe ah..sukati aku la, kan?


Friday, July 4, 2008

Ziyad Erza



Ya Allah..nakalnya anak aku yang sorang nih. dia la setakat ni satu2 nya anak jantan, dia la paling kerek!! kuat nangis, kuat nyakat, banyak kerenah, suka buat lawak, dan yang paling nyata..ensem bangaaattt!! hahaha..

pagi tadi, dgn belom mandinya..dok selongkar bakul mainan. dapat beg sandang (free masa beli diapers Mamy Poko). "mama, buatkan mama.." suh aku pakaikan la tuh..sibuk jek..aku tgh menumbuk bawang, nak goreng mee, dalam pd tu, pakaikan jugak la..kang ngamuk2 plak, genguling..tambah tensen jek..

pastuh tetiba..

"mama, yad nak pegi sekolah ye.."

"aa? ye lah..sekolah kat mana?"

"laa..apepbsdfsiuwh...kan.." tah apa dia cakap, aku pon tak tau..

"oklah..bye.."

yad pon berlalu pergi..tetiba dia stop..

"oh my god, bunyi telepon lagi!" dia cakap..dengan muka poyo ensem, dia mengeluarkan sesuatu dr poket seluar; tangan dia.

"aaa..walekomsalam..ye, yad ni..ok..bye.." terus berlari ke depan..dgn gembiranya..

terberenti kejap aktiviti menumbuk bawang aku..ziyad..ziyad..sesuka hati dia jek, kan?

semalam lagi best...around 6.30pm, Dina Aleesya; anak jiran sebelah datang umah nak main-main. bebudak ni blom mandi ptg lagi. Lili je dah. Dalia dgn tak berbaju selambakodok je main bola kat porch. Dina pon join, bawak bola pink. since kat umah aku ni ada tiga basikal, ngam gila la. dah main ball, main beskal plak. memula tu ok jek..very the harmony one..aku pon rilek jek laa..sesambil masak, jengah2 juga la ke depan..tapi, menjelang kul 7 tuh, aku dengar Yad nangis. i saw Dina on his bike and kinda knew what's going on.

"apsal yad? nangis beria, meleleh airmata ni, kenapa?" dgn garangnya aku bertanya.

yad dengan tangisan penuh syahdu kononnya, tunjuk² kat Dina. aku tau dah kenapa, saja nak nyakat.

"apsal?!" aku tanya lagi.. "Basikal Yaddd..."

"adoih laa...biar la Dina pinjam kejap. Yad main ball Dina, biar Dina main beskal Yad..kongsi2 laa.." Yad nangis lagi kuat. samada tak setuju cadangan aku, atau dia tak paham apa yang aku bebelkan..

"apa la Yad ni. Yad kan lelaki, gentle aa sket dgn pompuan!" aku sound lagi.

Yad dah tersedu-sedu. mama Dina yang ada kat tepi pagar ketawa jek.

"tak apalah era, jgn marah. Dina! dah, bg adik yad beskal tu, jom balik. nak maghrib dah ni, auntie tu nak rehat." Dina pun dgn comelnya, melangkah slowly keluar dari rumah aku, gi balik umah dia.

Yad nangis lagi!! ah sudah..ape hal plak?? dia tunjuk plak ball yang Dina bawak. 'Kepala hangguk betol!'

"apa yadddd....tu kan ball Dina..!" aku dah sket hangin.. Ju, mama Dina ketawa lagi.

"Tu la satu anak jantan kita, Ju, dia la plak yang paling cengeng!"

"Tak apa ra, kecik lagi. nanti dah besar macho la dia." Ju cakap.

Macho? hehehe..tak dapat dibayangkan. jambu mcm dafi, mungkin kot..macho? macam saper ekk..? hopefully dia membesar jadi anak yang baik dan bertanggungjawab. Insya Allah..mama saaayang yad!!



**************************************************************

Thursday, July 3, 2008

Lagi tentang Pak Lah dan Tuk Det

again..this was sent to me via email..buang yang keruh, ambil yang jernih. ada akal timbang dan fikirkan sendiri....


bismillahirrahmaanirrahim..

Pulau Batu Putih: Antara menyerah dan dipaksa serah

Haji Mahfuz Omar
Thu | Jun 05, 08 | 1:41:16 pm MYT



MINGGU ini rakyat Malaysia dikejutkan oleh dua isu yang berlainan tetapi berkaitan iaitu keluarnya Tun Dr Mahathir Mohamed daripada Umno dan kalahnya Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarangsa (ICJ) berkaitan tuntutan ke atas Pulau Batu Putih.



Ramai yang tidak menjangkakan bahawa Tun Dr Mahathir akan membuat kejutan yang berani walaupun selama ini berterusan mengkritik kelemahan kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dr Mahathir bertegas tidak akan kembali bersama Umno selagi Abdullah Badawi memimpin parti itu.



Bekas Perdana Menteri itu nampaknya mengikuti jejak langkah tiga Presiden Umno sebelum ini yang bukan sahaja meninggalkan Umno selepas tidak menjadi presiden, tetapi mati pun bukan sebagai ahli Umno. Mereka ialah pengasas Umno, Dato' Onn Jaafar, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn.



Dr Mahathir marah benar kepada Pak Lah kerana tindakannya menggadai maruah negara. Mula-mula isu yang ditimbulkan adalah kegagalan kerajaan memastikan kereta nasional, Proton diberikan perlindungan ekoran tindakan Rafidah Aziz memberikan permit import (AP) besar-besaran kepada dua kroninya yang tidak menjual kereta.



Selepas Tengku Mahalel tidak disambung kontraknya sebagai CEO Proton, kerajaan menjual MV Agusta dengan harga 1 Euro. Dahulu Proton membelinya untuk mendapatkan teknologi dari syarikat motor terkemuka itu. Dr Mahathir merasakan dasar ini bukan sahaja boleh melumpuhkan Proton, tetapi menjejaskan maruah negara.



Dalam kekecohan itulah, Abdullah mengumumkan pembatalan projek jambatan bengkok walaupun ia telah berjalan. Kerajaan rugi jutaan ringgit dari pembatalan ini. Tetapi Dr Mahathir melihat dari aspek lain iaitu kekalahan moral dan kedaulatan kepada Singapura. Marah benar beliau dengan Abdullah ekoran pembatalan ini.



Beliau segera membangkitkan isu penjualan pasir dan peranan Tingkat 4 di Putrajaya dalam penggadaian maruah negara. Sejak itu, perseteruan Dr Mahathir dengan kerajaan Abdullah semakin terbuka. Yang agak pedas juga kritikan beliau adalah kedaulatan negara yang bakal diragut oleh Singapura menerusi projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di mana rakyat Singapura diberikan keistimewaan besar sehingga bebas keluar masuk dan memiliki harta di wilayah Johor tersebut.



Dr Mahathir tidak senang hati dengan dasar kerajaan yang mencabul kedaulatan sendiri. Ya, seperti pelacur menjual diri. Kadaulatan negara diserahkan sendiri oleh kerajaan untuk dijajah oleh kuasa asing. Dahulu Dr Mahathir sering menuduh PAS sebagai agen asing, tetapi baru kini dia sedar bahawa orang yang diangkatnya dahulu sebagai Perdana Menteri adalah musuh negara sebenar.



Kalau Dr Mahathir masih ingat, sebaik sahaja Abdullah mengambil alih kuasa, beliau membawa masuk Datuk Kalimullah Hassan dalam pasukan pemikirnya, sedangkan Dr Mahathir berkali-kali menegaskan bahawa tokoh media itu adalah agen Singapura.



Agaknya kerana sudah terlalu meluat dengan sikap dangkal Abdullah dalam mempertahankan kedaulatan negara, maka Dr Mahathir tidak tertahan lagi untuk keluar daripada parti yang diasaskannya itu.



Ketika Umno (Baru) ditubuhkan pada 1988, Dr Mahathir adalah ahli nombor 1 sebagai mana Dato? Onn menjadi ahli nombor 1 Umno yang asal. Kedua-dua ahli nombor 1 sudah meninggalkan Umno kerana sedar Umno bukan tempat yang betul untuk melayarkan perjuangan. Kedua-dua mereka berasa Umno masih betul ketika masing-masing menjadi Presiden, tetapi segera keluar setelah berhenti dari kerusi panas itu. Nampaknya kedua-dua pengasas Umno sudah tidak yakin lagi kepada parti yang diasaskannya.

Walaupun banyak juga isu yang diungkitkan oleh Dr Mahathir, yang paling panas dan membakar perasaan Dr Mahathir kelihatannya adalah isu berkaitan Singapura. Dr Mahathir berkeras bahawa Goh Chok Tong sudah memberi lampu hijau untuk Malaysia membina jambatan dalam kawasan kedaulatannya. Beliau juga turut bercakap tentang 'kedegilan' Singapura dalam menyelesaikan masalah tertunggak termasuk isu ICQ, tanah KTM di Tanjung Pagar, wang simpanan pekerja, pencerobohan udara, penjualan air mentah dari Johor, isu Pulau Batu Putih dan macam-macam lagi.

Apabila Abdullah naik, beliau membangkitkan masalah perlantik Datuk Kalimullah dan kegiatan menjual pasir kepada Singapura. Akhirnya, isu jambatan bengkok dan WPI yang menyentuh langsung kedaulatan negara dipertikaikan bekas Perdana Menteri itu.



Ketika jambatan bengkok dibatalkan orang yang banyak memberi nasihat kepada Perdana Menteri dikatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail. Beliaulah yang memberi nasihat tentang undang-undang antarabangsa berkaitan isu jambatan bengkok sehingga menyebabkan 'lampu hijau' Goh Chok Tong tidak 'menyala' lagi. Sedangkan sebelum itu Dr Mahathir sudah membuat perasmian dan berjuta duit sudah dihabiskan untuk menyiapkan fasa awal projek tersebut. Tetapi kerana nasihat Peguam Negara ini, lalu ia terbatal begitu sahaja. Dahulu Ghani Patail 'cemerlang' ketika menjatuhkan maruah Dato' Seri Anwar Ibrahim di mahkamah, tetapi rupanya beliau amat lemah dalam mempertahankan kepentingan negara.

Rakyat sekarang tertanya-tanya apakah gerangan Peguam Negara yang lemah seperti ini dikekalkan. Selepas gagalnya projek jambatan bengkok, Peguam Negara nampaknya tidak mempedulikan sangat isu-isu kepentingan negara termasuk dalam meneruskan pendakwaan ke atas individu berprofail tinggi yang surat siasatan sudah diserahkan kepada beliau oleh polis atau BPR. Beliau lebih genar turun naik mahkamah untuk mewakili kerajaan dalam isu-isu remeh seperti rusuhan di Terengganu, demonstrasi dan lain-lain. Kerja-kerja asasi beliau tidak dipedulikan sangat. Kerana kelemahan beliau jugalah, maka satu nasihat 'salah' telah diberikan kepada Kabinet. Akhirnya penggunaan dakwat dalam pilihan raya dibatalkan sedangkan SPR sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk membelinya.



Salah satu tugas penting Peguam Negara ketika itu adalah memastikan Malaysia dapat mengambil semula Pulau Batu Putih yang dikuasai oleh Singapura lebih 100 tahun. Oleh kerana sibuk menguruskan perkara remeh yang boleh diwakilkan kepada mana-mana timbalan atau penolong pendakwa raya, akhirnya persiapan Malaysia tidak lengkap dalam tuntutan ini. Seolah-olah Malaysia tidak bersedia dan hanya bergantung sepenuhnya pada hujah sejarah iaitu Pulau Batu Putih dahulunya hak milik Johor.

ICJ memang mengiktiraf perkara ini, tetapi ternyata Singapura lebih bersedia dengan hujah yang lebih meyakinkan untuk memperoleh kedaulatan ke atas pulau itu.



Jika Tan Sri Abdul Ghani Patail membuat kerjannya dengan bersungguh-sungguh, maka sudah tentu Malaysia akan mendapat semula hak kedaulatannya. Tetapi beliau lebih senang mencari populariti dengan memberikan tumpuan kepada kes-kes politik yang menjaga kepentingan BN. Akhirnya Pulau Batu Putih terlepas begitu sahaja.



Apapun alasan dibuat tentang kejayaan Malaysia mendapatkan Pulau Batuan Tengah (Middle Rock), ia tetap tidak dapat membalut luka kerana hilangnya kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih itu. Ini soal kedaulatan negara yang amat penting kerana ia bukan setakat melibatkan maruah, tetapi juga sempadan, perairan, ekonomi dan juga politik.



Nampaknya berturut-turut kedaulatan kita diragut oleh Singapura sama ada dengan 'nasihat sulit' Peguam Negara atau melalui mahkamah. Yang jelas kedaulatan telah dicabul. Kini yang tinggal, tetapi bakal dicabul kedaulatannya ialah WPI. Paling tidak munasabah ialah perlantikan seorang menteri Singapura dalam jawatankuasa penyelaras untuk membangunkan WPI.



Pak Lah mesti bertanggungjawab dalam soal ini. Beliau mesti melakukan sesuatu supaya tidak ada lagi kedaulatan negara yang dicabul. Ini belum dikira isu-isu pencerobohan udara, pencerobohan nelayan Singapura di Pulau Kukup dan pemilikan hartanah oleh rakyat Singapura di Johor Bahru. Amat memalukan apabila Malaysia melepaskan sendiri sedikit demi sedikit kedaulatannya itu.



Apabila Dr Mahathir keluar daripada Umno kerana tidak berpuas hati dengan dasar Abdullah yang tidak begitu memberati soal kedaulatan negara, ia sebenarnya lebih penting daripada kekalahan Malaysia di ICJ. Kita terpaksa akur dengan keputusan mahkamah walaupun ia berpunca daripada kelemahan kita sendiri. Sekurang-kurangnya kita telah berjuang untuk mendapatkan kedaulatan itu. Tetapi kita sepatutnya lebih malu apabila kita sendiri menyerahkan hak kedaulatan kepada Singapura dalam pelbagai isu.

Dr Mahathir tidak boleh menerima apabila Malaysia membuat keputusan membatalkan projek pembangunan dalam kawasan kedaulatannya kerana bimbangkan Singapura. Itulah kelemahan Abdullah yang cuba disampaikan oleh Dr Mahathir dan kerana itu beliau tidak sanggup lagi berketuakan pemimpin selemah itu. Atas sebab itu Dr Mahathir mengajak ahli Umno ?Jom tinggalkan Umno? dan mendesak Pak Lah meletakkan jawatan.- tajdid _

Wednesday, July 2, 2008

Erza Dalia (part 2)







aku ingat lagi masa memula dapat Dalia dulu..rasa happy bila bergelar 'ibu'. agaknya inilah perasaan setiap insan yang dapat title ni. beza beb..ada satu perasaan nun hujung di sudut hati yang bisa membuat kita terpegun dan syahdu seketika.

catatan ini aku buat masa Dalia baru 2 thn...13/06/2006


Dalia, buah hati pengarang jantung mama dan papa. Ziyad juga sama, namun tidak serupa dengan Dalia yang merupakan anak pertama, malah cucu pertama kedua-dua belah pihak, papa dan mamanya. Apa saja yang dilakukannya mengusik jiwa. Senyum tawanya, tangis dan rengeknya, sentiasa menjadi ingatan. Anak yang bijak mengambil hati papa dan mama. Ada saja cara untuk menarik perhatian. Namun, sepanjang hampir dua tahun usianya, saat dia berusia 10 bulan adalah yang paling menyedihkan. Untuk mencatatkannya di sini saja sudah membuat airmataku bergenang dan hatiku sebak. Dalia, tiba-tiba demam. Bukan sehari dua, bukan juga seminggu tetapi mencecah sebulan. Tuhan saja yang tahu betapa seksanya jiwa ragaku ketika itu. Sedih marah dan kesal masih ada sehingga hari ini. Maklum, sebagai ibu muda aku kadangkala tidak mempunyai sifat sabar yang tinggi. Sewaktu Dalia demam, rengekannya ku anggap sebagai sesuatu yang merimaskan. Dalia ku marah, ku pukul. Dia sudah pandai meniarap sejak umurnya 7 bulan dan merangkak sebulan selepas itu, malah sudah boleh berdiri ketika itu, namun mungkin kerana keadaan kesihatannya, dia mengada-ngada. Ingin di dukung setiap ketika. Papanya juga sama, mudah marah dan ringan tangan dengan Dalia waktu itu. Apabila sampai saat aku terlalu keliru dan marah, kugesa juga suamiku untuk membawa Dalia ke pakar kanak-kanak. Mujur Dalia sekadar demam ringan dan yang selebihnya adalah proses peralihan. Dia tahu akan mempunyai adik tidak lama lagi dan tingkah lakunya itu sebagai tindak balas normalnya. Sejak kami mula memahami tingkahnya yang inginkan perhatian, dia mula beransur sihat, atau mungkin mula mengerti bahawa kami tidak mungkin akan mengurangkan kasih sayang kami terhadapnya, meski akan ada adik 5 atau sepuluh sekalipun. Alhamdulillah, Dalia sihat sepenuhnya menjelang usianya 1 tahun. Sudah tumbuh gigi, senyumnya makin berseri. Sudah pandai berkata-kata walau cuma beberapa perkataan. Yang pastinya papa dan mama adalah antara perkataan pertamanya. Namun begitu Dalia agak berat mulut. Meski tika di agah, dia hanya menganga, ketawa tanpa suara. Namun itu sudah cukup membuatkan sesiapapun geram dengannya. Malam aidilfitri 2005, Dalia melangkah buat pertama kalinya. namun cuma dua langkah. Papa sedang sibuk menyediakan api untuk bbq malam itu, tidak berkesempatan melihat langkah pertama buah hatinya. Hanya atuk dan opah menjadi saksi. Sekarang Dalia sudah boleh berlari. Meski hayunan tangan lebih laju dari larian, dia tetap mencuit hati.

Itulah Dalia. Sampai sekarang pun dia masih bijak, kelakar dan pandai ambil hati. kalau mama dia menangis, dia akan sibuk bertanya kenapa..dan bila mama tak jawab, dia akan terus menangis sama. kalau mama dia sakit perut atau sakit belakang, dia akan sibuk ambil minyak dan urut2 mama. kalau telefon berbunyi? pantang! laju aje dia menjawab nya. sekarang dah pandai tukar channel thru remote control. sebut je nombor..dia tekan. bagus sungguh anak ini. Telefon pun sama. dah ajar dia speed dial and call button. nak call papa, tekan 1, call nek wan, tekan 3. hehehehehhehe....bercakap? Subhanallah..mengalahkan orang tua. tapi itulah dia..buah hati intan payung yang pertama...semoga dia membesar bijak dan mampu handle cabaran dunia. mama sayang Dalia!!!



Erza Dalia (part 1)


this is her left hand..she traced it herself.

Erza Dalia

Girl, born Sept 20, 2004.
she's turning 4, but damn! she's way too bright..i gave her an old unused note book of mine for her to do some conteng-conteng (crazy drawings etc) and yes, she fully utilised it. but some of her drawings managed to catch my eyes...she's creative, you know. and i honestly never thought that she'd be as smart and bright..Thank you, God!
















this is our family picture, Dalia's view and version!




Dalia's first colouring activity, pfffrrrtttt!! nice eh?
the spoon coloured by me, of course..














LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online