Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Thursday, November 12, 2009

anak...anak...

dalia kata nak gemuk sikit. sebab semua seluar dah longgar..baju umur 3, 4 tahun pun boleh pakai balik. but now she has start putting on weight. cumanya, seluar dalam masih ada yg longgar2. hehehe..she loves singing. semalam on the way ke jeram for dinner, dia tertido kejap. kami memang biasa pasang cd dalam kereta, atas permintaan anak2. coincidently, memang itu juga minat kami. semalam pasang cd Dewa19; Republik Cinta. dan dalia, masha allah, dalam tidur pun terus menyanyi! ha ha ha. papa dia kata "kalau macam ni, pasang cd mengaji lagi baik." well, pa...

ziyad pula mula kurus. dah nampak slender. ntah kenapa lately dia kurang selera makan. even his fav food pun cuma a few bites, 2,3 suap. and, dia selalu buat hal. ada je yang boleh membuatkan mama papa dia naik angin. nak kata perubahan 'cuaca' tak jugak..sebab dia dah ada 2 org adik. tak cukup manja? aih...even now still tido sama dgn aku. ntah la. mungkin belum datang selera, lepas demam dan batuk2 seminggu yang lalu. tunggu je lah..kot2 ada perubahan. mungkin dalam kepala mula banyak educative input. jadi minat utk makan dikurangkan. he's learning though..very often asking question regarding educational knowledge. sampai bab mekanikal pun dia tanya mama dia. ni semua sebab suka tgk discovery channel. boy, kot..sebab tu suka mekanikal ni. music? no worries..it runs in our families. dia minat drums. dan drum yang ada di studio papa dia tu, dia dah chop. that's why papa tak pernah bawak dia ke studio kalau ada session. sebab dia akan marah orang yang guna drum dia tu..ha ha ha..

si darling dalili pulak. ya tuhan..ampunnnnn..makin nakal dan makin ngada2. masalahnya pulak, dia makin comel. pantang marah sikit, meraung macam kena rotan. pastuh lap air mata asal boleh je. kat sofa la, kat baju mama la, kat kusyen besar la. asal ada kain. geram betol!! bangun tido satu hal...tak boleh la kalau tak merengek. ntah apa kena ntah. membebel pun kuat ni. tah sapa yang diikut tah. bukan main lagi kalau marah2 kakak dan abang dia. dia yang kacau orang, dia yang menangis tak ingat bila kakak/ abang dia marah/ pukul. btw, anak2 aku yang bertiga ni memang cepat tangan. mencubit je keje nyer. tapi dalili pandai ambik hati. ada je nanti keletah dan kerenah dia yg boleh buat mama papa cair dan tak jadi marah. si dua pusar ni, terlebih manja pulak. geram sangat. ha ha ha..

zahin..masih lagi menjadi favorite. maklum, kecik lagi. dah pandai meniarap dan bergolek2 ke sana sini. suara pun dah makin besar dan tinggi. tapi menangis masih lagi syahdu dan menusuk kalbu. buatkan mama akan cepat2 meluru pada dia, walau tengah masak atau mandi. hehehe.. dah pandai main2 sendiri dan sangat pandai tonton tv esp channel 613. sebab playhouse disney tu warnanya terang2 dan a-een sangat responsive. maklum, baby kan peka dengan warna. kalau dalam kereta, tak nak dibaringkan atas riba. nak duduk, sebab nak tgk pemandangan. boleh nampak biji mata dia tu bergerak dengan penuh curiousity. dah tu, konon2 mcm nak pegunkan setiap objek yg lalu tp tak dapat. lawak tgk ekspresi muka dia. sampai meleleh air liur dia..syok sangat agaknya. a-een..a-een..

apa pun..aku syukur sangat. walau pd aku kelihatan anak2 ni nakal, tapi bila di tengah2 komuniti, atau publik, mereka sangat baik tingkah. kalau nak dibandinglkan dengan anak2 orang lain yang nakal la. alhamdulillah. tanggungjawab aku belum berakhir dengan hanya melahirkan diorang. makin berat bila masing2 dah makin besar. semoga aku tabah selalu.

Erza Dalia, Ziyad Erza, Erza Dalili dan Zahin Erza;

kalau dah pandai membaca nanti, mama dan papa nak anak2 tahu yang walau kami selalu marah dan memukul, tak pernah sekali pun terdetik rasa benci dan menyampah. kami sayang anak2. mama sangat sayang anak2 mama. walau apa pun yang keluar dari mulut mama masa marahkan kalian, itu hanya syaitan semata. waktu marah, memang syaitan je yg berkata-kata. sebab tu jgn bagi ma marah selalu, ya? ma minta maaf kalau ada apa2 tingkah atau perkataan mama yg buat anak2 mama terguris dan terasa hati. sayang antara adik beradik selalu. bila mama dah tak ada, atau bila2 senang dah dewasa dan dah berkeluarga nanti, buka2 lah blog mama ni (kalau ada lagi la). baca luahan hati mama. baca apa yang mama coret ttg setiap tingkah anak2 mama yang mama sayang. moga nanti satu hari, andai berdepan dengan tingkah anak2 kalian pula, kalian tahu apa yang perlu di lakukan. dalam hati mama, hanya ada kalian. kasih sayang mama, sangat tebal untuk kalian.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online