Menantinya, mengujakan. Namun mengenang amalan yg sedikit dan tak seberapanya, mendukacitakan. Kerap terngiang-ngiang dalam hujung sedar, apa mungkin dipertemukan dengan Malam Qadar; sekali lagi. Apa mungkin segala doa, diterima Allahu Rabbi.
Namun sungguh, aku bersyukur kerana dipilihNya untuk sedar akan baik buruk suatu perkara dan tindakan, sebelum tersasar terlalu jauh, sebelum jalan pulang perlu disuluh.
Masih banyak yang perlu digali dan dicari. Masih terlalu banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki. Moga terus diberi keteguhan iman dan ketabahan hati. Moga terus dibimbing dan dikasihi.
Insya Allah.
Insya Allah.