asal aku ada waktu kelapangan, aku akan berblogging. namun setiap hari aku akan jenguk2 blog2 aku. intai2 kot ada komen yg perlu dibalas. kot ada shoutmix yg perlu di baca lalu mengulang singgah mahupun memulang ziarah blogwalker lainnya. macam2 jenis entri, dari kisah hidup di tanah asing, masakan harian, hidup pelajar dan kaki tipu internet, serta berbagai rencah hidup lagi. dan aku akan pasti, menjenguk ke blog keluarga dulu. (adik aku no 4 je pun yg ada blog, org lain takde..:P).
aku kagum dengan dia. pada aku dia sgt beruntung. banyak aspek, banyak sebab. bila baca tulisan2 di blog dia, aku akan jadi rendah diri (walau aku sama tinggi dgn dia). aku jadi mandom tiba2 dan akan mula mengeluh hiba. aku pasti akan sesali diri, kerana tak mampu setidaknya menjadi sebaik dan sehebat dia. malah aku yang paling 'low-ranked' antara adik beradik aku, walau aku anak sulung. (kalau adik aku bc, dia akan cakap, "kakak ni tak abis2 nak rasa rendah diri" aku yakin sgt! :P)
mampu kah aku jadi setabah mak, sehebat ayah? mereka idola aku sampai mati. flaws are human nature. diorang tak bersalah, kiranya aku tidak sehebat mana. salah, semuanya dari diri aku sendiri. orang kata, tak elok menangisi nasib. ianya tidak akan dan tidak mungkin berubah sendiri. dan masa tidak mungkin boleh diputar kembali. setiap kali aku telefon mak, di hujung bicara, aku pasti akan sayu. sebab, mak akan ucapkan 'i love you' pada aku. dan aku akan balas dgn suara tenggelam timbul dek sayu 'i love you too'. kenapa aku sayu? sebab ucapan itu hanya wujud, setelah aku berumah tangga dan bergelar ibu. setelah aku keluar dari rumah yang selama ini memayungi aku. my parents are conventional people. i don't blame them. but to have such a feelings to me is normal. i'm a human being too, right? Ayah pula, aku cuma dengar kata2 indah dia masa aku bergaduh dengan angah, dulu. takkan nak sengaja gaduh dgn angah, baru leh dengar kata2 indah, ye tak?
pada aku, yang masih lagi menguatkan hati dan semangat untuk membiasakan diri dgn situasi yang telah sekian lama terjadi ini, amat payah. kenapa, ye? susah sangat ke aku nak terima situasi dulu dan sekarang sudah berbeza? sudah banyak berevolusi? susah sangat ke aku nak pujuk diri, memberitahu ingatan bahawa mak dan ayah dulu sangat bz, tak ada ruang waktu atau masa senggang, setenang keadaan sekarang ini? untunglah adik2, yang dapat merasa lingkaran kasih sayang, gurau senda, bual bicara dan gelak tawa mak ayah bersama mereka. cherish it, love. or you'll end up heart-aching and mind-hurting, like me.
ye..ye, aku seorang anak, kakak, isteri dan ibu yg penuh emosi!
I support breast feeding!
Friday, July 23, 2010
Wednesday, July 21, 2010
bila Ramadhan hampir menjengah, Aidilfitri pula yang lebih disibukkan...
adat lah tu, kan?
puasa belum pun mula lagi. tapi bab raya bukan main dipentingkan.
cakap.. aku pun sama! :)
bagi para peniaga kuih muih untuk hidangan hari raya, inilah masanya pun untuk mempromosi jualan masing-masing. takut nanti, dah dekat2 nak raya, tak sempat pula nak buat, nak penuhi tempahan pelanggan. jadinya, sebulan sebelum puasa lah waktu yang paling bertepatan untuk mempromosi.
(aku jual juga kuih raya, ya.. makcik di kampung yg buat. perusahaan keluarga. kuih gunting, kuih tiram etc. tp semua jenis yg begini. almond london takde. nak sampel, sila email ye..) <--- mak aku suh promo.. ;)
itu baru kuih raya. belum baju raya dan segala macam benda lain yang berkaitan dengan hari raya.
ya Allah, memikirkannya saja dah boleh buat aku pening kepala dan migraine tahap tiga!!
segala macam plan dah buat. Tuhan je belum bg green light. andai Dia izinkan, lancar lah semua, insya Allah.
perlu diingat, jangan membazir dan jangan over acting.

Subscribe to:
Posts (Atom)