darling dalili sudah mencecah 2 tahun. tak ada apa2 celebration pun. cuma bernyanyi-nyanyian dan disambut dengan tepuk meriah oleh si darling. minggu ini sangat sibuk. rasanya berbelanja utk keperluan raya; kuih, duit raya, baju kasut anak2, mama papa, ditambah pula dengan persiapan sambutan harijadi si kakak, dalia pd 1 syawal ini, hampir cecah rm1000. uhhhh...bila dikira-kira, takut juga tgk figure. papa kata, semua ni memang rezeki anak2 dan mereka juga yang berhak.
ya. satu syawal nanti, harijadi dalia. anak sulung aku akan mencecah usia 5 tahun. memandangkan tarikh itu sangat hampir dgn tarikh lahir darling, kami kongsikan sambutannya. itu membuatkan suasana 1 syawal nanti mungkin yang paling meriah sepanjang berumahtangga ini. rasanya, syawal tahun ini paling indah. dan yang pasti, paling memenatkan. bayangkan persiapan yang perlu dilakukan. dengan anak2 yang berempat ini, segalanya memeningkan. aku syukur sangat, ibu mertua pandai memasak. dan syukur tak terhingga juga, beliau sudi menyumbang tenaga untuk menyediakan juadah nanti. dengan RM300 aku masih rasa kurang pasti samada jumlah itu cukup untuk ibu mertuaku itu. sebagai ibu, dan nenek, pasti dia tak banyak bunyi. sebagai anak menantu, itu tugas kami untuk menilai dari airmuka dan tingkah beliau. terima kasih juga utk adikku eleena, yang menghadiahkan baju raya utk anak2 buahnya (5 orang semuanya, 4 anak aku, 1 anak adik aku)..mak aku, mungkin akan sibuk nanti di rumah aku. tahun ni aku katakan syawal paling indah, kerana semua ahli keluarga akan datang beraya di rumah aku. kedua belah pihak, termasuk keluarga mertuaku. meriah bunyinya, bukan? ya..aku sendiri tidak sabar rasanya untuk bertemu 1 syawal.
oh ya, darling sudah sangat pandai berbicara. pandai sangat mengambil hati mama dan papanya. ada saja tingkah dan laku setiap hari, yang samada meruntun jiwa mahupun mencuit hati. yang terbaru, subuh 3 hari lepas. sewaktu papa menyuruh darling tidur, darling dengan selamba menjawab;
'apa papa ebok...'
terkesima, terkedu dan kelu seketika kami berdua. mak aku pesan, anak2 yang bijak, perlu dipantau perkembangan mereka. perlu perhatian ekstra. dan aku faham maksudnya.
sabtu lepas, kami berbuka puasa di rumah mak. sepanjang hari aku menelefon utk memberitahu kedatangan kami, namun tidak berjawab. sudahnya aku cuma sampaikan pesan pada kak chik. terkilan sedikit, sebab mak ada majlis berbuka puasa dan tadarus pula di pejabatnya. dan kami berbuka tanpa emak. sebenarnya, aku sudah beberapa hari kebelakangan ini, terasa sangat rindu dengan ayah. entah kenapa. kalau bersembang dan bercerita dengan suami, dan terkeluar pula cerita berkaitan ayah, aku jadi sebak tidak semena-mena. dan sabtu lepas, waktu berbuka itu, aku duduk berhadapan dengan ayah. dengan adik2 di keliling. dengan suami di sisi. dan anak2 di meja hadapan, berasingan dari kami. aku tenung ayah. aku perhati ayah. sambil bersembang-sembang tentang pelbagai perkara, mata aku terus memamah wajah ayah. dan rasa sayu itu mencucuk-cucuk hati. ayah sudah di mamah usia. tiga tahun lagi, cecah 60 umurnya. bola matanya sudah ada garis kelabu. emak juga sebenarnya begitu. cuma sebagai anak, kita terasa seakan masih anak-anak dengan mak ayah. masih terasa seperti budak-budak. mahu dimanja dan diberi perhatian selalu. sebagai anak sulung, yang selalu buat hal dan sering terasa dipinggirkan, aku jadi sakit hati sendiri. marah dengan diri sendiri. lepas solat maghrib, ayah dan adik2 bersiap utk ke masjid utk tarawikh, dan aku sekeluarga bersiap utk pulang. Allah maha mengetahui, bagai memberi ruang untuk aku. ayah yang sudah masuk ke dalam kereta, keluar pula. katanya mahu ikut nina sekali, enjin keretanya tak mahu hidup. aku yang bergegas-gegas turun, hanya bertuala dan ber t-shirt, keluar mendapatkan ayah. aku salam dan cium tangan ayah. aku peluk ayah erat2. aku cium pipi ayah. dengan airmata yang berlinang aku katakan pada ayah, "kakak rindu sangat dengan ayah."
sesungguhnya, aku sangat rindu.
dengan mak juga begitu. aku sedih, aku sayu melihat matanya. menyaksi kepenatannya balik kerja. merasa perihnya dia mengurus rumah dan keluarga. kenapa tidak aku terlihat itu semua dulu? ambil mudah, ego dan keras kepala. aku mengaku sikap aku yang buruk ini.
andai waktu boleh diputar semula...
siapalah aku, mengharapkan sedemikian peluang adanya.

No comments:
Post a Comment