Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Saturday, June 16, 2012

Menjelang 27 Rejab; Peristiwa Israk Mikraj.

Apa itu Israk Mikraj?


Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.


Manakala Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.


Apakah peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan istimewa* Nabi Muhammad s.a.w itu? 


Kita hayati bersama:-






*istimewa kerana ianya berlaku hanya dalam satu malam


Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):


Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,


02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,


03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.



Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :


01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.


06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.


07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.


11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.


13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.


Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.


Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.


Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.




Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".


Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:


Allah SWT : Ya Muhammad.


Rasulullah : Labbaika.


Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.


Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.


Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj:


Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.


Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya. 


Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj


Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh 
fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa 
dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang 
diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah 
tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di 
Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya 
terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi 
Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh 
dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama 
surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat 
di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu 
kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum  atau bangsa tertentu, malah 
buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang 
menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk  bernama manusia. 
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu 
Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid 
al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid alHaram hingga ke hari ini.  
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat 
Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia 
ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi 
peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan 
mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga 
tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan 
kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan 
Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang 
muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua 
masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan 
penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia 
terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk 
menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan 
peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam

Wednesday, June 13, 2012

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Dah lama majlis ni berlalu. Sila tatap gambar shj, ya...

















sawang di blog..

heh.. lama sangat rasanya tak update entry. banyak urusan. rumahtangga, anak2 dan sesekali kerja luar.

sehingga hujung tahun, aku ada 6 (termasuk 2 yg masih menunggu confirmation) urusan event & sponsorship yg perlu diberi perhatian. rezeki jgn di tolak. tp kalau aku tak larat, mmg kena tolak juga 1, 2 agaknya. duit bukan segalanya. tp segalanya memerlukan duit. huhu..

till we meet again..insya Allah...

Ramadhan hampir tiba..


Saya dengan rendah hati, memohon teman-teman sekalian untuk sama-sama meringankan beban. Sama-sama kita mengejar peluang menambah harta untuk bekal di SANA kelak. 

Sesungguhnya, dalam kepesatan ekonomi negara kita yang membangun ini, masih ramai lagi yang memerlukan bantuan. Hatta negara maju pun, mereka yang dalam kesusahan tetap akan ada, tetap wujud. Pun begitu, kita bersyukur kerana dalam Malaysia tercinta ini, mereka yang dikata dan dikategorikan susah itu, tidaklah seteruk negara lain. Tidak sampai teruk merempat kerana warga negara ini yang masih ada hati nurani, nilai murni, kasih sayang, hormat menghormati dan toleransi. 

Untuk pengetahuan teman-teman sekalian, satu majlis amal akan diadakan minggu depan, dianjurkan oleh sahabat saya Cik Sya (Tel: 0193800003) untuk mengutip dana bagi sebuah rumah perlindungan di Titiwangsa, yang menyediakan perlindungan bagi ibu tunggal seramai 20 orang (berserta anak) dan lebih 50 orang anak-anak yatim; yang diuruskan oleh seorang wanita berusia. Dana tersebut akan digunakan untuk membeli barangan runcit BUKAN makanan untuk keperluan mereka seharian seperti sabun mandi, sabun basuh, peluntur, ubat gigi, syampu dan sebagainya. 

Bagi anda yang sudi menyumbang, mohon salurkan ke MBB: 158033509728 (sila masukkan email address syarizmo@gmail.com jika menggunakan M2U). 

Walau hanya RM10, besar maknanya pada mereka. 

Rebutlah peluang menambah pahala. Hanya Allah jua yang berhak memberi ganjarannya pada anda sekalian yang menderma. Sesungguhnya tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima. 

Bagi pihak penganjur, saya mengucapkan jutaan terima kasih. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online