Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Saturday, March 27, 2010

senaman mudah?

ada yang baru bersalin?
sekadar nak berkongsi pengalaman.

selalu para ibu akan mengadu, tak ada masa dan kesempatan untuk bersenam. paling best, akan cakap 'alah, sibuk dgn anak, kira bersenam la tu..' hehehehe. aku mengaku, itu pun ayat aku jugak. hahahha!

tapi, lately aku dah bertekad. sejak lepas raya thn lepas, aku asyik diserempakkan dengan para ibu yang baru anak satu, tapi badan dah macam maskot tayar michelin. aku risau. risau dengan kesihatan. risau dengan keadaan. aku dah anak 4, alhamdulillah badan aku tak macam maskot tayar michelin tu, tapi aku ada spare tyre. aku agak tinggi dan keaktifan aku masa sekolah dalam bersukan mungkin juga banyak membantu, dalam menghalang pembentukan lemak2 degil menggunung dalam sistem tumbesaran aku nih. nasib baik!! hahaha..

terus ke subjek utama. senaman mudah. ada ke senaman mudah? ada. libat kan sekali anak anda. kalau ada yang dah besar2, umur 6, 4, 3 mcm anak2 aku ni, leh ajak join sekali. gila pecah perut ketawa dengan gelagat diorang bersenam yang lebih sudu dari kuah. hahahaha. andai anda cuma ada si kecil seorang, di bawah umur 6 bulan, caranya sangat enjoy dan senang.

sila baring terlentang. tiarapkan anak anda atas perut anda. kaki sila rapatkan ke punggung. ready? sedia? hehehehe.. sila cium anak anda, sepuluh kali. mana yang terjangkau la yer, dahi ke, pipi ke. make sure tangan anda pegang belakang baby ye, kang jatuh, satu hal pulak. best kan? TAPI: jgn buat senaman ni bila anda baru lepas makan. dan juga bila baby baru lepas menyusu. nanti dedua muntah. hehehhehehe

kalau anak anda sudah lebih 8 bulan, buat senaman yang sama tapi dudukkan dia atas perut anda. boleh juga buat senaman kaki dan paha, dengan letakkan anak di atas keting, dan.... JANGAN ANGKAT BABY!!!! sila angkat kepala dan badan anda, juga untuk mencium si baby. rapatkan lutut anda ke dada anda dengan perlahan, dan cium baby anda. sepuluh kali, satu sesi. minimum dua sesi satu hari, boleh kan?

untuk lengan yang kelihatan menggeleber? pun boleh buat aktiviti senaman dengan anak.
tp untuk bayi 6 bulan ke atas je ye. duduk tegak, kat tepi katil atau kerusi atau sofa. kaki firm jejak ke lantai ye. selesakan diri. buka sedikit kaki, bagi ruang selesa untuk anak di tengah2. pegang ketiak baby dan angkat ke muka kita untuk dicium. mula2, buat la lima kali dulu. dan tambah sedikit demi sedikit bila dah hebat. hehehehehe. dah selesa duduk, sila berdiri pulak. kemaskan kekuda (bengkokkan sedikit kaki anda, untuk kesan pembakaran lemak di paha), pegang baby cara yang sama. tapi, instead of angkat baby untuk dicium, anda cuma bersembang dan mengagah baby selama sepuluh saat, letak baby. buat lima kali. then, posisi berdiri yang sama, luruskan tangan yang memegang baby tu kehadapan, perlahan-lahan bawa baby muka anda, dan kiss baby anda. ini untuk lengan dan sisi badan.

boleh buat? rasa mudah? ehh? susah? cuba dulu ya. nanti sila komen. all the best!!!

2 comments:

Aini said...

Wah! Sungguh menarik. Thanks for the tips ;).

eraerzarusli said...

sama2, Aini.

thanks for visiting!

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online