Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Monday, December 9, 2013

#PrayForPantaiTimur

Terlibat dalam menguruskan bantuan untuk mangsa banjir di Pantai Timur memberi banyak pengalaman berharga dan kenangan manis. Sungguh aku berbangga. Walau tidak sehebat NGO berpengalaman mengurus dari A sampai Z, dari KL ke Kuantan; aku tetap berbangga. Mendapat sokongan dan curahan sumbangan dari sahabat handai, malah juga menambah kenalan, memanjang silaturrahim, ianya adalah satu pengalaman dan perasaan yang sangat indah. Rakyat Malaysia masih ramai yang prihatin. Sesekali bumi bertuah ini diuji Maha Pencipta, ternyata setiap kali itulah perpaduan utuh terserlah jua. 

Hari ini matahari menampakkan sinar gemilangnya. Berita baik juga diterima bahawa sudah ramai mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing. Menonton Buletin Utama sebentar tadi membuat air mata ku bergenang. Kasihannya mereka yang dilanda musibah. Pasca bah memberi satu lagi ujian; mencuci rumah. Allahu. Semoga mereka  dikurnia kesabaran yang tinggi. 

Gambar-gambar ini antara sumbangan bantuan yang berjaya kami kumpul dan hantar. Jika saja anak-anak aku yang lima ini sudah cukup dewasa, pasti aku turut sama mengharung air bah, menyinsing lengan untuk membantu. Ya. Tuhan juga menguji aku di sini; mahu menurut hati, atau mengguna akal yang diberi. 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang menjadi sukarelawan. Kalian menjadi idola dan ikutan. 
Terima kasih berganda untuk mereka yang memberi sumbangan. Moga Allah jua beri balasan. 











LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online