Ahh.. tulisan ini tidak menjurus atau merujuk secara khusus pada mana-mana lelaki. Sekadar lampiasan umum.
Seorang lelaki pernah memberitahu bahawa jangan suka berkias dengan orang lelaki, tidak akan fahamnya mereka itu dengan maksud tersirat wanita. Dr. Fadzilah Kamsah juga ada memberitahu perkara yang sama. Seorang sahabat sekolah juga pernah memberi 'amaran' serupa, "lain kali jangan berkias-kias dengan kitorang. Cakap direct sahaja".
Aku senyum.
Ternyata ianya benar. Namun, orang lelaki BUKAN tidak faham maksud kiasan orang perempuan. Mereka faham. Cuma mereka MALAS nak layan emosi maka mereka akan buat-buat tidak faham, dengan harapan orang perempuan faham yang bahawasanya mereka itu (kononnya) tidak faham. Ehh..mereka juga berkias di situ, kan?
Pun begitu, perlu diingat, hanya lelaki yang BIJAK sahaja akan bertindak sedemikian; pura-pura tidak faham. Jika anda bertemu dengan lelaki sebegitu, hati-hati dalam bangga. He knows how to manipulate and he too knows how to tolerate. Tetapi, jika anda bertemu dengan lelaki yang sungguh-sungguh tidak faham akan apa yang anda kiaskan walau sedikitpun, sila tarik nafas panjang-panjang, kerana pada aku lelaki itu memang sengal.
Oooppss!