Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, June 17, 2011

Old Timers, they rocks!!

Seriously!

Visited by 2 old timers on this blogosphere zone, I'm flattered. Feels like a spoiled girl by a daddy. Hehehe..

If your hobbies are collecting things, or just simply would like to reminiscing old times when you were younger, go to their blogs SPALLAN and Blues Riders. You'll find yourself floating in awe. Haha!

Thank you for your visit, Uncles!

Thursday, June 16, 2011

Jangan bagi janji kosong. Aku bukan tagih simpati.




Memang bukan tagihan simpati.
Ini realiti.
Dari 30 orang kawan yang aku pohon jasa baik mereka, hanya 1 (satu) yang menyumbang.
Mungkin aku tidak cukup baik untuk mereka hulur sumbangan. Mungkin aku bukan kategori kawan @ rakan mereka, meski sudah berkenalan sedari usia 6 tahun. My bad & my flaws!
Andai mereka beranggapan aku suka meminta-minta, aku redha dan biarkan.
Truly and sincerely, this is not for me, but for the children. Sekolah Tabika Kemas pulak tu.

Sempat ke mengumpul dana sebelum 24 Jun 2011?

note: friends whom I personally asked for donations are those whose considered as 'berkemampuan'.

I don't blame them, honestly. So many things and rising this and that recently. But hey, at least say something. And some more, why 'janji' when you can't fulfill? I'm sorry if this post is offending. I'm a little disappointed.

Allah tak bagi kita mengungkit akan kebaikan yang kita pernah buat pada orang, tetapi mengenang kesalahan dan berusaha seeking forgiveness. Dan aku tahu, aku sedang menerima balasanNya, mungkin sebagai penghapus dosa-dosa kecilku.

Andai ada teman2 blogger yang sudi membantu, mohon email personally kpd aku di akhirnya@hotmail.com atau terus salurkan ke akaun maybank aku: 162843012145. Mohon maklumkan pada aku seandainya sumbangan telah dibuat.

Allah saja membalas jasa baik kalian.

Wednesday, June 15, 2011

susah hati..DIA sedang menguji.

Saat menulis ini, aku sememangnya sedang bersusah hati. Sesungguhnya di dalam hati aku sedang menangis semahu-mahunya. Dan segala macam persoalan dan kesimpulan yang bermula dengan perkataan yang tidak disukai Tuhan (kalau, andai) berlegar-legar dalam kotak fikiran. Maka dengan rendah hatinya, aku kongsikan doa ini. Terima kasih pada http://ecardblog.net yang berbesar hati menyediakan pelbagai jenis doa dalam bentuk yang mudah di 'copy' 'paste' dalam dunia maya ini untuk rujukan kita bersama.

Ya Allah, kumohon, permudahkanlah segalanya.


DOA

Tuesday, June 14, 2011

aduhai Erza Dalia!!


dahi luka.. bleh senyum lagi. mujur tak teruk..



pintu kaca..yang di hentam Dalia.

What a day!

I was actually sedang marah on that particular day. Amarah memuncak around 8pm. TIba2, nak di jadikan cerita, umah blackout plak, sbb ada kabel terbakar nearby. Short circuit kot. So, nak bawak anak2 ke rumah mertua, they were not home. Hubby plak ada function kat Dataran Shah Alam (ini yg buat aku marah sebenarnya..reason, biar aku simpan je la). So, dah bgtau hubby nak keluar, dia suh ke dataran. Sampai dataran, pusing cari parking 2 kali, tak ada. Marah lagi. Tension. Call hubby, bgtau nak pg umah mak je. Mak ayah plak baru balik dr masjid masa tu. Around 9.30pm. Bila Edry (adik bongsu aku) dah bukak pagar, Dalia meluru masuk dan...praaaaanggggggg!!!!

Perasaan? Tuhan aje yg tau. walau pada mulanya aku ingatkan dia kacau opah & atuk dia makan, terlanggar pinggan ke, apa ke.. Rupanya...! Kesian mak ayah aku. Anak diorang yg sorang ni, dah beranak pinak pun still susahkan diorang gak. :( Serius. Itulah perasaan utama aku. Hutang blom bayar lagi.. dah ada kes baru plak. *big sigh*

Bila aku tgk ada darah mengalir kat kepala dalia, baru aku sedar dr tergamam. Mula menggigil. Aku tak mahu peristiwa dia demam panas terbeliak mata dulu berulang. Situasi sedemikian hanya membuat aku hilang arah.
Dalam gigil2 panik aku call hubby. Bgtau apa yg terjadi. Oh yeah.. as expected. I handled everything, on my own. Sila bangga dengan aku. Aku pun bangga dengan diri sendiri. Ahh!

Dalia dah ok, Alhamdulillah. I cried watching her asleep that night. She reminded me of myself. Hopefully, she won't inherit the bad side of mine.

Zahin Erza is two! Errr.. lambat 3 hari.. hehehe


The day he was born, June 11, 2009. Weighed 2.9kg.



4 months later.



at 6 months



20 months



with his other siblings, April 4,2011


Mama sayang A-een. Mama sayang semua anak mama!!!

Monday, June 13, 2011

Sedikit lebih perhatian...Tidakkah aku berhak?

Surirumah sepenuh masa bukan bermaksud tidur baring makan minum terbongkang, juga sepenuh masa. Dengan 4 orang anak kecil, laundry 2 trip paling kurang, memasak 3 kali sehari minimum, basuh berak, mandikan anak, menyusukan, buat susu, buat air, layan suami, hantar dan ambil anak ke dan dari sekolah 4 kali sehari; rasanya aku berhak di beri perhatian lebih sedikit, walau tidak diberi gaji membukit. Memang balasannya nanti (insya Allah) Syurga, namun itupun kalau aku tidak merungut, mengungkit dan yang sewaktu dengannya, kan? Now, since I've blurted it out here, does this consider as whining? Terpulang. Dia Maha Mengetahui. Aku yakin, Dia juga mengetahui apa yang terpendam dan terbuku di hati. Dia yang nampak setiap langkah aku lalui, setiap bongkok, setiap tunduk, setiap cangkung, setiap gerak geri hambaNya yang satu ini. HambaNya yang lemah. Yang berkeadaan 'mudah dipengaruhi' dengan bisikan durjana syaitan yang direjam.

Lately aku berada dalam keadaan marah. Marah kerana tidak difahami. Marah kerana dibelakangi. Hanya aku yang mengerti situasi sendiri. Hanya Dia yang memahami.

Thursday, June 9, 2011

Red Velvet Cake, Carrot Cake & Choc Oreo Cheesecake sahaja


Choc Oreo Cheesecake. Aku prefer cupcake, kemas sket. hehehehe.




Carrot Cake with cream cheese frosting and walnut.



Red Velvet Cake, with cream cheese frosting, dessicated coconut & white chocolate sprinkles on top and sides. Ni yang aku buat untuk hantaran adik aku bertunang, 15 Mei aritu.


Untuk kawan2 sekitar rumah aku ni (kapar, meru, puncak alam), aku tak buat banyak kek untuk jualan, yer. Cuma yang tiga tersebut di atas saja. dan design atau deco, tidak fancy2. Simple sahaja. Kalau nak kek atau cupcake utk harijadi anak yang simple dgn choc ganache atau edible image saja, insya Allah aku boleh buat. Kalau nak deco macam2, itu ini begitu begini, aku angkat tangan surrender awal2. Kalau yang more fully decorated, fancy looking cakes yang anda mahukan, sila berhubung terus dengan sifu aku, Pn Suzy. Nanti aku bg no contact nya.

Important note: yang simple, aku buat. Yang susah, aku suh sifu aku buat. hehehehhehehehe




Durian cheesecake, aku buat sempena birthday Ayah aku ke 59, 8 Jun 2011. Itu tangan ayah aku, yer.. hehehe.


cinnamon roll, buat suka suki.

aritu buat mexican bun (rotiboy) tp tak sempat ambik gambornye.. abih.. :)

Orang kata...

.
Orang kata, ibu mengandung tak baik duduk di muka pintu,
nanti anak susah nak keluar.
Orang kata, anak dara tak elok menyanyi-nyanyi di dapur,
nanti dapat suami tua.
Orang kata, maghrib jangan main-main di luar,
nanti kena sorok hantu tetek. (Hahaha!)
Orang kata, jangan makan bontot ayam (tongkeng)
nanti mulut tak reti diam, bercakap jek keje nye.
Orang kata, leher ayam pun tak boleh makan,
nanti kepala teleng (senget).

Orang kata lagi..
Ehhhh!!
Macam-macam lah orang kata...
dah tentu lah orang yang berkata-kata, kan?
Takkan kucing ke, burung ke, kerusi ke, pintu ke pulak, kan?


Terpulang pada individu untuk menilai.
Hakikatnya, setiap dari apa yang diperkata itu adalah merupakan satu peringatan.
Orang kita ni kan degil. Kalau bercakap lemah lembut, susah nak ikut. Kena ada sedikit unsur ugut.
Betul? Sila angkat kening.. hehehe.

Tapi ada satu kata-kata orang yang aku suka.

...kalau ada burung buat sarang di rumah,
itu tandanya murah rezeki...
Mak pun pernah pesan begitu. Ye ke? Ye la kot, kan?
(bab yang baik2, sure suka, kan..?kan?)
Kenapa agaknya aku suka, ya?



Sebab si kelicap ini sedang sibuk menyepahkan rumah aku dengan segala macam daun-daun kering, untuk membuat sarang. Bagus si hensem ni. Rasanya dah tiba musim mengawan kot. Sebab si jantan sibuk buat sarang untuk memikat si betina. Selalunya, mereka berdua riuh berkicau di untaian lampu lip-lap rumah aku ni. Sejak seminggu lepas, aku tengok ada 'si ketiga' turut serta memeriah suasana. Hmmm.. persaingan sihat, nampaknya? ;)

Berapa lama lah agaknya nak menyiapkan sarang ye? Tak sabar pulak menunggu.
Macam manalah rupanya nanti, sarang itu.

Tuesday, June 7, 2011

Daddy's out there, beware. All eyes on you..


picture credits of Mr. Google



My beloved husband, with our 4 beautiful children.

Why is the topic related to Daddy? Well, isn't it obvious? We are celebrating Father's day this coming June 19th, aren't we? ;)

Saw a tweet on twitter a few days ago, someone freaked-out when he, lately, frequently saw daddy's with kids, and no mom's. He tweeted this:

Kenapa ayah/bapa yang sering bersama anak-anak apabila keluar, mana maknya? Aneh+cuak.
..and I answered:

mak kat rumah, masak. atau juga tunggu dlm kereta, tgh susukan baby & or jaga anak2 lain yg lebih kecik. atau juga tak sihat dll.

Hehe..Sounded harsh? No, right? It was more like, firm expression. Or should I say, firm stand? Whatever! I said what's true and what's normal.

Why do I have to stressed out about this? Not that I am bias or prejudice or feminism etc, ok.. I would like to just deliver my point of view. And to those beautiful women, moms, ladies and girls out there who's agree, do drop some comments.

I must admit, no matter how much I love my husband, a view of a guy (a dad) attending their children or kids, without appearance of a woman (the mother, of course!), is a pleasantly beautiful sight. That is the kind of guy who can be trusted. Especially, when that guy is ehem..a good looking one. Well, our husband is the most handsome guy in our live but hey, sometimes God is testing you, you know! ;) Honestly, I do feel a little shaky, un-safe when I spotted many pairs of eyes watching my husband attending my children in a shopping mall, food court, restaurants or even at the park. Honey, girls love a loving man, right? And isn't attending a child is a sign of loving? So, I shouldn't warn the dads, right? The warning should goes out to the moms.

Ok Moms!!! Beware!!!

Moms and Dads out there, love each other right and you'll be blessed and showered with love by God, all of your life. May each and everyone of you mom and dad out there lives in happiness always! Marriage is tough. But every tough moment, has a hidden treasure/ reward behind it!

I'm proud being a mom and married to the most un-explainable strict, funny, blur, intelligent, understanding and straight-forward guy in the world!

Monday, June 6, 2011

Astro First & Filem Seram

Astro First! Nikmat bagi yang punya anak ramai dan menonton wayang di pawagam adalah satu pembaziran yang mana RM60 (tiket sahaja) adalah lebih baik beli lampin pakai buang dan susu anak, seperti aku! Lagipun, Astro First menjanjikan keselesaan di rumah sendiri. Nak tidur baring, terlentang, meniarap, duduk, berdiri, sukahati! Dua hari beb, tengok sampai muntah, RM15 sahaja. Tak best ke? ;)

Aku dah tonton Khurafat, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Ngangkung, Hikayat Merong Mahawangsa, Seru, Senjakala dan yang terbaru; Kongsi.

Kesemua di atas aku bagi 3 1/2 bintang, kecuali Seru; 1 bintang je. Sumpah tak faham, dan terasa macam bodoh je menontonnya. Kesian aku. Tu la.. suka sangat nak tengok cerita seram, konon. Tak boleh lawan cerita 80an lah. Nak pergi toilet pun takut!!

Teringin nak tengok cerita tamil pulak lah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online