Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!
Showing posts with label Dalia. Show all posts
Showing posts with label Dalia. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

aduhai Erza Dalia!!


dahi luka.. bleh senyum lagi. mujur tak teruk..



pintu kaca..yang di hentam Dalia.

What a day!

I was actually sedang marah on that particular day. Amarah memuncak around 8pm. TIba2, nak di jadikan cerita, umah blackout plak, sbb ada kabel terbakar nearby. Short circuit kot. So, nak bawak anak2 ke rumah mertua, they were not home. Hubby plak ada function kat Dataran Shah Alam (ini yg buat aku marah sebenarnya..reason, biar aku simpan je la). So, dah bgtau hubby nak keluar, dia suh ke dataran. Sampai dataran, pusing cari parking 2 kali, tak ada. Marah lagi. Tension. Call hubby, bgtau nak pg umah mak je. Mak ayah plak baru balik dr masjid masa tu. Around 9.30pm. Bila Edry (adik bongsu aku) dah bukak pagar, Dalia meluru masuk dan...praaaaanggggggg!!!!

Perasaan? Tuhan aje yg tau. walau pada mulanya aku ingatkan dia kacau opah & atuk dia makan, terlanggar pinggan ke, apa ke.. Rupanya...! Kesian mak ayah aku. Anak diorang yg sorang ni, dah beranak pinak pun still susahkan diorang gak. :( Serius. Itulah perasaan utama aku. Hutang blom bayar lagi.. dah ada kes baru plak. *big sigh*

Bila aku tgk ada darah mengalir kat kepala dalia, baru aku sedar dr tergamam. Mula menggigil. Aku tak mahu peristiwa dia demam panas terbeliak mata dulu berulang. Situasi sedemikian hanya membuat aku hilang arah.
Dalam gigil2 panik aku call hubby. Bgtau apa yg terjadi. Oh yeah.. as expected. I handled everything, on my own. Sila bangga dengan aku. Aku pun bangga dengan diri sendiri. Ahh!

Dalia dah ok, Alhamdulillah. I cried watching her asleep that night. She reminded me of myself. Hopefully, she won't inherit the bad side of mine.

Friday, May 20, 2011

..dan mata pun berat menahan limpahan airnya..


Sewaktu sedang sibuk² google tentang headband cantik dan murah untuk anak² dara ni, aku dikejutkan dengan satu soalan dari Dalia.

Anak sulung aku yang menginjak usia 7 tahun ni, mendekati aku dengan wajah penuh persoalan namun tenang.

'Ma, nanti kalau hari kiamat, bumi bergegar kan? Lepas tu kita semua mati, kan? Nanti kakak tak kenal mama, kan? Dah lepas tu nanti, kita boleh jumpa balik tak?'

Aduh! Beratnya soalan itu. Perlahan aku menarik nafas, dalam usaha merangka-rangka ayat agar jawapan aku nanti memuaskan hatinya. Lama juga aku tumakninah. Sehingga membuahkan tandatanya di wajahnya. Sesungguhnya, tidak pernah terlintas di benakku persoalan sedemikian akan dibangkitkan oleh anak semuda itu.

' Kalau mama tak tinggal solat, jadi orang yang baik, jaga anak2 mama dengan baik, dan kakakpun jadi anak yang baik, mendengar kata, Insya Allah kita boleh jumpa.'
Dalia seakan faham. Dia berlalu dan duduk sebentar di sofa, sebelum datang kembali pada aku, memberitahu yang dia mahu masuk tidur.

Selang dua minit, aku terdengar esakan dari dalam bilik. Aku tahu anak dara aku yang satu itu sensitif dan mudah terganggu emosi. (macam aku juga!) Seketika kemudian dia keluar dengan linangan airmata dan mata yang membengkak, lalu memeluk aku. Dalam berat menahan emosi, aku tanyakan padanya, 'Kenapa kakak menangis? Kakak takut kita tak jumpa nanti ya?' Dan saat ini aku sudah mulai sebak. Dia mengangguk. Pelukan makin erat dan mulutnya melafazkan, 'kakak sayang mama..' sambil airmata jatuh makin laju.

Untuk menenangkan hatinya, aku bersuara seraya memujuk hati kami berdua...

'Allah Maha Penyayang. Dia tak pernah bencikan kita. Dia dah janji, setiap umat Islam, pasti masuk syurga. Selagi kita ikut suruhan Dia, kita mesti dapat masuk syurga. Kalau kita masuk syurga, mesti kita dapat jumpa, kan? Nanti Allah sediakan rumah besar untuk kita semua.'

..dan saat ini, mata aku sudah tidak mampu lagi membendung airnya... empangan pecah juga.

Erza Dalia sayang.
Sesungguhnya syurga dan neraka itu hakNya. Mama tidak mampu untuk berkata yang indah-indah untuk sekadar menyedapkan hati kita. Mama hanya mampu untuk membuat Kakak yakin akan kewujudan Allah yang Esa. Mama juga masih banyak khilaf dan silapnya. Masih banyak yang perlu mama pelajari dan ketahui, agar dapat mama turunkan ilmu kepada anak-anak nanti. Masih jauh langkah yang perlu mama selusuri, agar anak-anak dapat meniti dan melaluinya dewasa nanti, setidaknya kurang onak dan duri. Setiap nafas kita hembus, setiap kerlipan mata kita, setiap degupan jantung kita, adalah hakNya. Berdoalah sayang, agar hati kita tetap padaNya. Mama takkan mampu mengharungi semua dugaanNya dalam membesar dan mendidik Kakak dan adik-adik, tanpa bantuan dan pengertian dari anak-anak mama. Bantu mama, dengan menjadi anak yang soleh dan solehah, agar dapat kita berjumpa, bersatu semula sebagai sebuah keluarga bahagia, di Syurga sana dengan izinNya!


Tuesday, April 7, 2009

last weekend..

..was fun..sort of..

papa turned 33.

on friday night we went to SACC Mall, saje jalan2. aku ambik kesempatan pg cari bday card utk papa. last minute beb.. while i was browsing through so many cards, darling was with me, greeting everyone she saw with a big grin on her face. funny and cute. dalia and ziyad? with papa, looking for cheap cd's on sale nearby the memory lane store.





then we went to secret recipe. i thought of buying us a simple dinner (my savings were limited, though). with a bowl of a noodle, a plate of spaghetti bolognaise (shared between my dalia and ziyad), a plate of garden salad, a saucer of spring roll, 2 glasses of watermelon juice, and 2 plain water. last but not least, a slice of cake with a single candle on it. it was simple, but meaningful. though i didn't use all my savings (which was only 100, coz papa belanja separuh) it was a fun night. we decided to celebrate a little earlier for that night papa nak tido awal. he had plans for the next day, perhaps.

on saturday, the big day, we woke up early. i made special breakfast for papa. also got biscotti which i ordered few days earlier (and hid inside my almari pinggan mangkuk). well, unfortunately papa tak gemar sangat biscotti ni. luckily my kids love it. go to this site, you'll know how it looks like. dah siap mandi, kami keluar. at first papa tak cakap pun nak pegi mana. thought of heading to KL but the traffic made us change direction. we headed south. melalui KLIA, tgk hiruk pikuk kemeriahan F1, polis trafik merata sana sini. lalu belakang kompleks bunga raya, dapat tgk satu, dua bijik aeroplane nak landing, then menghala ke LCCT. cuci2 mata then terus ke simpang empat enstek. well, ke PD la tu..mana lagi. since we had quite heavy breakfast, we didn't stop for lunch. tgk air laut, jalan2 je.


around 4pm baru terasa lapar. but hell, we stopped banyak kali juga sebab dalia kejap2 kata nak berak, tapi tak berak. yad lak pantang kata nak gi toilet, mesti nak kencing..haru sungguh. then, we headed to Teluk Kemang. bukan nak tgk pantai ya..but we stop kat satu bus stop, to quench our thirst dengan fresh sugarcane juice. ooohhhh...sedap. layan nasi lemak, tauhu sumbat dan karipap. memang sedap...simple, murah dan sedap.

dalam perjalanan balik, subhanallah hujan lebat melanda. i said, i couldn't drive in heavy rain like that, even with my glasses. memang tak nampak!! kalau aku, sure dah cari port berenti, lepak sampai hujan reda. sib baik papa nampak. baru upgrade cermin mata la kata..risau juga. but then we stopped kejap. kat mana ntah, lupa lak nama hentiannya tu. we arrived home around 8pm. mandi, maghrib dan makan ringan2. around 9.30pm, anak2 dah lena. hehehe...

the next day, Sunday April 5.

bangun pagi, had breakfast at KFC. ha ha ha...

lepas zohor we headed to kl. as usual, papa won't stick around at home long. kids pun sama. selagi papa ada kat rumah, macam ada yang tak kena. terkinja-kinja sana sini.

straight to Pavilion. papa teringin nak makan teppanyaki. on the way, kids were asleep. so, kiranya bila sampai je Pavillion, depa dah fully recharged la. memang hyper. but we didn't go straight to teppanyaki. pusing2, jalan2, tgk F1 promo, tgk PDI models on a runaway etc. tak lupa juga, gi toilet..hehehe..sementara tunggu kakak, abg yad dan papa kat toilet, darling dgn mama main kejar2. of course mama takleh lelarian sangat. tapi, apa lah sangat larian darling nak compare dgn langkah mamanya, kan...dah penat kononnya, darling spot a chair and terus ajak nak duduk. since she was so cute and happy and beautiful that day, i managed to snap this:-


isn't she a beauty?



sesi berlarian selepas keluar toilet


dah puas cuci mata kat Pavillion, we headed to Putrajaya. kitorang memang suka ke Putrajaya. besides, my kids loves to jog. we went to this place called Pullmann. sumpah tak tahu apa kejadahnya tempat tu..hotel ke, apa ke. but behind it, ada swimming pool, open to public kot. ada tasik, leh boating etc. rasanya tempat sukan air la...sebab ada podium. cantik. tak ramai yang tahu lagi tempat ni, rasanya. except surely for Putrajayans...








overall, seeing and watching my loved ones happy, i'm happy too....

Happy Birthday, dear!! I love you.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online