Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Thursday, March 31, 2011

Tolong bagi signal, tolong 'ON' lampu...

Benci betul!

Tak reti bahasa, agaknya.

Susah sangat ke nak bagi signal kalau nak masuk simpang? Berat sangat ke nak ON lampu kalau memandu waktu malam?

Lesen terbang, ekk???

Menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang mencabar sekiranya anda adalah seorang 'gangster'..

Hahahaha..!

Tajuk. Tak boleh tahan!

Aku bukan gangster sangat pun. Tapi jenis yang tak berapa suka budak-budak. Sebab tu agaknya Tuhan kurniakan aku anak banyak. :p

Ya. Susah dan mencabar sebenarnya nak tahan sabar dengan kerenah budak-budak. Macam-macam hal nak kena hadap. Mujur aku ni anak sulung dari 5 beradik. Sedikit sebanyak, menjadi kakak itu membantu dalam 'sistem pentadbiran' aku dengan anak-anak.

Dan Selasa lepas, apa yang pernah aku lakukan untuk adik-adik aku dulu; sewaktu mereka 'ditimpa' masalah dengan kawan-kawan sekolah, aku laksanakan (secara berhemah dan penuh kesabaran) terhadap kes anak dara aku yang 7 tahun itu pula.

Cuba bayangkan, perasaan aku bila anak balik sekolah mengadu yang dia dipukul dan di baling batu oleh budak lelaki sekelas, anak cikgu moral pula tu?!

Mujur Dalia beritahu sewaktu di dalam kereta yg baru bergerak mahu meninggalkan sekolah. Apa lagi, aku buat pusingan 'U', bila Dalia beritahu yang budak lelaki tersebut masih ada di sekolah. Aku tunggu kelibatnya. Tatkala kelihatan budak lelaki tersebut sedang bergurau mesra dengan ayahnya, aku angkut semua anak-anak masuk dan berhadapan dengan budak tersebut, disaksikan ayahnya, Guru Penyelia Petang, dan 3 lagi guru yang kesemuanya lelaki.

**kepala lutut, tangan dan hati aku bergegar, berdebar, menahan marah. Menggigil-gigil mengawal sabar**

Aku bagi salam pada guru Moral merangkap ayah budak lelaki tersebut.

'Cikgu, ini Za**f anak cikgu, ke?'
'Ya, saya. Ini anak saya. Kenapa Puan?'
'Saya nak tanya sikit kat anak cikgu, boleh, ya. Anak saya cakap, anak cikgu pukul dan baling batu pada dia. Betul ke?' Sambil memandang ke arah budak lelaki tersebut.

Tangannya kejap dan erat memegang bahu ayahnya. Takut, malu dan marah tergambar jelas pada wajahnya. Dalam hati aku, 'padan muka kau.. kau buat anak aku ya..' hahaha! Jahat, kan?

'Ha..makcik tu tanya, jawab lah!' Keras suara cikgu tersebut. Menunjukkan ketegasan. Maklum aje la, guru Moral, merangkap guru disiplin.
'Jawab la. Makcik tanya ni. Kenapa pukul Dalia, baling batu pada Dalia? Dia ada buat salah pada Za**f ke?' Aku tanya, lagi.
Ayah dia mencelah pula, '..cakap! Ada ke tidak baling batu pada dia?' 'Ada..' sayup2 suara budak tu menjawab. Namun cukup jelas untuk didengari oleh aku, anak2, penyelia petang dan cikgu tersebut. Aku menarik nafas lega. Lega? Kenapa? Kerana anak aku bercakap benar. Dia bukan mereka-reka cerita. Kerana tindakan aku mempertahankan anak aku, berbaloi. Dalam hati aku senyum kepuasan.

Aksi seterusnya? Budak tu di 'sekolah' kan oleh ayah dia. Disuruh minta maaf (he did, reluctantly) pada Dalia dan aku. Dan kami pun berlalu ke kereta, mahu pulang.

*waktu ni, anak lelaki aku, Ziyad, hanya bersinglet putih dan berseluar panjang. Macam gengster! Haihh..!*

Aku senyum puas. Puas sebab dapat defend anak aku. Puas sebab berjaya kawal kemarahan aku. Puas sebab tak membabi buta menyerang melulu.

Aku cerita pada suami, melalui telefon. Dan ayat penutup cerita aku pada dia (suami aku): 'tu laa.. salah orang mau tunjuk samseng daaaa!' hehehehehe.

nota: aku bukan samseng. kalau dulu aku mungkin akan serang tak kira tempat. sekarang, aku fikir logik, dan susun strategi. hehehe. sila jangan ikut perangai aku ni ya. pupuk sabar lebih banyak dalam diri anda!!

Saturday, March 26, 2011

Halal..

Topik ni, kalau nak dikupas, memang sepanjang hari takkan tamat. Satu perkataan, membawa kepada banyak penjelasan.

Halal bukan berkisar hanya kepada makanan/ minuman yang 'pork-free' sahaja. Halal merangkumi kebersihan sumber makanan itu, termasuk juga cara penyediaan dan tempat pemprosesan makanan tersebut.

Halal, dalam kehidupan, bermaksud perhubungan dan pergaulan seharian dengan mereka yang telah dihalalkan untuk kita. Kehidupan yang diselimut curahan rezeki yang halal untuk tumbesaran dan perkembangan jasmani dan rohani seisi keluarga. Kehidupan yang dinaungi oleh mahligai; walau kecil, yang bersih dan sejuk mata memandang.

Sesungguhnya, usaha ke arah hidup yang halal itu, berat dan payah jika disulami dengan sejuta alasan.

Sesungguhnya juga, aku masih terkedek-kedek menuju ke arah itu!

Thursday, March 24, 2011

Penyakit berjangkit yang amat diperlukan dunia!

Penyakit berjangkit yang satu ini, memang bahaya.

Tapi dalam bahayanya tu, ianya amat diperlukan oleh semua manusia sejagat, seluruh dunia.

Penyakit ini walaupun boleh mengundang bencana, ia juga penawar paling mujarab untuk jiwa.

Penyakit berbahaya yang dimaksudkan ialah:-

SENYUM.

Konon macho la?

Orang, kalau bawak kereta mewah tu, macho ke? Ayah aku macho la.. hahahaha.

But seriously, pada aku, orang yang berlagak bawak kereta mewah ni, orang yang JAKUN. Orang utara kata 'perak' (peghak).

Apa nak berlagak? Orang kata (ye la...mesti la orang yang kata, takkan monyet pulak, kan?) 'lagi besar periuk, lagi banyak la keraknya' kan? Eh..! Macam Karam Singh pulak..

Lagi satu, perangai di jalan raya. Huh..nak mendesuppppp je. Tapi, bab2 mendesup ni, bukan yang pakai kereta mewah je yang pandai nak mendesup. Yang bawak kancil pun sama!!! Tak padan kecik. Kang terhimpit kang, satu hal pulak..

Kereta, keperluan untuk di pandu. Memudahkan kita nak ke tempat tuju. Bukan alat untuk kita buat tak tentu, melulu!

Friday, March 18, 2011

takde tempat lain ke?

Rabu lepas ke PD. Avillion Admiral Cove. Hanya untuk satu malam. Cukuplah kot, untuk melepas 'rindu' anak-anak untuk ke hotel dan mandi pool. Hotel ni memang favourite kami kalau bertandang ke PD. My mom suka ke Selesa Beach Resort. Memang selesa but quite expensive bagi kami yang anak ramai ni. Hehehe.

Port Dickson memang tempat favourite my hubby. Dia sanggup 'lari' ke PD semata-mata nak lepas gian makan laksa bus stop. Dan waktu malam, memang kami akan makan2 di pekan PD, tapak gerai berdepan Kastam. Sodapppp!! Tak dapek nak kobar an macam mano perasaan eh!


lautan manusia menjamu selera. :D



pemandangan dari bilik kami di tingkat 3. cantik kan kapal yang berlabuh tu? ;)





sekitar lobby. desas desus terbukti benar, customer service quite bad.


nak tau lagi? nak tgk bilik? sila klik SINI dan SINI. Nak buat tempahan, klik SINI.

Saya nak iniiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!



Wow... ini kesewelan baru aku. So, nak kumpul2 fulus, mau beli!!

Sila semak harga dan cuci2 mata anda di SINI!!

main masak-masak..




Aritu gatal tekak nak makan ciskek. Merata cari resepi yang senang. Sudahnya, tensen tak jumpa, main agak2 je, mixed and match bahan2 & campak2 ingredients. hahahaha... Hasilnya, tidak la secantik gambar di atas, tapi lepas la mengidam tekak ni. kehkehkeh.. Gambar atas ni dia pakai cookie base. Aku punya, takde base. Pun tak pakai method bain marie. Main bakor jek.. My cake, turned out soft and cheesy. Kaler sama mcm gambor tu. Nak resipi? aishhh... segan plak..




Isnin lepas pulak, gatal nak buat crepe. Buat untuk sarapan. Dapat la 10 keping. Dalamnya buh tuna + mayones + black pepper. Esok cadang nak buat lagi, buh chicken mayo + white pepper plak.

eemmmm... yummy!

Hikayat Merong Mahawangsa




Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Sana sini review hebat kedangaran tentang filem ni. Sebagi kipas-susah-mati KRU, hati aku memang gila meronta-ronta nak tengok. Hubby faham, cumanya anak-anak perlu lebih di beri perhatian. Isk..isk..



Bila la nak dapat tonton nih. Nampak gayanya, memang kena tunggu je lah. Bak kata hubby, 'sok keluar kat astro first, ma tengok lah..'

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Jom.. goreng ayam..!



Ayam goreng! Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa! Ipin punya kegemaran ni, kan?

Soalan cepumas; pandai ke menggoreng ayam?

*Aku sedang mengangkat-ngangkat kening, mengajukan soalan tersebut*

Seingat aku lah, sepanjang proses tumbesaran di alam remaja (selain proses membesarkan badan), aku tidak pernah belajar memasak. Tak pernah juga mak aku panggil aku ke dapur untuk belajar memasak. Jangan terperanjat bila aku katakan aku pernah menggoreng sotong untuk suami tanpa membuang dakwatnya! hahahahahahahaha! Sangat bodoh rasanya. Sungguh jahil. kehkehkeh.. Kalau cerita balik dengan suami, gelak mesti sampai terkentut-kentut. hahahahahhaha..

Mak aku tak pernah ajar memasak secara formal. Aku tengok je dia campak apa, masak apa, buh banyak mana etc. Tapi ayah aku suka ajar aku masak. Why? Sebab dia akan bgtau apa ramuan, berapa sukatan, kenapa digunakan bahan tersebut dan macam2 lagi bila dia memasak dan aku tengok. Err..ayah paling hebat menggoreng mee basah, masak lala (kepah ke, kupang..ntah) dan rendang kerang. Dan aku nampaknya cepat tangkap dan mahir dalam menggoreng mee, hinggakan kalau ada tetamu datang berkunjung, mak akan suruh aku yang goreng mee atau bihun. Rendang? Hanya masuk tahun ke-2 kahwin, baru aku cuba memasaknya dan rasanya sangat sedappppppp! Mungkin masa kecik mak bedung betul-betul tangan aku, agaknya. hahaha!

Balik kepada cerita utama.

Kenapalah aku nak cerita pasal menggoreng ayam ekk? Bukannya susah sangat pun, kan? Garam kunyitkan je, dah tu goreng dalam minyak banyak. Settle! Kalau nak lai n sikit, tambah lah serbuk kari sikit, tumbuk jintan manis, gaul rata, goreng. Atau bubuh campuran tepung kastad dan tepung gandum. Ehh... macam2 lah cara menggaul dan menggorengnya.

Cumanya, macam mana nak pastikan ayam yang di goreng tu benar-benar sudah masak? Even kat kedai makan pun aku pernah 'disajikan' ayam goreng yang rangup di luar tapi masih berdarah di dalam. OMG! ewwww! hahahaha...

Mak aku pesan, nak goreng ayam minyak biar penuh, api biar sederhana dan betul-betul panas. Dah masukkan ayam, balik-balikkan utk pastikan semua bahagian masak. Nak tahu macam mana belah dalamnya masak? Kalau aku, aku cuma agak2 timing dan rupanya. Juga bila darah ayam yang keluar bila kita menggoreng tu, kering dek minyak panas tu, aku tau la dah boleh angkat, dah siap masak. Setakat ni, itulah guide aku. Nak pendapat pro? Kena tanya para pakar di alam masakan.

p/s: entri ni khas untuk adik2 yang baru nak belajar masak. hehehehe...

Kepada para usahawan di luar sana...

Anda teringin nak buat website ekslusif seperti contoh di bawah ini?


http://www.pnbdarbypark.com/ (Full Flash Website) – Hotel, F&B
http://www.firstcup-cafe.com/ (Static with Flash Elements Website) – F&B
http://www.gfeatures.tv/ (Video Production Company)
http://www.julie-woon.com/ (Model / Artist Website & Blog)
http://www.ushine.com.my/ (Static with Flash Elements Website) – Health Products

Sila berhubung dengan saya melalui email (eraneerusli@yahoo.com).

Tuesday, March 15, 2011

I'm saving up, for this..(short term, of course)



Not far away from here, actually. Just in Port Dickson. The Legend International Water Homes. It's all depending on my Streamyx/ UniFi biz.

My 8th anniversary is in May 31st, and I thought this would be a great gift for the occasion.

Wish me luck!

psst: kawan2 blogger yang nak apply streamyx atau UniFi, just drop me an email, ok?

Saturday, March 12, 2011

pssttt! gemuk laaa...

ehem..ehem..

entri santai.

ada orang kata aku gemuk.

aku tak nafikan tapi masalahnya yang kata aku gemuk tu pun gemuk. hahahaha!

malas nak buang masa berbalas-balas kata dengan dia, sebab aku yakin dia akan kalah dengan hujah2 aku.

hujah apa nak pakai?

  • aku dah kawen 8 tahun (dia dah kawen 10 tahun)
  • aku ada anak 4 (dia lom ada anak)
  • aku mmg badan besar dari kecik (dia dulu kurus kerempeng)
  • aku pernah turun 15kg dgn mate5 (dia dok nambah2 berat dah tu kutuk2 plak aku amik mate5)
so, perlu ke aku lawan? tak payah kotttt.... hahaha


biarkan saja si luncai terjun dengan labu-labunya.. (itupun kalau luncai dah slim sket, bleh la para labu sekalian menampung..hahahahahhahaha)

Tsunami oh Tsunami


Apa maksud tsunami?

Dalam bahasa Jepun, Tsu bermaksud pelabuhan dan Nami bermaksud ombak (kamus jepun-bahasa melayu, koleksi peribadi aku)

Mengikut Kamus Dewan edisi ke-4, ianya membawa maksud 'ombak laut yg besar dan ganas yg disebabkan oleh gempa bumi atau letupan gunung berapi di bawah laut dsb, biasanya sering menyebabkan kemusnahan teruk kpd harta benda, nyawa dsb'.

Merujuk kepada Answers.com pula, definisinya ialah a huge ocean wave that can travel at speeds up to 600 mi/hr (965 km/hr), hundreds of miles over open sea before it hits land. Sometimes incorrectly called a tidal wave, a tsunami is usually caused by an earthquake, volcanic eruption or coastal landslide.

**Read more: http://www.answers.com/topic/tsunami#ixzz1GNf0MKBs

(Perhatikan gaya penerangan maksud kedua-dua sumber pengetahuan di hujung jari ini. Berbeza!)

**********************************************************************************************

Mendengar berita Jepun di landa gempa bumi kuat berskala 8.9 pada skala Richter dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter seolah-olah menayangkan 'playback' peristiwa serupa yang melanda Asia Tenggara pada 2004. Perasaan sayu secara otomatik meruntun jiwa. Kasihan. Apalagi bila nyawa melayang dan diragut dek bencana alam, adalah dari insan-insan kecil; bayi dan kanak-kanak. Menonton berita terkini dengan paparan 'live' nya mencemaskan. Moga mereka ini di beri ketabahan. Semoga negara kita yang aman damai ini dijauhi musibah dan malapetaka sedemikian rupa.


Thailand, 2004



Banda Acheh, 2004


Sesungguhnya, kita yang jauh ini hanya mampu berdoa untuk keamanan manusia sejagat. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahNya.


.....dan, berita ini sesungguhnya memberi kelegaan...

12/03/2011 6:22pm (Utusan Online)

KUALA LUMPUR 12 Mac - Setakat pukul 4 petang, Kedutaan Malaysia berjaya menghubungi 371 rakyat negara ini di Jepun yang terlibat dengan tsunami dan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.


Tuesday, March 8, 2011

terima kasih kawan-kawan!


suami saya dengan anak bongsu saya. he's not romantic, but he's loving.


Sebelum pergi jauh, kepada kekasih hatiku yang di atas ini, diucapkan jutaan terima kasih, kerana memberi peluang mama berboling & reunion, dengan menjaga anak2 dirumah. I love you, pa.


para buah hati saya; Erza Dalili 4thn, Ziyad Erza 5thn, Erza Dalia 7thn



Sabtu lepas, reUnion yang ketiga ex16ers.

Bertempat di Mega Lanes Bowling, Alam Sentral Shah Alam. It was fun and joyous moment. Especially for me. Ada a few of friends yang dah confirm tapi tak muncul due to family matters and other circumstances. Nevermind, friends. There's always next time.


the final score. the ladies, in bold.


AJK, antara yang datang awal.. with prizes.


me!!


the ladies.






A big thank you to my since-primary-school friends Suzy, Kamarual & Hafeez for organising a surprise birthday bash for me on that very same day. Never thought of being surprised! hahaha.



terima kasih kawan-kawan!!

Tuesday, March 1, 2011

Tahukah anda...?



Yuran langganan internet jalur lebar anda diberi pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

haaaaaaaaaaaaaaaa.....!!

so? apa tunggu lagi? Jom BROADBAND!!!!!!



p/s: nak apply streamyx atau UniFi, sila email saya, yer.. primera1979[at]gmail.com

e-filing cukai taksiran anda! 1 Mac - 30 April

Ye.. income tax. orang sebut cukai taksiran, ramai termangu-mangu. sebut income tax, ha baru tahu...

Hari ni dah boleh mula buat bayaran/ hantar e-borang.

Sila buat segera dan jgn tunggu dah dekat tarikh akhir baru sibuk terkayang-kayang kat kaunter pertanyaan LHDN tu.

Apsal orang malaysia ni suka buat keje last minute?

Bayar saman pun mcm tu. Sanggup plak tuang keje, dgn alasan nak pg bayar saman, sbb semalam tarikh akhir. Berkat tak gaji keje yg korang tuang sbb pg tpt yg tak sepatutnya tu? haaaa....

Sibuk je promote brg tu ada unsur2 khinzir lah, takde logo halal jakim lah, e471 sumber babi lah. Tu belum masuk dok sibuk pasal illuminati tu dulu.. Solat pun tak buat, benda2 yang cenggitu plak lebih diuar2kan. bagus la tu.. tolong promot fahaman munafik. Tapi, benda yang seharian dibuat tak sah halalnya pun, tak perasan, kan? ha..jawab..jawab...

Moh, muhasabah diri.

Shopping..Shopping!

Sana sini aku dok nampak tajuk entry para bloggers ialah: SHOPPING.

Syok nya kalian dok shopping yer.. sila..sila.. sila shopping.

Dah lama tak menshoppingkan diri, kecuali beli brg2 dapur. hahaha!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online