Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Tuesday, July 26, 2011

kerana geram..

memandu laju.
kat kawasan perumahan, bawak lebih dr 40km/j.
tak pakai talipinggang keledar.
menongkah arus pulak lagiiiiii!!!

awak tu bawak Van Sekolah, tau tak???!!???

Geram sungguh aku dengan Van Sekolah yang satu ni. Pernah sekali aku jeritkan dari laman umah aku ni sebab bawak laju. Dia pandang 'kerek' je dengan aku.

Dah 3, 4 kali juga aku tengok dia menongkah arus, konon ikut short cut nak masuk simpang rumah aku ni. Nak ambik gambar, sebagai bukti, aku tak terdaya kerana aku sedang memandu juga. Cilaka!

Bayangkan kalau ada apa2 terjadi? Kalau dia (si pemandu) je yang mati, aku tak kisah, kemungkinan besar aku padankan muka dia lagi ada (mcm jahat sangat aku ni, kan?). Tapi kalau budak2 dalam van yang dia bawak tu terkorban, macam mana? Terus terang aku cakap, kalau jadi apa2 pd bdk2 dlm van tu, dan dia cuma cedera ringan je atas kemalangan ke atau apa ke yg disebabkan kecuaian dan kebodohan dia, aku tak teragak-agak nak sepak terajang dia kat situ jugak, tau!

Hari ni, aku terserempak lagi dengan Van Sekolah sama, pemandu yang sama, memandu menongkah arus, dengan 5, 6 orang kanak-kanak berusia sekitar 6 tahun di dalamnya. Lantas, aku dial 1800889600, repot ke LPKP. Bior lesen dia digantung. Kalau dia dapat tahu aku yg repot dan dia nak marah aku, pg mampus, aku tak takut. Aku lagi takut kalau ada budak yang mati sebab kebodohan dia.

Cuba bayangkan, anak kita yang ada dalam van tu..

note: aku dah repot polis, tp sampai ke hari ni (8/9/2011) masih jugak lagi aku nampak dia menongkah arus. tak laku ke repot aku, ha? atau polis dah malas?

Wednesday, July 20, 2011

Si hensem dah potong rambut...:D






Orang selalu ingat dia girl. Aisehh!! Takde rupa boy ke walau dia rambut panjang? Tapi sekarang dah hensem..makin hensem. Mama Papa pun makin sayang. Now A-een dah mula berhenti susu badan. Dah 3 hari tak nenen. Nak jadi abang, kena belajar. :) Abang? huhuhu.. abg chik la diaaa....!!

Tuesday, July 19, 2011

Dengan lafaz Bismillah..

Isnin, 18 Julai 2011.

Doktor mengesahkan aku mengandung. Dijangka kelahiran kelima ini akan menjengah pada 16 Mac 2012.

Perasaan? Sesungguhnya bercampur baur. Seronok pasti ada, namun masa depan perlu di ambil kira setegas dan sedalamnya bermula dengan segera. Pun begitu, ia tidak bermakna yang kami hanya sambil lewa. Walau ada yang berkata, 'beranak je dia tu' aku tak peduli. Bukan orang tu yg bagi kami sekeluarga makan, bukan mereka yang bayar duit rumah tempat kami tinggal, bukan juga mereka yang selesaikan segala macam pinjaman kereta dan pendidikan.

Ahh! Tapi pasti sakit hati kalau kata2 itu keluar dari mulut mereka yang di sayangi, kan?

Kalau dapat aku titipkan disini, pasti perang besar. Kalau aku ikut rasa hati akibat kata-kata sinis beberapa tahun dulu, pasti aku sudah tidak berada di sini lagi. Jauh..pasti jauh aku pergi.

Lupakan! Hubby sudah mula menyimpan untuk si kecil yg baru 6 minggu dalam kandungan ini. Aku, sedaya upaya menggiat jualan UniFi & Streamyx untuk menampung mana-mana yang bocor. Sesekali, tempahan kek dan cupcake aku terima. Namun aku yakin, rezeki Allah ada di mana-mana. :)

Ini pasti kali terakhir aku mengandung. Kerana kali ini, pasti akan Cesar lagi. Dua kelahiran berturut-turut (2007 & 2009) Cesar dan doktor menyatakan yang kali ini juga pasti Cesar. Ada kawan yang merupakan doktor sakit puan, awal2 dah nasihat suruh tutup kilang. :) Baiklah doktor!

Doakan kesejahteraan aku, ya!

P/s: percaya tak kalau aku katakan, yang aku mengharapkan kembar, kali ini? :p

Sunday, July 17, 2011

Bercerai

Anak aku yang kecik baru mencecah usia dua tahun.

Aku sedang dalam kesayuan.


Thursday, July 7, 2011

Review: Susu Formula

Note: Based on experience. NO OBLIGATION on other parents decision about their children's formula.

I have 4 kids, that are still consuming milk powder, besides the youngest which is still nursing. Milk is good for children. No one can deny it. Unless for kids who is lactose-allergic.

My 2 younger kids, consuming Dutch Lady 123 and 456. Both in original flavour. Itu yang serasi dengan mereka. Since my first baby aged 2, memang Dutch Lady Milk jadi pilihan. Tried other brands; Nespray, Fernleaf, Dugro, you name it but still Dutch Lady is their favourites. My 3rd baby had once 'berak-berak' while consuming Dutch Lady though. I stopped for a while, tried this and that but then coming back to Dutch Lady, changing only the amount of scoops of milk.

Fernleaf is too oily. Stained the bottle. My baby purged quite often. Dugro is extra sweet. Nespray? Rejected the first time they tried it. I don't know why. But they all love Pediasure by Abbott. Unfortunately, the price is killing us, the average-incomed-parents who live in the suburbs. Haven't tried Sustagen, though. Maybe never will, for the price is quite expensive.

Should auditioned for Abbotts commercial, perhaps? So that we can get an all year round supplies? Hehehe..

Choose wisely. Your money, your children, your future with them, YOU decide.

Take care!

Bila A-een dapat basikal...





Hadiah 2nd birthday.  Kawan bermain, dah tentulah dengan kakak darling. Kawan bergaduh pun itu juga.

Seronok tengok dah makin bijak. Dah membesar. Dah macam2 perangai dan kerenah.

Mama yang pening kepala! heheheheh

Monday, July 4, 2011

Dari niat berjalan-jalan, akhirnya bertemu kemalangan..



pemandangan yang sempat dirakam sekitar Templer Park.


Hajat di hati ingin membawa anak-anak bersiar-siar, mungkin juga mahu menonton wayang, sebagai hadiah anak sulung mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang tempoh hari. Namun Allah lebih mengetahui. Mungkin niat kami bukan sesuatu yang direstuiNya. Pasti ada sesuatu hingga kami dipilih untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kami sedemikian rupa. Redha. Kami redha.

Suami tercinta, sambil menunggu 'tow truck' tiba, bertukar-tukar nombor telefon dengan dua lagi tuan punya kereta yang terlibat sama dalam k emalangan kecil tersebut. Kecil; kerana tiada kecederaan parah dan kehilangan nyawa. Alhamdulillah!






Anak-anak; pasca kemalangan. Alhamdulillah tiada kecederaan serius. Cuma terkejut dan sedikit sakit kesan impak dengan tali pinggang keledar yang di pakai. Nasib baik pakai talipinggang. Kalau tak, mahu melayang! Terima kasih kepada Pengurus dan kakitangan Shell Jalan Ipoh (bersebelahan Petronas, bertentangan Tesco Extra), Syarikat Perniagaan Hab yang melayan kami dengan sangat baik dan memastikan keselesaan kami anak beranak. Terima kasih banyak-banyak. Tak lupa juga pada 4 anggota polis trafik yang kebetulan (Subhanallah) berada di tempat kejadian, mengawal lalulintas dan membantu suami menolak kereta ke tepi jalan. Tak lupa juga untuk adik lelaki aku, yang bersusah payah mengambil kami di Balai Polis Jalan Tun HS Lee dan juga meminjamkan keretanya untuk kami untuk pulang pd hari kejadian. Doaku, moga kalian dilimpahi barakah.

Sesungguhnya, kejadian Sabtu lepas, masih terngiang dan terbayang-bayang. Aku jadi sukar melelapkan mata dan hilang selera makan. Seolah-olah menonton DVD yang diulang tayang, detik kejadian terpapar jelas setiap kali mata dipejam. Mujur anak-anak ok. Cuma kami (aku dan suami), mengalami sengal2 badan, sakit tangan, dada, perut dan belakang badan kerana impak kuat. Tuhan saja yang tahu perasaannya. Begitu kuatnya aku memeluk Zahin yang sedang tidur di pangkuan. Aku cuma risaukan anak-anak, tatkala terlihat asap di muncung kereta. Mujur kereta tak terbakar, kerana aku pasti akan panik. Sebelum keluar, suami checked on us all. He slowly open his door, which was a little jammed due to the impact. He pulled out our children at the back and watched me carried out Zahin, lovingly, cautiously and carefully. Dengan keadaan masih mengigil kerana terkejut, aku kendong Zahin dan memimpin 3 lagi anak-anak ke seberang jalan (ke Shell). Kami disambut dan diiring oleh pengurusnya sendiri, yang aku lupa nak ambil tahu namanya. :(

Yang paling penting, kami sekeluarga selamat. Syukur sangat-sangat.

Ahad, 3 Julai 2011
Tak banyak aktiviti kami lakukan. Kesan kejadian semalamnya masih terasa. Memandu juga masih takut-takut dari biasa. Sarapan pagi, cuma sekadar lapik perut sahaja. Sungguh tak lalu makan. Menjelang tengah hari, kami ke rumah mertua, nak jenguk abah yang baru lepas operation appendix dan nak pinjam kereta. Lepas Zuhur kami pulang. Berehat sahaja adanya. Lepas Asar, kami keluar, walau masih sedikit trauma. Singgah makan di Khulafa Bistro Seksyen 7, sambil tonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Taiwan.  Maghrib, singgah rumah mak utk solat dan sembang2 sehingga lepas Isyak. Pg klinik, checkup sikit & ambil ubat. Beli brg dapur, susu anak dan pulang ke rumah menjelang 11 malam. Bertembung pula dengan adik ipar di jalanan. Hon2 lebih kurang, roll down the window, told her we had an accident etc bla..bla.. She called, and I explained briefly. Reached home. Mandikan dan tidurkan anak-anak. Duduk berehat seketika bersama-sama suami, dan tiba-tiba aku sayu. Sesungguhnya bermacam fikiran yang buruk2 mula menjengah. Bila suami juga mengatakan yang beliau turut fobia, sungguh aku sedih. Kuatnya hati seorang lelaki, kan?





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online