Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!
Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Aidilfitri 2011

Apa yang best? pada aku biasa-biasa aje. Even pada raya kedua, rasa sangat teruk dan tak best!

Apa nak buat, kan? Asalkan anak2 rasa seronok, sudah cukup. Mood nak update blog pun tak datang2. Sibuk? Tak juga. Raya cuma masak nasi himpit dan kari ayam. Mak mertua buatkan ketupat pulut dan kuah kacang Cocos. Pregnancy kali ni aku rasa lemah dan berat sangat. Tak banyak yang boleh aku buat. Mood  manjang tak ada.

Pra-raya pada aku seronok. Perasaan nak raya tu, seronok. Shopping baju anak2, beli langsir, sarung Klippan, kasut dan meja makan. Tengok muka anak2, yang kelihatan seronok walau puasa, menambah rasa ghairah nak beraya. hehehehe.

Aidilfitri kali ni juga mencatat sejarah tersendiri. Habis semua rumah pak2 & mak2 sedara belah mak aku yg kami kunjung! Cuma rumah Anjang je belum terjah, sbb dia balik Kelantan lama sgt. hahahah. Sekarang dah mula sibuk dengan urusan majlis kahwin adik aku, minggu depan. Hujung minggu ni mungkin bertandang lagi rumah mak, tgk2 dan bantu2 apa yg patut. (dengan keluhan berat) tak banyak juga yang aku boleh bantu. Anak2 sekolah, dan kecik2 lagi. Aku tak suka anak2 hingar bingar rumah mak. Nanti tak jadi apa. Elok2 boleh tolong2 siap itu ini, jadi kelam kabut dek anak2 kecik ni. Jadinya, aku cuma buat dan akan buat apa yang mak suruh aku buat. Nampak segala persiapan pun, dah hampir selesai. Minggu ni, my hubby akan siapkan wiring kat umah mak. He's the man! :) Last week before raya dah bertandang juga rumah mak (anak ponteng sekolah) sebab kena stay utk tunggu orang repair & servis aircond. dah banyak kali panggil orang buat, kata ayah, tp teruk gak. Makanya, hubby aku panggil this service company yang mmg trusted by him dan dah banyak kali pasang, servis & repair a/c rumah aku, studio dan ofis hubby. So far, ayah dan mak kata, OK.

Semalam, paling bahagia! My sweet darling Dalili took off her leg cast.. Now she can walk (even not properly; still adjusting, maybe) and this morning, she was riding her bicycle! You don't know how I felt, yesterday when they took off the cast, when we physio her to walk around, when we saw the blur face of her trying to adjusting her leg, when she cried of 'panic' pain, when we saw her skin shedding off, while I was cleaning it, and when I saw the redness of the itchy rashes that occurs due the long wrap. I tried not to cried. Was hard to hold back my tears. Luckily she didn't see but my hubby did!

Well, hoping that everything will be ok.

Wishing all Muslims, Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin!


Tuesday, August 16, 2011

My darling Dalili 2


Poor my darling Dalili. She'll be wearing this fiberglass cast till after Raya. Luckily, its a fiberglass cast; lighter. I was so frustrated when the doctor said she has to continue wearing it, the last time I brought her to the hospital for second checkup/ follow up.

When we bought her a new pair of Raya shoes, and she asked whether she can wear it, I was torn. How can she? She's turning 4 this coming Malaysia Day (Sept 16 2011), and watching her like this, burning me inside and out.

But she's still can't sit tight. She's an active girl, what can I say? Since the cast is a bit lighter now, she's started jumping around again. Been raising my voice, been slow-talking to her, this cheeky little darling of mine is so stubborn. :p

Sometimes she whines, uncomfortable with her cast. I feel helpless. What can I do to lessen her burden? Not a day goes by that I don't cry watching her while she's asleep. Really hope that after Raya, she'll be fully recovered. According to the doctor, she won't remember that she has had a broken leg, even after 15 years time. Let's hope the doctor's right. Ya Allah, please help my darling Dalili.

Next follow up, 6 September 2011; 10 days to my sister's wedding.

Ya Rabbi, permudahkanlah segalanya. Kasihanilah anak kecilku ini.

Wednesday, August 3, 2011

My darling Dalili

kesian dia. but still boleh lagi senyum. but now, Darling dah ok. next week maybe bukak cast. dia mengadu rimas je. tak selesa. gatal, tp nak garu tak boleh. kesian anak mama. masa dpt tau result x-ray, rasa jantung macam nak luluh. terus rasa marah dan geram pada papa dia, sebab delay2. sbb sibuk sgt dgn kerja. terus air mata bergenang; sedih dan marah. tp sekejap jek. benda dah jadi, apa nak marah2 lagi. bulan puasa pulak tu. anggap dugaan je. but lepas tu, papa cakap 'ok ma. marah la papa, pukul la papa..' oh! sedih, ok? hehehehe..

hopefully next checkup, darling dah ok sepenuhnya.

tak larat dah sebenarnya nak berdukung je tiap kali mandi, berak, kencing etc. anak2 lain pun kena urus juga. baru nak duduk kang, anak kecik nak susu, dah tu kang si sakit nak berak, itu ini begitu begini. tau, dah nature suri rumah begitu, but as a human being, aku penat juga. bila hubby ckp dia penat bekerja, aku berkata juga dlm hati, 'kalau aku pun bekerja, dah tentu aku buat kerja rumah juga, kan? urus anak juga, kan?' tp nanti sure balasan kata2 nya ialah: 'itu dah tugas isteri'

so, malas nak argue, malas nak fikir panjang dan sakitkan kepala, lantakkan aje. kalau aku diam je tu..tau la dia aku marah dgn dia. hehehe..

Tuesday, July 26, 2011

kerana geram..

memandu laju.
kat kawasan perumahan, bawak lebih dr 40km/j.
tak pakai talipinggang keledar.
menongkah arus pulak lagiiiiii!!!

awak tu bawak Van Sekolah, tau tak???!!???

Geram sungguh aku dengan Van Sekolah yang satu ni. Pernah sekali aku jeritkan dari laman umah aku ni sebab bawak laju. Dia pandang 'kerek' je dengan aku.

Dah 3, 4 kali juga aku tengok dia menongkah arus, konon ikut short cut nak masuk simpang rumah aku ni. Nak ambik gambar, sebagai bukti, aku tak terdaya kerana aku sedang memandu juga. Cilaka!

Bayangkan kalau ada apa2 terjadi? Kalau dia (si pemandu) je yang mati, aku tak kisah, kemungkinan besar aku padankan muka dia lagi ada (mcm jahat sangat aku ni, kan?). Tapi kalau budak2 dalam van yang dia bawak tu terkorban, macam mana? Terus terang aku cakap, kalau jadi apa2 pd bdk2 dlm van tu, dan dia cuma cedera ringan je atas kemalangan ke atau apa ke yg disebabkan kecuaian dan kebodohan dia, aku tak teragak-agak nak sepak terajang dia kat situ jugak, tau!

Hari ni, aku terserempak lagi dengan Van Sekolah sama, pemandu yang sama, memandu menongkah arus, dengan 5, 6 orang kanak-kanak berusia sekitar 6 tahun di dalamnya. Lantas, aku dial 1800889600, repot ke LPKP. Bior lesen dia digantung. Kalau dia dapat tahu aku yg repot dan dia nak marah aku, pg mampus, aku tak takut. Aku lagi takut kalau ada budak yang mati sebab kebodohan dia.

Cuba bayangkan, anak kita yang ada dalam van tu..

note: aku dah repot polis, tp sampai ke hari ni (8/9/2011) masih jugak lagi aku nampak dia menongkah arus. tak laku ke repot aku, ha? atau polis dah malas?

Tuesday, July 19, 2011

Dengan lafaz Bismillah..

Isnin, 18 Julai 2011.

Doktor mengesahkan aku mengandung. Dijangka kelahiran kelima ini akan menjengah pada 16 Mac 2012.

Perasaan? Sesungguhnya bercampur baur. Seronok pasti ada, namun masa depan perlu di ambil kira setegas dan sedalamnya bermula dengan segera. Pun begitu, ia tidak bermakna yang kami hanya sambil lewa. Walau ada yang berkata, 'beranak je dia tu' aku tak peduli. Bukan orang tu yg bagi kami sekeluarga makan, bukan mereka yang bayar duit rumah tempat kami tinggal, bukan juga mereka yang selesaikan segala macam pinjaman kereta dan pendidikan.

Ahh! Tapi pasti sakit hati kalau kata2 itu keluar dari mulut mereka yang di sayangi, kan?

Kalau dapat aku titipkan disini, pasti perang besar. Kalau aku ikut rasa hati akibat kata-kata sinis beberapa tahun dulu, pasti aku sudah tidak berada di sini lagi. Jauh..pasti jauh aku pergi.

Lupakan! Hubby sudah mula menyimpan untuk si kecil yg baru 6 minggu dalam kandungan ini. Aku, sedaya upaya menggiat jualan UniFi & Streamyx untuk menampung mana-mana yang bocor. Sesekali, tempahan kek dan cupcake aku terima. Namun aku yakin, rezeki Allah ada di mana-mana. :)

Ini pasti kali terakhir aku mengandung. Kerana kali ini, pasti akan Cesar lagi. Dua kelahiran berturut-turut (2007 & 2009) Cesar dan doktor menyatakan yang kali ini juga pasti Cesar. Ada kawan yang merupakan doktor sakit puan, awal2 dah nasihat suruh tutup kilang. :) Baiklah doktor!

Doakan kesejahteraan aku, ya!

P/s: percaya tak kalau aku katakan, yang aku mengharapkan kembar, kali ini? :p

Sunday, July 17, 2011

Bercerai

Anak aku yang kecik baru mencecah usia dua tahun.

Aku sedang dalam kesayuan.


Thursday, July 7, 2011

Bila A-een dapat basikal...





Hadiah 2nd birthday.  Kawan bermain, dah tentulah dengan kakak darling. Kawan bergaduh pun itu juga.

Seronok tengok dah makin bijak. Dah membesar. Dah macam2 perangai dan kerenah.

Mama yang pening kepala! heheheheh

Tuesday, June 14, 2011

aduhai Erza Dalia!!


dahi luka.. bleh senyum lagi. mujur tak teruk..



pintu kaca..yang di hentam Dalia.

What a day!

I was actually sedang marah on that particular day. Amarah memuncak around 8pm. TIba2, nak di jadikan cerita, umah blackout plak, sbb ada kabel terbakar nearby. Short circuit kot. So, nak bawak anak2 ke rumah mertua, they were not home. Hubby plak ada function kat Dataran Shah Alam (ini yg buat aku marah sebenarnya..reason, biar aku simpan je la). So, dah bgtau hubby nak keluar, dia suh ke dataran. Sampai dataran, pusing cari parking 2 kali, tak ada. Marah lagi. Tension. Call hubby, bgtau nak pg umah mak je. Mak ayah plak baru balik dr masjid masa tu. Around 9.30pm. Bila Edry (adik bongsu aku) dah bukak pagar, Dalia meluru masuk dan...praaaaanggggggg!!!!

Perasaan? Tuhan aje yg tau. walau pada mulanya aku ingatkan dia kacau opah & atuk dia makan, terlanggar pinggan ke, apa ke.. Rupanya...! Kesian mak ayah aku. Anak diorang yg sorang ni, dah beranak pinak pun still susahkan diorang gak. :( Serius. Itulah perasaan utama aku. Hutang blom bayar lagi.. dah ada kes baru plak. *big sigh*

Bila aku tgk ada darah mengalir kat kepala dalia, baru aku sedar dr tergamam. Mula menggigil. Aku tak mahu peristiwa dia demam panas terbeliak mata dulu berulang. Situasi sedemikian hanya membuat aku hilang arah.
Dalam gigil2 panik aku call hubby. Bgtau apa yg terjadi. Oh yeah.. as expected. I handled everything, on my own. Sila bangga dengan aku. Aku pun bangga dengan diri sendiri. Ahh!

Dalia dah ok, Alhamdulillah. I cried watching her asleep that night. She reminded me of myself. Hopefully, she won't inherit the bad side of mine.

Zahin Erza is two! Errr.. lambat 3 hari.. hehehe


The day he was born, June 11, 2009. Weighed 2.9kg.



4 months later.



at 6 months



20 months



with his other siblings, April 4,2011


Mama sayang A-een. Mama sayang semua anak mama!!!

Thursday, June 9, 2011

Orang kata...

.
Orang kata, ibu mengandung tak baik duduk di muka pintu,
nanti anak susah nak keluar.
Orang kata, anak dara tak elok menyanyi-nyanyi di dapur,
nanti dapat suami tua.
Orang kata, maghrib jangan main-main di luar,
nanti kena sorok hantu tetek. (Hahaha!)
Orang kata, jangan makan bontot ayam (tongkeng)
nanti mulut tak reti diam, bercakap jek keje nye.
Orang kata, leher ayam pun tak boleh makan,
nanti kepala teleng (senget).

Orang kata lagi..
Ehhhh!!
Macam-macam lah orang kata...
dah tentu lah orang yang berkata-kata, kan?
Takkan kucing ke, burung ke, kerusi ke, pintu ke pulak, kan?


Terpulang pada individu untuk menilai.
Hakikatnya, setiap dari apa yang diperkata itu adalah merupakan satu peringatan.
Orang kita ni kan degil. Kalau bercakap lemah lembut, susah nak ikut. Kena ada sedikit unsur ugut.
Betul? Sila angkat kening.. hehehe.

Tapi ada satu kata-kata orang yang aku suka.

...kalau ada burung buat sarang di rumah,
itu tandanya murah rezeki...
Mak pun pernah pesan begitu. Ye ke? Ye la kot, kan?
(bab yang baik2, sure suka, kan..?kan?)
Kenapa agaknya aku suka, ya?



Sebab si kelicap ini sedang sibuk menyepahkan rumah aku dengan segala macam daun-daun kering, untuk membuat sarang. Bagus si hensem ni. Rasanya dah tiba musim mengawan kot. Sebab si jantan sibuk buat sarang untuk memikat si betina. Selalunya, mereka berdua riuh berkicau di untaian lampu lip-lap rumah aku ni. Sejak seminggu lepas, aku tengok ada 'si ketiga' turut serta memeriah suasana. Hmmm.. persaingan sihat, nampaknya? ;)

Berapa lama lah agaknya nak menyiapkan sarang ye? Tak sabar pulak menunggu.
Macam manalah rupanya nanti, sarang itu.

Saturday, May 21, 2011

Ya Allah..selamatkan anak-anak ini!

Tanah runtuh: Seorang lagi mangsa meninggal dunia

21/05/2011 10:41pm

KUALA LUMPUR 21 Mei - Seorang lagi mangsa tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat meninggal dunia di Hospital Ampang malam ini.

Penghuni lelaki itu adalah antara sembilan mangsa yang cedera yang dikeluarkan daripada runtuhan itu petang ini.

Ini menjadikan jumlah yang maut dalam kejadian itu sehingga pukul 10 malam ini ialah enam orang.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang ini, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah yang meranapkan khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Sehingga kini, seramai 10 lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Operasi mencari dan menyelamat oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diteruskan sehingga semua mangsa ditemui. - Bernama


copy paste dari Utusan Online


Kasihani mereka ya Allah.

A-een, A-een..!



hahaha! takde keje la tuh..

Rindu papa agaknya.. tu yang sibuk2 nak pakai stokin papa tu..

Isnin papa balik la, sayang.

Friday, May 20, 2011

..dan mata pun berat menahan limpahan airnya..


Sewaktu sedang sibuk² google tentang headband cantik dan murah untuk anak² dara ni, aku dikejutkan dengan satu soalan dari Dalia.

Anak sulung aku yang menginjak usia 7 tahun ni, mendekati aku dengan wajah penuh persoalan namun tenang.

'Ma, nanti kalau hari kiamat, bumi bergegar kan? Lepas tu kita semua mati, kan? Nanti kakak tak kenal mama, kan? Dah lepas tu nanti, kita boleh jumpa balik tak?'

Aduh! Beratnya soalan itu. Perlahan aku menarik nafas, dalam usaha merangka-rangka ayat agar jawapan aku nanti memuaskan hatinya. Lama juga aku tumakninah. Sehingga membuahkan tandatanya di wajahnya. Sesungguhnya, tidak pernah terlintas di benakku persoalan sedemikian akan dibangkitkan oleh anak semuda itu.

' Kalau mama tak tinggal solat, jadi orang yang baik, jaga anak2 mama dengan baik, dan kakakpun jadi anak yang baik, mendengar kata, Insya Allah kita boleh jumpa.'
Dalia seakan faham. Dia berlalu dan duduk sebentar di sofa, sebelum datang kembali pada aku, memberitahu yang dia mahu masuk tidur.

Selang dua minit, aku terdengar esakan dari dalam bilik. Aku tahu anak dara aku yang satu itu sensitif dan mudah terganggu emosi. (macam aku juga!) Seketika kemudian dia keluar dengan linangan airmata dan mata yang membengkak, lalu memeluk aku. Dalam berat menahan emosi, aku tanyakan padanya, 'Kenapa kakak menangis? Kakak takut kita tak jumpa nanti ya?' Dan saat ini aku sudah mulai sebak. Dia mengangguk. Pelukan makin erat dan mulutnya melafazkan, 'kakak sayang mama..' sambil airmata jatuh makin laju.

Untuk menenangkan hatinya, aku bersuara seraya memujuk hati kami berdua...

'Allah Maha Penyayang. Dia tak pernah bencikan kita. Dia dah janji, setiap umat Islam, pasti masuk syurga. Selagi kita ikut suruhan Dia, kita mesti dapat masuk syurga. Kalau kita masuk syurga, mesti kita dapat jumpa, kan? Nanti Allah sediakan rumah besar untuk kita semua.'

..dan saat ini, mata aku sudah tidak mampu lagi membendung airnya... empangan pecah juga.

Erza Dalia sayang.
Sesungguhnya syurga dan neraka itu hakNya. Mama tidak mampu untuk berkata yang indah-indah untuk sekadar menyedapkan hati kita. Mama hanya mampu untuk membuat Kakak yakin akan kewujudan Allah yang Esa. Mama juga masih banyak khilaf dan silapnya. Masih banyak yang perlu mama pelajari dan ketahui, agar dapat mama turunkan ilmu kepada anak-anak nanti. Masih jauh langkah yang perlu mama selusuri, agar anak-anak dapat meniti dan melaluinya dewasa nanti, setidaknya kurang onak dan duri. Setiap nafas kita hembus, setiap kerlipan mata kita, setiap degupan jantung kita, adalah hakNya. Berdoalah sayang, agar hati kita tetap padaNya. Mama takkan mampu mengharungi semua dugaanNya dalam membesar dan mendidik Kakak dan adik-adik, tanpa bantuan dan pengertian dari anak-anak mama. Bantu mama, dengan menjadi anak yang soleh dan solehah, agar dapat kita berjumpa, bersatu semula sebagai sebuah keluarga bahagia, di Syurga sana dengan izinNya!


Wednesday, June 9, 2010

Selamat Hari Lahir ke 58, Ayah!




suasana, walau tidak semeriah mana, tapi tetap best!

jarang2 sebenarnya, celebrate bday ayah. tak perasan pulak kenapa. but yesterday, we celebrated not only dad's but also angah's, edry's and my little angel, A-een!

been at mom's as early as noon. sebab hubby agak busy for the day; dgn kete juara dia tersadai, site visit etc. at 5pm, start masak buttered rice. takde teringat plak nak tanya adik2 semua, sedap ke tak. mak balik keje awal semalam. tp ayah ttp ambik mcm biasa. so takde beza. hahahaha.. mak sempat ajak ayah gi ayamas, beli ayam percik. buat lauk utk gandingkan dgn buttered rice aku. since adik2 aku takde (angah keje, nina keje, erin ada xm, edry takleh drive), makanya, aku la pg beli kek. since erin tak bawak wahid sbb ayeep ambik dia, aku pun konon2 nak test driving skill, dgn setting dlm kepala yang wahid adalah makhluk manual. sekali masuk, laaaa...auto upernyer... tp sungguh aku terasa kerdil. maklum, dah lama tak bawak kancil. sek 9, mmg packed. dah la wahid tu degil ala-ala anak aku si darling tu. punya la lama nak tunggu dia menyetartkan diri. nasib baik aku hebat. hahahhahaha... cari parking kat area depan baker's cottage mmg payah. 4, 5 kali pusing, siap marah honda city kaler gold, sebab bodo2 parking kat laluan utama (blkg kete org yg elok di parkir), dan akhirnya dpt juga park bontot dulu betul2 depan baker's cottage. ngam2 parking, adik aku call.. 'kak, a-een dah bangun, cemana ni?' ah sudahhhh! aku suh dia main2 dgn a-een kejap. buat la apa yg patut. sib baik dia ok (both a-een & edry). edry terpaksa la berusaha, sbb dia kirim mcm2 plak kat baker's cottage tuh.. bila aku balik, budak2 semua ok. yeay! edry hebat. hehehehehe...

konon nak start majlis kul 6.30pm. tp gedebuk gedebak, kul 7++ juga mulanya. tunggu angah + family dan nina yg br abih meeting (dr putrajaya, pon missed the main event; nyanyi2 & tiup lilin).

overall, saya suka!!!!

happy birthday ayah.
happy birthday angah.
happy birthday adik.
happy birthday a-een.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online