Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!
Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Orang kata...

.
Orang kata, ibu mengandung tak baik duduk di muka pintu,
nanti anak susah nak keluar.
Orang kata, anak dara tak elok menyanyi-nyanyi di dapur,
nanti dapat suami tua.
Orang kata, maghrib jangan main-main di luar,
nanti kena sorok hantu tetek. (Hahaha!)
Orang kata, jangan makan bontot ayam (tongkeng)
nanti mulut tak reti diam, bercakap jek keje nye.
Orang kata, leher ayam pun tak boleh makan,
nanti kepala teleng (senget).

Orang kata lagi..
Ehhhh!!
Macam-macam lah orang kata...
dah tentu lah orang yang berkata-kata, kan?
Takkan kucing ke, burung ke, kerusi ke, pintu ke pulak, kan?


Terpulang pada individu untuk menilai.
Hakikatnya, setiap dari apa yang diperkata itu adalah merupakan satu peringatan.
Orang kita ni kan degil. Kalau bercakap lemah lembut, susah nak ikut. Kena ada sedikit unsur ugut.
Betul? Sila angkat kening.. hehehe.

Tapi ada satu kata-kata orang yang aku suka.

...kalau ada burung buat sarang di rumah,
itu tandanya murah rezeki...
Mak pun pernah pesan begitu. Ye ke? Ye la kot, kan?
(bab yang baik2, sure suka, kan..?kan?)
Kenapa agaknya aku suka, ya?



Sebab si kelicap ini sedang sibuk menyepahkan rumah aku dengan segala macam daun-daun kering, untuk membuat sarang. Bagus si hensem ni. Rasanya dah tiba musim mengawan kot. Sebab si jantan sibuk buat sarang untuk memikat si betina. Selalunya, mereka berdua riuh berkicau di untaian lampu lip-lap rumah aku ni. Sejak seminggu lepas, aku tengok ada 'si ketiga' turut serta memeriah suasana. Hmmm.. persaingan sihat, nampaknya? ;)

Berapa lama lah agaknya nak menyiapkan sarang ye? Tak sabar pulak menunggu.
Macam manalah rupanya nanti, sarang itu.

Monday, June 6, 2011

Astro First & Filem Seram

Astro First! Nikmat bagi yang punya anak ramai dan menonton wayang di pawagam adalah satu pembaziran yang mana RM60 (tiket sahaja) adalah lebih baik beli lampin pakai buang dan susu anak, seperti aku! Lagipun, Astro First menjanjikan keselesaan di rumah sendiri. Nak tidur baring, terlentang, meniarap, duduk, berdiri, sukahati! Dua hari beb, tengok sampai muntah, RM15 sahaja. Tak best ke? ;)

Aku dah tonton Khurafat, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Ngangkung, Hikayat Merong Mahawangsa, Seru, Senjakala dan yang terbaru; Kongsi.

Kesemua di atas aku bagi 3 1/2 bintang, kecuali Seru; 1 bintang je. Sumpah tak faham, dan terasa macam bodoh je menontonnya. Kesian aku. Tu la.. suka sangat nak tengok cerita seram, konon. Tak boleh lawan cerita 80an lah. Nak pergi toilet pun takut!!

Teringin nak tengok cerita tamil pulak lah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online