Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!
Showing posts with label sumbangan. Show all posts
Showing posts with label sumbangan. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Bantu dulu orang kita, baru sibuk-sibuk nak hulur bantuan ke luar negara!!

Aku memang menyampah tengok orang yang sibuk-sibuk gegar negara dalam media massa berkenaan sumbangan yang bakal mereka salurkan ke luar negara atas apa sebab dan musibah sekalipun.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!

Begitulah umpamanya. Tak malu agaknya, ya. Kejar 'glamour'. Konon beramal sedangkan tersirat agenda tertentu. Kalau orang kita yang minta sumbangan (tak kira atas dasar dan sebab apa sekalipun) memang sangat payah nak beri, kan?  Sindiketlah, penipulah macam2 lagi. Mana pergi kepercayaan pada gerak hati (instinct), perasaan istimewa yang Allah beri? Mana pergi kepercayaan kepada Qada' dan Qadar Allah? Kalau niat kita baik, insyaAllah, tuhan melindungi kita. Kalau yang kita beri derma atau sumbangan itu menipu dan tak benar, serahkan sahaja pada yang Esa. Dia maha berkuasa!

Itu yang berlaku pada kita-kita insan biasa. Yang tak tersenarai dalam dunia yang 'glamour'. Kasihan, kasihan pada diri kita sendiri kerana berada dalam situasi ini.

Mohon kasihan juga pada Hamba Allah ini. Dia perlukan bantuan untuk jantungnya. Mungkin dia pernah buat kesilapan dan menjerumuskan diri sendiri ke dalam permasalahan yang ditanggungnya kini, tapi siapa kita untuk memberi hukuman? Allah lebih berhak!

Thursday, June 16, 2011

Jangan bagi janji kosong. Aku bukan tagih simpati.




Memang bukan tagihan simpati.
Ini realiti.
Dari 30 orang kawan yang aku pohon jasa baik mereka, hanya 1 (satu) yang menyumbang.
Mungkin aku tidak cukup baik untuk mereka hulur sumbangan. Mungkin aku bukan kategori kawan @ rakan mereka, meski sudah berkenalan sedari usia 6 tahun. My bad & my flaws!
Andai mereka beranggapan aku suka meminta-minta, aku redha dan biarkan.
Truly and sincerely, this is not for me, but for the children. Sekolah Tabika Kemas pulak tu.

Sempat ke mengumpul dana sebelum 24 Jun 2011?

note: friends whom I personally asked for donations are those whose considered as 'berkemampuan'.

I don't blame them, honestly. So many things and rising this and that recently. But hey, at least say something. And some more, why 'janji' when you can't fulfill? I'm sorry if this post is offending. I'm a little disappointed.

Allah tak bagi kita mengungkit akan kebaikan yang kita pernah buat pada orang, tetapi mengenang kesalahan dan berusaha seeking forgiveness. Dan aku tahu, aku sedang menerima balasanNya, mungkin sebagai penghapus dosa-dosa kecilku.

Andai ada teman2 blogger yang sudi membantu, mohon email personally kpd aku di akhirnya@hotmail.com atau terus salurkan ke akaun maybank aku: 162843012145. Mohon maklumkan pada aku seandainya sumbangan telah dibuat.

Allah saja membalas jasa baik kalian.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online