Yes, he does.
I find it hard to hold back my tears, while I'm listening to his songs. Especially, 'Always be there'. Yes. 'Always be there' is my favourite. Many would take 'InshaAllah' as their special song, but I feel small and in awe, with 'Always be there'.
Well, we have our own opinions, right? We have our own likes and dislikes. Not to say that I don't like 'InshaAllah' but it fells second on my list. If you are a married man, and somewhat looking for what's there to be proud of with your significant other, please and please, listen to 'The rest of my life' as you will find it the most beautiful song to be dedicated to your wife. Believe me when I say, you will find what you have never discovered about your wife, after you hear the song. You will find that your wife is the chosen one for you, the perfect match for you and worth the respect and love from you.
Writing this put tears on my eyes!!
See you next year, Maher! Insha Allah..
I support breast feeding!
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Friday, December 3, 2010
Friday, November 26, 2010
Bahasa jiwa bangsa...
Ok. Hari ini kita berbicara secara separa serius.
Selama ini kita bernaung di bawah satu bendera, kan? MALAYSIA. Negara berdaulat ini mempunyai bahasa ibunda, iaitu Bahasa Malaysia. Diakui, tidak semua antara kita di Malaysia ini yang berbahasa formal dalam pertuturan seharian. Maka itu bahasa yang kita gunakan dalam perbualan seharian dinamakan 'bahasa pasar'.
Apa motifnya catatan ini dinukil?
Kerana saya sudah tidak tahan lagi dengan penggunaan bahasa yang meruntun jiwa di sebuah stesen radio swasta kendalian AMP Radio Network! Perlu ditekankan di sini bahawa saya bukan pendengar tegar stesen radio yang kononnya mengangkat martabat muzik tempatan (dengan memberi ruang kumpulan-kumpulan 'indie' bernafas dalam industri muzik tanahair) berkenaan. Cuma, bila mahu mendengar carta setiap hujung minggu (kerana ada artis berkumpulan yang kami kenali bertanding), atau juga bila terdengar anak jiran memasang radionya kuat-kuat, saya jadi marah, malah menyampah! Telinga jadi sebu. Apatahlagi bila rakaman 'braderlove' tersiar di laman sosial Facebook tidak berapa lama dahulu, perkataan 'meluat' telah ditambah dalam kamus ketidakpuasan hati ini. Kalau bukan kerana 'adik-adik' yang bertarung merebut takhta carta, memang tidak kuasa menadah telinga, menyakitkan jiwa!
Bagaimana mungkin penggunaan bahasa yang sedemikian rendah kualitinya, dapat dilepaskan siaran ke seluruh negara? Tidak ada lagikah rasa malu atau mungkin juga rasa sayangkan maruah bahasa? Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, tak pantau atau tak dapat nak pantau? Menterinya yang sering berbahasa molek dan sedap didengar, baik dalam bahasa ibunda atau dalam bahasa utama dunia, takkan pula terlepas pandang? Stesen radio tersebut mensasarkan pendengar MELAYU berusia 10-29 tahun. Mana mungkin bahasa sedemikian buruk dijadikan halwa telinga kanak-kanak semuda 10 tahun? Melayu pula tu? Sakit hati saya bertambah bila membaca keterangan/ penjelasan servis mereka, di sini.

Pernah saya suarakan ketidakpuasan hati saya tidak lama dulu di ruangan sembang stesen radio berkenaan, apabila mereka menyatakan hanya mengudarakan 100% lagu-lagu penyanyi/ buatan tempatan, namun mereka sering (malah, setiap hari) memutarkan lagu dari Ahli Fiqir. Seorang dari penyampai stesen berkenaan yang bernama Aimee, menyatakan dengan tegasnya bahawa Ahli Fiqir adalah rakyat Malaysia, membuat saya sedikit tersentak. Penyampai radio jenis apa, yang tidak tahu cerita dalam industri? Tangkap muat? Oh ya. Beliau sekadar finalis sebuah rancangan realiti.
Adalah lebih baik, setiap penyampai radio ini, baik kerajaan atau swasta, diberi kursus terlebih dahulu. Kursus penggunaan bahasa, kursus berbahasa, kursus pengetahuan hal-hal industri penyiaran dan kursus pendedahan perihal industri muzik semasa.
Kalau masa arwah Tok Mat ada dulu, rasanya industri penyiaran lebih 'kemas dan teratur'. Pendapat saya sahaja. Mungkin ada yang membangkang. Terpulang!

Thursday, August 26, 2010
Aku rakyat Malaysia, yang sayang dan cintakan negara berdaulat ini..
Ya.
Aku dilahirkan di bumi bertuah ini, lebih 30 tahun yang lalu. Mungkin akan ada yang secara sinis memberitahu aku, 'siapalah engkau untuk berkata-kata, bercerita dan beremosi tentang kedaulatan negara, sedang engkau generasi selepas merdeka, tidak melalui detik pahit dan perit jerih mendapatkannya?'.
Adilkah? Apa sememangnya, kami generasi selepas merdeka, tidak layak untuk bersuara? Untuk meluah rasa? Untuk melaungkan betapa bangganya hati dan nurani kami terhadap negara? Untuk lantang menentang sebarang bentuk pencemaran terhadap sebuah negara indah bernama MALAYSIA? Bukankah generasi kami ini yang akan memastikan kesinambungan kemerdekaan negara? Kesuciannya? Yang bakal mempertahankan kedaulatannya?
Mengapa dengan mudah melabel generasi baru seperti kami ini dengan perbandingan 'siapa yang lebih makan garam'? Tidak elok juga kalau terlalu banyak makan garam, kan? Hati jadi tepu, jiwa jadi sebu dan fikiran jadi buntu dek kerana 'banyaknya garam yang dimakan'. Hinggakan pendapat kami ini, bukan sahaja dipandang sepi, malah dijuih pula, seolah tiada harga langsung! Sedangkan, bilamana berlakunya kegoyahan, maka 'yang baru nak makan garam' inilah yang diajak, yang diseru untuk berjuang, kononnya, untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara! Kenapa perlu tunggu goyah, tercabar, diguris, malah terconteng arang ke muka, baru kami-kami ini yang dipaksa dan ditolak sekonyong-konyong nya ke barisan hadapan? Malu! Malu sangat dengan tindakan 'tidak merdeka' ini. Mengapa mesti ini yang terjadi?
Lihat apa yang berlaku hari ini. Saat kita sedang dalam bulan mulia Ramadhan, sedang dalam semangat patriotisme kemerdekaan yang menginjak usia 53 tahun, kita di 'simbah' dengan kelancangan etika jiran sebelah, yang jelas menunjukkan kebiadapan mereka, terhadap bumi bertuah ini, yang telah sekian lama memberi rezeki dan mengenyangkan perut banyak generasi mereka, yang sekian lama berlembut dengan memberi peluang bukan sahaja dua, tiga, malah entah keberapa kalinya, namun sering juga dipijak kepala! Persoalannya; bila kita mahu sedar? Bila kita mahu mula bertoleransi secara berhemah? Bila kita mahu mendahulukan rakyat? BILA KITA MULA MAHU MENDAULATKAN NEGARA? Hentikan promosi 'melawat negara mereka'. Hentikan sebarang bantuan kemanusiaan kepada mereka bila dilanda bencana. Hentikan memberi peluang kedua kepada rakyat mereka yang mendatang di tanahair kita. Hentikan, hentikan, hentikan! Kerana itu juga yang mereka minta! Mampukah? Mungkin nanti jawapannya, "mereka melabur dalam negara kita, dan kita perlukan pelaburan itu untuk menjana negara." Ya, hingga sanggup menggadai maruah bangsa dan negara? Merdekakah namanya?
Dahulukan rakyat;
Agar mahu pencapaian diutamakan, rakyat MESTI didahulukan!
nota: saya bukan pembangkang. tapi sudah makin muak dengan janji2 manis yang sekadar luahan mulut, tiada hati ingin menurut!
nota2: ini sekadar luahan rasa. andai ada yang ingin berkongsi rasa, dipersilakan sewajarnya. TAPI, andai sengaja mahu berpolitik, mengapi-apikan sesama bangsa dalam negara, anda sangat tidak dialu-alukan.

- dengan memberi lebih ruang dan peluang kepada penduduk tempatan, bukan PATI
- dengan lebih prihatin dengan keperluan hakiki, selain dari rebutan kerusi majoriti!
- kaji selidik dan siasahkan diri pemimpin, baru mudah semuanya dijana demi negara, bukan sibuk mengerah akar umbi, tapi yang dipucuk goyang kaki.
- jangan sibuk2 menteri kahwin lagi, tambah isteri artis sensasi. sedang rakyat kais pagi makan pagi,tiada sebarang pengenalan diri, walau nenek moyang penduduk asli!!!!
- tak usah juga hulur bantuan sana sini, sekadar ingin nama diketahui, tapi banyak rakyat masih miskin tegar, hinggakan rumah beratapkan langit, berlantaikan bumi, makan siput babi!
- jangan beri muka pada mereka yang tak sedar diri, asalnya pendatang tapi mahu memunyakan negara berdaulat ini, dengan bermuka-muka; manis mulut tapi hati penuh duri! mereka ini sangat keji.
- intai2 juga komunisme, tidak mustahil menjalar lagi, kerana bahangnya sudah makin lama makin terasa, cuma apinya belum meninggi. mahukah 13 mei berulang lagi?
- jangan dibiar kaum minoriti, persoal hak kamum majoriti, hinggakan sanggup mempertikai agama rasmi!
Agar mahu pencapaian diutamakan, rakyat MESTI didahulukan!
nota: saya bukan pembangkang. tapi sudah makin muak dengan janji2 manis yang sekadar luahan mulut, tiada hati ingin menurut!
nota2: ini sekadar luahan rasa. andai ada yang ingin berkongsi rasa, dipersilakan sewajarnya. TAPI, andai sengaja mahu berpolitik, mengapi-apikan sesama bangsa dalam negara, anda sangat tidak dialu-alukan.
Saturday, April 17, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)