Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!
Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

saat impian ditunaikan dan hajat dimakbulkanNya: 21 Januari 2012



Ogos 2008, aku berjinak-jinak dengan Facebook. Memerhati dan mengutip ilmu apa yang perlu. Selepas beberapa hari, aku buatkan pula akaun untuk suami. Kemudian, entah bagaimana, terlintas di fikiran untuk buat satu group khas untuk idola aku. Oh.. bukan KRU! Pemimpin tersohor dan paling bijak pada hemat aku. Mak dan Ayah aku sangat2 mengagumi dan menyanjung manusia yang satu ini.

Julai 2010, permohonan untuk mengadakan majlis minum petang bersama pemimpin ulung ini diajukan. Malang sekali, beliau terlalu sibuk lantas menolak. Tanpa putus asa, aku bertanya, mencari dan menghubungi sekian ramai manusia, yang mengaku boleh membantu dan kenal dengan beliau, untuk menyatakan hasrat dan tujuan yang sama. Sudahnya, aku merumuskan, jangan terlalu berharap pada bantuan. Usaha, tangga kejayaan. Pun begitu, terima kasih pada kenalan facebook, Kelab Chedet. Tak lokek berkongsi pengetahuan. Surat kedua di utus pada 2 November 2011.

Selama dua minggu, hampir setiap hari aku membuat susulan dengan PA Tun. Sehingga aku merasa, sangat menjengkelkan beliau (hahahaha! Mohon maaf banyak2!)

Tanggal 20 Disember 2011, aku mendapat sepucuk surat dari poslaju. Kerana sudah biasa menerima kiriman poslaju, dan kenal pula dengan si pekerja poslaju tersebut, kami bersembang seketika. Tanpa sedikit pun aku menyangka apa-apa.

Sekilas, ku pandang kiriman surat di tangan. Melihat yang ianya dari Yayasan Kepimpinan Perdana, hati aku berdegup kencang. Setiap apa yang diperkata dek penghantar surat, sudah tidak lagi jelas di pendengaran. Aku mahu segera membuka surat tersebut. Aku mahu segera menamatkan sembang2 kosong tersebut. "Ok, dik.. terima kasih!" Aku memotong perbualan. Tanpa aku mengetahui apa yg kami bualkan dihujungnya. Dengan wajah terpinga, si penghantar surat termangu seketika dan terus berlalu....

Kocoh kacah aku masuk ke rumah. Ku campak tuala yang ku guna menutup kepalaku keluar rumah. Pantas jemariku membuka surat. Anak-anak yang melihat aku cemas, berkumpul mengelilingi aku. Pantas ku baca isi kandungannya. Lantas air mata ku berguguran. Ku baca sekali lagi:-


Puan,
Majlis Minum Petang Bersama Ahli Group Facebook Tun Dr
Mahathir Mohamad
Rujukan: Surat bertarikh 2 November 2011


Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan Y.A.Bhg Tun Dr Siti
Hasmah binti Haji Mohd Ali mengucapkan terima kasih atas jemputan ke
majlis minum petang di atas.
Sukacita dimaklumkan Y.A.Bhg Tun bersetuju hadir di majlis minum
petang bersama ahli group Facebook Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada
hari Sabtu, 2l Januari, 2012 jam 4.30 petang, di The 39 Restaurant,
PNB Darby Park Executive Suite, Kuala Lumpur.
Sekian dimaklumkan. 
Terima kasih.




Aku meraung! Raungan gembira. Tasbih, tahmid dan takbir tak lekang dari bibir. Air mata sangat laju bercucuran. Apa kebaikan yang telah aku lakukan, sehingga Dia mengabulkan doaku? Terima kasih ya Allah! Anak-anak kebingungan. Soalan 'kenapa, ma?' bertalu-talu diaju dari mulut2 kecil anak-anak, silih berganti. Aku peluk cium semua anak-anak. Syukur ya Allah. Aku melompat gembira. Anak-anak turut sama terlompat-lompat, meraikan kegembiraan. Saat tenang seketika, ku sela airmata. Mengumpul kekuatan  untuk berkata-kata. Telefon dicapai, nombor suami di dail. Saat terdengar suara suami dihujung talian, airmata ku gugur semula. Bagai terbayang suami tersenyum, tatkala aku memberitahu khabar gembira itu, dengan esak tangis gembira ku. Ucapan tahniah dari suami aku terima dengan senang hati. Namun hati ku tersentuh sayu, saat akhir perbualan, suami menyatakan, 'Ma, pa bangga dengan mama..' Hujan airmataku bertambah lebat jadinya!
gambar kenangan kami; para Admin + ahli jawatankuasa
bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri

Orang kedua aku hubungi, untuk memberitahu khabar ini, tak lain tak bukan, ialah bondaku. Ku khabar pada emak, bahawa aku akan bertemu Tun. Sememang niatku untuk membuat kedua ibu bapaku merasa sedikit bangga terhadapku. Maklum, aku tiada apa yang boleh dibanggakan, selain dari berupaya habis sekolah, jejak kaki seketika di ITM Jengka, berniaga, berkahwin dan 'memberi' cucu pada keduanya.
Pun begitu, 'seats' yang aku peruntukkan buat kedua ibu bapa, tidak dipenuhi mereka, kerana ada urusan lain pada tarikh yang sama. Apakan daya. Bukan rezeki keduanya.

Sejak dari hari menerima surat persetujuan Tun, aku bekerja siang malam untuk menjayakannya. Dugaan, cabaran, keletihan, dan segala pahit manis dalam memastikan perlaksanaannya, biarlah aku dan Dia saja yang tahu. Terima kasih tidak terhingga pada semua AJK yang membantu. Tak lupa pada Datuk Mukhriz Mahathir, yang sudi menghulur sumbangan peribadi beliau untuk kelancaran majlis, pihak pengurusan dan staf PNB Darby Park, Kuala Lumpur, Datin Nadzriyah serta Avon yang banyak membantu dalam memeriahkan majlis. Juga jutaan terima kasih diucapkan pada suami tercinta, yang membantu menjaga 4 orang anak kami sepanjang hari bersejarah tersebut, di rumah.

Sesungguhnya hari itu merupakan hari terbaik untuk aku!

p.s: gambar2 sekitar majlis ada di group TunDrM. Jemput join!
p.s.s: ku tunjuk gambar2 pada mak dan ayah.. terlihat riak bangga di wajah mereka. kesampaian juga hasratku!

Wednesday, May 11, 2011

sesekali..ku rasa teringinnnnnnn!!

aichehhhh!!

lagu tu la aku dok nyanyi masa pertandingan kat sekolah 19 tahun lalu. hahhahahahah! tak dpt 1st, 2nd pun takde hal punya. (suami aku ckp -err..suami aku umpama Ramli MS + Roslan Aziz pada aku, yer- suara aku tarik tinggi, sedap. hahahaha..jgn marah!)

teringin nak itu ini begitu begini dan macam2 lagi. tapi tanggungjawab sbg seorang isteri dan ibu membatasi segala gerak geri. aku mahu aktif itu ini macam dulu2. hubby tau keinginan aku, sebab dia kenal aku dulu pun sbg seorang yg aktif. dari meeting puteri umno sampai tgh mlm, hingga lah ke pertandingan nyanyian AmBank, dia tahu aku jenis macam mana. jadinya, bila sekarang dah terperap kat rumah (aku pun bukan jenis suka keluar huha-huha yer..kalau takde apa2, aku lebih suka dok umah! macam mak aku!), kadang2 that look of kesian, terpancar jugak kat muka dia, bila tgk aku tung-tang, ting-tong kat umah dgn kerja rutin dan urusan anak2. sesekali, kalau kami keluar jogging dan beriadah dgn anak2, suami aku yg lebih2 happy. aku suka bila dia tgk aku berlari (sprint), sebab aku suka bila dia kata aku cantik dan ada gaya. hahaha. I was a sprinter, years ago. masa sekolah. so, don't judge a book by its cover, okehh?! :D

bila tgk status para rakan di FB, atau juga cicipan di twitter; bila menyatakan pergi cuti sana, shopping sini, dine sana, hiking sini, spa sana, facial sini etc, tak dinafi, terdetik juga cemburu di hati. Dan suami akan dengan bijak membunuh rasa cemburu itu dengan menyatakan,'diorang takde benda yg mama ada, sebab tu spend time buat benda2 tu semua.'

..dan aku akan senyum juga. walau kelat, tetap ada rasa bangga.

aku ada apa yang mereka tak ada. dan itu ada betulnya.

aku ada anak2 yang ramai untuk di didik dan di jaga. mereka hanya ada satu atau dua, yang ditinggal di rumah penjaga, atau ibubapa.

ye. walau naluri aku tetap menegakkan keinginan dan cemburu, kata2 suami (walau hanya penyedap rasa, atau mungkin penyelamat aliran keluar duit dia..hahahah!) aku terima juga.

'one day, sayang. bila anak2 dah besar, kita dating je setiap masa, ye..' janji suami, yang selalu diutara.

oh ya.. dia siap plan nak beli kete kecik.. e.g mini cooper, utk dating, bila kami dah berusia.

hahahahahaha!

'ma tunggu, pa.. janji ya?'

Friday, November 26, 2010

Bahasa jiwa bangsa...

Ok. Hari ini kita berbicara secara separa serius.

Selama ini kita bernaung di bawah satu bendera, kan? MALAYSIA. Negara berdaulat ini mempunyai bahasa ibunda, iaitu Bahasa Malaysia. Diakui, tidak semua antara kita di Malaysia ini yang berbahasa formal dalam pertuturan seharian. Maka itu bahasa yang kita gunakan dalam perbualan seharian dinamakan 'bahasa pasar'.

Apa motifnya catatan ini dinukil?

Kerana saya sudah tidak tahan lagi dengan penggunaan bahasa yang meruntun jiwa di sebuah stesen radio swasta kendalian AMP Radio Network! Perlu ditekankan di sini bahawa saya bukan pendengar tegar stesen radio yang kononnya mengangkat martabat muzik tempatan (dengan memberi ruang kumpulan-kumpulan 'indie' bernafas dalam industri muzik tanahair) berkenaan. Cuma, bila mahu mendengar carta setiap hujung minggu (kerana ada artis berkumpulan yang kami kenali bertanding), atau juga bila terdengar anak jiran memasang radionya kuat-kuat, saya jadi marah, malah menyampah! Telinga jadi sebu. Apatahlagi bila rakaman 'braderlove' tersiar di laman sosial Facebook tidak berapa lama dahulu, perkataan 'meluat' telah ditambah dalam kamus ketidakpuasan hati ini. Kalau bukan kerana 'adik-adik' yang bertarung merebut takhta carta, memang tidak kuasa menadah telinga, menyakitkan jiwa!

Bagaimana mungkin penggunaan bahasa yang sedemikian rendah kualitinya, dapat dilepaskan siaran ke seluruh negara? Tidak ada lagikah rasa malu atau mungkin juga rasa sayangkan maruah bahasa? Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, tak pantau atau tak dapat nak pantau? Menterinya yang sering berbahasa molek dan sedap didengar, baik dalam bahasa ibunda atau dalam bahasa utama dunia, takkan pula terlepas pandang? Stesen radio tersebut mensasarkan pendengar MELAYU berusia 10-29 tahun. Mana mungkin bahasa sedemikian buruk dijadikan halwa telinga kanak-kanak semuda 10 tahun? Melayu pula tu? Sakit hati saya bertambah bila membaca keterangan/ penjelasan servis mereka, di sini.



Pernah saya suarakan ketidakpuasan hati saya tidak lama dulu di ruangan sembang stesen radio berkenaan, apabila mereka menyatakan hanya mengudarakan 100% lagu-lagu penyanyi/ buatan tempatan, namun mereka sering (malah, setiap hari) memutarkan lagu dari Ahli Fiqir. Seorang dari penyampai stesen berkenaan yang bernama Aimee, menyatakan dengan tegasnya bahawa Ahli Fiqir adalah rakyat Malaysia, membuat saya sedikit tersentak. Penyampai radio jenis apa, yang tidak tahu cerita dalam industri? Tangkap muat? Oh ya. Beliau sekadar finalis sebuah rancangan realiti.

Adalah lebih baik, setiap penyampai radio ini, baik kerajaan atau swasta, diberi kursus terlebih dahulu. Kursus penggunaan bahasa, kursus berbahasa, kursus pengetahuan hal-hal industri penyiaran dan kursus pendedahan perihal industri muzik semasa.

Kalau masa arwah Tok Mat ada dulu, rasanya industri penyiaran lebih 'kemas dan teratur'. Pendapat saya sahaja. Mungkin ada yang membangkang. Terpulang!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online