Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!
Showing posts with label 2010. Show all posts
Showing posts with label 2010. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Ancaman? Persetankan itu semua, wahai Putera2 Harimau Malaya!!



Selepas dengan hensemnya menumpaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF Ahad lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini penentuannya di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Wahai Harimau Malaya, bersiap sedia untuk menggempur hingga ke saat akhir. Jangan leka dan terlalu selesa dengan bekalan 3-0 kelmarin. Baca doa banyak-banyak. Buat solat hajat. Sebelum keluar menuju ke tengah gelanggang untuk berjuang, mohon kalian membaca ayatul Kursi. Ingat pesan akak ni, dik oiii!!!

Garuda sedang mengasah paruh dan kuku.
Harimau Malaya, berhati-hati dan bersedia tunjukkan belang dan taringmu!
Untuk para penyokong Malaysia, identiti, maruah, kredibiliti dan kedaulatan tanahair kita juga tergalas di bahu anda. Jangan buat ONAR di tempat orang! Jaga nama baik negara. Jadi manusia yang berwibawa.

Semoga sorak sorai kemenangan kita, menggegak-gempitakan Jakarta!
Insya Allah!

Thursday, August 26, 2010

Aku rakyat Malaysia, yang sayang dan cintakan negara berdaulat ini..

Ya.

Aku dilahirkan di bumi bertuah ini, lebih 30 tahun yang lalu. Mungkin akan ada yang secara sinis memberitahu aku, 'siapalah engkau untuk berkata-kata, bercerita dan beremosi tentang kedaulatan negara, sedang engkau generasi selepas merdeka, tidak melalui detik pahit dan perit jerih mendapatkannya?'.

Adilkah? Apa sememangnya, kami generasi selepas merdeka, tidak layak untuk bersuara? Untuk meluah rasa? Untuk melaungkan betapa bangganya hati dan nurani kami terhadap negara? Untuk lantang menentang sebarang bentuk pencemaran terhadap sebuah negara indah bernama MALAYSIA? Bukankah generasi kami ini yang akan memastikan kesinambungan kemerdekaan negara? Kesuciannya? Yang bakal mempertahankan kedaulatannya?

Mengapa dengan mudah melabel generasi baru seperti kami ini dengan perbandingan 'siapa yang lebih makan garam'? Tidak elok juga kalau terlalu banyak makan garam, kan? Hati jadi tepu, jiwa jadi sebu dan fikiran jadi buntu dek kerana 'banyaknya garam yang dimakan'. Hinggakan pendapat kami ini, bukan sahaja dipandang sepi, malah dijuih pula, seolah tiada harga langsung! Sedangkan, bilamana berlakunya kegoyahan, maka 'yang baru nak makan garam' inilah yang diajak, yang diseru untuk berjuang, kononnya, untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara! Kenapa perlu tunggu goyah, tercabar, diguris, malah terconteng arang ke muka, baru kami-kami ini yang dipaksa dan ditolak sekonyong-konyong nya ke barisan hadapan? Malu! Malu sangat dengan tindakan 'tidak merdeka' ini. Mengapa mesti ini yang terjadi?

Lihat apa yang berlaku hari ini. Saat kita sedang dalam bulan mulia Ramadhan, sedang dalam semangat patriotisme kemerdekaan yang menginjak usia 53 tahun, kita di 'simbah' dengan kelancangan etika jiran sebelah, yang jelas menunjukkan kebiadapan mereka, terhadap bumi bertuah ini, yang telah sekian lama memberi rezeki dan mengenyangkan perut banyak generasi mereka, yang sekian lama berlembut dengan memberi peluang bukan sahaja dua, tiga, malah entah keberapa kalinya, namun sering juga dipijak kepala! Persoalannya; bila kita mahu sedar? Bila kita mahu mula bertoleransi secara berhemah? Bila kita mahu mendahulukan rakyat? BILA KITA MULA MAHU MENDAULATKAN NEGARA? Hentikan promosi 'melawat negara mereka'. Hentikan sebarang bantuan kemanusiaan kepada mereka bila dilanda bencana. Hentikan memberi peluang kedua kepada rakyat mereka yang mendatang di tanahair kita. Hentikan, hentikan, hentikan! Kerana itu juga yang mereka minta! Mampukah? Mungkin nanti jawapannya, "mereka melabur dalam negara kita, dan kita perlukan pelaburan itu untuk menjana negara." Ya, hingga sanggup menggadai maruah bangsa dan negara? Merdekakah namanya?

Dahulukan rakyat;

  • dengan memberi lebih ruang dan peluang kepada penduduk tempatan, bukan PATI
  • dengan lebih prihatin dengan keperluan hakiki, selain dari rebutan kerusi majoriti!
  • kaji selidik dan siasahkan diri pemimpin, baru mudah semuanya dijana demi negara, bukan sibuk mengerah akar umbi, tapi yang dipucuk goyang kaki.
  • jangan sibuk2 menteri kahwin lagi, tambah isteri artis sensasi. sedang rakyat kais pagi makan pagi,tiada sebarang pengenalan diri, walau nenek moyang penduduk asli!!!!
  • tak usah juga hulur bantuan sana sini, sekadar ingin nama diketahui, tapi banyak rakyat masih miskin tegar, hinggakan rumah beratapkan langit, berlantaikan bumi, makan siput babi!
  • jangan beri muka pada mereka yang tak sedar diri, asalnya pendatang tapi mahu memunyakan negara berdaulat ini, dengan bermuka-muka; manis mulut tapi hati penuh duri! mereka ini sangat keji.
  • intai2 juga komunisme, tidak mustahil menjalar lagi, kerana bahangnya sudah makin lama makin terasa, cuma apinya belum meninggi. mahukah 13 mei berulang lagi?
  • jangan dibiar kaum minoriti, persoal hak kamum majoriti, hinggakan sanggup mempertikai agama rasmi!

Agar mahu pencapaian diutamakan, rakyat MESTI didahulukan!


nota: saya bukan pembangkang. tapi sudah makin muak dengan janji2 manis yang sekadar luahan mulut, tiada hati ingin menurut!

nota2: ini sekadar luahan rasa. andai ada yang ingin berkongsi rasa, dipersilakan sewajarnya. TAPI, andai sengaja mahu berpolitik, mengapi-apikan sesama bangsa dalam negara, anda sangat tidak dialu-alukan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online