I support breast feeding!
Monday, March 26, 2012
Buah hati terbaru..Tak bermakna yang lama tidak lagi beraja di hati..
Sudah genap 32 hari si buah hati terbaru ini, hari ini.
Sayang, sudah tentunya sayang. Menjadi perhatian seluruh ahli keluarga. Yang bongsu, si teruna. Pun begitu, ada juga yang iri. Si Abang Chik, Zahin, Masih belum boleh menerima sepenuhnya, kehadiran si adik ini. Slowly, I said to myself, Zahin will accept this newcomer, fully, eventually. Zahin sayang adik. Aku tahu itu. Kerap si adik di cium-cium. Acapkali juga sambil lalu di tepuk muka si adik dan di penyekkan hidung. Kerenah. Macam-macam. Pernah di seret adik dari bilik belakang, hingga ke ruang tamu. Allahuakbar! Terasa kering sekejap darahku, terhenti degup jantung. Mujur juga tidak ada apa2 berlaku.
Waktu malam, paling mencabar. Zahin masih mahu tidur dengan mama. Aku akan tidurkan Zahin dulu, atau jika tidak, tengah2 malam ata pagi2 buta, Zahin akan merengek mencari aku. Sudahnya, dia akan tolak adik, untuk menyelit tidur dengan aku. Kalau waktu itu si adik sedang bergantung susu, makin kuat rengeknya, sambil suruh aku tutup baju, dan letak adik segera. Mesti kena layan dia dulu.
Aku sudah mula memandu. I have to. NO choice. Anak-anak sekolah, kena ada yang hantar dan ambil. Pagi, tengah hari dan petang! Suami tak boleh selalu berkejar pulang untuk urusan yang satu ni. Mengangkut lah aku dengan si kecik dan si abg kecik. Mujur ada si kakak, yang banyak membantu. Aku tau dia penat. Dia masih kecil, baru 8 tahun. Bukan urusan dia, sepatutnya. Namun dia bijak. Walau adakala perlu di jerit untuk melakukan sesuatu, dia tahu apa yang perlu. Syukur, Ya Allah!
Aku selalu berdoa, mohon kekuatan yang lebih dariNya. Mohon ketenangan dan kesabaran extra.
Darah kotor masih belum kering sepenuhnya. Bila aku tertekan dengan urusan rumahtangga, darah seolah makin banyak. Mungkin akibat terjerit-jerit. Serius, aku tension. Aku perlukan Dia. Aku perlukan sujud padanya. Aku mahu mengadu padaNya dengan sempurna.
Friday, March 23, 2012
Kadangkala, aku tak mampu bertahan dengan ujianNya
Ada anak ramai satu anugerah. Melayan kerenah juga anugerah. Aku bukan menidakkan kuasaNya. Tapi aku tak boleh lari dari berasa marah, geram, tertekan dan macam2 perasaaan lagi, kerana aku manusia biasa.
Tension. Bukan tidak pernah aku rasakan. Macam2 yang jadi puncanya. Tapi, demi Allah, walaupun rasa marah dan geram dengan kerenah anak2, HAKIKATNYA, aku bukan benar2 marahkan mereka. Aku marahkan diri sendiri, yang dikelilingi cuma ruang kosong. Aku cuma ada suami untuk aku meluah rasa. Tapi, kalau dengan suami, banyak mana sangat yang mampu diluah, kan? Kita TAKKAN nak luah semua. Kan? Sebab kita tau dia penat bekerja, mencari nafkah untuk keluarga. Kita tak mahu memberatkan dan membebankan dia lagi. Dia juga pasti ada masalah sendiri, bagaimana mungkin dia mampu menyelesaikan masalah kita pula, kan? Dia mahu mendengar, sudah mencukupi. Itupun belum tentu dia benar2 meneliti. Mungkin kebanyakan waktunya, cuma masuk telinga kanan keluar telinga kiri! Perihal anak2 yang berkerenah juga adakalanya aku malas nak beritahu suami. Aku tak suka dengar amarah dia pada anak-anak kami. Paling tak suka bila dia penat, marah2 lalu ringan tangan, kaki. Ahhh... Mengeluh, Allah benci. Tapi yg termudah aku lakukan. Aku tak boleh nak marah2 sangat, kerana aku akan mudah pening dan pitam bila meninggikan suara. Aku tak suka memukul, kerana aku tak mahu mengulang perkara hitam yang pernah aku alami sewaktu kecil meningkat remaja. Aku tak suka dipukul, maka aku tak mahu memukul. Sebab tu aku tak teragak-agak meninggi suara dengan suami, andai dia mahu memukul juga.
Pesan aku, kawan2 yang teringin nak anak ramai, sila fikir2 sepuluh kali, ya..
Look around, kalau takde yg sedia membantu ketika perlu, kalau hati tidak sekeras batu, kalau mudah panik ketika buntu, kalau cuma hanya ada suami di sisimu, LUPAKAN niat mu itu..
Tapi, kalau ada ibu yg sedia membantu, mertua yang menyayangi kamu, jiran2 yang peka ketika perlu, TERUSKAN menambah umat Muhammad.
Thursday, March 8, 2012
Sakitnya masih terasa
Hari ini sudah genap dua minggu melahirkan Zikry.
Mengingat kembali saat-saat melahirkan, aku ngilu. Ngilu bukan sewaktu melahirkan, tetapi sewaktu dicucuk ubat bius. Saat menaip inipun aku terasa ngilu yang amat sangat. Tiga kali tusukan jarum di bahagian belakang (pinggang) memang mengilukan. Merasa aliran ubat bius disegenap urat bahagian belakang itu amatlah menyakitkan. Andai sahaja saat itu suami aku ada, pasti lebam tangan/ bahu dia aku genggam, aku peluk, menahan rasa sakitnya. Tambahan, aku pernah menjalankan pembedahan tulang belakang.
Sila bayangkan!
Thursday, March 1, 2012
Meet my Erza no. 5
This is my 3rd son, my youngest child. Born Feb 23, 2012. His name is Zikry Erza. It was also a joyful moment of wanting to know the gender of the baby, since he's been 'hiding' it from the start. I was thinking of a girl but deep in my heart, I kind of know that it will be a boy. That's what you called hunch. He's the last. 'Ikat' already. Cannot bear the post-partum pain of Caesarian Section. Third time in a row! Mothers out there, if you are given the chance to give normal delivery, be strong and face it. It is indeed the greatest gift of all. The best experience ever! Had 2 normal delivery (SVD) and 3 C-sect (LSCS) and that's enough for me. Now, time for me to concentrate on raising them and well educating them. Besides, I want some achievements for myself too.
Friday, January 27, 2012
Aku mohon, sila JANGAN menempah maut..
Pagi ini mendapat perkhabaran, perginya seorang rakan sekolah, yang 2 tahun lebih muda dari aku. Subhanallah, perginya pada penghulu segala hari, Jumaat yang barakah, dalam tidur pula. Aku sedih, kerana dia masih muda. Sedih, kerana dia sudah ada anak. Namun syukur, kerana pastinya dia seorang yang disayangi Allah, kerana terpilih untuk dijemput pada hari Jumaat. Semoga ditempatkan dikalangan para solehin dan solehah. Moga Allah ampunkan dosanya serta menerima segala ibadatnya.
~Al-Fatihah~
Pun begitu, tajuk entri pagi ini bukanlah ditujukan pada si arwah.
Aku sedih tengok kawan2 dan kenalan, yang sudah kehilangan ibu bapa, atas sebab2 kesihatan seperti stroke, yang diakibatkan oleh penyakit kencing manis, darah tinggi, gout dan sebagainya. Kenapa aku sedih? Kerana mereka tergolong dalam golongan mereka yang sengaja menempah maut. Mereka obes dan terlalu gemuk! Peringatan telah diberi depan mata, dengan penyakit yang menimpa sekaligus menjadi punca kematian ibu/ bapa (atau keduanya) mereka, namun kenapa masih lagi mereka alpa?
Begitu juga dengan perokok. Andai mereka bukan siapa2 pada aku, lantaklah! Tapi bila kenalan, kawan2, mahupun saudara mara aku yang tergolong dalam kumpulan perokok tegar ini, yang terang2 sudah maklum akan bahayanya, yang ada pengalaman ahli keluarga dimasukkan ke hospital separuh nyawa oleh sebab berkaitan rokok, aku jadi marah. Yang buat aku tambah marah, bila mana gaji tidak seberapa, ahli keluarga makan pakai tak pernah cukup segala, dok mengeluh kata penat bekerja tapi rezeki kurang padanya, nasib tidak memihak mereka, tapi membazir duit beli rokok boleh pula!
Bodohkah mereka ini? Pun rata2 mereka berpelajaran tinggi. Lulusan universiti. Dalam dan luar negeri. Itu yang amat aku kesali. Kalau mereka ni tak habis sekolah, lainlah. Sebab pada aku, memang mereka bodoh tak boleh di ajar. Pun begitu, Allah bagi akal, kan? Tak boleh guna, ke?
Kalau ada antara mereka yang membaca, aku mohon lihat diri dalam cermin. Kalau gemuk sangat, sampai refleksi tak muat di cermin, SILA buat sesuatu. Kurangkan makan, banyakkan senaman. Tak payah bazir2 duit beli mate5 ke, 2Bmodel ke, slimmax ke, herbalife ke apa... Kurangkan makan dan banyak minum air kosong! Benda2 supplement tu hanya pembantu sahaja. Disiplin diri perlu dipupuk terlebih dahulu. Yang merokok kuat sangat tu, tengok sekeliling. Ada anak bini? Masih ada mak bapak lagi? Dah sedia segala macam belanja kalau awak sakit nanti? Dah banyak ke simpanan awak, kalau ditakdir mati meninggal keluarga nanti? Dah cukup bekal nak mengadap Ilahi?
Nak mati cepat? Terpulang. Cuma tolong lah.. jangan menyusahkan orang. Jangan menyusahkan anak bini, keluarga, saudara mara dan jiran tetangga.
~Al-Fatihah~
![]() |
| credit: google images |

| gambar kredit ismaweb.net |

Wednesday, January 25, 2012
saat impian ditunaikan dan hajat dimakbulkanNya: 21 Januari 2012
Ogos 2008, aku berjinak-jinak dengan Facebook. Memerhati dan mengutip ilmu apa yang perlu. Selepas beberapa hari, aku buatkan pula akaun untuk suami. Kemudian, entah bagaimana, terlintas di fikiran untuk buat satu group khas untuk idola aku. Oh.. bukan KRU! Pemimpin tersohor dan paling bijak pada hemat aku. Mak dan Ayah aku sangat2 mengagumi dan menyanjung manusia yang satu ini.
Julai 2010, permohonan untuk mengadakan majlis minum petang bersama pemimpin ulung ini diajukan. Malang sekali, beliau terlalu sibuk lantas menolak. Tanpa putus asa, aku bertanya, mencari dan menghubungi sekian ramai manusia, yang mengaku boleh membantu dan kenal dengan beliau, untuk menyatakan hasrat dan tujuan yang sama. Sudahnya, aku merumuskan, jangan terlalu berharap pada bantuan. Usaha, tangga kejayaan. Pun begitu, terima kasih pada kenalan facebook, Kelab Chedet. Tak lokek berkongsi pengetahuan. Surat kedua di utus pada 2 November 2011.
Selama dua minggu, hampir setiap hari aku membuat susulan dengan PA Tun. Sehingga aku merasa, sangat menjengkelkan beliau (hahahaha! Mohon maaf banyak2!)
Tanggal 20 Disember 2011, aku mendapat sepucuk surat dari poslaju. Kerana sudah biasa menerima kiriman poslaju, dan kenal pula dengan si pekerja poslaju tersebut, kami bersembang seketika. Tanpa sedikit pun aku menyangka apa-apa.
Sekilas, ku pandang kiriman surat di tangan. Melihat yang ianya dari Yayasan Kepimpinan Perdana, hati aku berdegup kencang. Setiap apa yang diperkata dek penghantar surat, sudah tidak lagi jelas di pendengaran. Aku mahu segera membuka surat tersebut. Aku mahu segera menamatkan sembang2 kosong tersebut. "Ok, dik.. terima kasih!" Aku memotong perbualan. Tanpa aku mengetahui apa yg kami bualkan dihujungnya. Dengan wajah terpinga, si penghantar surat termangu seketika dan terus berlalu....
Kocoh kacah aku masuk ke rumah. Ku campak tuala yang ku guna menutup kepalaku keluar rumah. Pantas jemariku membuka surat. Anak-anak yang melihat aku cemas, berkumpul mengelilingi aku. Pantas ku baca isi kandungannya. Lantas air mata ku berguguran. Ku baca sekali lagi:-
Puan,
Majlis Minum Petang Bersama Ahli Group Facebook Tun Dr
Mahathir Mohamad
Rujukan: Surat bertarikh 2 November 2011
Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan Y.A.Bhg Tun Dr Siti
Hasmah binti Haji Mohd Ali mengucapkan terima kasih atas jemputan ke
majlis minum petang di atas.
Sukacita dimaklumkan Y.A.Bhg Tun bersetuju hadir di majlis minum
petang bersama ahli group Facebook Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada
hari Sabtu, 2l Januari, 2012 jam 4.30 petang, di The 39 Restaurant,
PNB Darby Park Executive Suite, Kuala Lumpur.
Sekian dimaklumkan.
Terima kasih.
Aku meraung! Raungan gembira. Tasbih, tahmid dan takbir tak lekang dari bibir. Air mata sangat laju bercucuran. Apa kebaikan yang telah aku lakukan, sehingga Dia mengabulkan doaku? Terima kasih ya Allah! Anak-anak kebingungan. Soalan 'kenapa, ma?' bertalu-talu diaju dari mulut2 kecil anak-anak, silih berganti. Aku peluk cium semua anak-anak. Syukur ya Allah. Aku melompat gembira. Anak-anak turut sama terlompat-lompat, meraikan kegembiraan. Saat tenang seketika, ku sela airmata. Mengumpul kekuatan untuk berkata-kata. Telefon dicapai, nombor suami di dail. Saat terdengar suara suami dihujung talian, airmata ku gugur semula. Bagai terbayang suami tersenyum, tatkala aku memberitahu khabar gembira itu, dengan esak tangis gembira ku. Ucapan tahniah dari suami aku terima dengan senang hati. Namun hati ku tersentuh sayu, saat akhir perbualan, suami menyatakan, 'Ma, pa bangga dengan mama..' Hujan airmataku bertambah lebat jadinya!
![]() |
| gambar kenangan kami; para Admin + ahli jawatankuasa bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri |
Orang kedua aku hubungi, untuk memberitahu khabar ini, tak lain tak bukan, ialah bondaku. Ku khabar pada emak, bahawa aku akan bertemu Tun. Sememang niatku untuk membuat kedua ibu bapaku merasa sedikit bangga terhadapku. Maklum, aku tiada apa yang boleh dibanggakan, selain dari berupaya habis sekolah, jejak kaki seketika di ITM Jengka, berniaga, berkahwin dan 'memberi' cucu pada keduanya.
Pun begitu, 'seats' yang aku peruntukkan buat kedua ibu bapa, tidak dipenuhi mereka, kerana ada urusan lain pada tarikh yang sama. Apakan daya. Bukan rezeki keduanya.
Sejak dari hari menerima surat persetujuan Tun, aku bekerja siang malam untuk menjayakannya. Dugaan, cabaran, keletihan, dan segala pahit manis dalam memastikan perlaksanaannya, biarlah aku dan Dia saja yang tahu. Terima kasih tidak terhingga pada semua AJK yang membantu. Tak lupa pada Datuk Mukhriz Mahathir, yang sudi menghulur sumbangan peribadi beliau untuk kelancaran majlis, pihak pengurusan dan staf PNB Darby Park, Kuala Lumpur, Datin Nadzriyah serta Avon yang banyak membantu dalam memeriahkan majlis. Juga jutaan terima kasih diucapkan pada suami tercinta, yang membantu menjaga 4 orang anak kami sepanjang hari bersejarah tersebut, di rumah.
Sesungguhnya hari itu merupakan hari terbaik untuk aku!
p.s: gambar2 sekitar majlis ada di group TunDrM. Jemput join!
p.s.s: ku tunjuk gambar2 pada mak dan ayah.. terlihat riak bangga di wajah mereka. kesampaian juga hasratku!
Saturday, December 31, 2011
2011 dalam kenangan..
Apa yang berlaku sepanjang 2011? banyak...365 hari yang penuh suka duka.
2011, pertama kalinya aku merasa sayu kaki anak dara kedua aku patah.. hari pertama Ramadhan pulak tu. nakal sungguh...dan baru2 ni, abang dia pulak patah... patah tangan. Macam betul2 patah je, kan? Tapi syukur, cuma retak sikit. Bersimen la jugak!
2011 juga pertama kali menjejak kaki ke negeri di bawah bayu; negeri kelahiran suami tercinta, sejak 8 tahun usia perkahwinan kami. seronok? Tuhan aje yang tahu!
2011 juga memberi khabar gembira bilamana aku disahkan mengandung anak ke 5. haaa.. ke 5. kenapa? tak percaya? :p Ini juga bakal anak terakhir. Doktor suruh aku 'resign' beranak. sebab masuk kali ni, akan jadi 3 kali berturut aku kena operate. Sudahnya, doktor cakap, ikat jek. Wokeh! aku pun takde banyak bunyi. Lagipun, aku banyak perancangan selepas ni.
~Aku nak jejak ke Makkah, sebelum 2020~
~Aku nak genggam segulung ijazah, sebelum atau pada 2020~
Pun begitu, penutup 2011 aku sangat indah..
Kerana ini:-

Tuesday, December 13, 2011
Mutiara oh Mutiara!!!

![]() |
| butang baju melayu. cantik, kan? |
![]() |
| rantai tangan. |
Yang kat bawah ni, loket mutiara air tawar. Ikat dengan silver, ya.. Harga, RM30 each.
Semua harga yang dipaparkan adalah TIDAK termasuk kos pos ya.. Beli 2 barang, kos pos adalah percuma. Mohon email pertanyaan/ order anda terlebih dahulu untuk memastikan stok ada. Terima kasih.
Friday, December 2, 2011
Solat..hukum & azab melewat-lewatkannya.
Dari Abdullah bin Mas'ud, mereka telah bertanya Nabi s.a.w, "Amalan manakah yang paling utama? Nabi
menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi
bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian
apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" [Riwayat Bukhari,
al-Jaami al-Sahih #2782]
Hadith diatas ini menjelaskan bahawa solat fardu hendaklah dilakukan pada waktu-waktunya. Ia menjadi makruh (menurut setengah2 ulama') apabila seseorang yang melewatkan solat itu meninggalkan solat berjemaah, dan boleh menjadi haram jika dia bersolat pada waktu-waktu yang diharamkan bersolat.
~sumber: Al-Ahkam.net~
Azab melewatkan solat:-
LAGI, DI SINI (Aku suka melawat blog ini, untuk belajar. Masih banyak yang aku perlu tahu.)
Cerita tauladan dan kisah benar sebagai iktibar.
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar..kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini.Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

5 azab di dunia
1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya
2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya
3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik
4. Doanya tidak dimakbulkan dan;
5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.
3 azab ketika hendak mati kelak
1. mati dengan keadaan aib
2. mati dalam kelaparan dan;
3. mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu.
3 azab di dalam kubur
1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur
2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam.
3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit.
~sumber: mohdazhan.com. tq!~
LAGI, DI SINI (Aku suka melawat blog ini, untuk belajar. Masih banyak yang aku perlu tahu.)
Cerita tauladan dan kisah benar sebagai iktibar.
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar..kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini.Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.
Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah
perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram
selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan
tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular
yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam
liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah.. Keadaan ular tersebut amat menggerukan.
Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita
tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya
lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya). Apabila
mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar …
Mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat
ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan
tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam
itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba
Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar
dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur)
. Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti
dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke
dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu.Subhanallah.Ada
beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan
melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh
terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga
Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada
gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat.
Bagaimana kalau tak solat..?
Salah..
Aku pernah senyum sinis, membaca status atau komen di FB seorang kenalan adik, bila mengetahui melalui adik aku, yang si polan itu dulu 'menyetan' juga. Pernah juga geleng kepala, bila mana ada status updates dari kawan2 dan/ atau kenalan yang sekenal aku, tak begitu bagus 'amalan' nya, tapi memohon dan mengharap belas dari Allah s.w.t.
Sangat kejam dan keji, rasanya tindakan aku itu, kan? Siapa aku untuk mencebik? Mengherdik? Berpaling dan menjuih bibir kerana jelek? Walau si polan orangnya 'hectic', terbuka, dikenali kerana sikap suka huha-huhanya, namun tindakan beliau mengharap kasih dan ihsan dari Yang Satu adalah mulia, kan? Setidaknya dia tidak memohon dan bergantung harap pada yang selain penciptaNya, kan? Sekurang-kurangnya dia masih saudara seagama aku, kan?
Bunyi macam sangat hipokrit.
Ya.. ada yg melabel aku hipokrit. Sia-sia. :) Seolahnya sangat mengenali aku, sedangkan tidak sedikitpun ambil peduli tentang aku. Katanya, dengan harapan aku berubah.
Persoalannya, tahukah dia aku berubah? Atau setidaknya cuba untuk berubah? Sedarkah dia akan aku yang dulu dan sekarang jauh berbeza? Mahukah dia meletakkan dirinya di situasi yang sama, sedang dia juga BARU berubah? Jauh di sudut hati, ingin sangat aku doakan, agar dia merasa apa yang aku rasa. Tapi itu tidak harus.
Maka aku hanya akan terus bersetuju:-
Manusia. Itulah hakikatnya.
Aku tahu apa yang aku pernah buat itu salah. Memang sangat salah. Menegur kesilapan bahasa dan ejaan bahasa inggeris teman dan kenalan juga, salah. Biarlah mereka terus-menerus salah, asal aku tidak menyakitkan hati mereka. Berdiam diri, lebih baik. Orang tanya, baru jawab. Ok? :)
Tuhan telahpun menghukum aku dengan apa yang berlaku pada aku. DIA menyebabkan aku disinis, dipandang jelek, malah juga dicebik. FAIR PUNISHMENT.
Allah itu maha adil.

Subscribe to:
Posts (Atom)