I support breast feeding!
Tuesday, May 31, 2011
31 Mei 2003
Hari ini, genap 8 tahun.
Selamat ulangtahun perkahwinan, suami tercinta.
Syukur atas segala nikmat dan kurniaNya;
hidup yang sederhana, diuji sekali sekala & 4 cahaya mata comel2 belaka!
Hebatnya Dia.
Namun Dia mengajar aku supaya lebih matang dan lebih banyak bersabar.
Walau berat beban terpikul di bahu, walau sesak nafas menahan, walau bergoncang jiwa tertekan, keranaMu, aku bertahan.
Friday, May 27, 2011
Jumaat yang mulia..tp aku diujiNya!
Sakit!
Hujan yang turun mencurah sejak subuh tadi tetap tak mampu mententeramkan gejolak.
Semua kerana dia.
Pencetus geram, marah dan sakit hati aku!
Thursday, May 26, 2011
Terasa mahu bunuh diri? Silakan!!
So, sukahati ko nak bunuh diri.
Tapi tolong jgn heret yang tak bersalah sekali!!
**********************************************************
Bawak kenderaan macam orang gila. Memotong tak kira lane. Bawak keta memalam tak on lampu. Menongkah arus lagi! gila betul!
Tu belum masuk yg bawak motor macam tak cukup tanah merempit!
Nak mati, silakan. Tapi tolong jangan menyusahkan orang lain!
Tolong aku klik 'like'!! utk Nikon D5100 Photo Competition Submission
dan
Nikon D5100 Photo Competition Submission2
Aku nak tgk sejauh mana minat aku dalam fotografi ni boleh bawak aku. May not a pro but aku suka. Walau saja2, suka2, itu minat aku sejak kecik.
Tolong klik 'like' ya!!
Monday, May 23, 2011
Restoran dan produk makanan dan tanda HALAL palsu.
IKEA FOODCOURT, TIADA DALAM SENARAI PEMOHON STATUS HALAL JAKIM. SO? AGAK-AGAK LA, OK? (aku sgt tak suka tepon jabatan kerajaan ni tau. lembab + berlagak, dari dulu tak pernah berubah. dah jadi sindrom!)
OLD TOWN WHITE COFFEE
| Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL) | |
Aduan : | Assalamu'alaikum Saya telah menghantar emel ke Oldtown White Coffree untuk menanyakan sijil halal yang dipaparkan dalam lawan web mereka (oldtown.com.my>>our business>>our lourels) tentang mengapa sijil dikeluarkan JAIP itu hanya mengesahkan minuman sahaja, bukan makanan. Mereka telah membalas emel saya dengan menyatakan mereka mendapat pengesahan dari SAS-H Consultants Sdn.Bhd. (CO.NO. 704021-P) di mana mengikut mereka, syarikat ini bekerja rapat dengan JAKIM dan mengikut ISO 1500-2004. Soalannya apakah benar kenyataan mereka ini. Selain itu, mereka menegaskan premis mereka adalah 'Pork Free'. Itu maklum kerana menunya sememangnya tidak ada hidangan tersebut. Cuma, kemusykilannya bagaimana status sembelihan ayam untuk makanan mereka kerana ada beberapa hidangan mengandungi ayam. Terima kasih. Assalamu'alaikum. |
Tarikh Aduan : | 02/01/2009 - 13:12:34 |
Jawapan : | Assalamualaikum SAS-H Consultants Sdn.Bhd. tidak diiktiraf oleh HDC mahupun JAKIM di dalam pengeluaran sijil halal. Kenyataan tentang bekerja rapat dengan JAKIM dan mematuhi MS1500:2004 tidak dapat dipastikan kerana tidak sebarang hubungan atau perjanjian antara kedua belah pihak. Sekian, Terima kasih. |
MANHATTAN FISH MARKET
| Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL) | |
Aduan : | Assalamualaikum, adakah premis restoran The Manhattan Fish Market. Conothnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo dan Centre Point mendapat Logo Halal from HDC atau JAKIM. |
Tarikh Aduan : | 14/04/2009 - 01:28:47 |
Jawapan : | Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih |
KENNY ROGERS, BIG APPLE, JCO
| Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL) | |
Aduan : | adkah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co? |
Tarikh Aduan : | 27/04/2009 - 00:53:42 |
Jawapan : | Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih |
GENERAL INFO TO TAKE NOTE
| Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL) | |
Aduan : | Asalam'kum, Saya ingin bertanya samada logo halal tu hanya di keluarkan oleh pihak HDC sahaja atau sebaliknya. Ini adalah kerana kebanyakkan premis restoran di sekitar Kelana Jaya, Petaling Jaya mempamirkan logo halal "South east asia Islamic Council" yang beralamat di Taman Tun Dr Ismail, KL. Ini mendatangkan banyak kemusykilan tentang kesahihan sijil halal yang dipamerkan. Wasalam. |
Tarikh Aduan : | 23/03/2009 - 06:18:30 |
Jawapan : | Waalaikumsalam.. Terima Kasih kerana bertanya. Logo halal yang diiktiraf oleh pihak kerajaan hanyalah yang dikeluarkan oleh HDC & Jab Agama Islam negeri.Selain daripada itu tidak diiktiraf oleh kerajaan sama sekali. |
PEWARNA RAMBUT
| Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL) | |
Aduan : | Assalamualaikum... Saya cuma mahu bertanya tentang pewarna rambut. Apa yang saya lihat ialah terdapat banyak pewarna rambut yang memaparkan logo halal di kotak pek itu. Adakah produk ini memang halal ? |
Tarikh Aduan : | 13/03/2007 - 20:36:14 |
Jawapan : | Wassalam, JAKIM tidak pernah memberi sijil pengesahan halal kepada mana-mana produk pewarna rambut. Terima kasih. |
UNTUK LEBIH MAKLUMAT LANJUT TENTANG STATUS HALAL PREMIS ATAU MAKANAN ATAU PRODUK, SILA HUBUNGI HAB HALAL JAKIM DI 03-83150200.
Sunday, May 22, 2011
Kenapa 'couple itu haram'?

COUPLE ITU HARAM - artikel asalnya di iluvislam.com
sila cari sendiri. :)
Apa tanggapan pertama anda bila membaca tajuk artikel tersebut? Diulang; tanggapan pertama.
Sesungguhnya ia mengundang pada bacaan lanjut. Untuk difahami dan didalami setiap bait kata, setiap baris ayat, setiap langkau perenggan. Barulah nanti tercapai dek akal untuk dimengerti.
Namun yang menjadi persoalannya sehingga aku terpanggil untuk mengulas (konon!) tajuk artikel ini ialah penerimaannya di kalangan adik-adik, khususnya anak remaja.

Yang taksub akan dengan mudah menuding jari dan meninggi diri mengatakan dia berada di ruang dan laluan yang betul dengan tidak ber 'couple' sehingga menjadi topik bahas yang hangat di laman sosial popular tidak lama dahulu. Tanpa dengan bijak menggali dalam-dalam untuk setidaknya memahami maksudnya. Ini yang amat mendukacitakan. Betapa anak remaja kita dengan mudah menerima sesuatu tanpa perlu berfikir jauh-jauh, mengkaji akibat dan kesannya. Oh. Pastinya bukan semua. Ramai yang bijaksana, adanya. Ramai juga yang pintar berbicara dengan penuh isi butir bernas umpama pendita!
Berbalik pada topik. Apa maksud 'couple'?
Mudah. Maksudnya; pasangan.
Lalu, mengapa dengan mudah mengatakan ianya haram? Adakah pasangan suami isteri itu haram? Pasangan adik beradik itu haram? :) Sudah tentu jawapannya sama sekali 'tidak'. Pengertian dan kupasannya terlalu panjang dan luas untuk di bahas di laman maya ini dengan hanya dibantu ketukan papan kekunci.
Saat ini sudah pasti juga ada yang mula mahu panas punggung dan mahu melenting dengan bacaan yang sedikit cuma. Sabar itu separuh daripada iman. Sudah lupa? :)
Tidak ada salahnya kalau mahu menarik pembaca dengan tajuk yang panas atau kontroversi (selagi tidak membuka aib manusia yang lain; tidak kira batas usia, pekerjaan, bangsa mahupun agamanya), namun perlu berhati-hati akan maksud penyampaiannya. Perlu diteliti skop pembacaannya. Mengikut akal logik, mahu kah para remaja (yang artikel tersebut sememangnya ditujukan khas pada mereka) membaca dengan rasional, penuh rela dan berfikiran terbuka untuk kefahaman diri mereka? Mungkin 1 dalam sepuluh. Mungkin dalam ramai yang membaca, hanya separuh (ini pun dah Alhamdulillah!) yang faham akan terma penggunaan perkataan 'couple' tersebut, yang menjurus kepada bahasa muda mudi sekarang:
'aku dgn jeff skrg. kitorang couple. baru declare semalam.'Oh, ya! Terma itu bukanlah terlalu baru. Ianya umpama ulangan sahaja. Aku juga pernah menggunakan terma tersebut zaman sekolah 18 tahun dulu, dan zaman IRC 4 tahun kemudiannya. :p
Lalu, apa kesimpulannya?
Baca bukan sekadar tajuk.
Bukan juga sekadar sambil lalu.
Baca dengan niat untuk mendapat ilmu.
Baru hidup akan pasti ada arah tuju.

Cinta hatiku. Moga kekal ke akhir waktu!
Saturday, May 21, 2011
Ya Allah..selamatkan anak-anak ini!
Tanah runtuh: Seorang lagi mangsa meninggal dunia
KUALA LUMPUR 21 Mei - Seorang lagi mangsa tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat meninggal dunia di Hospital Ampang malam ini.
Penghuni lelaki itu adalah antara sembilan mangsa yang cedera yang dikeluarkan daripada runtuhan itu petang ini.
Ini menjadikan jumlah yang maut dalam kejadian itu sehingga pukul 10 malam ini ialah enam orang.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang ini, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah yang meranapkan khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.
Sehingga kini, seramai 10 lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.
Operasi mencari dan menyelamat oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diteruskan sehingga semua mangsa ditemui. - Bernama
copy paste dari Utusan Online
Kasihani mereka ya Allah.
A-een, A-een..!

hahaha! takde keje la tuh..
Rindu papa agaknya.. tu yang sibuk2 nak pakai stokin papa tu..
Isnin papa balik la, sayang.
Friday, May 20, 2011
..dan mata pun berat menahan limpahan airnya..
Sewaktu sedang sibuk² google tentang headband cantik dan murah untuk anak² dara ni, aku dikejutkan dengan satu soalan dari Dalia.
Anak sulung aku yang menginjak usia 7 tahun ni, mendekati aku dengan wajah penuh persoalan namun tenang.
'Ma, nanti kalau hari kiamat, bumi bergegar kan? Lepas tu kita semua mati, kan? Nanti kakak tak kenal mama, kan? Dah lepas tu nanti, kita boleh jumpa balik tak?'
Aduh! Beratnya soalan itu. Perlahan aku menarik nafas, dalam usaha merangka-rangka ayat agar jawapan aku nanti memuaskan hatinya. Lama juga aku tumakninah. Sehingga membuahkan tandatanya di wajahnya. Sesungguhnya, tidak pernah terlintas di benakku persoalan sedemikian akan dibangkitkan oleh anak semuda itu.
' Kalau mama tak tinggal solat, jadi orang yang baik, jaga anak2 mama dengan baik, dan kakakpun jadi anak yang baik, mendengar kata, Insya Allah kita boleh jumpa.' Dalia seakan faham. Dia berlalu dan duduk sebentar di sofa, sebelum datang kembali pada aku, memberitahu yang dia mahu masuk tidur.
Selang dua minit, aku terdengar esakan dari dalam bilik. Aku tahu anak dara aku yang satu itu sensitif dan mudah terganggu emosi. (macam aku juga!) Seketika kemudian dia keluar dengan linangan airmata dan mata yang membengkak, lalu memeluk aku. Dalam berat menahan emosi, aku tanyakan padanya, 'Kenapa kakak menangis? Kakak takut kita tak jumpa nanti ya?' Dan saat ini aku sudah mulai sebak. Dia mengangguk. Pelukan makin erat dan mulutnya melafazkan, 'kakak sayang mama..' sambil airmata jatuh makin laju.
Untuk menenangkan hatinya, aku bersuara seraya memujuk hati kami berdua...
'Allah Maha Penyayang. Dia tak pernah bencikan kita. Dia dah janji, setiap umat Islam, pasti masuk syurga. Selagi kita ikut suruhan Dia, kita mesti dapat masuk syurga. Kalau kita masuk syurga, mesti kita dapat jumpa, kan? Nanti Allah sediakan rumah besar untuk kita semua.'
..dan saat ini, mata aku sudah tidak mampu lagi membendung airnya... empangan pecah juga.
Erza Dalia sayang.
Sesungguhnya syurga dan neraka itu hakNya. Mama tidak mampu untuk berkata yang indah-indah untuk sekadar menyedapkan hati kita. Mama hanya mampu untuk membuat Kakak yakin akan kewujudan Allah yang Esa. Mama juga masih banyak khilaf dan silapnya. Masih banyak yang perlu mama pelajari dan ketahui, agar dapat mama turunkan ilmu kepada anak-anak nanti. Masih jauh langkah yang perlu mama selusuri, agar anak-anak dapat meniti dan melaluinya dewasa nanti, setidaknya kurang onak dan duri. Setiap nafas kita hembus, setiap kerlipan mata kita, setiap degupan jantung kita, adalah hakNya. Berdoalah sayang, agar hati kita tetap padaNya. Mama takkan mampu mengharungi semua dugaanNya dalam membesar dan mendidik Kakak dan adik-adik, tanpa bantuan dan pengertian dari anak-anak mama. Bantu mama, dengan menjadi anak yang soleh dan solehah, agar dapat kita berjumpa, bersatu semula sebagai sebuah keluarga bahagia, di Syurga sana dengan izinNya!