Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, May 30, 2010

its about to be 7, one strong number.


bring back the memories of joy of 31st May, 2003.

yeap. it's my wedding anniversary. 7 beautiful years, filled with fun, love, anger, fight, quarrel, jokes and 4 kids (hahahaha!)

it may be young, but 7 to me is very strong. i never thought of getting married actually, let alone having kids. but what happen to me now, is a blessing. who would have thought that ugly fat girl like me will get married? all of my school friends were in deep shocked, when i told them i was about to get married. in fact, i got married earlier than most of them! fate, i would say. Thank God!

my husband, Zairi is a loving man. he may not be as romantic as Romeo but it's okay to me. i'm not a Juliet either! he's funny, indeed. but he's not a joker. he's fun to be around with. he's open minded and a calm person. but when he's not in the mood, well.. i don't have to elaborate on it. :)

Allahyarham P. Ramlee said, in one of his songs "sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.."

it happens in all marriages, i reckon. we too, have our ups and downs. but one thing for sure; seeing him in a calm moment, a smile on his face, a laughter that soothes the moment, makes me feel like a winner. how is that? ever received any winner's prize? that's how i feel. like receiving a gold medal for being a good wife, a good housekeeper, a good mum, and a good person. i'd change for him. i'd die for him. i'd do anything i can afford, for him. how crazy, funny and miraculous love can be at the same time.

to my dear beloved, thank you for being a tolerant person to me notwithstanding in facing my hard-headed behaviour sometimes (?.. hehehe). you came into my life when i was in need. and showered me with love and trust. you, are the right one for me, InsyaAllah, forever and after. I love you, with all my heart. Happy 7th Anniversary.

Father's day is coming...


June is Father's month. Hail all GOOD fathers in the world!

i still have my dad. he's well and kicking (hehehe..), Alhamdulillah. he may not be as strong as he was 20 years ago but he is still my idol. he worked hard then, and still do, now. only the difference, then was for the continuity growth of his family tree, and now for his own pleasure and hobby and perhaps some legacy to be left behind for his grandchildren so forth. he has transformed, i would say. from somewhat ordinary to someone extraordinary. i admire his will and determination in doing something. he fails and succeeds. that's what makes him, who and what he is, today. i love my dad very much. though he was rarely at home (he worked shifts, back then), he seldom asked me on how was i doing in school, not ever appeared during any of my award giving ceremonies etc, bla..bla.. typical old time dad!
BUT! he did have time to send me to school (most of the time, late! he finished work at 7am and were only reached home at 7.50!!). reminiscing those days, the memories, i smiled in teary eyes.

now that i am a mother, and my hubby is often home late, often out here and there doing his on-field-sound-engineer job, and my children look up on him waaaayyyy much more than me, i can not argue no more. i was once in their shoes! every time i battled with myself, why am i not being praised by my children as they do to their father, for i'm the one gave birth to them, bathe them, feed them, manage them at home bla..bla.. i will go back to those years, when i was their age, and i will be calm. and smiling again.

father, in a way, manage to make their children proud, regardless of however they treat their children at home. err... certainly not those kind of fathers who beaten up their children to death. those are stupid fathers. a disgust to a 'Father Society'.

Ayah, kakak sayang ayah! dan tak akan jemu untuk ucapkannya berulangkali, walau selamanya.

as to my beloved hubby, you are a good father. i love you lots. and you deserve a good Father's Day treat. later, ya? :p

Thursday, May 13, 2010

kenapa kisah dalam dunia ni berkait?

pernah dengar ungkapan 'keciknya dunia'?

selalunya ia berkenaan atau berkaitan dengan betapa tidak sangkanya kita akan sesuatu perkara yang acapkali kita lihat, mungkin sentuh malah pernah bersapaan; rupanya ada pertalian dengan hidup kita selama ini.

apa kena mengena tajuk di atas dengan post nih?

takde apa kot. saje je nak warm-up otak. nak lubricate balik idea2 yang banyak tp beku dan berkarat.

ahhh... penat..

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day!

aku sayang mak aku.

dia bertanggungjawab melahir dan membesarkan aku. itu aku tak boleh nafikan.

aku sayang dia sangat2, hinggakan aku sanggup pertahankan dia, walau apa terjadi, insya allah. aku pernah maki makcik aku sendiri, sebab dia sesuka hatinya mencaci dan menghina dan mengata mak aku. mujur ayah aku tak bagi aku berdepan dan berjumpa dengan makcik aku tu masa kejadian, kot tak, mungkin lebam muka dia aku tumbuk!

"mak, kakak tau kakak tak dapat jadi seperti apa yang mak harapkan. kakak harap mak tak terlalu kecewa dengan kakak. ampunkan kakak ye. mak dah didik kakak semampu dan sebaiknya. kakak tak layak salahkan mak walau apa sebab musabab sekali pun. kakak sayang mak. dan itu adalah satu kepastian. sampai mati!"

selamat hari ibu.
aku pun dah jadi ibu.
mungkin sebab itu aku mula faham tugas yg digalas oleh seseorang yang berstatus IBU.
sila hargai ibu anda.

Saturday, April 17, 2010

Tokio Hotel Live in Malaysia!!


nak tahu lebih lanjut?
sila rajin2 bertanya saya!!!
;P

Monday, April 12, 2010

ketahui waktu subur wanita

Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.


Fahami Kitar Haid

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri - ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Waktu Terbaik

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara Lain Mengetahui Waktu Subur

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

**sumber dari Dr. Syahrizal Azwan

Saturday, March 27, 2010

senaman mudah?

ada yang baru bersalin?
sekadar nak berkongsi pengalaman.

selalu para ibu akan mengadu, tak ada masa dan kesempatan untuk bersenam. paling best, akan cakap 'alah, sibuk dgn anak, kira bersenam la tu..' hehehehe. aku mengaku, itu pun ayat aku jugak. hahahha!

tapi, lately aku dah bertekad. sejak lepas raya thn lepas, aku asyik diserempakkan dengan para ibu yang baru anak satu, tapi badan dah macam maskot tayar michelin. aku risau. risau dengan kesihatan. risau dengan keadaan. aku dah anak 4, alhamdulillah badan aku tak macam maskot tayar michelin tu, tapi aku ada spare tyre. aku agak tinggi dan keaktifan aku masa sekolah dalam bersukan mungkin juga banyak membantu, dalam menghalang pembentukan lemak2 degil menggunung dalam sistem tumbesaran aku nih. nasib baik!! hahaha..

terus ke subjek utama. senaman mudah. ada ke senaman mudah? ada. libat kan sekali anak anda. kalau ada yang dah besar2, umur 6, 4, 3 mcm anak2 aku ni, leh ajak join sekali. gila pecah perut ketawa dengan gelagat diorang bersenam yang lebih sudu dari kuah. hahahaha. andai anda cuma ada si kecil seorang, di bawah umur 6 bulan, caranya sangat enjoy dan senang.

sila baring terlentang. tiarapkan anak anda atas perut anda. kaki sila rapatkan ke punggung. ready? sedia? hehehehe.. sila cium anak anda, sepuluh kali. mana yang terjangkau la yer, dahi ke, pipi ke. make sure tangan anda pegang belakang baby ye, kang jatuh, satu hal pulak. best kan? TAPI: jgn buat senaman ni bila anda baru lepas makan. dan juga bila baby baru lepas menyusu. nanti dedua muntah. hehehhehehe

kalau anak anda sudah lebih 8 bulan, buat senaman yang sama tapi dudukkan dia atas perut anda. boleh juga buat senaman kaki dan paha, dengan letakkan anak di atas keting, dan.... JANGAN ANGKAT BABY!!!! sila angkat kepala dan badan anda, juga untuk mencium si baby. rapatkan lutut anda ke dada anda dengan perlahan, dan cium baby anda. sepuluh kali, satu sesi. minimum dua sesi satu hari, boleh kan?

untuk lengan yang kelihatan menggeleber? pun boleh buat aktiviti senaman dengan anak.
tp untuk bayi 6 bulan ke atas je ye. duduk tegak, kat tepi katil atau kerusi atau sofa. kaki firm jejak ke lantai ye. selesakan diri. buka sedikit kaki, bagi ruang selesa untuk anak di tengah2. pegang ketiak baby dan angkat ke muka kita untuk dicium. mula2, buat la lima kali dulu. dan tambah sedikit demi sedikit bila dah hebat. hehehehehe. dah selesa duduk, sila berdiri pulak. kemaskan kekuda (bengkokkan sedikit kaki anda, untuk kesan pembakaran lemak di paha), pegang baby cara yang sama. tapi, instead of angkat baby untuk dicium, anda cuma bersembang dan mengagah baby selama sepuluh saat, letak baby. buat lima kali. then, posisi berdiri yang sama, luruskan tangan yang memegang baby tu kehadapan, perlahan-lahan bawa baby muka anda, dan kiss baby anda. ini untuk lengan dan sisi badan.

boleh buat? rasa mudah? ehh? susah? cuba dulu ya. nanti sila komen. all the best!!!

lama sangat rasanya tak update..

ampun ya..

sangat sibuk kebelakangan ini.

yang nyata, penambahan usia agak mematangkan tingkah dan keputusan. (agaknyalah..)

anak-anak, semakin bijak juga. ada saja kerenah mereka yang tak terjangka dek akal. si kecil a-een juga begitu. suka sangat tengok dia ketawa, menayangkan 4 batang gigi sulungnya (2 atas, 2 bawah) yang comel dan agak jarang itu. hehehehe..

minggu ini juga sibuk. dengan urusan pendaftaran sekolah anak sulung (thn dpn darjah satu, kena daftar sebelum 31/3/2010), urusan rumah dan keluarga, papa nak kursus, kenduri kendara, dan sebagainya. pening. tp itu adalah lumrah kehidupan berkeluarga.

will update again, later.. currently in a very good mood of writing. ;)

Saturday, February 20, 2010

hari ini genap 31

ehh? 31? rasa macam baru semalam ambik result SPM. macam baru semalam juga merajuk sambutan harijadi tak memberangsangkan. hahaha..mcam budak2 sekolah rendah.

tak apa. tahun ini juga tak ada sambutan gilang gemilang. dah berusia. sepatutnya dah cukup matang (walau kadang2 cuba untuk kelihatan keanak-anakan).

semalam ke Genting. papa dan yad teringin nak naik cable car. layan jek. request dari mama agar papa off for the sake of me dah makbul, makanya kita setuju ke sana. heheheh. sepanjang beratur untuk naik gondola, setiap mata para pelancong China (adalah lebih 20 orang) memaku ke arah kami. lebih pada darling sebenarnya. mungkin sebab si darling ni sangat comel dan mata ala-ala sepet cina gitu. dan yang paling tak tahan, depa tgk darling, tgk aku. tgk darling, pastuh tgk aku. pasaipa cheq??? tak sama ka? hehehehe.. then sempat pulak diorang membanding-banding anak2 aku ni. jgn tak percaya, they were speaking in mandarin and i can understand them! cuma nak bercakap aku lom ada konfiden lagi. dan akhirnya, mungkin diorang dah tak tahan curiosity, one of them finally asked me. '1,2,3,4?' and i answered, 'yes, 4!'.

itu juga yang berlaku sewaktu beratur untuk naik gondola utk pulang. kali ini barisannya lebih panjang. lenguh pinggang aku menggendong si kecik. siap marah mamat cina lagi, yg dok main2 botol air then terlepas kena kepala darling. cilakak! sib baik aku marah kontrol2. sib baik bila aku suh mintak maap dia ikut. kot tak, lebam bijik mata! hahahahahha..

errr...aku tak nampak macam orang yang dah ada anak 4 ke?

p/s: masa dlm gondola nak turun ke base Genting Skyway, sinaran matahari jam 7ptg memancar kuat ke muka kami. maklum, facing the scenic view. and that's when my hubby gave me a beautiful 'gift'. he held my face in his hand and said 'mama ni cantik rupanya.' and by typing this, i got tears in my eyes. thank you, pa!

Thursday, February 11, 2010

reunion, reunion!

calling all SMS 16, SPM 1996 students!

reunion akan diadakan pada:


20 Mac 2010
di Kelab Shah Alam, Selangor
3pm-6pm
RM45 seorang (kanak2 free)


tarikh akhir untuk mengesahkan kehadiran anda adalah pada 20 Feb 2010.

hubungi aku segera!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online