Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, November 26, 2008

uhh..

kali ni nak cakap pasal apa ekk? as usual, i have lost and loads of things to be told but oftenly slipped or gone with the end by the time i finally have time to sit and go online.

yeah..i am 5 or 6 weeks pregnant. and my back hurts like hell. it was ok with my 1st and 2nd child and got a little severe during my third's but this time, i can't even sit on my butt for more than 10 minutes. (i have to do the typing in standing position..). went to smc last nite but since i'm preggy, they can't do nothing. i was asked to come back the next day and meet the specialist who did my surgery last 2003. well, when i told my hubby, his face changed. of course, it wasn't because meeting the specialist but the COST of meeting the specialist. the x-ray, the consultation, etc. what we afraid most, being admitted. the deposit alone is rm1500. daily is rm150-180 (the cheapest rate).

if only...if only...

can't bare leaving my kids alone with my hubby (for he'll send them over to his mom's) since they are all still very small, esp dalili. not to mention their behaviour lately. my mom-in-law..she's old. and she takes care of her daughter's daughter too (about the same age as dalili) and that girl likes to cling on her grandma like, all the time..she might not say NO when we wanted to send our children (they are her grandies too, by the way!!), but the look on her face is very clear. she's tired. i know she doesn't hate them, it's just the tiring that gets in the way, all the time. i understand that.

what i can and will try my best to do now is, hang on and be strong. hoping that God will always help me and try not to question anything and everything too much.

my hubby is busy this week. very, indeed. got some recording to do, studio rental tomorrow, ifa raziah's sound setting this friday (separuh akhir muzik2) and the rehearsal is tonight. can't blame him though..even i want to, badly.


God, You are testing me..

Tuesday, November 11, 2008

syahdu terasa

malam tadi pegi jenjalan kejap satu famili. pg makan eskerim kat 7-11 pastuh nenaon sambil layan lagu alleycats.

time Senandung Semalam berkumandang, tetiba hati begitu sayu.

kenapa?

tetiba terbayang akan situasi, sekiranya kekasih hatiku yang satu itu pergi dulu dariku. payah sungguh rasanya menahan air mata dari jatuh ke pipi.

papa, jagalah kesihatan. kerjalah elok2, bawak kereta bebaik, jgn abaikan keselamatan diri. andainya tak keberatan, selalu2 lah fikirkan mama dan anak2. andai papa pergi dulu, apa akan jadi pada kami kelak? mama tak risau rumah dan kereta tapi kesinambungan keluarga. mama risau akan keadaan mama nanti. takut hati mama tak tabah dan jiwa mama akan goyah. nanti bagaimana pula anak2? saat menuliskan ini pun hati mama sebak. mama sayang papa. tak kiralah macam mana kita selalu bertikam lidah ke, bertekak ke, dalam hati mama cuma ada papa. lagipun kata orang, itu semua kan asam garam rumah tangga. ma minta ampun pada papa, andai mama selalu singgung hati papa. tak terniat pun begitu, cuma situasi kadangkala menjadi penyebab bertingkah sedemikian rupa. jaga diri, papa. selalu2 ingat mama, ya...

Wednesday, November 5, 2008

confirm..

aku pregnant..br 3 minggu, menurut kata doktor. uhhh...cabaran makin berat..dlm kepala berselirat memikir pelbagai perkara. beranak memang senang, nak membesar dan mendidik anak, susah. banyak dugaan dan cabaran. dari a-z kena ambil kira. makan, pakai, keperluan harian, lahiriah, pendidikan, pembentukan fizikal dan macam2 lagi. seronok, memang seronok dapat khabar gembira ni. but aku dah expect dah. well, mother's intuition. now i have to be more careful. my backpain have started. my darling Dalili, doesn't want to stop breastfeeding. well, i'm trying, slowly. i fed her bottled milk during the day, though and she seems ok. just at night, when she wants to sleep, she'll look and insist on mommy's milk. luckily i still have it. may god bless me with extra strength with this 4th baby coming. bless us with health and rezeki too, dear God!

Tuesday, October 21, 2008

Semalam

semalam aku lepak umah mak aku.

sebelum tu aku gi hangkut anak2 aku semua gi bank. nak bukak company account. di sebabkan aku penah keje situ, maka anak2 aku dapat duit raya dari ex colleague aku. hehe..tq!

dah tuh kitorang gi bantai nasi ayam, kat CRS, Tesco.

pastuh anak jantan aku mengarut, ajak gi naik train (kemaruk train budak ni).

pastuh laki aku hantar kan kitorang gi umah mak aku. lepak la situ sampai malam. sembang2 dgn adik2 aku. makan kuih raya mak aku yang dah tinggal tak seberapa. anak2 aku main kejar2 dgn adik bongsu aku, sampai termengah-mengah dan sakit2 mata. dekat kul 6 aku mandikan anak2 aku. mak aku dah balik masa tu, ada technician Gintell dtg betulkan kerusi urut bapak aku tuh.. mak aku buatkan roti bakar dan burger utk cucu2 dia yang kuat makan. sesambil sediakan apa2 yang patut untuk dia bukak puasa. dah siap mandi anak2 aku makan roti. ziyad siap tertidur dgn tangan penuh kesan roti. aku bentangkan comforter, pakaikan pempes dan hangkat dia letak atas comforter. pstuh aku susukan lili sampai dia tido, aku pindahkan atas comforter, sebelah abg dia. dalia? tak tido2. sampai lepas aku mandi dan nak solat maghrib, dia dok terguling sana, terguling sini. mata tak pejam2 jugak. sudahnya, aku marah dia ugut sket (kakak tak tido ma pukul kakak nanti! tido cepat. pejam mata!). dah tu, tak sampai seminit, dah kedengaran dengkur dia. apa la pesen anak aku nih kan?

kul 11.30 mlm, papa dah siap keje kitorang pun di hangkut balik. time ni anak2 dah bangun, dan sedang segar bugar. arrggghhhh!! aku yang keletihan.

note: chik, kakak bengang aa tak dapat tahu iklan korang ni..ketawa je tak abih2, citernye tak sampai jugak kat aku!!

Monday, October 20, 2008

gangguan emosi

first of all, aku minta maaf bebanyak sebab tak selalu update entri.

semenjak dua menjak ni, emosi aku kerap terganggu..


anak lelaki dan anak bongsu aku juga seakan memberitahu sesuatu. mereka berkeadaan tak menentu juga. sehingga menaikkan kemarahan aku. aku jadi takut, takut over reacting. takut tak dapat kawal amarah diri.

marah..ya, aku kerap marah2 lately. husband aku pun selalu jadi mangsa. baru lima minit lepas aku gembira, ketawa dan bergurau senda, tetiba aku jadi mandom lepas tu dan marah tak semena-mena.

cuma satu je yang ada dalam kepala otak aku ni, punca segala perubahan kelakuan ini.

mungkinkah aku bakal mendapat my 4th angel?

sampai hari ni, aku belum pg sahkan lagi. takut pun ada juga..

nantilah..i'll update later..

Tuesday, October 14, 2008

the superhero quiz results of mine...

adakah? sungguhkah? tapi sebenarnya aku suka Batman laa... ini semua penangan Jebon. Dia yang goda aku untuk ambik test ni. chissttt!!!

Your results:
You are The Flash
























The Flash
55%
Wonder Woman
52%
Spider-Man
50%
Hulk
45%
Green Lantern
45%
Supergirl
42%
Superman
40%
Catwoman
40%
Iron Man
40%
Robin
32%
Batman
30%
Fast, athletic and flirtatious.


Click here to take the Superhero Personality Test

Monday, October 13, 2008

AidilFitri 2008


Aidilfitri 2008.


glitter textglitter textglitter textglitter textglitter text glitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter text myspace

Tak ada apa yang luarbiasa kali ini. Macam tahun2 sudah juga, cuma di rumah. Lepas solat aidilfitri, bersalaman dan bermaafan suami isteri (anak2 tak kira, tak baligh lagi..hehehe), dah tu, makan sikit buat alas perut. Konon2 nak pergi rumah mak terus di shah alam, but then papa balik solat lambat, dekat kul 10.30 pg. Sampai je umah mak, depa semua dah pun berangkat ke Pulau Indah (kg ayah). Angah takde tahun ni coz beraya di Kelantan, turn Zue plak. Keboringan, kami pun gerak la ke sana. sepatutnya tahun ni, turn papa tp famili dia balik beraya ke Sabah plak. sedih la papa. tp nak buat cemana, keluarga mami dan abah masih ada di sana. takpe, thn depan pa ambik turn mama..hehehe..

Lepas dari Pulau Indah, balik umah jap. Zohor, lepak2 sket, kekemas pinggan mangkuk sket terus shoot ke Kg. Balun, Slim River (kg. mak) plak. Lepak2 umah Pak long, (mak yatim piatu, umah atuk pun dah roboh, tumpang la umah famili pak long; abg ipar mak merangkap laki kakak mak yang sulung). Dah bantai lemang dan rendang, diorang ajak lak gi umah opah ucu di Pekan Slim. pas tu konon2 mak kata nak gi Sg. Bil, so kitorang yang tak bawak bekal baju ni, bawa diri la, balik ke klang. hehehe..dlm perjalanan balik, call la kak chik, tanya jd ke pg sg. bil? heh, tak jadi..ayah tak nak. keh keh keh..agak dah...

The next day, tak tau apa nak buat. mak ayah dah gi 'beraya' kat PD. Papa kata jom join mak gi PD. Kitorang siap² apa yang patut, terus gi KL Sentral dulu.

Dalia nak naik train. Papa lak teringin nak try KLIA Transit tu. then kitorang discuss ala kadar (sebab bebudak suka tgk kapal terbang juga) then we agreed to travel to KLIA by transit. Sib baik depa buat promotion 'Kids Travel Free during Hari Raya'. Takde la banyak duit nak pakai (itupun RM140 jugak, beb). Ziyad kenmain lagi seronoknya, nak naik train.

bila train sampai je, dia meraung. tak nak naik, takut. ek ennennnn!! tension lak aku. puas juga la nak memujuk dia. bila train dah gerak je, baru nampak muka dia berubah jadik ok. tetiba dia cakap "Yad tak nangis!!"

adoih laa..gelak besar kitorang. geram pun ada, kelakar pun ada.



Abih kan masa lebih kurang sejam kat KLIA, tgk plane, memain kat KFC Playland KLIA kitorang pun berangkat ke KL Sentral balik. Terus papa cakap, 'jom, kita ke PD!' papa was driving fast, but carefully. we decided to stay in Seri Malaysia. arrived around 11.30pm, checked in, tido. the next morning, ayah called. tanya kul brp sampai, stay kat mana etc. then aku ckp nak gi singgah Selesa, jumpa ayah mak. lepas bekfest (yg ala kadar di Seri Malaysia) kitorang gi jenguk ayah dan mak (adik2 sekali laaa). Sembang lebih kurang, (mak kata nak buat bbq ptg tu, aku lak kata, nak gi Melaka lps ni, jenjalan) kitorang pun mulakan perjalanan tgh hari itu, dgn mencari tpt makan. hehehe..lapar juga, kan..tapi, disebabkan nak kejar masa dan makan bekfest agak lambat (serta banyak), we decided to move on. sampai kat melaka, around 5 pm with beautiful scenery along the journey. Melaka is beautiful. We'll talk about it, in my next post..

to be continued..

Thursday, October 9, 2008

salam

asal aku nak buat post baru jek, ada jek yang ganggu. posmen hantar registered item lah, anak2 nak berak lah, nyusulah, india offer nak tar depan umah aku lah, macam-macam! sudahnya, idea yang berkepuk-kepuk aku karang dan save dlm kepala, perlahan-lahan hilang begitu saja. so, tunggu lah posting baru, bila segalanya dah reda!!!!

Sunday, September 28, 2008

Raya!

Semakin hampir hari raya, rasa makin celaru pulak. time ni lah teringat semua yang pernah kita buat masa muda2 dulu. cemana sambut raya dengan famili. sibuk sana, sibuk sini. malam raya gi Kompleks PKNS, cari baju ke, tudung ke, handbag ke..kan? paling syok mestila time sembahyang raya. teringat dulu pg satu famili ke Masjid Negeri tu. sekarang dah kawen, boleh mengenang je la. agaknya, cenggini kot mak ayah rasa masa baru bina keluarga dulu.

Raya tahun ni, kalau ikut turn, sebelah mertua aku. tp diorang balik sabah pulak, makanya aku di shah alam je, sbb mak ayah aku bermastautin di bandaraya itu. bila jiran2 aku tanya, 'raya balik mana?' aku akan jawab, 'takde mana. shah alam dgn kapar je.' sambil senyum sempoi campur kelat. sempoi sebab takde payah nak bersiap-siap nak packing ke apa ke. pakai baju raya siap2, pagi raya di rumah aku, lepas solat dan bermaafan dgn suami, baru kami pergi umah mak atau mami. dah tuh, tgk lah..ikut la kemana mak atau mami nak pg. habis2 pun, balik kg ayah di pulau indah dan kalau mood ayah baik, dapat balik kg mak di slim river. kalau belah mami pulak, since famili dia masih di sabah, paling kuat pun pg umah sepupu dia di banting dan mungkin balik kg abah di rantau, n9. kemudian? selebihnya dah tentu dok melepak je kat umah sambil layan tv yang sibuk menayangkan banyak cerita2 best sempena raya. my neighbourhood? tak ramai yang stay around. mostly balik kampung. rasa macam dah jadi tanggungjawab pulak dok tengok2 kan rumah jenjiran. lagipun, tetiap kali raya, LAKI AKU KEJE! ngehhh!! bukan la keje mende pun sampai takleh nak balik beraya. cuma kerja dia sebagai pembantu teknik Radio UiTM memerlukan dia sentiasa ada untuk memastikan kesinambungan dan kelancaran siaran radio tu. DJ? sumpah tak dak! kalau org lain mungkin hangin gak kot. tapi mungkin sebab aku memang orang bandar, jadi takde terasa sangat la nak feeling2 dan syahdu2 time raya. raya pun memang takde nak sibuk2 ke mana-mana. seminggu lepas raya, baru aku tuntut dgn laki aku, untuk spend masa sepenuhnya, beraya umah sedara mara atau jiran tetangga. ye laa..time ni la laki aku plak nak cuti2 malaysia, kan? dah tentu minggu pertama raya tu org lain sibuk bersuka ria beraya tak ingat dunia, laki aku gak kena standby, kot2 radio out ke, kena lightning ke apa ke..tapi itu pun banyak yang tak paham. bila laki aku claim o.t time raya, ada je yang bunyik. nak je flying kick mulut yang macam *tuuuuttt** tu. takpe, nak raya ni..tak baik memarah..heheheh..

ok..nak buat apa2 yang patut. esok pepagi, laki aku nak gi antar adik ipar aku gi airport. nak balik sabah. pak mentua aku tersilap booking ticket. depa dah pg pagi tadi, adik ipar aku tertinggal, abah salah booking date. abah..abah..esok malam lak, plannya konon2 laki aku nak buat barbeque. kawan baik aku zul dan zila nak datang antar kuih yang aku pesan, leh lelepak sambil sembang2. malam ni laki aku last buat show kat sacc mall, ada Nabil raja lawak. esok? hmm..nak gi ikea, nak gi beli barang2 dapur, nak beli daging, ayam dan sebagainya untuk raya nanti. raya masak apa? hmm..cadangnya nak buat kari daging, rendang ayam dan nasi minyak. kalau rajin, nak buat roti jala jugak. phew!! best kan?

selamat hari raya semua!
maaf zahir batin!

Tuesday, September 23, 2008

Aku dapat kad raya!!!



mekacih yerk..
nama dia dalam blog nih, flurry. sumpah aku lupa nak tanya nama betul dia..
keh keh keh..



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online