Assalamualaikum w.m.b.t.
Bersih. Nilai utama yang dititikberatkan dalam Islam kerana Islam itu indah, maka kebersihan dijadikan landasan. Bersih hati, jiwa, akal dan fikiran. Maka bersihlah juga persekitaran dan kehidupan.
Sekian lama rasanya aku menjadi pemerhati tak bertauliah, akan mereka yang menggelar diri mereka imam, bilal, ustaz dan ustazah, yang kadangkala apa yang dibuat kadangkala bercanggah. Kasihan pada kami yang tak berapa kuat iman dan tak berapa tinggi pengetahuan, menerima bulat-bulat setiap apa yang ditunjukkan. Bertanggungjawablah dengan tindakan anda. Kalaupun tak malu dengan kawan, jiran mahupun ahli keluarga, yang hanya manusia biasa, mohon kalian malulah dengan Allah.
Ehh...ehhh!! Perhimpunan 'bersih'?