Supermarket = pasaraya, Hypermarket = pasaraya besar (errkk! ye ke?)
Sepanjang hidup berumahtangga, rasanya sudah tidak terkira aku berkunjung ke pasaraya dan pasaraya besar untuk membeli belah barang keperluan rumah.
Aku membesar dengan kunjungan lebih menjurus ke hypermarket. Bila sudah berumahtangga, aku belajar untuk membanding harga dengan berjimat cermat dalam berbelanja. Justeru, pasaraya seperti Econsave, 99 Speedmart, Big Supermart dan lain2 yang tak ternama sering juga menjadi tempat singgahan selain dari Giant, Carrefour, Tesco dan Makro (dulu).
Aku sebenarnya tidak gemar sangat ke kedai2 runcit dan pasaraya kerana keadaannya agak tidak menyenangkan mata memandang dan kaki memijak. Bukan berlagak, bukan sebab aku anak orang kaya, bukan sebab aku mengada-ngada. Aku tak biasa. Malah tidak dibiasakan. Pun begitu, tidak semua kedai runcit aku tidak jejak. Kalau bersih dan lantai tidak berlendir, susunan barang teratur, aku dengan besar hati melangkah masuk.