Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Sunday, November 17, 2013

Sakit telinga

Huwaaaa!!

Sakit weh telinga aku. Belah kiri. Nak makan pun susah ni. Dah seminggu dah ni!!

Dah pergi poliklinik, doktor cakap takde jangkitan apa-apa. Hanya ada 'hardened wax' je. Eh..pedulik lah geli ke tak. Ni mesti gara-gara suka cuci telinga dengan cotton bud. Tapi aku tak puas hati la dia kata ada hardened wax je. Tahi telinga keras boleh buat bunyi berdesing, gatal-gatal, rahang sakit &
berdenyut-denyut ke? Macam-macam dah aku try ni. Buh Soluwax, tak jalan. Buh minyak kelapa dara, cuci dengan air suam, pun tak jalan jugak. Rasa macam nak drill je telinga aku ni. Hellllllppppppp!Tension laaaa!


Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Hijrah.

Apa maksud hijrah? Mengikut kamus dan pemahaman kita, maksudnya berpindah. Diambil dari perkataan arab 'Hajara' yang bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu ia juga memberi maksud, 'berubah'. Berubah dari yang buruk kepada yang baik, dari negatif ke positif.

Namun dalam konteks Islam, ianya merujuk pada kisah perpindahan Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w dan para sahabat dari Makkah ke Madinah dalam usaha memperkukuh dan memartabatkan perjuangan Islam.

Pasti semua masih ingat akan lagu Maal Hijrah yang biasa kita dendangkan setiap tahun sewaktu zaman persekolahan, kan? Malah akan diadakan pertandingan nasyid seluruh daerah, hingga ke negara menyambut nya.

Apa pula signifikan yang dibawa oleh maksud Hijrah itu dalam dan pada diri kita?

Lihat wajah dan diri kita di cermin hidup. Apa yang telah kita perbuat? Apa yang telah kita lepaskan? Apa yang telah kita capai? Cukupkah syukur yang kita panjatkan kepadaNya?

Lengkapkah solat kita lima waktu sehari semalam? Cukupkah amal jariah kita pada anak, keluarga, jiran, sanak saudara, sahabat dan alam? Sudah berapa lembarkah ayat Allah kita jadikan pembuka hari dan penutup kalam? Syahadah yang kita ucap setiap solat, adakah benar menusuk kalbu dan kita faham?

Belum cukup. Masih banyak lagi khilaf yang kita lakukan tanpa sedar. Malah lebih teruk kita pura-pura tidak sedar. Kita masih menipu diri sendiri. Secara tak langsung, kita yang membinasakan diri kita sendiri. Bagaimana mungkin kita mengatakan yang kita sudah dan bersedia berhijrah jika sesuatu yang semudah ini tidak dapat kita laksanakan seikhlas hati?

Fahami isi Al-Quran. Setidaknya makna bacaan dalam solat. Sebagai satu langkah permulaan untuk hijrah kita. Berusahalah. Cari kefahaman itu. Belilah Tafsir atau Quran terjemahan. Untuk 'beginner' boleh beli di http://goo.gl/nTK0Cs atau untuk lebih memahami dan menguasai tajwid, beli di http://goo.gl/Mr74Zp.

Bersama kita mengejar rahmat Allah. Berpusu untuk menjadi hamba kesayanganNya. Berbondong meramaikan ahli SyurgaNya dengan ahli keluarga kita. Berebut mengumpul pahala.

Salam Ma'al Hijrah.
Semoga kita semua di bawah lindungan dan rahmatNya.
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online