Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Friday, January 27, 2012

Aku mohon, sila JANGAN menempah maut..

Pagi ini mendapat perkhabaran, perginya seorang rakan sekolah, yang 2 tahun lebih muda dari aku. Subhanallah, perginya pada penghulu segala hari, Jumaat yang barakah, dalam tidur pula. Aku sedih, kerana dia masih muda. Sedih, kerana dia sudah ada anak. Namun syukur, kerana pastinya dia seorang yang disayangi Allah, kerana terpilih untuk dijemput pada hari Jumaat. Semoga ditempatkan dikalangan para solehin dan solehah. Moga Allah ampunkan dosanya serta menerima segala ibadatnya.

~Al-Fatihah~


credit: google images














Pun begitu, tajuk entri pagi ini bukanlah ditujukan pada si arwah.

Aku sedih tengok kawan2 dan kenalan, yang sudah kehilangan ibu bapa, atas sebab2 kesihatan seperti stroke, yang diakibatkan oleh penyakit kencing manis, darah tinggi, gout dan sebagainya. Kenapa aku sedih? Kerana mereka tergolong dalam golongan mereka yang sengaja menempah maut. Mereka obes dan terlalu gemuk! Peringatan telah diberi depan mata, dengan penyakit yang menimpa sekaligus menjadi punca kematian ibu/ bapa (atau keduanya) mereka, namun kenapa masih lagi mereka alpa?
gambar kredit ismaweb.net

Begitu juga dengan perokok. Andai mereka bukan siapa2 pada aku, lantaklah! Tapi bila kenalan, kawan2, mahupun saudara mara aku yang tergolong dalam kumpulan perokok tegar ini, yang terang2 sudah maklum akan bahayanya, yang ada pengalaman ahli keluarga dimasukkan ke hospital separuh nyawa oleh sebab berkaitan rokok, aku jadi marah. Yang buat aku tambah marah, bila mana gaji tidak seberapa, ahli keluarga makan pakai tak pernah cukup segala, dok mengeluh kata penat bekerja tapi rezeki kurang padanya, nasib tidak memihak mereka, tapi membazir duit beli rokok boleh pula!

Bodohkah mereka ini? Pun rata2 mereka berpelajaran tinggi. Lulusan universiti. Dalam dan luar negeri. Itu yang amat aku kesali. Kalau mereka ni tak habis sekolah, lainlah. Sebab pada aku, memang mereka bodoh tak boleh di ajar. Pun begitu, Allah bagi akal, kan? Tak boleh guna, ke?

Kalau ada antara mereka yang membaca, aku mohon lihat diri dalam cermin. Kalau gemuk sangat, sampai refleksi tak muat di cermin, SILA buat sesuatu. Kurangkan makan, banyakkan senaman. Tak payah bazir2 duit beli mate5 ke, 2Bmodel ke, slimmax ke, herbalife ke apa... Kurangkan makan dan banyak minum air kosong! Benda2 supplement tu hanya pembantu sahaja. Disiplin diri perlu dipupuk terlebih dahulu. Yang merokok kuat sangat tu, tengok sekeliling. Ada anak bini? Masih ada mak bapak lagi? Dah sedia segala macam belanja kalau awak sakit nanti? Dah banyak ke simpanan awak, kalau ditakdir mati meninggal keluarga nanti? Dah cukup bekal nak mengadap Ilahi?

Nak mati cepat? Terpulang. Cuma tolong lah.. jangan menyusahkan orang. Jangan menyusahkan anak bini, keluarga, saudara mara dan jiran tetangga.

Wednesday, January 25, 2012

saat impian ditunaikan dan hajat dimakbulkanNya: 21 Januari 2012



Ogos 2008, aku berjinak-jinak dengan Facebook. Memerhati dan mengutip ilmu apa yang perlu. Selepas beberapa hari, aku buatkan pula akaun untuk suami. Kemudian, entah bagaimana, terlintas di fikiran untuk buat satu group khas untuk idola aku. Oh.. bukan KRU! Pemimpin tersohor dan paling bijak pada hemat aku. Mak dan Ayah aku sangat2 mengagumi dan menyanjung manusia yang satu ini.

Julai 2010, permohonan untuk mengadakan majlis minum petang bersama pemimpin ulung ini diajukan. Malang sekali, beliau terlalu sibuk lantas menolak. Tanpa putus asa, aku bertanya, mencari dan menghubungi sekian ramai manusia, yang mengaku boleh membantu dan kenal dengan beliau, untuk menyatakan hasrat dan tujuan yang sama. Sudahnya, aku merumuskan, jangan terlalu berharap pada bantuan. Usaha, tangga kejayaan. Pun begitu, terima kasih pada kenalan facebook, Kelab Chedet. Tak lokek berkongsi pengetahuan. Surat kedua di utus pada 2 November 2011.

Selama dua minggu, hampir setiap hari aku membuat susulan dengan PA Tun. Sehingga aku merasa, sangat menjengkelkan beliau (hahahaha! Mohon maaf banyak2!)

Tanggal 20 Disember 2011, aku mendapat sepucuk surat dari poslaju. Kerana sudah biasa menerima kiriman poslaju, dan kenal pula dengan si pekerja poslaju tersebut, kami bersembang seketika. Tanpa sedikit pun aku menyangka apa-apa.

Sekilas, ku pandang kiriman surat di tangan. Melihat yang ianya dari Yayasan Kepimpinan Perdana, hati aku berdegup kencang. Setiap apa yang diperkata dek penghantar surat, sudah tidak lagi jelas di pendengaran. Aku mahu segera membuka surat tersebut. Aku mahu segera menamatkan sembang2 kosong tersebut. "Ok, dik.. terima kasih!" Aku memotong perbualan. Tanpa aku mengetahui apa yg kami bualkan dihujungnya. Dengan wajah terpinga, si penghantar surat termangu seketika dan terus berlalu....

Kocoh kacah aku masuk ke rumah. Ku campak tuala yang ku guna menutup kepalaku keluar rumah. Pantas jemariku membuka surat. Anak-anak yang melihat aku cemas, berkumpul mengelilingi aku. Pantas ku baca isi kandungannya. Lantas air mata ku berguguran. Ku baca sekali lagi:-


Puan,
Majlis Minum Petang Bersama Ahli Group Facebook Tun Dr
Mahathir Mohamad
Rujukan: Surat bertarikh 2 November 2011


Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan Y.A.Bhg Tun Dr Siti
Hasmah binti Haji Mohd Ali mengucapkan terima kasih atas jemputan ke
majlis minum petang di atas.
Sukacita dimaklumkan Y.A.Bhg Tun bersetuju hadir di majlis minum
petang bersama ahli group Facebook Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada
hari Sabtu, 2l Januari, 2012 jam 4.30 petang, di The 39 Restaurant,
PNB Darby Park Executive Suite, Kuala Lumpur.
Sekian dimaklumkan. 
Terima kasih.




Aku meraung! Raungan gembira. Tasbih, tahmid dan takbir tak lekang dari bibir. Air mata sangat laju bercucuran. Apa kebaikan yang telah aku lakukan, sehingga Dia mengabulkan doaku? Terima kasih ya Allah! Anak-anak kebingungan. Soalan 'kenapa, ma?' bertalu-talu diaju dari mulut2 kecil anak-anak, silih berganti. Aku peluk cium semua anak-anak. Syukur ya Allah. Aku melompat gembira. Anak-anak turut sama terlompat-lompat, meraikan kegembiraan. Saat tenang seketika, ku sela airmata. Mengumpul kekuatan  untuk berkata-kata. Telefon dicapai, nombor suami di dail. Saat terdengar suara suami dihujung talian, airmata ku gugur semula. Bagai terbayang suami tersenyum, tatkala aku memberitahu khabar gembira itu, dengan esak tangis gembira ku. Ucapan tahniah dari suami aku terima dengan senang hati. Namun hati ku tersentuh sayu, saat akhir perbualan, suami menyatakan, 'Ma, pa bangga dengan mama..' Hujan airmataku bertambah lebat jadinya!
gambar kenangan kami; para Admin + ahli jawatankuasa
bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri

Orang kedua aku hubungi, untuk memberitahu khabar ini, tak lain tak bukan, ialah bondaku. Ku khabar pada emak, bahawa aku akan bertemu Tun. Sememang niatku untuk membuat kedua ibu bapaku merasa sedikit bangga terhadapku. Maklum, aku tiada apa yang boleh dibanggakan, selain dari berupaya habis sekolah, jejak kaki seketika di ITM Jengka, berniaga, berkahwin dan 'memberi' cucu pada keduanya.
Pun begitu, 'seats' yang aku peruntukkan buat kedua ibu bapa, tidak dipenuhi mereka, kerana ada urusan lain pada tarikh yang sama. Apakan daya. Bukan rezeki keduanya.

Sejak dari hari menerima surat persetujuan Tun, aku bekerja siang malam untuk menjayakannya. Dugaan, cabaran, keletihan, dan segala pahit manis dalam memastikan perlaksanaannya, biarlah aku dan Dia saja yang tahu. Terima kasih tidak terhingga pada semua AJK yang membantu. Tak lupa pada Datuk Mukhriz Mahathir, yang sudi menghulur sumbangan peribadi beliau untuk kelancaran majlis, pihak pengurusan dan staf PNB Darby Park, Kuala Lumpur, Datin Nadzriyah serta Avon yang banyak membantu dalam memeriahkan majlis. Juga jutaan terima kasih diucapkan pada suami tercinta, yang membantu menjaga 4 orang anak kami sepanjang hari bersejarah tersebut, di rumah.

Sesungguhnya hari itu merupakan hari terbaik untuk aku!

p.s: gambar2 sekitar majlis ada di group TunDrM. Jemput join!
p.s.s: ku tunjuk gambar2 pada mak dan ayah.. terlihat riak bangga di wajah mereka. kesampaian juga hasratku!
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online