Treble clef

beli Quran jom!

Followers (thanks!!)

I support breast feeding!

I support breast feeding!

Wednesday, April 20, 2011

Custard Tea 'cup' cake.


original recipe yields 6 large cupcakes. 1 8" square pan cake.


inside view. yummeh!!


Akhirnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Berjaya jugak aku buat kek sedap & simple nih!

Eh? simple? mmg simple, tp sebab tak baca dan ikut arahan tuan punya badan betul2, 2 kali aku buat, fail!

Aku suka jengah blog masakan Kak Ida dan Mat Gebu. Jalan2 cari idea mender nak masak dan godek2 untuk hilangkan boring dan tension. One day, jalan2 blog Kak Ida, dia br update pasal custard tea cake ni. then, next few days pg blog MG, dia pun buat CTC ni. Baca komen plak, semuanya hebat2 belaka. Mana bleh jadi kalau aku tak cuba sendiri, kan?

Dok boring2, godek2 dapur. Sambil tercangak-cangak menjengah almari, tengok dan cari semua bahan ada ke tidak. Maka, terjadilah jugak akhirnya kek err..cupcake yg diidamkan. Hehehehehe..

Terima kasih Puan!

p/s: rumah Kak Ida sangat cantik! Tengok gambar pun jeles! Dapur sangat besar dan luas.. huhuhu..

Tuesday, April 19, 2011

Astro First & Hikayat Merong Mahawangsa


Tune in to Astro Channel 480 to subscribe!

haa..promo, promo. seronok sangat bila tgk iklan kat tv smalam, yg menyatakan HMM bakal menerjah astro first. yea..yea! dapat gak tgk nanti, dengan anak2 dan suami dalam keselesaan rumah sendiri. yiiiihhhhaaaa!!

aku belum berkesempatan nengoknya. memang aku peminat KRU tp itu tidak bermakna aku perlu dan sanggup korbankan masa dan tanggungjawab terhadap anak2 dan suami semata-mata nak kejar KRU tu, kan? bukan diorang yg akan jaga makan minum sakit pening aku nanti, kan? dah tentu (insya Allah) anak2 dan suami aku, kan?

Jadinya, tunggu aje lah kemunculan HMM di astro first nanti!

Monday, April 18, 2011

Roti mayat? hmm... main masak-masak..lagi


breakfast pagi sabtu lepas. roti mayat. hahahaha.


cheesy chocolate cake. utk anak bawa ke sekolah, mesyuarat PIBG.





Red Velvet Cake! baru belajar and this is the 2nd time I made it!

Thursday, April 14, 2011

Mati itu pasti..

Mendengar perkhabaran 'jemputan Illahi' terhadap ibu atau ayah kawan-kawan, aku jadi sayu. Sayu kerana aku perlu sentiasa bersyukur kerana kedua orang tuaku masih ada. Sayu dan pilu kerana aku takut tak mampu menghadapinya kalau saat perkhabaran itu tiba menimpa aku.


Aku tak cukup kuat.

Ya Allah. Kau sihatkanlah tubuh badan kedua ibu bapaku. Kurniakanlah mereka kekuatan zahir dan batin untuk terus mengumpul amal dan ibadah untukMu & berdamping dengan anak-anak mereka yang masih memerlukan mereka. Ku mohon, Ya Allah. Peliharalah mereka. Begitu juga dengan kedua mertuaku, suami, anak2 dan adik beradikku. Sayangi mereka, Ya Allah. Rahmati mereka, Ya Allah. Ampunkan dosa kami semua Ya Allah. Tetapkan hati kami untuk terus berada di jalanMu, Ya Allah.

Al-fatihah, untuk teman yang baru kehilangan ayah tersayang, semalam.

Al-Fatihah, untuk mereka yang telah dijemput Tuhan.

Innalillahiwainnailahirojiun.

Dear (good) teachers...Thank you!

I always adore good teachers. I salute them. I admire their hard work. And to my wonder (till now); their patience holding on to their sacred job and passion living it.

To all my teachers who has taught me since 6 years old till 17 years old, I pray for your well-being, healthiness and life blessings. Not to forget, my parents who will always be my teachers for life!

Err..there were (in fact, still are) some teachers that I truly hate, who never taught me but once often look down on me & humiliated me, in public, I state here for clarification, I WILL NEVER FORGIVE YOU.

To my friends, who has now become a teacher, please be a good, adorable, admirable, respectable one.

..and here is something for you..(got it from email, for sure..)

-A Profound Answer-

The dinner guests were sitting around the table discussing life.

One man, a CEO, decided to explain the problem with education.

He argued, "What's a kid going to learn from someone who decided his best option in life was to become a teacher?"

To stress his point he said to another guest; "You're a teacher, Bonnie. Be honest. What do you make?"

Bonnie, who had a reputation for honesty and frankness replied, "You want to know what I make?" (She paused for a second, then began...)

"Well, I make kids work harder than they ever thought they could.

"I make kids sit through 40 minutes of class time when their parents can't make them sit for 5 without an I Pod, Game Cube or movie rental.

"You want to know what I make?" (She paused again and looked at each and every person at the table)

"I make kids wonder.

"I make them question.

"I make them apologize and mean it.

"I make them have respect and take responsibility for their actions.

"I teach them to write and then I make them write. Keyboarding isn't everything.

"I make them read, read, read.

"I make them show all their work in math. They use their God given brain, not the man-made calculator.

"I make my students from other countries learn everything they need to know about English while preserving their unique cultural identity.

"I make my classroom a place where all my students feel safe.

"Finally, I make them understand that if they use the gifts they were given, work hard, and follow their hearts, they can succeed in life." (Bonnie paused one last time and then continued.)

"Then, when people try to judge me by what I make, with me knowing money isn't everything, I can hold my head up high and pay no attention because they are ignorant. You want to know what I make? I MAKE A DIFFERENCE.

"What do you make Mr. CEO?"

His jaw dropped, he went silent.

THIS IS WORTH SENDING TO EVERY TEACHER, EVERY CEO, EVERY PERSON YOU KNOW.

Even all your personal teachers like mothers, fathers, brothers, sisters, coaches and your spiritual leaders/teachers.

A truly profound answer!!!

Teaching is... the profession that makes all other professions possible

Wednesday, April 13, 2011

main masak-masak..


white chocolate muffin. menu minum petang hari ini.


kek marble merah kuning. gatal² je nih. kehkehkeh.. buat 25 Mac aritu.



cream caramel. tempahan dari kawan. 20 Mac 2011.



ketayap huru-hara.. sedap, tp tak lawa.. kehkehkeh..

Menjahit? fuhhhh!!

Aichehhh! Macam hebat je, kan?

Sesungguhnya, aku teringin nak menjahit baju kurung anak-anak, sendiri. Tapi takde mesin jahit!!!!! Rasanya nak kena usaha pakai tangan la. Lepas ni nak pow hubby beli benang, jarum, penanda, kertas minyak, jarum peniti, pembaris lengkung etc!

Ada yang nak belajar menjahit baju kurung kanak-kanak?

Jom tengok SINI dan SINI!

Aku belum cuba..dan memang teringin nak cuba utk hari raya nanti.

Kalau berjaya, aku pos la gambarnya kat sini. Kalau dah masuk tahun baru pun tak nampak bayang, kome agak2 je la jawapannya tu nanti, yer.. kehkehkeh!

Tuesday, April 12, 2011

Yaasin di hatiku?

Belum lagi. Entah bila baru ianya akan lancar meluncur dari mulut ini dalam setiap kamitan.

Kalau lagu boleh hafal dalam masa sejam, takkan Yaasin tak boleh, kan? Mentelah pula banyak manfaat dan fadhilatnya. Apa salahnya di praktikkan dalam kehidupan seharian, kan? Alasan je selalunya yang kedengaran, bila hanya 5 ayat pertama yang di hafal sejak umur belasan. Cis! Malu sungguh rasanya dengan Tuhan!

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Berada di barisan ke-12. Mampukah?

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )

**aku dapat dari kiriman email**

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


Jom. Sama-sama kita memperbaiki diri. Malu dan takut dengan Allah, lebih dari sesama manusia duniawi.

Monday, April 11, 2011

Ragbi SMK Sungai Kapar Indah




Ragbi = sukan lasak.

Rempuhan dan ketangkasan dalam cubaan melakukan 'try' adalah sesuatu yang seni. Setidaknya pada mata aku. Di kawasan perumahan sederhana Taman Sungai Kapar Indah, pemandangan latihan ragbi setiap petang ini adalah sesuatu yang biasa.

Menurut salah seorang pemainnya, 'hari Selasa esok ada game, cik.' 'Lawan sekolah mana?' aku tanya, lanjut. 'Err..entah la pulak!' Jawab budak tu. 'Apa laaa..' Bidasku sambil disambut sengihan panjang penonton dan pemain simpanan berdekatan.

Semoga berjaya!

Thursday, April 7, 2011

Aku berhak bangga..walau tidak sehebat mana..


my 7 years old Erza Dalia Zairi.




The report card she brought home.

Aku dan suami membelek kad laporannya dengan penuh rasa bangga. Sebagai ibu yang 24jam mengadap, melayan kerenah, pekik jerit, basuh berak kencing, suap makan minum anak2, aku rasa sangat gembira.

Semoga kejayaan dan prestasi cemerlang anak-anak berterusan sehingga dewasa, seiring dengan bekalan di akhirat sana!

Syukur, ya Allah! Terima kasih, ya Allah!

Tuesday, April 5, 2011

Jepun jahat!!

Jepun jahat. Padan muka kena tsunami!

Pernah nampak dan baca di laman sosial dan di post2 blogger sewaktu ber BW.

Kesian. Kalau ikutkan kesan sejarah la, memang kita patut marah. Tapi seolahnya kita lupa bahawa Tuhan itu wujud. Bahawa Dia Maha Kuasa dan berhak atas segalanya dan Dia juga berkuasa atas segala sesuatu.

Pada aku, what's past, let it past. Let bygones be bygones. Orang melayu kata, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Dulu memang Jepun jahat. Kalau para veteran yang berkata sedemikian, aku sedia maklum. Mungkin dia pernah diseksa dan tergolong antara mereka yang merasa kekejaman Jepun dahulu.

Tapi, bila yang berkata sedemikian, zaman dan waktu ini, adalah mereka yang meminati Naruto, Power Rangers, Ultraman, Honda, Toyota mahupun Mitsubishi, aku jadi menyampah.

Cakap tak serupa bikin! Cuba tengok2 sikit sekeliling kau tu, sebelum berkata-kata, sebelum memaki mencerca.

Baik baca kiriman email yang aku terima ni. Ambil iktibar. Macam yang aku cakap tadi, 'Buang yang keruh, ambil yang jernih'. Jadikan panduan akan kebaikan dan kekuatan jiwa rohani mereka. Buang jauh2 perangai buruk dan kekejaman yang mereka pernah lakukan dulu kepada nenek moyang kita. Sebab, kalau kita mula mencerca, memaki hamun dan mengata, kita juga tanpa sedar mula menjurus ke arah perangai buruk mereka, yang dah berdekad mereka lupa, perbaiki dan tinggalkan!!


Renung²kan.

Published on ShanghaiDaily.com (http://www.shanghaidaily.com/)
http://www.shanghaidaily.com/article/?id=467066&type=Opinion
EDITOR'S note:

THIS letter, written by Vietnamese immigrant Ha Minh Thanh working in Fukushima as a policeman to a friend in Vietnam, was posted on New America Media on March 19. It is a testimonial to the strength of the Japanese spirit, and an interesting slice of life near the epicenter of Japan 's crisis at the Fukushima nuclear power plant. It was translated by NAM editor Andrew Lam, author of "East Eats West: Writing in Two Hemispheres." Shanghai
Daily condensed it.

Brother,

How are you and your family? These last few days, everything was in chaos. When I close my eyes, I see dead bodies. When I open my eyes, I also see dead bodies.

Each one of us must work 20 hours a day, yet I wish there were 48 hours in the day, so that we could continue helping and rescuing folks.

We are without water and electricity, and food rations are near zero. We barely manage to move refugees before there are new orders to move them elsewhere.

I am currently in Fukushima , about 25 kilometers away from the nuclear power plant. I have so much to tell you that if I could write it all down, it would surely turn into a novel about human
relationships and behaviors during times of crisis.

People here remain calm - their sense of dignity and proper behavior are very good - so things aren't as bad as they could be. But given another week, I can't guarantee that things won't get
to a point where we can no longer provide proper protection and order.
They are humans after all, and when hunger and thirst override dignity, well, they will do whatever they have to do. The government is trying to provide supplies by air, bringing in food and medicine, but it's like dropping a little salt into the ocean.

Brother, there was a really moving incident. It involves a little Japanese boy who taught an adult like me a lesson on how to behave like a human being.

Last night, I was sent to a little grammar school to help a charity organization distribute food to the refugees. It was a long line that snaked this way and that and I saw a little boy around 9 years old. He was wearing a T-shirt and a pair of shorts.

It was getting very cold and the boy was at the very end of the line. I was worried that by the time his turn came there wouldn't be any food left. So I spoke to him. He said he was at school when the earthquake happened. His father worked nearby and was driving to the school. The boy was on the third floor balcony when he saw the tsunami sweep his father's car away.

I asked him about his mother. He said his house is right by the beach and that his mother and little sister probably didn't make it. He turned his head and wiped his tears when I asked about his
relatives.

The boy was shivering so I took off my police jacket and put it on him. That's when my bag of food ration fell out. I picked it up and gave it to him. "When it comes to your turn, they might run
out of food. So here's my portion. I already ate. Why don't you eat it?"
The boy took my food and bowed. I thought he would eat it right away, but he didn't. He took the bag of food, went up to where the line ended and put it where all the food was waiting to be
distributed.

I was shocked. I asked him why he didn't eat it and instead added it to the food pile. He answered: "Because I see a lot more people hungrier than I am. If I put it there, then they will distribute the food equally."

When I heard that I turned away so that people wouldn't see me cry.

A society that can produce a 9-year-old who understands the concept of sacrifice for the greater good must be a great society, a great people.

Well, a few lines to send you and your family my warm wishes. The hours of my shift have begun again.

Ha Minh Thanh


************ LESSON TO LEARN FROM JAPAN ***********

10 things to learn from Japan.

1. THE CALM
Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has been elevated.

2. THE DIGNITY
Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture.

3. THE ABILITY
The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn’t fall.

4. THE GRACE
People bought only what they needed for the present, so everybody could get something.

5. THE ORDER
No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just understanding.

6. THE SACRIFICE
Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How will they ever be repaid?

7. THE TENDERNESS
Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong cared for the weak.

8. THE TRAINING
The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they did just that.

9. THE MEDIA
They showed magnificent restraint in the bulletins. No silly reporters. Only calm reportage.

10. THE CONSCIENCE
When the power went off in a store, people put things back on the shelves and left quietly!

Padan muka kau!

Perlu ke kata-kata keras sedemikian?

Ok, aku selalu cakap kat budak-budak yg mak bapak suh pg sekolah, yg baru kenal motorsikal tapi dah gatal merempit: kalau jatuh, padan muka!

agak2, patut ke aku cakap macam tu?

sememangnya tak patut. tapi geram, kan? menyusahkan orang, kan? bukan tak pernah nampak budak bawak motor, tak pakai topi keledar, kona baring, sambil pegang henpon, jatuh terseret depan mata, ada aku nak tolong? takde de.. lantak kan. budak degil. bukan sekali dua merempit gila babi. tiap2 hari! laju lagi dia lari dari kereta polis yg lalu. polis pun dah tak kuasa nak main kejar2 dah. aku yang fed-up.

apa nak jadi ekk?

harapnya dah hujung2 belasan tahun sok, sedar lah.

Monday, April 4, 2011

Go Broad with Malaysia's No. 1 Broadband Provider: cepat..cepat! Hurry, grab the deal!

Go Broad with Malaysia's No. 1 Broadband Provider: cepat..cepat! Hurry, grab the deal!: "0 entry cost promotion for BlockBuster Deal is prolonged until May 2011! Hurry! Grab the opportunity, now! "

Apa nak jadi ni? Lepas tangan?

Status aku di facebook malam tadi:-

‎7-year-old died in Kangar, assaulted by teacher? I blame the parents 1st. Then the heartless, insane, mentally disorder teacher. Apa jadah budak darjah 1 duk asrama? Bdk tingkatan 1 pun kita (mak bapak) risau, inikan pulak darjah 1!

Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas. Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat.

"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya. "Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya. Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya. Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang. Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang Jumaat.

- Alor Setar, 3 April 2011, Sumber dari BERNAMA.


Soalan aku ialah:-

  1. kenapa budak sekecik itu di masukkan ke asrama? 1km je, duk asrama buat apa? Aku yg masuk asrama tingkatan 1 dulu pun kena buli, inikan pulak darjah 1.
  2. kalau sekolah agama, gurunya boleh jatuh hukum sendiri ke? banyak canteekkkkk!!! banyak setan dah kencing atas kepala la tu, tu yg sewel tu!!
  3. dua jam, ikat tangan kat kisi tingkap, takde orang nampak ke? warden tu sekor2 je ke kat asrama tu? musykil la. takde senior? ke, semua dah kena ugut? sekolah ajaran sesat? cikgu semua gila?


Makanya, sebelum hantar anak ke MANA-MANA SEKOLAH pun, sila periksa latar belakang sekolah tu dulu, tgk perangai guru2 dsb. Ulama pun belum tentu anaknya jadi manusia, tau!!
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tudung-Online